30 January 2012

Bilik A vs Bilik B , mencari vaksin

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling Tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.
( Ali-Imran:139).

salam ziarah....


terkadangkala , aku sedikit celaru . tika ini aku berasa sedikit marah . marah dalam menulis , satu kondisi yang kurang memberi kebaikan kepada jasad mahupun hati yang paling utama . persoalannya lebih kepada ' kenapa marah ? ' , itu pasti akan ditanya oleh manusia lain melihat orang yang sedang marah mukanya . pasti juga ditanya oleh tuhan kelak berkenaan persoalan yang sama .




Kenapa marah ?


apabila disebut ' kenapa ' , pasti jawapannya merupakan sebab atau punca . sebagai contohnya ,

' kenapa tiba-tiba engkau marah ni ? '

  * menceritakan sebab-sebab kemarahan

' kenapa muka engkau berkerut je ni ?

  * meluahkan punca-punca muka berkerut




sebagai manusia yang mempunyai fitrah , kemarahan itu wajar ada dan inilah yang mencukupkan emosi kita sebagai hamba Allah . kemarahan dapat dikawal dan disalurkan dengan baik tika berjihad di jalan Allah .

di kala puncak adrenalin yang sedang memecut laju meraih gerakan jantung ke arah maksima mampu membentuk satu momentum daya luar biasa , memenggalkan kepala orang yang memberontak dengan tuhan . itulah syurga yang sedang menanti untuknya dan jika syahid , terbanglah rohnya dibimbing oleh malaikat yang baik mukanya .

namun , paras adrenalin yang maksima mampu memberi kerosakan kepada sistem pengepaman jantung yang bertindak liar . jantung perlu berkata-kata perlahan . itu satu urgensi . jika tidak , syaitan yang buruk mukanya akan senang-lenang larut dalam haemoglobin , menendang keluar zikrullah yang sudah pun sebati dengan komponen selular darah .


Kunci dan mangga .




saintis yang terhebat sepanjang zaman , Nabi Muhammad S.A.W ( muslim jika membaca atau mendengar nama nabi umat akhir zaman , berselawatlah ) , telah berjaya menemukan penawar untuk menurunkan kadar adrenalin yang memberi pecutan kepada jantung untuk beraksi pantas .

kunci untuk menahan arus adrenalin ialah sabar .

Rasulullah SAW mengungkapkan, “…dan kesabaran merupakan cahaya yang terang…” 
(HR. Muslim)

pastilah hasil penemuan ini datang daripada pencipta ilmu itu sendiri , tuhan yang maha bijaksana .

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan)…” (Ali-Imran: 200)





tika kemarahan sedang menguasai jasad , syaitan yang malas bertukar menjadi rajin menyaluti minda manusia , menyebarkan risalah kejahatan . meruntuhkan atma hati untuk memberi zikir dan berselawat . saat itu kita dikawal menjadi seorang pemberontak tuhan . mahukah engkau menjadi seorang pemberontak kepada pemberi kebenaran ?

Allah maha penyayang ,  menulis kata-kata cinta kepada pemberontaknya . menambah motivasi dan memberi semangat untuk terus bercinta kepada ciptaanNya sendiri .

“…dan orang-orang yang bersabar dalam kesulitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar imannya dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa.” ( surah al-Baqarah : 177 )



Bilik A - Bilik B = ?





bilik A , dua orang muslim yang berbeza cita rasa . seorang muslim sukakan muzik keras manakala seorang muslim lagi sukakan muzik yang tenang . dua selera yang berbeza , pasti memberi perbezaan yang ketara dalam susasana bilik .

namun , pedasnya lebih tertumpah kepada mulut si muslim yang tidak sukakan muzik keras . not-not muzik yang tinggi , carutan dan sialan yang menghiasi lirik dan ditambah pula dengan bisikan si merah yang memberi stimulasi kepada adrenalin untuk berlari , menendang-nendang jantung supaya menjadi merah menyala . berlebih lagi alunan muzik keras itu menjadi zikir harian dalam bilik A .

bilik A , sukarnya menelaah ilmu hanya tuhan yang tahu . ilmu yang berada di dalam buku takut-takut dan lari . sukar untuk ditangkap apatah lagi dicernakan . hiruk pikuk dengan perkataan sial memberi kelajuan kepada zarah-zarah ilmu untuk lari lebih kencang . muslim yang sudah merah menyala itu terpaksa menggunakan dayanya yang tinggi untuk mengejar dan menangkap ilmu yang lari .

merah menyala lagi hatinya . sukarnya nak fahamkan ilmu matematik , kimia , fizik dan biologi dalam bilik yang tidak tenteram .

berbeza dengan bilik B pula , dua orang muslim yang hampir sama cita rasanya . bukan sahaja muzik mereka dipalu dengan zikrullah malah segala kehidupan berkenaan ad-din mereka juga sentiasa dipandang hormat oleh manusia yang memerhatikannya . maka , tiada reaksi kimia yang memberi impak kepada kejadian jantung yang merah menyala .

ilmu mudah sahaja ditangkap dek kerna zarah-zarah ilmu berjalan dengan santai . mungkin itu tandanya sebuah bilik yang telah diberi berkat dan redha .

namun , apa yang mistiknya dua buah bilik yang tinggal dua orang muslim ? ianya mengenai suatu yang dipanggil mehnah (ujian) yang mendatangkan ibrah ( pengajaran ) .


manis dan masam .




muslim yang tertekan di bilik A diuji begitu dengan situasi yang berat . sukar menangkap ilmu dek kerna bising , bilik yang bersepah dengan kotoran yang tidak dibersihkan oleh rakan sebiliknya yang suka muzik keras dan merosakkan beberapa barang di dalam bilik .

ujian itu pasti berat bagi seseorang yang sedang memberi konsentrasi penuh dalam pengajian ilmunya . pasti mulutnya akan sentiasa masam . adakah Allah itu tidak adil ?

bagaimana pula dengan muslim yang santai di bilik B ? rakan sebiliknya yang sentiasa memberi tarbiyah , suasana yang tenang menggamit sel neuron bercambah laju dan kebersihan yang benar-benar bersih . pasti wajahnya sentiasa manis-manis . Allah itu maha adil ?

apakah amalan yang dilakukan oleh muslim di bilik A dan muslim di bilik B sehinggakan mereka menerima dua situasi yang berbeza ?




tidak , manusia itu sama sahaja . berbezanya ialah tahap dia menerima ujian tuhan , jika melepasi tahap yang tuhan ciptakan , sungguh dialah orang yang berjaya .


Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya......(surah al-Baqarah : 286)
bersangka baik dengan tuhan .

andaikata , tuhan mencampakkan muslim di bilik B ke bilik A , kemungkinan besar muslim di bilik B pasti akan berlebih lagi tidak selesa . mungkin sudah selesa dengan suasana yang tenang dan tenteram , bertukar  hiruk pikuk mengikat gegendang telinganya . pasti dia akan kurang sabar dek kerana terlalu selesa dengan nikmat di bilik B . apabila orang itu tidak sabar dan mula memberontak , tuhan akan mula berlari jauh melainkan dia bertaubat kembali .




mengapa tuhan memberi bilik yang 'tidak baik' kepada muslim di bilik A ? dengan bilik yang tidak baik itulah memberi gelaran 'baik' kepada muslim di bilik A . tuhan menguji sesuai dengan kesanggupan muslim di bilik A . dia diciptakan sedikit tinggi paras kesabarannya berbeza dengan muslim di bilik B . begitulah tingginya yakin tuhan kepada muslim di bilik A yang sedang diuji dengan bilik yang tidak baik .

Satu ketika Nabi saw ditanya “Siapakah orang yang paling berat ujiannya?”. Maka beliau menjawab: 

“Para Nabi, kemudian orang yang seperti mereka sesudahnya, dan orang semacam mereka berikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Apabila orang itu kuat agamanya maka semakin keras ujiannya. Kalau agamanya lemah maka dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Maka musibah dan ujian itu sentiasa menimpa seorang hamba hingga dia ditinggalkan berjalan di atas muka bumi dalam keadaan bersih dari dosa. (HR. Tirmidzi, hasan sahih)


analoginya , muslim di bilik A mempunyai daya tahan imunisasi yang sedikit tinggi tanpa perlu jumlah vaksin yang banyak untuk terus bertahan melawan segala onar dalam pembuluh darahnya , manakala , muslim di bilik B mempunyai kurang daya tahan imunisasi dan perlu jumlah vaksin yang sedikit banyak untuk bertahan .

begitulah tuhan yang sentiasa menguji manusia sesuai dengan tahap kesanggupan mereka . Allah itu maha adil , bukan ?


injeksi vaksin .




ramai manusia lupa daya tahan imunisasi mereka sangatlah rendah tika diserang dengan material asing yang melimpah berlebih lagi abad moden ini . material asing yang sering memberi murka kepada tuhan mereka . mereka terlupa yang tuhan mereka sentiasa menyediakan vaksin untuk diberi injeksi ke dalam hati .

maka tika tertekan dalam menghadapi ujian tuhan , mintalah simpati kepada empunya vaksin yang memberi dengan percuma ,  berdoalah .

رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَآ أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ  

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

tetapkanlah hati ini ; ujian yang berat itu pasti ada ganjarannya juga seiring dengan nilai ujian itu sendiri . jika hati ini terasa mula ingin menyentuh punat bengang , marah , gila , rasa ingin mencarut dan bersangka buruk dengan tuhan . letakkan tangan anda di dada , usap atau tepuk dengan lembut dan ucapkanlah bahasa cinta yang tuhan tintakan ,


letak tangan di dada , ucaplah '  'إِنَّ اللهَ مَعَ الصَّابِرِيْنَ'
                                              "sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar "

bahasa cinta untuk kita semua , bahasa yang memberi kita ruang untuk melancong ke jannahNya . Amalkan dan sebarkan . InsyaAllah ..

“Tidaklah ada suatu musibah yang menimpa seorang muslim melainkan Allah akan menghapuskan dosa dengannya walaupun duri yang menusuk badannya.” (Imam al-Bukhari dan Muslim).

23 January 2012

Aku , kau dan bilik motivasi .

salam ziarah...

sebagai seorang pelajar yang sudah tentu sedang menggalas tugas menuntut ilmu di muka bumi Allah ini , pasti akan berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai keputusan yang cemerlang . oh , satu mukaddimah yang agak skema =_=" . skema-skema pun ia perkara benar yang memang dibenarkan . oh , ini bukan sastera .

aku tak tahulah . kadangkala , aku akan bersangka baik , tidak kurang juga lepas beberapa minit , aku akan bersangka buruk , kemudian kembali pula kepada sangkaan yang baik . sesungguhnya , kepala aku akan bercelaru apabila situasi ini berlaku . bukan jarang-jarang situasi ini berlaku , malah selalu juga dalam setahun .

situasi itu selalunya berlatarkan tempat di sebuah bilik . kembali kepada beberapa tahun yang lepas , sebagai seorang pelajar asrama ......




*****************************

' oit , pagi-pagi dah start study . rajin giler sih . mesti result exam ko gempak nanti ...'

' errrr.....=_=" ' ( sedang melukis-lukis )

******************************

' perghhh , mantap sih budak ni . mesti kerja ko dah banyak siap en ? giler cemerlang r ko ni . '

' ermmm....="= ' ( sambil lipat kertas buat roket )

******************************




sehingga kini , seorang pelajar universiti , serupa juga monolognya . selesai bermonolog , mereka terus ke bilik mereka , meninggalkan aku yang masih kebingungan dan terkial-kial .

Apakah......? =_="

aku sedang main-main , mereka kata aku rajin , aku sedang melukis , mereka kata aku berusaha bersungguh-sungguh . apakah ini sebuah perli ? tapi , yang hairannya monolog mereka hampir sama . ramai kawan aku daripada peringkat sekolah menengah hingga ke universiti yang lepak masuk dalam bilik aku , mengucapkan ' rajin ' dan ' bersungguh-sungguh ' .

sungguh aku tak layak menerima kata-kata pujian ini ? =_=" ini sebuah perli ? oh , itu sangkaan buruk . jika sangkaan baiknya , aku fikir mereka sedang mendoakan aku supaya menjadi 'rajin' dan 'bersungguh-sungguh' . hurmm lebih baik ikut sahaja sangkaan baik itu .




tapi yang lebih membuatkan aku hairan , mereka ( kawan-kawan daripada peringkat sekolah hingga ke universiti ) usai daripada bermonolog begitu , mereka akan mengambil buku daripada rak buku , kertas kajang , kalkulator di atas meja dan menajamkan pensel mereka . belajar hingga pukul 3 pagi . wah , luar biasa!


apakah.....?? =_=" siapa yang lebih rajin sebenarnya ni? =_=" *perang psikologi


aku pencetus motivasi mereka ? oh , lebih teruk jika musim peperiksaan bakal menjelang . semakin ramai yang hadir ke dalam bilik aku , mengucapkan pujian begini =_=" . berlakunya perang psikologi yang bermedankan bilik aku . nak sahaja aku kuncikan pintu bilik , namun , takdir telah menemukan aku sebuah bilik yang pintunya rosak . sungguh , aneh permainan takdir kali ini . bagi seorang muslim , ini petanda bagi kita untuk berfikir .

analisis dibuat . aku malu-malu nak puji diri sendiri , tapi aku harus perkatakan sesuatu , kadangkala , kita dipilih oleh tuhan sebagai pencetus semangat atau motivasi kepada manusia lain secara tak langsung . walaupun kita bukanlah seorang yang layak sangat menjadi sumber motivasi =_=" ( aku seorang yang sangat tak rajin ) , tapi itulah amalan percuma yang tuhan nak beri kepada kita .





mereka yang sering hadir ke bilik aku akan ,
  • Panggil aku 'rajin' bila aku sedang duduk di atas kerusi belajar walaupun aku tak pegang buku , oh mereka mendapat pahala kerna sedang mendoakan aku rajin .
  • Usai mendoakan aku rajin , mereka pulang ke bilik dengan langkah yang bersemangat =_=" . belajar sampai lewat pagi . wah , luar biasa ! mereka menjadi rajin setelah melihat orang yang tak rajin tapi sedang duduk atas kerusi belajar , oh . =_=" menjadi rajin juga mendapat pahala , cuba engkau kira bilangan ilmu yang mereka belajar sehingga lewat pagi . luar biasa banyaknya !

    aku yang berpura-pura rajin dalam bilik pula akan ,
    • Didoakan 'rajin' oleh setiap orang yang hadir ke dalam bilik . jika ada 40 orang hadir ke bilik aku , mendoakan aku rajin , insyaAllah doa akan dimakbulkan . aku pun akan tidak malas-malas lagi >_< .
    • Aku menjadi sumber motivasi secara tak langsung . tak perlu menjadi seorang yang mempunyai pencapaian yang tinggi , hanya duduk di kerusi belajar , tuhan sudah pun memberikan aku amalan percuma kepada aku untuk memberi semangat kepada mereka yang hadir dalam bilik aku . Alhamdulillah . 

     "Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Beramallah kamu maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah), Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan." ( At-Taubah:105).

      win-win situation . kita hidup dalam dunia mutualisme ; saling memerlukan dan bergantung antara satu sama lain . bukankah percaturan ini begitu indah dan cantik jika kita sebagai muslim berfikir berkenaannya ?




      persetankan perang dingin atau perang psikologi sehingga kita tertekan ketika belajar atau ketika menghadapi peperiksaan . selalu bersangka baik dengan tuhan dan orang lain . hidup kita akan selalu tenang dan aman . setiap amalan ada bayarannya . bukankah kita hanya ada satu-satunya majikan yang memberi gaji kepada kita usai berusaha ?




      jadilah , manusia yang berfikir ......( peringatan untuk diri sendiri juga yang selalu terlupa )

      21 January 2012

      Lelaki dan Perempuan , dua reactant dan satu product....

      salam ziarah....

      Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.  Surah An-Nur : ayat 30


      ***********************************************************************




      situasi kejadian itu berlaku pada hari yang panas . encik haba yang suka mengigit kulit manusia tidak segan-segan melantak juadah yang terpampang di depan mata . peluh merembes bersama lysozyme yang memeluk mikroorganisma di liang roma .

      kelihatan lelaki yang mula menaiki tangga . mungkin , hendak pulang ke kolej kediaman . ya , itu situasi tipikal . luar biasanya ialah segala perincian yakni setiap saat yang berlaku dalam situasi ' seorang pelajar yang ingin pulang ke kolej kediaman . '


      Matanya ditampal ke lantai .




       pada saat mahu menaiki tangga , terdapat selautan perempuan bukan mahramnya di hadapan dan juga di belakang . memandangkan perjalanan menaiki tangga itu agak panjang dari segi jarak dan masa ( berjalan di belakang perempuan , memang begitu =_=" ) , mata harus tumpu ke hadapan untuk mengawal jarak antara jasad . risau juga jika terlanggar dengan bukan mahramnya , nanti dikata mengambil kesempatan pula .

      kagum aku apabila lelaki itu mahu menunjukkan raut muka yang sabar , pandangannya sentiasa mencerun ke bawah . namun , merisaukan aku berkenaan memandang ke hadapan . misal kata , tiba-tiba seorang perempuan itu menekan brek kaki tanpa melihat cermin sisi dan cermin belakang . pasti lelaki itu bakal menjadi calon balingan kasut tumit tinggi perempuan .

      alhamdulillah , segalanya normal dan tiada apa-apa yang berlaku yang boleh memberi kecemasan . sungguh aku kagum dikala melihat seorang lelaki itu berusaha bersungguh-sungguh melindungi matanya memandang yang haram .

      Nabi berpesan kepada ‘Ali ibn Abu Thalib, “Wahai ‘Ali, janganlah engkau ikuti sebuah pandangan dengan pandangan (berikutnya). Yang boleh bagimu hanyalah pandangan pertama, sementara pandangan berikutnya tidak boleh”.


      muslimah pernahkah engkau mendapat surat cinta ?






      entah kenapa aku berasa sedikit geram . alangkah sepinya hidup seorang perempuan itu tanpa rasa mereka pernah mendapat surat cinta . bertintakan dakwat yang maha agung dan dihantar oleh junjungan besar nabi umat akhir zaman .

      antara kalian ( perempuan ) dalam keadaan nazak , aku juga tidak menolak antara kami ( lelaki ) juga terkulai layu . apa yang buatkan aku sedikit geram ialah apa yang kalian fikir sehingga kalian langsung tidak berasa bimbang dengan fitrah lelaki seperti kami .

      fitrah lelaki yang aku cuba sampaikan ialah berikutan pandangan mata kami yang agak sukar dikawal melihat kalian . berlebih lagi apabila mata kami mula diselubungi dengan kejahatan nafsu .




      reaksi kimia yang asalnya reactant menghasilkan product 'nazak'

                                                                                                       godaan nafsu + bisikan syaitan (c)
      pandangan mata lelaki (aq) + perempuan yang kurang kasih sayang (s) -------------------------------------> perempuan dan lelaki akan menjadi nazak (g)


      (aq) - pandangan mata yang dicipta untuk fokus ke al-Quran
      (s) - syahwat yang menewaskan pandangan mata ke arah yang baik
      (c) - catalyst ; pemangkin , mempercepatkan reaksi
      (g) - gas api neraka yang bakal dihidu


      Dan Hadis Rasulullah  riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,

      Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”




      muslimah , engkau tahu , lelaki walaupun akalnya sembilan dan nafsunya satu , tanpa ilmu yang diredhai Allah dalam hatinya , dia pasti tumbang dengan kalian . catalyst ; pemangkin itu pandai bertindak balas dengan setiap suhu dan persekitaran yang fleksibel tanpa pemangkin itu dimusnahkan hasil daripada reaksi kimia .


      oh , jika begitu maka salahkan lelaki yang tidak menundukkan pandangan daripada kami ?





      jangan salahkan dan menuduh kami lelaki kerna menjadi seorang lelaki . ya , akui yang kami mempunyai sedikit ilmu yang diredhai Allah , tapi bantulah kami dengan menghalang pandangan kami kepada kalian . segelintir kami yang berakal sembilan yang lemah longlai ini , ada yang tidak mampu menahan cerita hati mereka . cerita hati yang digaul dengan nafsu syahwat .

      "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina” [hadis dari Abu Musa al-Asy’ari].

      bantulah kami daripada menggunakan sembilan akal kami untuk tidak berbuat jahat kepada kalian . rangsangan mata kami terhadap kalian bertindak menghantar cas-cas eletrik ke saraf neuron untuk dibiak yang bukan sedikit , bertrilion sel-sel neuron bercambah untuk kami sentiasa berkreatif dalam melakukan dosa kepada kalian .




      jangan biarkan kreativiti dalam skil kejahatan kami merosakkan kalian . salah satu kreativiti dosa kami yang membunuh maruah kalian . sebuah maha karya agung yang dibantu oleh pembantu makmal kejahatan serba boleh ; encik syaitan yang sentiasa direjam . salah satu kebijaksanaan baru maha karya agung jahat kami !




      doa perlindungan ;


      بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ 
      الْعَلِيمُ

      Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" 


      ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ;   At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah  Syeikh Syuaib ; Hasan)



      adakah hanya cukup sekadar berdoa kepada Allah , meminta perlindungan daripada kejahatan sambil kalian menyembur separuh botol minyak wangi , menyelak tudung ke belakang , memakai pakaian yang kalian fikir itu masih tidak ketat lagi . 

      Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."

      bacalah surat cinta yang tuhan kalian berikan . bukankah kalian beriman dengan tuhan yang satu . segala puji bagi Allah , tuhan sekalian alam , maha pemurah dan maha pengasih dan menguasai hari pembalasan .


      adakah kalian yang sudah membaca isi surat cinta itu mahu menafikan luahan cinta daripada penulis yang tidak mengantuk dan tidak tidur ?




      "Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu)."  Surah al-Ahzab : ayat 59


      hiasilah mata kami dengan pemandangan yang comel , bukannya kalian menghiasi mata kami dengan bahasa tubuh dan pakaian kalian yang membangkitkan syaitan yang tidak malas-malas meresap dalam haemoglobin sel darah kami .




      comel yang kalian selalu sebutkan , berfesyen begitu dan begini ; bertudung yang tidak menutup dada , berbaju t-shirt lengan pendek mahupun yang berlengan panjang ditambah dengan lilitan yang ketat , pakaian yang jarang .

      “Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti..”

      Petikan dari:

      (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii & Ibn Majah.)



      kami diam . ya , kami akui ada antara kami suka muslimah begini , tampak lebih comel dan begitu suka memuji kalian .

      namun , hakikatnya kami lelaki yang dhaif (lemah) sentiasa lupa dan berbuat silap . adakah pujian antara kami yang sering kami 'like' ataupun 'comment' itu seiring dengan 'like' dan 'comment' Allah dan Nabi Muhammad kepada kalian ?




      bayangkan ; andai rasulullah masih ada , apakah kata-kata yang baginda tuturkan tika baginda berjalan di hadapan kalian yang berpakaian begini ?

      Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]

      ya Allah , bantulah kami daripada menyekat pandangan kami daripada memandang yang haram , yang pasti mendekatkan kami ke lembah kejahilan . sekiranya , mereka enggan membantu kami dalam memperelokkan akhlak kami , kepada engkaulah tuhan sekalian alam , sebaik-baik pemberi pertolongan kepada kami . ampunkanlah kami .



      Fudhail bin Iyadh Rahimahullah,

      Seorang yang alim, soleh, Ahli ilmu & ibadah, 40 tahun tak pernah ia lambat untuk mendapat saaf pertama dalam solat, namun ia mengatakan;

      “Sungguh yang paling aku takutkan adalah fitnah wanita..’




      " lelaki yang baik ( lelaki yang memegang tangan kalian hingga ke syurga ) akan mencari apa yang Allah kata baik . kalian kata nak cari lelaki baik , maka kenalah jadi apa yang Allah kata baik . ( sama juga dengan lelaki ) "
                - Mr Paracetemol
      ***************************************************************

      Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka 
      Surah An-Nur : ayat 31

      sumber : ALLAH seeker 
                  

      p/s : aku tulis post ini sebab aku sayang kepada kalian ; bakal isteri dan bakal ibu kepada anak-anak kami...tulisan ini pasti kerna Allah . mudah-mudahan diterima baik oleh kalian dan diri penulis sendiri .

      Kucing bersama si pemalu....

      salam ziarah




      seorang lelaki ternampak kucing tika sedang berjalan di kaki lima . suasana sepi sebentar , namun itu cuma sebentar . hati toleh kiri dan hati toleh kanan . senyum lesung pipit .

      kucing bermata kolam biru kehitaman itu menyapa lembut . pasti kucing itu tidak mahu dibelai dengan senyuman lesung pipit lelaki tidak tampan . bulu-bulu gebu perang bertemu dengan liang roma kulit lelaki itu . lembut dan cantik perhiasan dunia ini .





      “Kasihanilah siapa saja yang ada di bumi ini, nescaya kalian akan dikasihani oleh yang ada di langit.”  
      Hadith Riwayat Tirmidzi, Ath-Thabrani dan Al Hakim.


      kucing bermisai halus itu tunduk bermuka manja . comel . toleh kiri dan toleh kanan sekali lagi . mengusap dagu kucing . bertambah comel . bertambah panjang ukuran lesung pipit lelaki itu .




      “Pada setiap yang mempunyai hati yang basah (haiwan) terdapat pahala (dalam berbuat baik kepadanya).” 
      Hadith Riwayat Bukhari, Ahmad dan Ibnu Majah.


       lesung pipit yang tadi terbit dalam hati . terbenam dua saat yang lepas . pipi mula merona merah tika seorang perempuan hadir di laluan kasih sayang . oh , sudah hampir untuk berpisah bagi lelaki yang malu-malu . kucing dilepaskan daripada dakapan gembira , selamat tinggal tanpa kata . bisu yang memberi rindu .





      “Siapa yang tidak menyayangi, ia tidak akan disayangi.”
                  Muttafaqun ‘Alaih

      p/s : post ringkas usai test 1 dan selesai menyiapkan assignment....fuh~

      08 January 2012

      Encik /Cik sempurna Vs Si kalah......

      salam ziarah...

      ' perghhh , aku tak puas hati betul dengan member aku yang dapat pergi sambung belajar oversea , dia selalu tidur dalam kelas kot....'

      ' cantik betul la dia tu . dah la cantik , pandai pula '


      Hari-hari bagi orang 'sempurna' .




      aku seorang pengembara . aku berjalan dengan melihat apa yang ada di sekeliling . penglihatan 360 darjah pasti tidak cukup untuk melihat luasnya ilmu Allah di atas muka bumi ini . hakikatnya , kita seorang pejalan kaki . berjalan untuk memilih jalan yang dijanji tuhan untuk mendapat ganjaran para nabi . tuhan tidak pernah memungkiri janjinya . itu juga sangat pasti .

      usia yang semakin meninggi membolehkan aku merangsang perasaan rendah diri . dikala terjumpa seorang lelaki yang tampan , kaya dan pandai , membuatkan aku terasa kerdil dalam dunia ini . bertambah pula , dia seorang lelaki yang rajin berjemaah di masjid . =_= , malunya aku .

      aku juga kerap kali tersalah jatuh cinta kepada perempuan yang 'sempurna' daripada kanta mata . perempuan yang terlalu sempurna daripada segi keduniaannya ; muka yang putih berseri , ada kad kredit , keluarga yang kaya raya , bijak dalam akademik dan pelbagai lagi karekteristik yang tidak sekufu untuk calon isteri  =_=" .

      apa yang tercetus dalam hati di saat melihat orang yang sempurna ini ialah berhajat untuk menjadi seperti mereka ; menjadi yang sempurna , hidup yang di mana kita ada segalanya .



      Sempurna di mata fizikal .




      ada seorang lelaki yang sangat malas di mata manusia dan mendapat keputusan yang kurang sedikit cemerlang tetapi beroleh biasiswa berbanding dengan si pemegang keputusan cemerlang dalam sekolah . pasti jika berita ini tersebar si pemegang keputusan cemerlang itu akan berasa tertekan .

      aku berjumpa ramai orang yang bergelar genius ; tidur dan tidak belajar atau mungkin praktik amalan belajar di saat akhir( betul-betul saat akhir sebelum masuk dewan peperiksaan ) , beroleh keputusan yang sangat cemerlang berbanding orang yang sentiasa bercumbu dengan buku .

      terkejut . hairan . itu kuasa tuhan . jangan terkejut . jangan hairan .

      lagi-lagi dia seorang yang tampan atau cantik , bertambahlah tahap tekanan orang yang 'tidak sempurna' . berlebih lagi kepada orang sempurna yang bukan daripada golongan mendalami ilmu agama ; orang yang tak solat , baju tak cukup kain , rambut warna-warni .  maka ramai lah yang mengungkit amalan doa mereka kerna tidak didengar tuhan .

      bukankah Allah maha mendengar ?

      solat lima waktu , ibadah wajib tidak ditinggalkan , amalan sunat ditambahkan ,doa sepanjang masa . namun , masih tidak dapat menjadi yang sempurna seperti mereka .

      "dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)"  Surah an-Nur:ayat 19

      ini yang terjadi dalam realiti . ingat aku tika waktu kecil , ummi selalu berpesan yang sentiasa taat kepada perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya . insyaAllah , pasti slip keputusan akan naik di atas pentas . namun , itu sudah tiada relevan untuk waktu ini .




      aku tersentak . ramai di antara mereka yang kurang ad-din dalam hidup , itulah yang cemerlang , itulah yang berjaya dan itulah yang membahagiakan mata orang yang tidak sempurna .

      usaha dalam belajar + usaha dalam ibadah = ?

      namun , apa yang aku buat lebih tersentak ialah kesilapan aku sendiri ; aku melihat mata fizikal , dua biji mata luaran . itu sudah pasti kesilapannya .

      ' result yang gempak dalam exam bukan kejayaan yang sebenar , kembali ke 'kampung halaman' ialah kejayaan yang hakiki '







       ciri-ciri pelajar tuhan yang berjaya :-

      Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, [1]
      Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
      [2]
      Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
      [3]
      Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); [4]
      Dan mereka yang menjaga kehormatannya, [5]
      Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: [6]
      Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; [7]
      Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;[8]
      Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;[9]
      Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi [10]
      Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.[11]

      surah al-mu'minun : 1-11





       namun , ini bukan bermakna kita perlu bermalas-malas untuk menimba ilmu pengetahuan . jangan diabaikan juga perkara duniawi dalam sibuk mengejar perkara-perkara akhirat , barulah seimbang kedua-duanya , dengan mengejar dunia kita dapat akhirat , dengan mengejar akhirat kita juga dapat dunia .


      Cantik dan kaya .




       jauh sekali aku memandang , jauh juga di hati ku di kala melihat perempuan cantik . betul-betul cantik sehingga mata aku malu-malu pandang kali kedua . besarnya jurang dan tiada harapan yang perlu disandarkan =_=" . sudahlah kaya malah seorang yang bijak pandai , hatiku kecil terkulai merendah diri ; hanya tuhan sahaja yang tahu bentuk hati ini .

       sebagaimana seorang lelaki tampan yang hadir dengan bakat 'sempurna' itu juga , buatkan aku berkira-kira dengan tuhan .

      oh , alangkah indahnya menjadi seperti sempurna , sempurna seperti mereka .

      namun , tuhan yang maha bijaksana itu bukan sekadar suka-suka menciptakan 'sempurna' di mata manusia . bersyukurlah dengan segala apa yang melekat dalam kehidupan kita .

      kenapa perlu bersedih jika kita melihat orang sempurna itu lebih bertuah daripada kita yang malang ?




      bersyukurlah walaupun kita terasa menerima nikmat yang sedikit . hakikatnya , tuhan sahaja yang maha adil dalam pembahagian nikmat . hendak persoalkan ? jangan begitu , bukankah kita seorang hamba . turuti langkah-Nya dan kita akan berjaya .

      Diserukan pada hari Kiamat supaya orang-orang 'al-hammadun' (orang-orang yang banyak memuji Tuhan atas nikmat-Nya) agar bangun berdiri. Maka bangunlah satu jemaah (kumpulan) lalu mendirikan bendera. Mereka itu terus masuk ke Syurga. Apabila ditanya, "Siapakah orang-orang al-Hammadun itu?" Maka Nabi Muhammad s.a.w pun menjawab: "Mereka yang bersyukur kepada Allah s.w.t semasa dalam keadaan suka dan duka." (riwayat at-Tabrani)

       Motivasi yang memberi cinta .




       sesuatu yang diturunkan pasti bersebab . sudah pastilah itu mehnah( ujian ) yang mendatangkan ibrah( pengajaran ) . itulah cantiknya agama yang bernama Islam . ganjarannya pasti sebuah tiket ekspress ke kampung halaman .

       bersyukurlah kerna tuhan masih lagi berminat untuk menyambung nyawa kita . kita tidak bersih . lupa dan lalai . kerana kita manusia yang sentiasa didampingi oleh syaitan yang direjam . jangan biarkan bisikan halus itu menerpa dalam minda kita ; rasa rendah diri dan tidak puas hati dengan orang yang sempurna itu .

       dengan fitrah manusia itu , tuhan turunkan sepotong ayat motivasi yang memberi cinta ,

      "..........Sesungguhnya jika kamu bersyukur dengan nikmat-Ku, pasti akan Ku tambahkan nikmat kepadamu........" surah ibrahim : ayat 7
       jangan bersedih melihat orang yang lebih tampan , jangan berasa tidak puas hati apabila membandingkan usaha belajar kita dengan orang yang selalu tidur dalam kelas , jangan berfikir sangat tentang betapa gembiranya hidup mereka .

      lihatlah orang yang tidak bernasib baik daripada kita . jika kita dalam keadaan tertekan melihat orang yang berjaya dalam exam , tidak puas hati dengan mereka , apa agaknya kata mereka yang tidak berpeluang ke sekolah?




      membanding-bandingkan soal kacak atau cantik di mata manusia , apa agaknya kata mereka yang cacat dan kurang upaya?




      lihat dunia dengan mata hati . maka , di situ kita akan sentiasa bersyukur . ingat , yang bukan kita sahaja yang tidak sempurna di mata manusia . cuba kau ceruni mata mu melihat ke bawah , berjalan dengan merenungi segala keseluruhan , bukannya mencemuh nikmat yang tuhan sudah beri .

      bagaimana untuk sentiasa beryukur dengan wajah yang tidak tampan , markah exam yang kurang gempak , belum lagi menjadi kaya mahupun sentiasa dipandang rendah ?

      inilah cantiknya Islam , agama yang memberi cinta .

      Nabi Muhammad bersabda ,
      "Apabila seseorang darimu memandang orang yang lebih darinya dari segi harta kekayaan dan rupa paras, maka hendaklah ia melihat pula kepada orang-orang yang lebih bawah darinya."




      lihatlah dunia dengan cinta ; sentiasa memberi pandangan ke bawah untuk meraih keseronokkan dalam bersangka baik kepada tuhan yang tidak pernah jemu melihat kita meminta-minta .


      p/s : sentiasa redha , pasti ada ganjarannya . >_<



      03 January 2012

      Kesakitan si paracetemol

      salam ziarah....


      kulit perang ku panas . mata ku berair dengan takungan hangat dan merah lagi . sendi-sendi ku lemah tetapi mudah bertegang . otot ku longlai persis kertas kajang yang ditiup angin .




      “…Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya”   [al-Baqarah 2: 286]

      merungut di kala penyakit itu datang , itu satu fitrah bagi manusia yang lemah . lemah dengan ujian tuhan yang berupa kesusahan yakni tiada pilihan . tiada pilihan selain kita bersedih dengan penyakit dan merungut tentang kesakitan yang dialami .




      “Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.”
      (HR. Bukhari-Muslim)

       apabila saat ini datang , mata ku yang bertakung dengan air hangat dan merah lagi , hanya bisa cemburu dengan manusia yang sihat .


      ' beruntunglah , orang yang sihat dapat belajar kirchoff rule dan magnetism =_=" '




      Nabi bersabda. “Janganlah kamu mencela demam. Karena sesungguhnya demam itu menikis kesalahan anak cucu Adam sebagaimana bara api mengikis keburukan besi.” (HR. Muslim)




       apabila saat ini menjelma juga , beribu motivasi cuba untuk kuatkan atma hati untuk memberi manfaat kepada orang lain . memberi senyum dikala sakit kepada orang lain , lebih comel berbanding senyum orang sihat .

      ya , lebih bagus menyembunyikan kesakitan daripada orang lain daripada merungut entah tuhan redha atau tidak .

       p/s : kini , paracetemol menjadi santapan.....



      LinkWithin

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...