23 February 2012

Earphone , untuk mahu mendengar

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani


Rasulullah SAW bersabda: "Dan orang yang membaca al-Quran tetapi sulit atau payah hingga merangkak-rangkak, dia mendapat 2 pahala. Yang pertama, dia mendapat pahala kerana membaca Al-Quran. Dan yang keduanya ialah kerana walaupun sukar tapi dia tetap mencubanya."




aku dengar beberapa lagu yang diputar di radio . bukan untuk hari ini sahaja , hampir setiap hari aku mendengar lagu-lagu yang berlirikkan dengan perkataan 'cinta' . jika tiada perkataan 'cinta' pun , masih ada lagi lirik yang boleh membentuk hati merah jambu dalam layar imaginasi .

jika lagu itu berbahasa korea , penuhlah dengan perkataan ' sarang ' , agaknya telinga ini juga sudah mual dengan mukus yang mula mahu berhenti kerja . =_=" 

setiap rangkap dalam lagu-lagu itu aku fahami , aku tolak ke tepi melodi segala bagai ; segala bunyi instrumen muzik , aku senyapkan . untuk faham apa itu sepi sebuah lagu yang dikarang dengan kata-kata . aku baca satu demi satu perkataan itu .

ya . ia seperti membaca sebuah puisi indah . kata-kata yang bisa memberi hati kita berbunga-bunga . ia buatkan aku faham apa yang kandungan dalam lirik itu memberi cerita kepada manusia . puitis . indah bait-baitnya . buatkan kita tak akan pernah jemu untuk membaca karangan itu .

namun , tersangkut di dalam masyarakat tipikal , melodi yang mengiring lirik itu telah memudarkan mesej-mesej atau bait-bait puitis , indah dan berbunga-bunga . rentak instrumen muzik telah menghalang bait-bait lirik itu berpuisi , menghantar cas-cas kagum ke dalam sel neuron otak .

manusia menjadi pekak . hanya melodi dan rentak lagu yang didengar , lirik dipinggir dan ditolak tepi dek kerna ditenggelamkan not-not muzik yang bijak menggoda gegendang telinga .

tiada kemanisan sebuah lagu itu tanpa pemahaman mesej disebaliknya . lagu itu hanya bunyi instrumen muzik , melodi yang menutup kefahaman dan bunga-bunga kalimah itu . manusia itu buta seni .

baru-baru ini , terlihat seorang lelaki yang separuh telanjang , err bukan tiga per empat telanjang yang sedang menyanyikan lagu maher zain . sungguh , aneh =_=" . cantik mesejnya tapi melodi itu juga yang dia lebih pikat .

sebaik-baik kalam .


mendengar alunan si tahfiz yang membaca al-quran itu , seperti mahu mengimitasi dan meniru lunak gelombang suara yang dilantunkan . alunan itu memberi interferens yang mampu membuahkan perasaan segan dan malu-malu dalam hati . diri ini rasanya seperti kerdil yang terlalu .

bunyinya indah . suaranya lunak . atmosfera itu tenang . hati diselimuti dengan amannya tika itu . maka , cubalah bereksperimentasi dengan setiap alunan bacaan ayat al-quran yang dilantunkan oleh para imam dan tahfiz .

gegendang telinga memberi signal yang hati ini rasa aman dan damai . melodi itu betul-betul mengalahkan melodi instrumen muzik yang diputar di radio . piano kalah . gitar kalah . dram kalah . sungguh .




khayal dengan alunan kalam Allah yang bersemi dalam haemoglobin yang menyala . terus meresap ke organ-organ lain untuk bersama menghayati melodi yang memberi cinta kepada manusia seluruh dunia .

namun itu tidak lama , seperti ada tangan yang sedang mencuit-cuit bahu ini . berbisikkan sesuatu . sesuatu yang berbunyi begini , ' manusia itu buta seni '  'manusia itu pekak'

aneh . bukankah kalam Allah itu sebaik-baik lagu , tidak boleh dibandingkan dengan lagu-lagu ciptaan manusia di dunia ini . adakah tafsiran itu salah ? kalam Allah itu , bukankah indah untuk kita dengar-dengarkan ?

sebuah jawapan .




cukupkah hanya sekadar mendengar alunan kalam yang maha kekal itu , dengar melodinya yang tenang itu tanpa engkau faham maksud ayat-ayat cinta itu . sudahkah engkau membaca ayat arab itu dengan tafsir supaya engkau faham dengan jelas untuk diamalkan masa yang akan datang .

 begitu jugalah , sebuah lirik lagu yang dikarang oleh manusia . jika kita faham maksud lagu itu , sudah tentu kita akan faham apa mesej yang cuba disampaikan oleh si penulis lirik .

seorang lelaki yang sedang menikmati rokoknya sambil menghilangkan kepenatan dengan menyanyi ,

"Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terkujur badan dan kedinginan"


 melodinya indah , tetapi liriknya itu yang lebih berkuasa , mampu mematikan keseronokkan , mampu merosakkan kemanisan asap rokok itu . satu nasihat yang terkandung dalam lirik lagu ini telah disyorkan oleh nabi Muhammad sendiri . sebaik-baik penasihat yang mampu buat kita kenang dosa-dosa silam .

 pop , rock , sentimental atau apapun sahaja . bait-bait lagu itu perlu dihadam sebelum melodi itu didengar . melodi fungsinya untuk mencapai puncak penghayatan penuh .



kalam Allah itu dilagukan , memberi hati kepada sesiapa yang mendengarnya . maksud bait-bait kalam Allah itu lebih manis , malah mengubah manusia yang berfikir itu mengamalkan apa yang ditulis oleh yang maha kekal abadi .

p/s : tulisan ini , supaya aku faham dan ingatkan aku agar tampar diri ini yang selalu malas-malas . insyaAllah .

18 February 2012

Basi-basi itu datang daripada ratu hatiku

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

”Tiadalah di atas dunia ini seorang Muslim yang berdoa melainkan akan diperkenankan Tuhan atau dipalingkan daripadanya kejahatan selama dia tidak berdoa perkara-perkara yang berdosa atau membuat perkara yang memutuskan tali persaudaraan. Lantas seorang lelaki berkata: “Kalau begitu kita perbanyakkan doa? Jawab baginda: “ Di sisi Allah (penerimaan) lebih banyak.”
 

Riwayat at-Tirmizi




dewan kuliah seperti biasa dicemari dengan aroma makanan tika datangnya waktu fizik . kata seorang pensyarah itu , dibenarkan membeli makanan . apa yang pelajar faham tentang arahan itu , mereka akur seperti yang diperkatakan . mereka beli dan bawa makanan ke dalam dewan kuliah yang ada satu bahagian di dinding yang suram . dinding yang ditampal oleh sehelai kertas yang teriakannya rendah , ditenggelami bayang hitam yang entah tidak tahu asal usulnya . sehelai kertas yang bertulis bertentangan apa yang diarahkan seorang pensyarah .

lebih kurang beginilah ayat dalam kertas itu .

' Dilarang makan dan minum dalam dewan kuliah '

ya , ayat yang basi . ayat yang mereka suka tulis untuk berbasi-basi , bukan untuk diikuti cuma sedar yang sebuah dewan kuliah itu tidak akan sempurna tanpa sehelai kertas yang berbasi-basi dengan ayat itu . baiklah , cukup dengan perkataan 'basi-basi' ini .

lampu di dalam dewan kuliah masih lagi samar-samar . tanda , dewan kuliah itu belum dimasuki oleh kumpulan lain . pensyarah pun belum hadir . masing-masing meratah juadah yang memberi aroma yang memikat tambahan pula berdinginkan dengan mesin mekanikal yang memberi sejuk . cukup terliur . =_="




di sudut sana , terlihat lelaki yang mengangkat tangannya , gaya seorang yang sedang berdoa . terkumat kamit membaca kalimah yang tidak didengari . kumat-kamit itu bukan seperti kau sedang melihat bomoh yang sedang membaca jampi serapah , mulutnya bergerak seperti orang yang sedang berharapkan sesuatu ; ya , seperti orang yang sedang berdoa .

yakin aku , dia berdoa untuk memuliakan ilmunya pada hari itu dengan kalimah-kalimah yang perbesarkan Allah dan berselawat ke atas nabi Muhammad . seterusnya , meminta seperti doa-doa belajar yang lain . itu yang biasa aku lihat lelaki yang memuliakan ilmunya .

terdetik dalam hati ini . siapakah yang menyuruh dia berdoa sebelum belajar ? siapakah yang mengajarkan kalimah-kalimah hijaiyah yang bersambung memberi makna baik ?

Ibu .




ummi pernah berpesan , tika muka saya betul-betul dalam tekanan yang beribu , bagai dihempap dengan batu yang disalutkan dengan permata kilauannya yang berjuta . err ini terlalu hiperbola =_=" ; maksud mudah , saya dalam keadaan tidak semangat untuk belajar .

pesannya ialah , lebih kurang begini ,

jika susah dalam mengingatkan sesuatu , atau ada rasa susah bila nak belajar , selalu berdoa dan jangan putus asa . kena banyakkan usaha lagi . kalau tak dapat , tiada rezekilah maknanya .

nasihat yang tipikal bukan ? nasihat yang sama mesejnya bagi setiap ibu yang memandang anaknya supaya terus semangat nak belajar . cuma penyampaiannya berbeza kerna latar belakang yang berlainan .

 apabila aku ingat kembali tika itu di waktu sedang mengambil PSRA , dan kini aku hanya cakap itu nasihat yang tiada luar biasa . kata-kata motivasi yang berbasi-basi seperti sehelai kertas yang bertulis ' Dilarang makan dan minum dalam dewan kuliah ' .

itu cuma biasa lagi basi . tiada mahu dipandang dan tiada ingin ikut . namun , sebaik ingatan itu berputar , ummi pernah berdoa dalam keadaan bilik yang mentah dengan cahaya . yakin yang mulut ummi juga berkumat-kamit dengan kalimah baik , sayu menyelubungi bilik yang serba suram .




 qiamullail itu mengharukan . bangun hanya untuk menadahkan tangan yang kasar . meminta sesuatu untuk diberi sedikit bahagia dalam hidup ini . telekung putih itu kemas tanpa cela daripada sebalik intipan celah pintu . entah kenapa nasihat itu diulang-ulang , untuk kata nasihat daripada seorang ibu itu bukanlah kata-kata basi . ia untuk kita pilih ; dengar nasihat itu dan amalkan kata-kata itu .

pasti , lelaki berdoa itu juga menerima nasihat yang sama tetapi tidak serupa begini . kalimah-kalimah hijaiyah yang baik itu juga pasti diajar oleh ibunya ataupun mungkin para ustaz atau ustazah yang dibiayai ibunya . lelaki berdoa itu mahunya , ilmu itu dipermudahkan masuk ke dalam dadanya , terus melekat ditambat dengan tali pen yang sedia di tangannya .

ya , lelaki berdoa itu seorang yang mendengar kata-kata basi . basi yang mampu memberi kita ingat untuk tahu yang seorang ibu itu istimewa di hatinya . jika begini , doakanlah sekali ibu mu yang mengajar doa . bahagiakan mereka dengan suara mu yang perlahan dalam menutur doa , meminta doa diperkenankan supaya ibu yang jauh itu akan sentiasa diberi pahala .




kerna dengan nasihat seorang ibu yang mahukan anaknya sentiasa berdoa , kasih sayang yang comel untuk kita ingat . biarkan arus pahala itu berganda-ganda banyaknya untuk dia , seorang ibu yang jasanya seluas lautan yang memandang .

ini untuk ibu yang meminta anaknya untuk selalu berdoa :)

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." 

surah al-Isra' : 24









sehelai kertas yang ditampal itu , aku renung-renung . basi . biasa . tipikal . itu cuma kata-kata yang memberi perfeksi dalam kehidupan . doa itu membawa kesempurnaan . doa itu senjata mukmin . itu pasti . aku percaya yang senjata itu masih lekat . alhamdulillah .

14 February 2012

Cinta yang berupa awan hitam

salam ziarah...

Sabda Rasulullah S.A.W. :
"Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman : (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".

ini sebuah monolog fiksyen yang hadir dalam hati . di kala encik hati sedang mengusik pipi lelaki itu , dia memandang tenang ke langit . langit biru yang sentiasa memberi lambaian , menenangkan jiwa-jiwa di dunia dengan kanvas yang dinukil oleh pelukis yang maha bijaksana . burung-burung yang biasa terbang dekat dengan permukaan langit itu sahaja yang tahu berzikir selalu , juga manusia yang tinggal di atas bumi yang selalu rindu kepada tuhannya .

hati memulakan monolog , mahu bertanya . lelaki itu tenang-tenang menutur kata memberi izin . hati yang malu-malu melontarkan limpahan soalan . ia bukan limpahan sebenarnya , soalannya cuma satu . tetapi soalan itu sangatlah besar maknanya sehinggakan sebuah empangan jawapan tidak mencukupi untuk menjawab satu soalan manis itu .

lelaki itu memberi senyum . senyum yang orang baru usai menatap mahakarya agung tuhan yang kekal abadi . cinta itu seperti apa ?

cinta itu segumpal awan hitam . awan hitam yang gumpalannya besar dengan gelap warnanya yang terapung di langit yang biru .




apabila datang awan hitam itu di atas kepala seseorang di kala langit yang cerah birunya . ia memberi kita rasa resah gelisah . adakah awan hitam itu mahu menurunkan hujan ataupun kilat yang sabung menyabung . itu terpulang kepada tuhan yang memberi izin . ya , itu pasti . dengan turunnya hujan , cinta kita kepada seseorang itu terbalas manakala kilat yang bising itu , menghancurkan hati kerna cinta yang diberi , telah ditolak .

itulah yang terjadi tika seseorang itu bercinta kepada pasangan fitrahnya . awan hitam akan mengikutinya di atas kepala . sehinggalah satu jawapan itu keluar , sama ada membasahi kepala dengan turunnya hujan atau meluruhkan jantung dengan dentuman kilat yang bising . awan hitam itu akan beredar dengan sendiri meresapi dalam hati .

namun , di saat orang itu dipanah cinta , awan hitam yang mengekorinya akan sentiasa memberi redup kepada kepalanya ; memberi harapan yang orang itu akan ada niat yang sama juga , berdoa meminta kepada tuhan supaya air rezeki itu turun dengan lebatnya diikuti pelangi yang memberi tujuh warna spektrum .




encik hati mengangguk-angguk . ada sedikit kagum yang dipamerkan . cinta itu seperti awan hitam yang sentiasa mengekori manusia itu . adakah mesti hujan itu turun atau kilat datang , itu urusan peribadi tuhan yang maha tunggal .

kamu tahu apa yang lebih indah selain daripada mengharapkan hujan turun daripada awan hitam itu ? ianya dengan berharap awan hitam itu akan lesap tanpa turunnya hujan dan kilat yang berdentum .

encik hati berasa aneh sekali . pusaran persoalan mula bermain di mindanya . kerutan beribu tanda soal jelas menjadi pameran .

tika awan hitam itu turun meredup atau cinta yang hadir dalam hati seseorang , dia akan sentiasa berharap supaya hatinya dapat memberi bisikan harapan kepada si dia ; terimalah hati ini dan jadikanlah aku kekasihmu . penantian itu akan berlalu lama hanya disebabkan hati yang malu-malu meluahkan perasaan kepada si dia .




malu meluahkan perasaan itu satu penyeksaan . itu jelas sekali dalam setiap lagu cinta yang diputar di media massa . penyeksaan itu akan berlanjutan dengan terpendamnya perasaan itu yang buatkan awan hitam itu sentiasa mengekori kita , mencipta harapan ; sukalah aku , sukalah aku , sukalah aku .

namun , jika dipendam terlalu lama juga , muatan di dalam awan hitam itu juga akan muntah dengan sendirinya . bukankan hujan yang hadir , sebuah ribut taufan yang merosakkan ekosistem . hati dimabukkan dengan cinta yang sentiasa terpendam , sehinggakan tiada lagi tempat dalam hati itu untuk diisi oleh pemilik hati yang agung .

hati yang diberi oleh pemilliknya , lalai dan alpa dengan kemabukan daripada cecair alkohol bergelar cinta . namun , untuk melarikan diri daripada kemabukan badai itu , perlukan larian yang padu , mengelak awan hitam itu hadir memberi redup atas kepala .

itu kerja mustahil kerna itu kerja tuhan . tidak boleh larikan diri daripada cinta , malah kita yang kena mengejar cinta itu . bagaimana ? awan hitam itu sudah pun di atas kepala , bagaimana mahu mengejar cinta itu lagi ?




dengan melompat dan memegang awan hitam itu . aneh . ia aneh . dengan cara melompat dan memegang awan hitam itu , engkau akan dapat melihat wajah pemberi cinta yang hakiki . dengan merenung cinta yang hadir di kala engkau sedang melihat pasangan fitrahmu , renung sekali dan beri renungan yang lama-lama kepada pemilik hati ini . fikir dan fikir mengapa cinta itu perlu datang .

kerna tuhan mahu tahu yang cinta yang Dia beri itu bukan untuk engkau mabukkan sendirian dan mabukkan berdua-duaan . ia sebuah hadiah untuk engkau sempurnakan agama dalam mengenal siapakah pencipta di sebalik awan hitam itu . awan yang memberi rasa pelbagai ; rasa resah gelisah , rasa harapan dan rasa manis yang banyak .

pegang awan hitam itu usai engkau melompat . pegang baik-baik awan itu . lihat apa yang di atas awan itu , disebalik redupnya awan hitam , engkau melihat wajah tuhan yang memberi senyum untuk manusia yang berfikir dan beryukur dengan pemberian itu ; sebuah hadiah yang berupa manis dan comel untuk engkau sentuh dan bernafas . untuk mengajak engkau kenal denganNya . pemilik awan hitam yang redup .


Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) dekat (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. 
          al-Baqarah , ayat 186




jika engkau mendapat turunnya hujan ,
biarkan hujan itu turun membasahi bumi dengan warna pelanginya yang kekal ,
tetapi itu fenomena mustahil kerna pelangi itu akan luntur warnanya ,
luntur warnanya disebabkan suria yang menjengah ,
suria cantik yang mampu memberi cinta ,

namun itu tidak kekal dan ia bergantikan dengan sinar gemerlapan bulan ,
itu juga bukan cinta kerna putih bulan itu tidak kekal ,
bagaikan Ibrahim yang sedang merenung atas ,
cinta yang sebenarnya ada disebalik langit yang luas ,
bagaikan hati rabiatul adawiyah yang kaya dengan tanah di dahinya ,
mengenal tuhan , pemberi cinta dan pemilik hati .


p/s : bukan sengaja ditulis pada hari ini , cuma ilhamnya turun ikut lintasan hati . >_<

12 February 2012

Air laut yang masin dan pasir , bukan satu mitos

salam ziarah...




“ Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim).

langit yang biru itu tidak pernah lekang di waktu siang walaupun ditampal dengan awan yang liar berlari-lari tanpa kaki . awan putih itu senyum sahaja melihat telatah manusia yang cuba mengejarnya untuk mendapatkan perlindungan daripada serangan haba yang mengigit liang pori . minyak merembes keluar . tanda , hari semakin meninggi .

usai tiba di destinasi , angin sepoi-sepoi memberi ruang kepada hati untuk bertasbih , memuji juga kepada tuhan yang maha agung . desiran bunyinya melajukan lafaz zikrullah , sejuk sahaja angin membelai telinga dan rambut yang semakin serabai .

pasir di tepian pantai itu memberi izin untuk kaki direbah ke atasnya . tanda setia kepada tuhan yang memerintahkan daratan menjadi tempat untuk manusia berpijakkan kepada dunia yang nyata . tidak panas pasir di pantai , cuma suam-suam sahaja .

ajaibnya , jasad ini terus dicelup ke dalam air laut , sebenarnya itu tanpa rela . air laut memenuhi liang rongga badan . masin =_=" . sedikit kejang . baiklah , duduk di tepi pantai itu lebih mencukupi .

renung dan memberi renungan kepada langit yang tidak jemu berkarya dengan warna birunya . langt biru yang memberi wayang memori tentang sebuah ceritera . silam dan lama . itulah dipanggil memori . itulah yang indah dan cantik yang sudah lama bersemi dalam dada ini . oh , ini memori tentang persahabatan .

pasir dan laut yang masin



pasir tidak segan memeluk kaki bersama lambungan ombak yang menepis kaki di persisiran . itulah eratnya pasir dan air laut yang masin . walaupun dihentam dengan air laut yang masin , pasir tetap bersama dengannya . masin dan lambungan ombak yang kuat bisa meruntuhkan sifat semulajadi material lain , namun itu tidak kepada pasir .

pasir itu jitu , halus jiwanya dan sering berubah-ubah hatinya walaupun sering dihentam ombak laut yang masin , dipukul dan sering mengusik tekstur kulit halus pasir . itu lah sifat setia yang selalu mendahului . adakalanya hati terusik dengan tohmahan , cacian dan terguris sedikit hatinya walaupun selapis epidermis bawang .




namun , pasir tetap ada bersama dengan laut yang masin . masih setia menampung lautan yang seberat jutaan gelen kerenahnya , sanggup menelan air masinnya tanpa sedar yang air laut itu memberi kesulitan kepada pasir . itulah setia . setia seorang sahabat yang selalu di sisi walaupun sentiasa hatinya di usik dengan amarah daripada syaitan . pasir hanya mampu redha .

kerna pasir percaya kepada janji yang maha satu . dia tetap percaya setianya menjadi sahabat itu mampu memberi sinar bahagia kelak . sinar bahagia yang mampu mengarang sebuah puisi . puisi yang bait-baitnya indah kepada sahabatnya .


' teruskan menghentam dan memukul daku , akan ku terus tampung segala kecantikan warna biru lautmu dan kelembutan airmu untuk melihat langit yang cemerlang birunya terus rasa bahagia tanpa jemu berkarya kepada manusia untuk terus bertasbih , memuji segala kebesaran Allah . Itulah setia aku . seorang sahabat yang banyak calarnya , aku redha dengan janji tuhan . '

puisi yang indah bait-baitnya . disusun dengan melodi khas daripada encik hati . hati yang baru bertasbih mengiring puisi cinta kepada sahabat dengan melodi ikhlas . ukhwahfillah ; bukan suatu mitos . ini sebuah melodi hati .





hayati liriknya , liriknya cantik dan indah , buatkan hati ini sentiasa bersenandung rindu , ini serius baitnya bagus , semoga anda sentiasa disayangi manusia lain >_<




Imam syafie' berkata ,
Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.
Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.
Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka.
Jika itu aku dapatkan. Aku berjanji akan selalu setia padanya.
Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang.
Semakin ramai aku peroleh sahabat. Aku semakin percaya diri.

Ini tinta untuk perindu yang memberi rindu

salam ziarah...





ini cuma karangan biasa-biasa kepada seorang yang luar biasa akhlaknya . seorang perindu yang sejati yang tidak akan pernah kalah dengan rindu penyair di dalam setiap arca bait-baitnya . luar biasanya rindu seorang ini ialah hamba ilahi yang teragung , tika dilahirkan bintang-bintang turut bersujud di kelahirannya , langit turut menangis jika hatinya berduka , awan memberi payung yang memuliakan kepalanya daripada sengatan sang matahari dan tanah turut bergetar melihat bengkak kakinya yang setia bercumbu dengan janji tuhan .

engkau manusia agung , seorang hamba ilahi yang memberi ceria kepada kami dengan setiap akhlakmu yang terpuji . al-amin yang mereka sebut-sebutkan itulah yang memberi cinta seantero alam , nur yang menutup era silam yang menggelapkan bayang kejahilan .



***************************************************************

"Aku sangat rindu untuk bertemu dengan saudara-saudaraku",
.
“Apakah maksudmu berkata demikian, wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu?”  Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut pikiran.
“Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan),” suara Rasulullah bernada rendah.
“Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah,” kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian Baginda bersuara,
“Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka.”

******************************************************************

engkau seorang lelaki yang istimewa , kuat merindui kami , menangis bersama kami tika kami melalui jalan yang sempit itu . cinta yang memberi tangis itulah pengorbanan yang kami ingat . kadang-kadang , kami juga lupa . lalai . alpa . namun , tika engkau bersungguh-sungguh melaungkan kerinduan itu . lutut kami berlaga , getar hati kami bertambah laju , bibir diketap dan mata diselimuti cecair hangat .

Ummati , Ummati , Ummati 

masakan tidak , Umar tidak dapat menerima kenyataan apabila engkau meninggalkan kami , engkau terlalu agung wahai hamba ilahi . berlebih lagi kesedihan Abu Bakar , teman setia yang paling engkau cintai itu . air matanya sahaja mampu memberi tasik yang mampu merebahkan Umar yang tegas itu , terjerumus ke dalam pasir yang engkau selalu sujud menghadap tuhan yang satu .

engkau memperkenalkan kami kepada arkitek yang maha bijaksana , Dia memerintahkan engkau mengajar kami menjadi hamba ilahi , ya , hamba seperti mu . engkau suri teladan yang baik , engkau memberi sinar yang lebih kadar intensiti cahaya matahari dan engkau seorang utusan yang memberi nota-nota cinta kepada kami untuk terus memberi cinta kepada tuhan , membalas kembali rindu kepada engkau .






************************************************

”Siapakah yang paling ajaib imannya?” 


“Malaikat,” jawab sahabat.

“Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah,” 

 “Para nabi.”

“Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka.”

“Mungkin kami,” celah seorang sahabat.

“Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau,”

“Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui,”

“Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku,” 

******************************************************************


tinta ini untuk engkau , wahai rasulullah , Muhammad Bin Abdullah . mari membasah lidah dengan berselawat ke atasnya . semoga rindu itu sentiasa memberi kita rindu yang sama kepadanya juga .





“Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka,”

10 February 2012

Nota kecil yang serba-serbi ringkasnya

salam ziarah....


sedikit gula-gula yang jatuh daripada pokok sena . secebis kata daripada seorang manusia yang baru aku kenal dan masih lagi tidak tahu raut mukanya , 
Charles Caleb Colton berkata ,
"Manusia melakukan segalanya untuk agama; menulis untuknya, berjuang untuknya - kecuali hidup untuknya."



semoga sepanjang tulisan ini berjalan sentiasa dibimbing oleh tangan ilahi yang sudi menyambut daku yang selalu berlaku lalai dan leka dengan mainan duniawi . harapan , dakwat yang ditinta dapat memberi pesanan kepada diri ini untuk mengamalkan apa yang ditulis .

jadikan ad-din itu sebagai gaya hidup yang memberi jernih dalam mengharungi liku yang keruh .semoga nota kecil ini memberi manfaat kepada mereka yang membacanya .

03 February 2012

Muslimah berdebu yang cintakan tuhannya .

salam ziarah...



ini cuma mukaddimah .

tika aku masih kecil lagi , minat mendalam menelah material tentang kehidupan seseorang yang hebat , itulah hobi . mungkin belum masih matang atau umur masih belum tahu membaca , ingin sekali meniru sesuatu yang baru atau luar biasa . maka melihat watak adiwira-adiwira di komik atau di televisyen adalah suatu perkara yang pasti untuk dijadikan rutin .

warna merah seluar dalamnya memikat hati untuk berpura-pura terbang , berlari sambil melunjurkan tangan ke depan dengan kain merah yang pekat diikat di leher . kain tuala merah berkibar gemilang tanda gah imaginasi seorang kanak-kanak yang masih fikir syurga itu hanya ada gula-gula dan coklat hitam .

diri ini yang bermain-main , cuba untuk melekat di permukaan dinding seperti lelaki labah-labah yang suka buat kebaikan tanpa menghirup publisti murahan . tidak sedar yang adiwira itu hanya imaginasi manusia yang akalnya sentiasa terbatas .

perhatikan perbezaan dalam gambar ini >_<



Debu yang memberi wira .




Sooraya Qadir atau Dust . seorang muslimah yang muncul dengan skil adiwiranya yang mampu menukar dirinya menjadi debu dan tanah sesuai dengan namanya Dust atau Turaab dalam bahasa arab .




salah satu watak dalam X-men dan telah diterbitkan beberapa tahun yang lepas ( tak silap tahun 2002 ) . seorang mutant yang berhijab , terselamat menjadi hamba abdi dan ditakdirkan untuk berpisah dengan ibu kandungnya .





sanggup menggadaikan nyawanya untuk berkhidmat di jalan Allah . itulah muslimah yang memakai gelaran adiwira dalam sebuah imaginasi yang dunia itu tidak sekadar kolum-kolum ruangan plot , ada mesej kebenaran yang memberi tona warna kepada latar .



seorang wanita yang berkuasa adiwira di sebalik baju yang Allah perintahkan itu tersemat jiwa yang mampu memberi didikan kepada wanita-wanita lain di dunia . InsyaALLAH .

kata-kata hikmah seorang watak imaginasi yang cintakan tuhannya ,

Sooraya's mother: I see you still wear it.

Dust (Sooraya Qadir): Pardon?

Sooraya's mother: Your burqa. Do you wear it in America?



I like the modesty and protection . It affords me from the eyes of men .


sumber : Sooraya Qadir (Dust) - X-men

p/s : muslimah , berusahalah !