28 February 2011

Ko suka campur ke??

hai salam mentari dilontarkan....
baik aku gunakan secara berpekdah seiring dengan kelajuan broadband sekarang....
baru r rase selesa tak perlu menunggu sejam utk satu post....
ALHAMDULILLAH....
hari ini aku nak share satu post yg bukannya perkara asing kat dalam masyarakat global kita....
ianya da macam satu trend iaitu....
sesi melahirkan anak kacukan....atau
kahwin campur.....

bagi aku kahwin campur dari sudut agama kita adalah digalakkan bagi kaum lelaki....
oleh kerna memberi peluang utk menyebarkan agama kita kepada keluarga pasangan kita...
jika pasangan tersebut memeluk agama lain.....

perkahwinan campur sudah tentu melibatkan bangsa dan agama....
secara tak langsung sudah tentu laa berlainan kulit dan tradisi kebudayaan....
maka di sini aku nak berceritakan tentang kelebihan2nya...
salah satu kelebihannya ialah memperoleh anak kacukan.....

1 ) melahirkan anak yg bergelar genius....




haa....menurut kajian yg dilakukan golongan bijak pandai....aku dapati mereka yg bergelar anak kacukan ni.....mempunyai ketajaman akal yg luar biasa dan ingatan yg mantap...malah mereka nilah yg selalunya akan menempah tempat dalam top 10 peperiksaan awam....yg paling masyuk pon mereka nilah penamat ijazah yg paling awal dalam sejarah....
kalo nak dapat anak yg genius...ni haa
pasangan bangsa yg mempunyai peratusan yg tinggi utk dapat anak genius...

equation:
cina + jawa - ciwa

2 ) memperoleh anak yg aktif dalam sukan...


mungkin disebabkan hormon tambahan bergantung kepada satu bangsa yg terlibat dalam perkahwinan....contohnya kalo laa ayah tu duk negara afrika kahwin ngan mak orang melayu....kemungkinan besar akan melahirkan seorang manusia yg terpantas di dunia...(orang kulit hitam kan power dalam bab2 lari lintang pukang ni)

equation:
salleh + afrika - salrika

3 ) mencipta paras rupa yg mantap kepada si anak...





anak2 kacukan yg dilahirkan selalunya berfizikal yg berbeza drpd anak2 yg lain...
mereka lebih hensem n cantik dan lebih menjadi tumpuan mata memandang...
maka perlu berhati2 sedikit utk mengelakkan anak2 anda terlalu biasa dengan puji-pujian yg boleh mengembangkan lubang hidung mereka yg mancung tu....

equation:
arab + korea/jepun - x tahu nak sebut

4 ) anak mempunyai daya tahan penyakit yg lebih tinggi...




mereka ni dilengkapi sistem pertahanan badan yg lebih canggih dek kerna penghasilan gabungan dua sisitem berbeza ibu ayah mereka....
kalo mak dia imune ngan sawan babi dan ayahnya immune sawan tikus....
maka si anak memperoleh kekebalan terhadap kedua-dua speisis sawan ni....

equation:
random...

5 ) anak yg dilahirkan akan menjadi seorang blogger....



haa...ni fakta aku sendiri...ngeh3
peratusan lebih tinggi utk anak kacukan bergelar blogger....
kenapa??
korang jangan tnye...cuba korang check asal usul korang...
x kan x de darah indon kot....

equation:
melayu + jawa - melawa
(aku la ni...)

p/s:trimas utk ummi ngan ayah kerna melahirkan aku kat dunia serba indah ini....aku de penyakit yg x boleh tgk anak kacukan..serius..aku rse nak gigit dia...

25 February 2011

Makhluk berketayap.....




hai another one quick post....
sedang aku berlari anak keluar drpd rumah kerna sedar aku da terlewat ke surau utk solat jemaah maghrib....

aku terlupa bawa songkok hitam kat bilik aku...mungkin sebab rushing sgt
inilah akibatnya kalo mandi lama sangat...maklumlah tadi stress kene pulau ngan family pasal x cari kerja...

dengan sepantas kilat aku berfikir...aku patah balik amek songkok lepas tu gerak laju2 gi surau....

tapi....

kali ni aku x berlari....
sekadar mempercepatkan langkah sahaja....
ok..cukup utk mukaddimah....

selesai solat berjemaah dan doa.....
kami bersalaman sambil diiringi selawat ke atas nabi....

timbul persoalan baru dalam jiwa....

kami bersalaman antara satu sama lain dengan tangan kami....
aku rasa seperti berdosa bila aku bersalaman dengan tok imam , tok bilal ,tok siak...
rasanya seperti satu perasaan bersalah yg menekan sanubari.....
ia satu beban yg besar menghimpit dada aku....

adakah golongan alim ni mengetahui setiap sentuhan tangan jemaah yg bersalam dengan mereka ini suci daripda perilaku jahanam??

dan bagaimana jika ditakdirkan golongan ini mempunyai kebolehan mengetahui jumlah kuantiti titik hitam pada tangan jemaah yg lain??

adakah mereka sanggup menghulurkan tangan mereka bersalam dengan kami??

yg lebih membuatkan aku bercelaru....



layak ke aku memakai songkok iaitu simbol kepada 'penampilan yg positif' yakni orang akan bersangka baik terhadap penampilan seseorang yg bersongkok,berbaju melayu,berkain pelikat...

dan bagaimana jika si pemakai penutup kepala ini sekadar menonjolkan imej murni bagi menutup keaiban yg sedia ada??


bagaimana pula jika seseorang itu melakukan durjana tetapi memakainya ketika bersalaman dengan makhluk yg lebih bertakwa drpdanya ini.....
seolah-olahnya diri seperti plastik...terpaksa berpura-pura demi menutup kejahatan yg dilakukan senyap2....

lebih teruk jika si pemakainya melakukan kekacauan secara terbuka sehingga terpapar di dada akhbar??

layak ke si pemakai yg kurang kelayakkannya merangkul gelaran ustaz....
seperti yg disindir-sindir oleh masyarakat kita.....



dosa2 yg melekat kat jasad ni seolah2 mengetawakan diriku...
bagaimana aku boleh tergesa-gesa mendapatkan songkok.....
sedangkan kita tak mengetahui adakah songkok itu rela menutup kepala kita??
sudah kah dipenuhi syarat2 yg telah dimeterai olehnya supaya diberi kelayakan utk memakainya....

adakah songkok yg aku pakai sekarang ini sudi ditempatkan di bahagian termulia manusia??



p/s:harap anda faham....

23 February 2011

Anugerah istimewa??

hai sekali lagi....
walaopon blog ni da rase hambar sikit....
x mengapalah sekurang2 nya aku boleh dengar aku tepuk tangan sorang2 kat skrin ni...
jadi bagi utk mencetuskan situasi yg bermakna bagi blogger ni leh r korang tepuk tangan sekali...da tepuk tangan? bagus2....

hari ni aku nak post pasal keganjilan jiwa aku ni...
aku x pasti sama ada aku boleh nilai keupayaan ni adalah anugerah istimewa drpda ALLAH...apapon jika benar ALHAMDULILLAH....

maka aku nak start enjin blog...ok jalan

setiap kali aku merantau di dunia luar....
berjalan kaki sebagai ejen pengangkutan utama....
aku akan pasti melangkah masuk ke dalam ruang sosial manusia....
setiap langkah yg diambil aku memerhatikan gerak geri mereka...bukan nak skodeng tao

apa yg istimewanya??

aku tahu mereka yg penghuni dunia pasti akan berbuat demikian....
tapi...aku x tahulah plak yg aku de 'penglihatan pemindahan imej'....

apakah itu??

aku boleh melihat jasad member aku pada jasad masyarakat yg berlainan....

kurang faham laa...

hak3....meh aku terang laju2 kat ko....
aku selalu nampak member aku kat depan aku...padahal depa ni orang lain
naseb laa aku ni bukan jenis friendly neighbourhood(suka tegur2 orang...)
maka aku terselamat drpda kesilapan minda aku yg menyalahtafsir objek di hadapan...

tapi...

yg menghairankan aku...
bahan2 asing apa yg mencetuskan kecelaruan minda aku dalam mentafsir imej...
adakah penyakit ini mampu membunuh kamu dengan laju2 atau mereput dengan tenang...

simptomnya sgt luar biasa utk diterjemahkan dlm sistem jasad...

-hati yg berdebar-debar saat menunggunya menegur kita...
-perasaan yg sukahati tapi ragu-ragu sama ada mahu menegurnya atao tidak...
-perpeluhan yg melampau terutamanya di tapak tangan....

persoalan aku hampir terjawab....
apabila satu ruang dalam sistem jasad berbisik...

'oit...hang ni x baek sombong!! pi r tegur dia....'

lalu aku mengetap gigi kekejangan...
mengepal tangan dan melajukan kaki....
aku yakin dan berani mengharungi sisa kira-kira 50 meter drpd jasadnya....



kerna....
aku percaya kepada ruang rindu.....



p/s:ades...aku salah tegur orang tadi...hampeh tul ingatkan budak sekolah lama aku...segan sampai nak tercabut telinga....

Mencari kamera langit....

hai salam blogger....
daa penat aku perah otak sebentar tadi...
demi meloloskan diri drpda 50 soalan utk mencapai 'LULUS' dlm exam komputer...
well.aku salah 4 a.k.a 46/50....
nak ucap tahniah ke??
silakan.....

not bad for blogger...ngeh3

sebelum senyuman aku menjadi sumbing....
aku nak mengajak kamu semua yg dok lekat kat skrin ni bermuram durjana sebentar...
x lama pon...cuma sebentar
x habes pitih pon...

mari kita mula...


selesai sudah merangkul result exam tadi...
aku berkeliaran di planet subang jaya utk makan angin sebntar sebelum menunggu kehadiran pemandu berkelulusan kompeten tu....
cuaca yg panas tidak melemahkan sistem penyejuk badan aku...
malah merembes lagi banyak cecair bertujuan mengurangkan haba dlm sistem jasad...
x pe...aku x kisah

maka sedang menyusur jalan2 hiba tu....
aku melihat ada beberapa pasangan sedang menonjolkan perilaku berahi mereka....
ohhh.....hibanya apabila penglihatan membisikkan 'jiwa kurang senang' di hati...
aku mengalih tumpuan ke persimpangan jalan yg sibuk dengan ragam jasad keluli...

apa benarkah tindakan ku ini??

aku membuat olah gerak keluar drpd situasi fantasi itu....
sekali lagi aku lari drpd kenyataan masyarakat....

maka adakah tindakan ini mampu memadamkan keinginan mereka utk terus berfantasi...

soalkan kepada diri kamu...

adakah kamu berjaya menghasilkan rintangan terhadap gema fantasi ini??

andaikata pasangan tersebut membawa kamera....

mampukah mereka 'snap' gambar aku yg sedang menjelir lidah...
mampukah mereka 'zoom' muka ku memaling kpd sampah sambil berkelahi seorang diri...
mampukah mereka 'record' aksi ku di belakang mereka yg sedang berlatih karate tanpa tali pinggang yg bertauliah...

sudah tentu TIDAK!!




aku berpaut pada awan mentari yg membasahi dahiku...
pening mencari susur harapan yg kelam....

masih mahu mencari kamera berteknologi 'hidayah' ala2 super 'taufiq'..
yg mampu menangkap 'rahmah'....
yg berkebolehan zoom ketemu titik kecil 'maghfirah'....
yg mampu merakam segala 'syakirah'....

p/s:berhenti berpura2 menjadi yg direjam laaa....

22 February 2011

Aku sayang kamu....

maafkan aku jika ko rase aku mengjengkelkan berterusan menulis post di sini....
harap request maaf aku dihantar laju2 ke kotak minda kamu...
baiklah sesudah sesi bermaaf-maafan itu...
aku nak lanjutkan penulisan ini....
maka bermulalah....



kucing....

kenapa aku tulis kucing di atas ini...
sedang jari jemari aku berkejaran menaip stp balasan komen kpd member aku....
tiba2 dia telah mengungkit satu memori silam yg telah mematangkan keseluruhan jiwaku...
satu kisah yg aku rase telah mempertanggungjawabkan jasad ku dan batin ku berubah secara drastik...
realiti itu telah membangkitkan kuasa Tuhan yg aku rasa ia satu menakjubkan...

pada mulanya aku seorang kanak2 lelaki...
yg dahulunya takut kepada KUCING!!

kenapa??

aku pernah dicakar ketika aku belum masih mengenal huruf dan nombor...
pada saat itu lah aku terus mencetak ke dalam minda aku bahawa jasad ku perlu dijauhkan daripda haiwan ini...
aku sering dipersendakan oleh saudara mara aku atas ketakutan ku yg mendalam terhadap haiwan ini...
oleh kerna tak terbendung perasaan itu....
aku mula berjinak-jinak ngan haiwan ini meskipun aku berada 100 meter jaraknya dengan si comel ini...
walaopon aku berusaha utk menidakkan fobia ini....
aku still x leh lari drpd kenyataan...

tapi...

satu hari tu aku pulang ke kampung nenek aku utk bercuti selama sebulan...
ketika itu aku pulang bertujuan utk berlatih naik basikal ngan sedara aku...
dan dlm masa yg same menjaga kebun nenek aku....

sepanjang bercuti di kampung....ku meluangkan masa bermain di kebun nenek bersama sedara aku(sekarang da universiti)
main nyorok2,memancing n mandi parit.....

ada satu hari tu....
kami sedang main nyorok2....
tiba2 kedengaran seekor kucing yg sedang bergerak laju sambil memegang anaknya yg baru lahir(mata pon tertutup agi..mcm mata bayi baru lahir...) dengan menggunakan mulutnya....
mungkin akibat cemas akan kehadiran kami dia terlepaskan anaknya yg masih bayi itu...
lalu sedara aku pon pi amek bayi kucing itu sambil ibunya melarikan diri...

dia bawak balek pasal dia x pernah tengok bayi kucing...x de bulu agi suma kulit
aku pon ikut je laaa....
sampai di rumah nenek kitorang cari bakul kayu utk dijadikan tempat istirehat si bayi ini....
dan diletakkan di bilik kami....
bayi kucing ni asyik melalak macam bayi manusia lak....
mungkin dia lapar kot...lalu kitorang amek susu tepung bancuh buat susu...

well,dia minum....

time dia menikmati susu tu..buat aku rasa nak pegang je badan dia yg kecil x berbulu tu....
at last...aku beranikan diri belai kulit dia...pergh
macam ada aliran cas positif ngan negatif je menjalar dalam saluran darah aku...
tu laa first try aku pada tahun itu...

di malamnya....
kami terdengar seeokor kucing sedang meraung di luar rumah nenek...
sedara aku nak pi r usya disebalik tingkap....
aku da syak tu ibunya dari awal lagi masa sedara aku amek bayi kucing tu...
sebab aku rase dia ekori kami ke rumah nenek...
kitorang pon buat bodoh je laa....maklumlah kejahilan masa tu lebih tebal drpda tembok besar cina....

hari-hari seterusnya diteruskan dengan ketakutan aku terhadap kucing semakin terhakis...
aku mula meletakkan bayi kucing itu di bahu,dada.paha,perut dan part2 yg korang sedia makum....
walaupon bertubuh kecil bersaiz popia basah di bazar ramadhan....
ingin aku akui aku sangat sayang jasad ini....
walaopon setiap malam ibunya memanggil2 dan merayu terhadap penghuni rumah tersebut supaya dipulangkan semula anaknya....

aku mula mengerti saban hari....
kesedihan yg menghimpit seorang ibu jika kehilangan anaknya....
dia kan berusaha sedaya upaya x kira dia berlainan makhluk di dunia...
akan tetapi terlalu sukar aku ingin melepaskannya kerna dia telah menjadi sumber menangkis fobia aku selama ini...
terlalu berbudi dirinya kepada ku....

tapi....hubungan kami tidak lama....
kerna nenek telah menghidu kejahilan kami....
nenek telah berkeras menyuruh kami menghantarnya ke pangkuan ibunya semula...
kami patuh terhadap perintah nenek...
pada malam itu....aku merangkulnya bahawa ingin aku nyatakan inilah sentuhan terakhir...hubungan persahabatan yg terbina ini takkan kecundang hingga ke akhir zaman...

aku melepasnya saat aku melihat ibunya di luar berkeliaran pada waktu malam merayu anaknya dilepaskan...
aku akur....aku terdiam melihat peraturan alam yg diatur ilahi...
aku terguris di benak dan sedih bercucuran air mata berlumba2 di jiwaku...
kerna saat tersebut adalah dicatatkan sebagai perpisahan yg pertama.....



ketahuilah aku sangat sayang kan kamu....

p/s:aku da takot kat kucing.....

Persoalan yang terukir??

hai another quick post....
ari ni aku still nak conteng2 kat sini walaopon rase blur tahap maksima...
ok laa cukup...
aku nak bertinta ni...

persoalan ini timbul bila aku nak gerak solat berjemaah maghrib di surau area rumah aku...
situasi yg tercipta itu telah berlaku di kotak fikiran aku...
seperti yg korang maklum....
jemaah kanak2 atau yg belum menerjah ke alam baligh x dibenarkan solat di saf hadapan....mereka ni ditempatkan di saf belakang....

tapi...

disebabkan jemaah yg bersifat x matang ni terlalu meriuh-rendahkan kondisi surau ketika itu...
para jemaah yg matang 'mengusir' mereka ke tempat musolla perempuan...
selalunya area perempuan ni kosong....(x tau laa sebab apa mungkin tiap2 ari org pompuan area rumah aku ni period kot...)

tapi...
keriuhan-rendah mereka yg x matang ni tetap kedengaran....
de yg berkejaran,aksi wrestling tahap 18sg n adegan carutan.....
para jemaah yg matang hanya mampu menengking mereka hidup2....

haaa....di sini aku terfikir
bagaimana jika kita pisahkan jemaah yg x matang ni dalam satu komuniti mereka??

ini aku nyer teori laa....

hmm...jika mereka ni dlm satu komuniti,maka tahap keriuhan rendah mereka ni lebih tinggi....(macam hipotesis..)

tapi bagaimana nak pisahkan??

sebenarnya da lama aku fikir pasal ni...
x kisah laa anda tergolong dlm golongan yg x matang ke atao tidak....
perlu ke kita solat bersama teman2....

maksud aku....

kita panggil group member kita gerak gi masjid....
sbgai contoh kita solat jumaat(bagi lelaki..)
secara x langsung yg kita ngan member2 kita akan duduk satu saf, right?
ketika itu anda sedang mendengar khatib berkhutbah....
masa tu plak ko atao member ko tu rase nak cakap sesuatu.....
itu sudah menumpulkan penumpuan ko terhadap khatib berkhutbah....
maka gimana ingin menyelesaikan masalah ini....

berbalik kepada jemaah x matang tadi....
mereka akan lebih ghairah dengan aksi riuh rendah jika bersama teman2 nya...
bagaimana jika dia x bertemankan ngan member2 nya yg lain...
adakah mereka akan bertindak liar....

AKU RASA TIDAK....

mereka akan bertindak pasif....
ia ibarat mcm ko x de kawan dlm hidup ko.... apa yg ko rase....
sunyi...sepi...diam....tenang
yup....
di sini aku nak tanya....
adakah anda bersetuju jika anda sepatutnya pergi tanpa teman2 kamu ke masjid...
in order to achieve the silence environment while doing ibadah....




hope u don't mind to post ur coment down there...if u have any opinion

p/s:hairan....mana laa suma jemaah pompuan kat surau tu....misteri melayu tul

18 February 2011

Sape nak jadi superhero aku!

yoissyyy...
jeritan ngairah orang jepun bila time bersemangat....
maafkan aku kurang ajar...ok aku nak ucapkan hai pula...
maka adakah aku sudah kembali mendapat ajaran yg sebenarnya...baiklah cukup

post yg aku nak conteng ni adalah kisah yg berkisarkan impian golongan muda mudi zaman sekarang mahupun zaman polka dot....
ok...
aku x nak korang bosan maka bermulalah contengan aku....

maka bermulalah dengan...
penyataan bemasalah.....(problem statement)

pernah x korang idamkan seorang yang gila dengan amalan tak berbayar...berkuasa anti manusia....pelaksana undang2 duniawi....dan juga mempengaruhi dunia fesyen semasa???

anda tahu siapa yg aku tuliskan....YA!!!




ADIWIRA....

tujuan...(aim)

mereka dicipta untuk melawan hukum fizik...melawan jenayah tegar di planet...melaksanakn hukum alam ikut sesuka hati depa....jatuh x mati2 kecuali dapat diakhiri riwayatnya dengan kemalasan si pelukis berkarya....

procedure....

seorang manusia yg dulunya dikeji dek kerna rupa parasnya yg inginkan satu impian yg besar....
insan yg ditakdirkan menjadi sampah kepada takdir pada permulaan kisah....
tapi....
berusaha mengubah setiap saatnya menjadi sisa waktu bermasyarakat....
kuasa mereka divariasikan mengikut citarasa pencipta mereka sendiri....
selalunya pakaian mereka lebih sendat untuk menonjolkan kemantapan budaya kuasa asing...



keputusan..(result)

haaa...
sedikit penjelasan tentang superhero dalam komik mahupun di layar perak di seluruh dunia...
mereka yg menepati syarat di atas adalah selayak2nya digelar adiwira...

kenapa??

baca balek kat atas tadi.....
(tak faham2 lagi ke....)

jangan gusar kerna x memiliki ciri2 di atas....kerna
anda mampu mencipta keperibadian adiwira dalam jasad anda yg zahir itu....



bagaimana???

ketahuilah....

anda seorang anak dalam keluarga....maka buktikanlah dengan tulang empat kerat anda membanting tulang membalas jasa kedua-dua ibubapa kamu....

anda seorang abang dalam adik-beradik....maka buktikanlah anda boleh menjadi perisai daripada segala ancaman fitnah dan serangan mental....

anda seorang suami dalam rumah tangga....maka buktikanlah kelayakan anda dengan menawarkan khidmat terbaik kepada si isteri dan anak-anak....

anda seorang sahabat dalam perhubungan....maka buktikanlah dengan telinga mu yg tulus ikhlas mempercayai tutur duri2 yg melekat di hatinya....

anda seorang pemimpin dalam satu komuniti....maka buktikanlah dengan tangan yg kamu genggam itu mengepalai satu umat ke arah keadilan yg teguh selamanya...

*************************************************************

di sini hipotesis ku terukir....
tak semua insan beroleh dada yg sekebal keluli...
mungkin juga sebahagian tidak berkelajuan lokomotif tanah melayu....

ketahuilah...

jika anda bergelar insan yang sedia ada mengikat kontrak yg maha kuasa dan berjanji melaksanakn setiap perjanjian yg dipersetujui...
maka kelak anda layak merangkul insan yg sempurna di mataNYA...

insan yg sempurna???



YA!!!KAMULAH SUPERHERO AKU.....


the great powers come the great responsibilities......



p/s :panjang sangat ke post ni...harap maaf kalo terlebih kehendak korang....

16 February 2011

Kebetulan yang menakjubkan??

hai aku kembali ngan tradisi seperti biasa....
menulis post harian yg x lekang mata memandang....
maaf la ye aku sekarang menaip dalam gelap...another quick post
yang mungkin akhir post ni akan buat pembaca yg terjah ke blog aku tertanya-tanya...
kalo daa bingung tu leh laa komen kat bawah ye....

baiklah....
pernah x ko rasa apa yg aku alami ini...

situasi :

pernah tak ko rasa....
ko nak lakukan sesuatu pekerjaan....ada satu perasaan seolah-olah kuat memaksa ko...


'solatlah cepat...aritu daa dengar ceramah suruh segerakan waktu solat...cepatlah ko dah dapat kesedaran...kenapa ngan ko ni....cepat2!!'kata suara dalam diri ko...

tapi....
satu bahagian lagi bertindak terpinga-pinga macam seolah-olah melekat / membantah...

dan tiba-tiba...
masa ko tengah berperang ngan sikap terpinga-pinga tu...
sama ada ko nak tunaikan ke x..
datang satu babak yg menyedarkan ko seolah bertindak sebagai pemangkin supaya ko segerakan perkara yg perasaan ko suarakan....

contoh situasi....

ko sedang tonton tv ketika mengalami peperangan yg aku maksudkan kat atas tadi....
tiba2 datang laa satu babak dalam drama yg ko usya....
yg menceritakan perihal kedasyatan ibadat yang ko lengah-lengahkan....
dan ada juga seperti berkomunikasi ngan korang supaya segerakan ibadat tersebut...

contoh babak tersebut....

'Azman,ko tahu tak sekarang daa pukul 6 petang....berhenti laa guna komputer tu dulu...pergilah solat asar segerakan ibadat wajib dulu....'

ayat drama melayu....


bagi aku ini adalah peristiwa yg menakjubkan.....
this is the amazing moment...
macam kita dibantu melajukan hasrat yg perlu kita lakukan....
lepas usya peristiwa tersebut.....
kita macam diberi kekuatan yg luar biasa supaya menyegerakan ibadat tersebut...

contoh visual....

perhatikan ' * '

level masa tengah berperang ngan perasaan terpinga-pinga...

* * * * _ _ _ _ _

level selepas peristiwa tersebut...

* * * * * * * _ _

ini just utk pemahaman korang laaa....
takot korang x paham apa yg aku cuba sampaikan...

i think this is one of the miracle moment in this world...
dan aku yakin ini bukan satu kebetulan....
seolah-olah ada yg sedang mengatur rancangan....
merangka segala pelan bantuan kepada mereka yg bernama manusia....




p/s:SUBHANALLAH....just want to share.....kadang2 peristiwa yg kecil macam ni...
bila diolah dan difikir....seolah2 saiznya seperti di 'zoom' sehingga 500 %....

08 February 2011

naluri dewasa menular dalam jasad 18 tahun....

kedewasaan aku yg kini telah mencelah naluri keanak-anakan aku...
tiada masa lagi untuk dibuang...
melangkah kehadapan menjadi kewajipan....
usia yang dimamah menjadi paras kematangan berubah....
pemikiran yang lebih rumit menular dalam jiwa....
aksi-aksi akan lebih banyak diperhati oleh yg maha ESA....
tangan yang lembut akan mula mengeras bersama beban yg lebih besar....
poket seluar yg tebal akan menipis kian hari...
perhiasan yang cantik akan menjadi perlahan usang....
tembok pandangan akan lebih lobos jika tidak ditapis bersama iman...
kaki yang digerakkan akan lebih berhati-hati....



it's just a piece of memories a.k.a gambar yg dirompak oleh aku di fb seseorang....sape rasa dia nya foto kene rembat ngan aku...leh r tekan folllow kat sebelah kanan tu....agar aku segera diberkas oleh pihak penguasa....

p/s:saje je nak post gambar ni.....pasal comel...huahua

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...