02 December 2011

Surat cinta untuk posmen cinta....

salam ziarah....

lelaki berbaju hitam itu termenung sejenak , merapati mata hitamnya ke bumbung langit . terikan matahari tidak malas menghinggap kulit perang lelaki berbaju hitam . pandangannya meraba-raba mencari pangkal dan hujung pemandangan serba biru ciptaan tuhan .

pandangannya jatuh merudum sedikit , menangkap imej laut biru di hadapannya . belayar bersama surat-surat cinta daripada beberapa penghuni di sebuah pulau yang terdapat perkampungan permai . indahnya seni bina udara yang sungguh nyaman di sana . bagai tidak mahu membenarkannya membawa amanah kepada si penerima surat-surat cinta .





SEPI.....



bayu panas yang diselang-selikan dengan nyamannya atmosfera di atas kapal hasil daripada seni bina penduduk semenanjung emas cukup memberi ruang untuk mata celik tanpa rungut dan rintihan lesu .

hairannya si lelaki berbaju hitam itu , dia asyik bersilih ganti memberi mata ke arah peti kayu ukiran cantik dengan susunan geometri yang tidak ternilai indahnya . tempat terkandungnya surat cinta daripada si tua yang berjanggut tebal . masih kuat ingatannya yang lelaki berbaju hitam itu agak sukar memberi deskripsi tentang personaliti si tua itu .

menakjubkan . tenang . cahaya di mukanya . lembut kata-kata . semangat tangan si tua menghulurkan sepucuk surat berwarna biru muda .

katanya , mahukan surat itu disimpan ke dalam peti kayu ukiran cantik itu . peti itu juga diberi oleh si tua itu . sebelum si tua itu mengambil langkah pulang , pesanan si tua itu memberi tanda tanya kepada si lelaki berbaju hitam . hairan .






si tua itu meminta lelaki berbaju hitam itu menyuruh si penerima surat itu membacakan kandungan surat itu di hadapannya . rumit sekali kerna belum pernah lagi kandungan surat daripada penulis-penulis lain membuka privasi mendengar ayat-ayat cinta kepada lelaki berbaju hitam itu .

si lelaki berbaju hitam itu yang tidak sabar lagi mahu mendengar ayat-ayat cinta si lelaki tua itu , mendahulukan peti cantik yang terkandung di dalamnya sebuah privasi yang bakal ditembusnya .

belum pernah dia rasa begitu bersemangat kerna ingin tahu kandungan yang dia fikir begitu indah daripada seorang tua yang menakjubkan sepanjang dia kesepian membelah laut menghantar surat-surat cinta .

lokasinya merupakan sebuah pulau yang bertamadun . seni reka bangunannya memberi contengan yang menusuk hati untuk memuji dan berbangga . jauh sekali perbezaan pulau yang sebelum tadi , ternyata bagai bumi dan langit yang sentiasa berbeza memberi manfaat kepada manusia lain .




pintu diketuk . sebuah rumah kayu ukiran lama . bukan mahu membandingkan nilai indahnya peti kayu itu , cuma terlalu ketara yang terdapat ruang besar yang memberi beza seni reka rumah si penerima surat cinta itu dengan peti kayu yang cantik ukirannya .


 Si anak yang menangis....


lelaki berjambang yang tidak kemas itu menghulurkan tangannya , menyambut sebuah peti ukiran cantik . lelaki berbaju hitam yang tidak sabar itu segera memainkan pesanan si tua itu kembali . lelaki berjambang bersetuju .

dia membuka sampul itu dengan perlahan . merungkai lipatan isi surat itu dengan cermat . kosong . cuma dibarisi dengan kalimah taawuz , diingati dengan bait basmalah dan seterusnya memuji junjungan besar nabi mulia akhir zaman . akhir mukaddimah itu diberikan salam sejahtera kepada si penerima .

kening lelaki berbaju hitam itu berjongkang-jongket , itu cuma sebuah perbarisan pendahuluan bagi sepucuk isi surat yang bagus tetapi isi selepas itu kosong .

kosong bukan sebab dakwat hitam yang ditulis panjang berjela-jela yang memberi sia-sia tetapi sepucuk surat yang dilengkapi dengan mukaddimah yang cantik tetapi tiada dakwat yang tumpah selepas itu .

si lelaki berjambang itu mengeluh perlahan . sebagai tanda yang menunjukkan surat itu datang daripada nukilan ayahnya yang tidak henti-henti memberi surat sebegitu .





cuma kali ini lebih istimewa . peti kayu cantik juga dikirim bersama surat . memeriksa kandungan peti kayu itu . matanya buntang kemudian apabila terlihat ukiran cantik yang memberi cinta .

' Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,'

jatuh air matanya ke bumi . matanya mula tidak malu memberi alur cecair hangat . si lelaki berjambang itu menekup matanya dengan lengan sambil terduduk . menangis yang penuh dengan kesalan kerna gagal menghadam surat-surat cinta daripada ayahnya sebelum ini .

si lelaki berjambang itu segera mengesat air matanya sambil mengucap kalimah kebesaran tuhan . dia memegang kedua-dua belah tangan lelaki berbaju hitam itu . mengucap apresiasi kepada si lelaki berbaju hitam itu .





si lelaki berjambang itu segera mencapai pena hitamnya lalu menulis yang dia sudah faham akan kandungan tersirat daripada ayahnya . dihulurkan kepada si lelaki berbaju hitam itu . meminta dihantar kembali kepada ayahnya .

lelaki berbaju hitam itu yang kaget dengan situasi tadi , mula memberi jernih apabila kalimah demi kalimah tidak putus-putus lancar daripada lelaki berjambang itu . bukankah memberi pujian kepada yang terbaik memberi bahagia ?



Lelaki yang mula mendapat bahagia...


ruang sepinya bagai ditiup angin madu . hatinya bagai terisi dengan kalimah baru . dia senyum .





' Barulah ku sedar selama ini ada yang lebih bagus surat cintanya , aku lupa yang pengutus surat cinta teragung itu tidak pernah mengenal erti sepi seperti ku kerna pengutus surat cinta itu telah diamanahkan oleh penulis surat cinta yang maha Esa untuk memberi cinta kepada manusia-manusia lain , '



4 comments:

ayiel said...

sedap ayat kau :)
memang pandai menulis ye?

thumbs up!

setiap entry kau aku baca, kadang2 sampai aku taktau nak komen apa

jadi silent reader maybe yg terbaik :)

L.I said...

alhamdulillah....terima kasih cik ayiel kerna sudi membaca....>_<

amii afandi said...

*speechless. hadoi. tak tahu nak komen apa.

surat cinta teragung yang amat terangung tidak bisa dinafikan kedangkalannya.

L.I said...

ALHAMDULILLAH...