28 May 2012

Hadiah daripada paksaan

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani




' gua nak berhenti merokok la der , tapi belum sampai lagi satu tahap gua kene berhenti laa '


' pakai tudung ? hari tu ada pi usya utube ustaz azhar idrus tentang tutup aurat dengan sempurna . tapi , still liat nak suruh diri sendiri tutup aurat kat luar rumah . mungkin dah biasa kot '


kecil-kecil




tika waktu saya kecil , mungkin umur budak tadika . saya telah di 'paksa' untuk mengerjakan solat lima waktu oleh ibu ayah saya . solat subuh , zohor , asar , maghrib dan isya' . saya solat hanya melalui zahir semata-mata . luaran . yakni perbuatan sahaja yang jelas terpamer tanpa ada unsur dalaman .


gaya solat budak-budak kecil memang terkenal dengan trend 'patuk ayam' . lagi-lagi kalau ada rancangan kartun yang disiarkan selepas tamatnya azan berkumandang ataupun waktu asar , selalunya adalah suara sumbang yang suruh lajukan pergerakan solat semata-mata untuk bermandi peluh di padang . maka di situ lahirlah ideologi patuk ayam .

disebabkan khuatir dengan ideologi ini yang mula mengganas , si ayah memberi amaran keras kepada anak-anaknya yang mempopularkan ideologi ini . sambil melihat rotan ' roti john ' panjang tersemat di belakang si ayah , anak-anak yang tadi termangu-mangu baring menghadap ke rancangan keluang man di skrin televisyen , terus menelan air liur . takut-takut juga libasan itu bakal menyiat kulit mulus belakang badan .




saat itu , si ibu mula mengajar bacaan dalam solat setelah sekian lama tidak mempedulikan bacaan dalam berdiri , rukuk dan sujud . selalunya , nombor-nombor dalam subjek matematik tadika yang menggantikan bacaan-bacaan arab dalam solat . nakal betul masa kecil-kecil .

berdiri betul : kira nombor 1 sampai 30
rukuk : kira nombor 1 sampai 10
sujud : kira nombor 1 sampai 10

*sila jangan tiru aksi di atas =_=" 

pernah juga bertanya kepada si ayah yang garang , untuk apa kita bersolat ? jawapannya ialah jawapan yang paling mudah sekali . supaya Allah selalu sayang . mudah bukan ? tetapi waktu kecil , apalah sangat tentang jawapan itu . jawapan yang biasa . kerna dunia tika itu masih lagi ditatap dengan tidak sampai suku penglihatan .

ikhlas




si ayah sangat tegas dan juga garang . jika ada anak-anaknya yang tak solat , dirotannya sehingga terngiang-ngiang azan isya' ke telinga si anak . menangislah si anak yang tidak mengerti sifat si ayah yang menyakiti tubuhnya . tadi bersifat penyayang , kemudian apabila azan berkumandang , rotan itu mula membabi buta , hinggap ke kulitnya . aduhai , pedihnya .

disebabkan rasa gerun yang terlalu , solat itu sentiasa diutamakan bagi mengelakkan rasa pahit itu terpalit di hati . masih terang lagi bisa itu berbekas walaupun sudah bertahun menyengat di kulit . memori itu sentiasa diputar kerna rasa aneh yang bukan sedikit . ia buatkan hati ini tertanya-tanya tentang apa ertinya ' ikhlas ' dalam melakukan ibadah melalui ' paksaan ' .

' aku belum bersedia nak solat  . sebab aku belum ikhlas lagi . '




bersyukur kerna si ayah dahulu menegur dengan rotan yakni mengamalkan unsur 'paksa' dalam mengingatkan anak-anaknya dalam urusan solat . dengan adanya pendekatan si ayah yang tegas kepada si anak yang kepala batu ini , mereka mengenal apa itu solat . bermula dengan pergerakan solat yang aneh yang selalu diperhatikan masa kecil , kemudiannya mengenal bacaan arab dalam solat .

dengan adanya unsur 'paksa' itu juga , mereka kenal solat itu tiang agama dan amalan wajib bagi para manusia yang bergelar muslim . dan keterpaksaan daripada pendekatan si ayah kepada anak-anaknya , mengembangkan lagi pengetahuan mereka tentang solat .

ianya berkembang dan terus berkembang . daripada hanya terkumat-kamit membaca perkataan arab tanpa tahu apa ertinya , kini berkembang dengan perasaan kesedaran diri sendiri yang setiap muslim itu juga perlu tahu apa ertinya setiap maksud dalam bacaan solat demi menggapai kemanisan khusyuk .

dan ianya akan terus berkembang sehinggalah kita sedar yang pada mulanya kita dalam keadaan paksa dalam bersolat , kemudiannya timbul kesedaran diri akan betapa pentingnya solat itu di sisi agama . keikhlasan dalam melakukan ibadah itu boleh digapai melalui proses ibadah seperti solat yang pada mulanya kita malas untuk solat dan akhirnya disebabkan kita bermula dengan paksaan , ikhlas itu bisa hadir dalam sanubari muslim .

paksaan itu sangat berkuasa . kita memandangnya sebagai sesuatu yang kasar . tanpa ada rela hati . mencabul hak kebebasan manusia . tapi hakikatnya , paksaan dalam melakukan perkara-perkara yang baik , akan membuahkan ikhlas dalam melakukan perkara-perkara yang baik .




“Latihlah anak-anak kamu bersolat ketika usianya 7 tahun , dan pukullah mereka (jika tidak mahu menunaikan solat) diwaktu telah berumur 10 tahun , dan pisahkanlah tempat tidur mereka (antara lelaki dan perempuan)”

riwayat Abu Daud

' aku belum sampai seru lagi nak pakai tudung ni '

belum cuba belum tahu . bak kata pujangga ^_^ . mungkin kita sudah biasa dengan kebiasaan kita sehinggakan kita takut-takut untuk melakukan hal-hal yang luar biasa daripada kebiasaan kita . apabila kita mula mahu melakukan sesuatu yang bukan perkara biasa yang kita selalu buat , kita akan rasa ragu . kita akan berfikir seribu kali .

ibaratnya , bagi seorang lelaki yang duduk di garisan khatulistiwa yang diculik di benua eropah yang bersalji . dan ragu apabila perlu berski di atas pergunungan salji demi meloloskan diri daripada penculik . ini perkara luar biasa bagi lelaki yang duduk di khatulistiwa . boleh juga diibaratkan seorang lelaki yang perlu membuat lompatan bungee . dia akan berfikir banyak kali untuk membuat keputusan sama ada melakukannya atau mengundur diri .

dengan adanya unsur 'paksa' , maka seseorang itu perlu membentuk tekad untuk memaksa dirinya melakukan sesuatu yang baharu . memaksa dirinya melakukan perkara yang baik-baik dalam agamanya . paksa diri untuk bersolat walaupun belum bersedia . paksa diri untuk menutup aurat dengan sempurna walaupun belum bersedia . paksa diri untuk berhenti merokok walaupun belum bersedia .




dengan keterpaksaan dalam melakukan kebaikan dalam agama , ia akan menghasilkan proses dalam membentuk ikhlas di hati . keikhlasan tidak boleh digapai sebelum melakukan solat ataupun sebelum pakai tudung . tetapi keikhlasan bisa dicapai melalui sepanjang proses amalan itu .

bacalah surah al-fatihan dengan perlahan . rukuk dengan perlahan . sujud dengan perlahan . lakukan pergerakan dalam solat secara perlahan .

jika kita cuba-cuba untuk bersolat walaupun hati belum ikhlas , rasailah setiap rakaat itu dengan bacaan dan maknanya sekali . buat dengan perlahan supaya kita dapat fokus setiap makna dalam bacaan yang kita baca dalam solat . insyaallah , dengan izinNya ikhlas itu akan hadir ke dalam hati kita .

Bacalah al-Quran dan menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis

riwayat At-Tabrani.

jika tidak mampu , pilihan yang ada hanya paksaan . paksaan bukan kerna tidak ikhlas dalam berniat , tetapi demi menggapai ikhlas dalam erti sebuah amalan dalam paksaan . mungkin sahaja kita tidak boleh menangis seikhlas hati pada hari ini , hari-hari yang mendatang pasti dengan kuasaNya , kita mampu memberi tangis bersama ikhlas .

ikhlas itu boleh digapai dalam proses ibadah . langkah-langkah dalam ibadah . procedure dalam ibadah . jika rasa malas , paksalah diri . mujahadah . nak atau tak nak sahaja . 




' bukan ke Islam tidak mengamalkan paksaan , seperti termaktub dalam al quran '


Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


al-Baqarah : 256

ya . benar sama sekali . namun , ayat itu jelas mengatakan tiada paksaan kepada ahli kitab yang mahu menukarkan agamanya kepada Islam . ayat itu khusus kepada ahli kitab sahaja .

seandainya kita yang sudah bergelar muslim , unsur 'paksa' itu sepatutnya sudah tiada dalam kamus hidup kita . kerna tika kita sudah menyebut syahadah , maka secara automatiknya kita wajib percaya pada rukun iman dan melaksanakan rukun Islam .  yang ada hanyalah perkataan rela dan bukan paksaan kerna kita sudah memeluk agama Islam .

fikir kembali , atas dasar apa kita memeluk Islam jika kita malas untuk bersolat , enggan menutup aurat dan mengabaikan perintah-perintah Allah . bukan ke jika bila kita sudah mengucap syahadah , maka kita wajib melakukan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya .




jika kita masih lagi rasa berat untuk melakukan yang baik lagi benar dalam agama , maka bermujahadah lah yakni tekan diri kita dan paksa diri sendiri melakukan suruhanNya demi mencari erti ikhlas dalam proses tersebut .

ingat , jika keikhlasan itu tidak dapat dicari waktu niat mahu bersolat , maka paksalah diri sendiri bersolat dahulu dan rasailah setiap makna bacaan solat itu . dengan izinNya , di situlah ikhlas itu terhasil dalam proses melakukan solat .

bila sudah muslim , yang ada hanya rela dan bukan paksaan semata-mata kerna kita sudah berjanji yang kita akan setia bersama denganNya .



' siapa yang nak jawab soalan nombor 6 ? sesiapa kat sini sukarela ? kalo tak paksarela ? ^_^ '

* mata disepetkan , kepala ditundukkan , muka buat-buat fokus atas buku matematik =_="

26 May 2012

Statik , kabur .

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani






seorang pemain bola sepak terkemuka di dunia ditemu bual oleh wartawan sukan ( mestilah sukan ) . dan dalam temu bual bersama wartawan itu , dia diberi satu soalan yang dia sentiasa nantikan . satu soalan .

' mengapa encik boleh memilih kerjaya sebagai pemain bola sepak ? ' 

dia senyum . hanya yang senyum-senyum sahaja punya jawapan yang tepat .

waktu kecil , saya tidak tahu apa kelebihan saya . saya keliru . saya tak dapat buat keputusan sama ada saya perlu mengikut sahaja mulut orang tua saya atau pun statik . tidak bergerak . apapun , sekurang-kurangnya saya bergerak jika saya memilih yang pertama .

namun , apabila saya mula kenal permainan bola . bermain dalam pasukan yang hebat . bersama kawan-kawan yang hebat dan suka mengambil berat . saya temui kehidupan . saya cuba mencari bahagia dalam kehidupan . dan akhirnya kebahagiaan itu dapat dilihat , apabila saya menjaringkan gol kemenangan bagi pasukan saya pada saat yang terakhir .

***********************************************************

dapat A dalam ujian biologi dalam semestar awal . bermimpi menjadi doktor yang berjaya . dan kurang bernasib baik dalam semestar akhir . mimpi yang lama menjadi ragu . bergerak atau statik . ataupun ada pilihan ketiga , berpatah balik semula .

keliru . yang mana mesti pilih . kedua-duanya kabur sekali . yang mana bisa memberi bahagia yang total . 

tak ada duit yang cukup untuk melihat masa depan . tetapi tidak perlukan duit untuk bermimpi . mimpi itu samar-samar . untuk menajamkan visual mimpi , perlu mencipta kehidupan hari esok . merancang dengan teliti sambil mengharapkan tuhan yang sebaik-baik perancang berpihak kepada kita .

namun , tidak semua mimpi itu jelas pada hari esoknya kerna tuhan itu memang sebaik-baik perancang . rancangan Dia yang lebih hebat sehingga kita tidak nampak mana hikmahnya hari ini . yang pasti Dia sentiasa berpihak kepada kita kerna itu janjiNya dalam kalam .

di manakah kebahagiaan seorang lelaki pada saat terakhir sebagaimana seorang budak kecil yang menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan ? 

kepada diri sendiri , 

manusia tidak boleh statik . manusia kena berjalan . berlari jika perlu . melompat jika boleh . berehat tika sampai waktunya .

 
لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
“Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim”

23 May 2012

Pencari kebahagiaan

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

Siapa yang beramal salih baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan.


 An-Nahl :  97




ramai manusia kini menjadi salah satu ahli kelab pencari kebahagian . manusia itu mempunyai visi yang berlainan terhadap kebahagian dan mereka fikir kebahagian itu hanya dapat digapai melalui proses kehidupan . kebahagian itu terlalu subjektif .

daripada manusia yang tidak bertuhan , mula mencari agama yang benar untuk peroleh kebahagian dalam kehidupan . kerna dalam agama itu mempunyai satu elemen yang memberi tenang dalam hati manusia . bahagialah mereka dengan meditasi ketenangan yang menyentuh jiwa . wujud jalan hubungan dengan yang maha kuasa .

ada juga manusia yang mahukan wang untuk penuhi rasa kebahagian dalam dirinya . kerna dengan hanya punya wang yang banyak , mereka akan rasa senang dan gembira . hati mereka akan rasa tenang . pelajar-pelajar pula mengharap kebahagian itu berdasarkan markah cemerlang mereka dalam setiap subjek . dengan markah yang tinggi , mereka berasa puas dan bahagia .

duit itu nikmat . markah cemerlang itu nikmat . 




kebahagian itu boleh datang dengan pelbagai cara . dalam tangisan , kita juga beroleh kebahagian . di kala menyendiri di balik bilik yang sunyi di malam hari , berteleku di sejadah mengadap tuhan . menangis . menyesali dosa-dosa yang lama . hati rasa bahagia . bukan mudah untuk bangun malam . bukan mudah juga untuk memberi tangis di hamparan sejadah . menangis itu nikmat . nikmat itu kebahagian .

kebahagian itu juga bersifat relatif . berubah-ubah . tatkala manusia itu diberi rasa sakit , bahagia yang paling dekat ialah merasa sihat . dan akhirnya , apabila merasa sihat , kebahagian lain akan menyusul pula dalam hatinya . manusia tidak akan pernah puas dengan satu hal bahagia .

oh , sakit itu juga nikmat . kerna ia mengingatkan kita untuk memberi apresiasi kepada nikmat sihat .

kebahagian dalam kehidupan itu tidak kira tempat dan masa . di belakang masjid , hilang selipar . menyumpah-nyumpah kepada si pencuri selipar . padahal , selipar itu dipinjam oleh tok siak yang terburu-buru membuang hajatnya ke tandas sehingga tersalah mengambil selipar . dan apabila teringat kembali , rasa lucu . ketawa perlahan seorang diri . itu juga rasa bahagia .

di bawah teduhan pokok yang rendang , ada budak perempuan yang berusia genit sedang mula berlatih , menggayuh basikal merah jambunya yang dibuang roda tambahan . dan apabila mula kayuhan itu bermula , dia jatuh berulang kali tanpa merintih pedih di atas lantai simen yang licin . kagum . rasa bahagia itu datang . bahagia melihat manusia yang berusaha keras .

kelihatan seorang lelaki berambut hitam pekat memegang erat tangan si gadis bermata bundar . baru bergelar pengantin sehari . mengharap bersama hingga ke tua . bahagia . mereka bahagia kerna agama mereka sudah sempurna . bahagia mereka itu jika dipandang , membuihkan rasa cemburu . cemburu kerna bahagia mereka belum lagi dirangkul di tangan sendiri . berkira-kira wajah manis yang bagaimana yang tuhan mahu berikan .

ada orang kata waktu siang yang hangat dan panas itu menerbitkan rasa ceria . gembira . bahagia . dan ada juga yang bilang waktu malam yang penuh dengan titis-titis air yang turun gerimis itu bahagia . bahagia itu fleksibel . bergantung kepada minda manusia lain yang mencernakan apa ertinya bahagia dalam hidup mereka sendiri .




kebahagian itu satu persembahan yang unik . ia bisa digapai melalui kekasaran dan kejahatan . si perompak itu berasa bahagia dapat menidurkan anaknya dengan perut yang kenyang di saat keluar mencuri wang di bank . si perasuah berasa bahagia yang si isteri tidak akan meleternya lagi jika segala rantai emas di kedai-kedai itu dapat dibelinya .

kebahagiaan itu wujud daripada variasi cara .

jika anda sudah hilang rasa bahagia di hati kerna dimarah dan ditengking oleh manusia lain , ketahuilah kebahagiaan itu bisa wujud dalam setiap perkataan yang menyakitkan hati . carilah kebaikan dalam bait-bait tengkingan itu .

jika anda mula memandang ke langit , mengadu betapa miskinnya rasa bahagia dalam hati . fikirkanlah yang bukan kita sahaja yang berseorangan berasa miskin , ramai lagi yang tiada peluang untuk rasa bahagia yang mereka impikan . setiap manusia punya peluang yang sama rata . cuma si miskin bahagia itu menyumbangkan hampir semua peluang mereka kepada manusia lain supaya mereka menjadi si kaya bahagia .

untuk manusia , bersyukurlah dengan rasa bahagia yang sedikit . dengan bahagia yang sedikit , kita akan memandang ke langit . merintih . mecari-cari tuhan . menangis dengan kesilapan lampau . kebahagian yang sedikit itu umpama batu jatuh ke atas manusia , terkial-kial mencari siapa yang membalingnya . tanpa ada batu itu jatuh ke kepala , mustahil untuk kita mencari si pembaling itu .




oh , itu juga bahagia . kerna kita mula tahu untuk kembali kepada tuhan . tuhan tidak akan menguji kita melainkan untuk memperbaiki urusan kebahagiaan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat . segala yang datang daripadaNya ialah urusan yang baik-baik belaka . dengan rasa miskin bahagia di dunia , kita akan rasa bahagia . jika tidak bahagia di dunia , maka yang pastinya bahagia itu pasti milik kita di akhirat sana .


Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu.


Ar-Ra’d : 28

18 May 2012

Onigiri dan belon

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani




kadangkala , rasa cemburu dengan nikmat orang lain . dia hebat dalam fizik . dia kaya . dia seorang pelari yang pantas . dia pandai melukis . dia sempurna . rasa macam bodoh . rasa seperti orang yang tak kenal erti syukur . rasa yang aneh . aneh dari sisi yang tidak elok . rasa jahat .

setiap orang punya belon yang terapung di bawah tonosfera . diikat kemas di jari telunjuk . gas helium itu tidak kering , sudi sahaja memberi apung kepada belon . usia yang muda tika itu , kagum sahaja . memandang ke langit . senyum-senyum melihat belon yang terapung .

malangnya , langit biru itu tidak selalu redup dipayungi awan . terik mentari itu menyilau pandangan ke langit . memaksa mata memandang datar . awan-awan kumus yang berlari , memayungi belon-belon milik orang lain . pandangan datar itu pula kagum dengan belon yang bukan miliknya . belon milik sendiri itu tidak dipandang kerna sudah silau diserang mentari .

belon itu persis kelebihan dan nikmat kita . usai sahaja kita gembira dengan apa yang kita miliki , kita dikejutkan dengan kelebihan dan nikmat yang lebih menarik . kelebihan dan nikmat yang paling enak itu selalu bukannya milik kita , tetapi itu selalu milik orang lain .

bersyukurlah . waktu awan yang pada mulanya memayungi belon milik kita . ada manusia lain yang punya belon disinari mentari , terasa cemburu dengan nikmat yang ada pada kita . cukuplah dengan ini . semoga pencipta awan itu selalu dekat dengan kita .


umeboshi + onigiri = ^_^




kelebihan yang ada pada seseorang itu umpama umeboshi dalam onigiri . kelebihan seseorang itu selalu melekat di belakang mereka . persis umeboshi yang melekat dalam onigiri . manusia di seluruh dunia ini umpama onigiri . setiap orang punya umeboshi dengan bentuk yang berbeza . warna yang berbeza . rasa yang berbeza .

tetapi disebabkan umeboshi itu tersangkut di belakang mereka . mereka tidak punya daya untuk melihat umeboshi di belakang mereka .




' saya bukan seorang yang istimewa . saya cuma nasi putih . '

itu tidak benar sama sekali . saya boleh nampak dengan jelas umeboshi awak yang melekat di belakang badan awak . manusia bisa cemburu disebabkan mereka bisa lihat dengan jelas , umeboshi di belakang manusia lain . saya juga manusia yang bisa lihat , bisa lihat dengan sempurna sekali .

ada umeboshi yang menakjubkan di belakang awak .

~ Tohru Honda - Fruit Basket ~

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu

surah Ibrahim : 7

16 May 2012

Nota kecil : bukan tidak peduli

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani






tika aku membisu , diherdik tidak peduli . biarkan yang di atas sahaja yang tahu , yang punya hati ini menyusun tinta dalam dakapan doa .


tika aku menghilang tanpa ada bayang . bukan bermakna aku lari dengan hati yang tidak pernah erti kepedihan . biarkan yang bersama dengan mu selalu itu , menerima bait-bait sujud malam di sini .


tika aku berjalan dengan wajah yang senang , bukan tanda aku redha di medan pertempuran sana . tidak tertanggung rasanya umat yang dipilih , tetapi itulah mereka , setia menanti doa-doa di sini . bantuan itu akan datang . bantuan itu hampir . bantuan itu pasti .


tika aku dihina di sini , kau menerima bedilan hingga dirangkul malaikat di sana . pedihnya seribu kali ganda tetapi azabmu hanya sekejap , kerna engkau yang terpilih di sana . semoga yang maha memberi sentiasa menurunkan rahmatNya di sana .

tangan-tangan kosong ini hanya mampu mengenggam kuat
setiap debu , pasir dan tanah yang berharga
akar-akar itu dan batu-batu kecil
turun bersama berjuang , menggapai awan ilahi
apa sahaja yang mereka lakukan kepada engkau
jiwamu itu bebas tanpa cela
menanti hadirnya malaikat si wajah cahaya
merangkul erat ke syurga ilahi




12 May 2012

Mahram itu

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani



tika leka berjalan menghirup udara bandar , datang seorang perempuan berambut hitam pekat dan panjang . matanya bundar dan menarik hati . oh , oh susahnya menahan pandangan daripada terus melekat yang comel . ikut kata hati ada dua bisikan ; yang baik-baik dan yang jahat-jahat . manusia itu sentiasa ada dua jalan . kiri dan kanan .

jika mahu ke kanan atau ke kiri , pilihlah jalan yang sudah nampak ke akhirnya . ya , bagi setiap pengakhiran antara dua jalan itu , pasti ada hujungnya . iaitu destinasi terakhir . destinasi yang baik-baik atau destinasi yang jahat-jahat .

dan perempuan yang punya senyum manis itu , menghulurkan tangannya . ingin berjabat tangan dengan seorang lelaki yang mudah terkena sihir pengasih daripada seorang rupawan . oh . oh hati ini diserang dengan satu rasa indah . bisikan halus dan menggoda itu asyik sekali .

ilmu di dalam kelas mula menjadi antibiotik . mencengkam antigen-antigen pengasih dalam darah untuk dileburkan . sitotoksik T sel merangkul erat antigen jahat dengan sentuhan pembunuhnya . minda menjadi stabil . akal berbicara . pesan-pesan itu bukan untuk sekadar paparan teori tetapi untuk praktikal dalam memilih satu sahaja jalan yang menuju ke destinasi yang baik-baik .


Lelaki


Perempuan

p/s : pesan-pesan untuk diri sendiri yang selalu lupa ^_^

10 May 2012

Musim baru .

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani



ini musim baru . pakaian baru . lagu pun baru . jari jemari di sini laju mahu berbicara . di sini ialah ibarat kertas-kertas putih dalam buku nota kecil yang punya muka depan berwarna-warni . nota-nota ringkas yang ditulis untuk diri sendiri . seperti mahu menyalin nota kimia dan biologi di dewan kuliah , fungsinya begitulah , untuk menjadi pandai .





oh , terima kasih kepada cik Nurel Yana Maurad . beliau bertungkus-lumus menyiapkan muka depan buku nota ini . oh , lupa nak sebut dia merupakan pelukis dalam komik ini . the pious student . 

terima kasih berjuta megawatt untuk cik . semoga kerja dakwah cik nurel sentiasa dipermudahkan Allah di muka bumi ini .


alhamdulillah , segalanya berjalan lancar dan molek sahaja urusan . mudah-mudahan nota di sini menjadi penampar dan cubit-cubit sayang kepada penulis yang selalu malas-malas nak menjadi lelaki yang baik . doakan penulis selalu rajin , ya .


doa itu percuma . semoga Allah sentiasa beri rahmat .

06 May 2012

Lelaki , senjata , bugs bunny

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani



lelaki boleh jadi senjata berbahaya kepada perempuan . kenapa ? kerna perempuan itu juga boleh jadi senjata yang berbahaya kepada lelaki itu sendiri .

apa sifat senjata ? ia diguna pakai untuk mencederakan dan merosakkan sesuatu . jika senjata ini diguna pakai oleh dua pihak yang tanpa ada panduan dan digunakan membabi buta tanpa akal yang waras . impaknya hingga ke neraka .

apabila dua senjata bertembung antara satu sama lain . masing-masing akan rasa luka . masing-masing akan rasa sakit . masing-masing akan rasa pedih .

dan kedua-dua senjata bahaya ini akan rosak dan musnah jika sesi serangan itu bertali arus tanpa henti . meski pun berhenti pada malam hari , igauan ngeri menemani mimpi . jika tidak terkena tikaman secara terus atau digigit peluru panas , pasti juga mata terkena habuk daripada runtuhan bangunan .


Sepeninggalanku tiadalah yang ujian yang lebih berbahaya kepada kaum lelaki kecuali godaan kaum wanita.


riwayat al-Bukhari


bugs bunny




lelaki boleh jadi bugs bunny yang sangat comel dan enak dipeluk . adakala waktunya , mereka juga bisa jadi patung chuckie yang jahat . setiap lelaki itu dijadikan berfitrahkan rasa ingin mencintai dan rasa ingin dicintai . sama juga seperti perempuan . ini sememangnya kisah benar sejak azali .

fitrah lelaki sangat mencintai perempuan . perempuan bikin kepala mereka pusing 180 darjah ke timur . hati mereka damai berlagu sonata . hujan daun berwarna putih melengkapi bibit suasana . mata mereka layu , menatap kemas untuk mula menangkap cinta empunya si comel itu . malu-malu itu mula melayang pergi , bagi semangat besi berani itu pula masuk menerpa ke sanubari . oh oh oh cantik sekali wahai puteri salju .

mata lelaki serba canggih . high class . siapa yang beri ? sudah tentulah yang maha memberi .




adakah lelaki perlu dipersalahkan kerna dituduh mata keranjang ?

tidak sama sekali . lelaki itu hamba tuhan yang diciptakan punya fitrah atau perwatakan begini . lelaki tidak boleh lari dalam mentafsir apa erti cantiknya seorang perempuan di matanya . oh , lelaki punya minda yang masing-masing berbeza dalam memberi interpretasi tentang kecantikan seorang wanita . maafkan sahaja kaum lelaki , mereka memang diciptakan sebagai pakar analisis yang hebat . ^_^

emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji dengan wanita

namun , agama itu turun bukan untuk menutup fitrah , menukar lelaki menjadi robot tetapi agama itu turun untuk mengawal fitrah analisis kecantikan yang ada pada mata lelaki . 

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.


surah an-Nuur : 30

lelaki dan dua punat


lelaki itu punya dua punat dalam hatinya . ia berperanan sebagai reseptor , menerima stimulus atau perempuan yang berada di sekelilingnya . yang mampu menekan punat hatinya ialah pasangan fitrah mereka . andaikata , perempuan itu menghasilkan stimulus yang baik-baik , maka jari runcing mereka itulah yang menekan punat yang betul . muka bugs bunny yang comel jadi pengasih hati .

jika memberi stimulus yang salah dalam piawai agama , maka jari runcing itu juga akan dihiris dengan punat yang tajamnya halus menikam maruah perempuan . persis patung jahat itu mencerun mata cacatnya dengan pandangan yang menggila .




berhati-hati . jangan memberi stimulus yang salah . jangan menekan punat yang buruk . perempuan akan membangkitkan 'syaitan' di dalam jiwa lelaki . rasukan itu menggila walaupun empunya badan lelaki itu cuma bernafsu satu . tetapi jangan dilupakan lelaki itu bersembilan akal dalam merencana yang pelan dasyat .

lelaki boleh jadi jinak jika tidak ada yang pada perempuan itu yang membuatkan lelaki itu tidak keruan . lindungilah lelaki , kerna mereka juga lemah . mereka ego . ego yang besar juga . jarang sekali meminta pertolongan daripada perempuan . maka , bantulah mereka ini dengan penuh rahsia . bantu mereka dengan melihat diri sendiri . refleksi diri . bermekap dengan ayat-ayat cinta tuhan .


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.


surah an-Nuur : 31

ini fitrah lelaki . ini bukan main-main . ini bukan rahsia . ini cerita benar . tuhan maha kaya yang bertinta , bukan manusia yang serba fakir ini .

agama itu mengawal tempo fitrah . tiada aplikasi agama dalam kehidupan , larilah tempo . rosaklah lagu . cemarlah irama . buruklah melodi . agama itu panduan mengawal fitrah bukannya mengekang terus fungsi semulajadi manusia . 





lelaki berjambang . lelaki berjubah putih . lelaki berserban . punat yang salah ditekan , hormon gila dirembes laju melanggar ilmu-ilmu yang penuh di dadanya . menutup dewan perdebatan . ilmu majoriti dikhianati , nafsu minoriti menang tanpa bertanding . jambang yang lebat tadi , hilang barakahnya . putih suci jubah , kelam dicalit ribuan dosa . serban terpacak di kepala , terbang entah ke mana .

 tolonglah . tolong , jangan menekan punat yang salah . lelaki itu sangatlah lemah .

lelaki punya fitrah yang menarik . mereka ada aksara-aksara yang membentuk puisi yang mencairkan hati perempuan . perempuan tenggelam dan timbul dalam dunia fantasi yang diciptakan lelaki . seperti di atas , lelaki itu punya sembilan , esei gramatis lagi romantis lelaki panjang berjela mengikat hati perempuan . tidak kalah dalam menabur janji , tetapi menurut histori , jarang sekali lelaki menunaikan janji . berhati-hatilah dengan fitrah lelaki . lelaki itu pemanis terbaik , krim lemak yang membentuk hati di mata perempuan .

jangan dimarahkan lelaki . jangan memasang dendam kepada lelaki . jangan rasa tidak puas hati . kerna , lelaki itu fitrahnya diilhamkan oleh yang maha pencipta .

di depan perempuan , lelaki itu ais krim strawberi yang manis . di belakang perempuan , lelaki itu cencalok yang basi . mungkin cuma segelintir lelaki .

berhati-hatilah sekali lagi . pesan lebih sekali , selalunya amaran yang keras . berjanjilah , bermekap dengan ad-din , semoga si lelaki itu tidak menjadi raksasa yang dimurkai tuhan yang maha esa .




ceh , lelaki yang tak pandai mengawal fitrah lah yang menjadi punca sebenarnya .

adakalanya , lelaki itu bangun subuh lewat . dia tergesa-gesa ke kuliah pada awal pagi . tanpa ada doa perlindungan daripada tuhan , dia pasti punya probaliti yang tinggi untuk tumbang pada nafsunya . dalam perjalanan pergi ke dewan kuliah , dia terpaksa mengharungi jalan di universiti yang dewasa kini penuh dengan serangan penggoda mata dan amukan aroma mewangi .

matanya berpinar menahan ekstasi . syurga ilusi . hatinya goncang kuat untuk mula memandang . mula tertarik untuk menghidu . dan bisikan nakal itu umpama catalyst yang cuba memangkin pelan lanjutan . jika malu-malu itu sudah tiada , bibir manis itu cermat bermain madah .

tak faham ? memang anda seorang perempuan . segelintir perempuan tidak pernah mahu faham lelaki itu . cubalah berpijak di tempat lelaki , pelajarilah karekteristik lelaki . fahamilah jiwa seorang lelaki . jangan harapkan lelaki sahaja dipaksa memahami perempuan seperti dalam dialog basi drama swasta .

awak memang langsung tak memahami saya .




 cubalah sejenak di hadapan cermin , cubalah menjiwai karekter lelaki yang sedang bertatih , mula berjalan di jalan tuhan . nilailah diri sendiri , perempuan yang mana . senjata yang berbahaya atau gambar penyejuk mata ?

tuhan maha adil . tuhan memberi hak kepada perempuan untuk menekan sama ada punat yang betul atau punat yang salah . bugs bunny yang comel sambil makan lobak merah atau patung mata cacat yang ada chainsaw di belah tangan kanannya . perempuan , buatlah keputusan . mekap begini atau mekap begitu .

lelaki itu coklat yang manis . jangan memegang coklat manis itu dengan tangan yang penuh dengan influenza . rasa manis itu kekal terasa di lidah tetapi ditelan bersama virus yang berjuta . berhati-hatilah dengan lelaki dalam memberi , supaya lelaki itu juga dapat belajar apa ertinya pemberian yang ada pada mereka daripada tuhan yang maha agung .



p/s : macam banyak sangat berkias . faham-faham sahajalah ^_^ .

04 May 2012

Mana kiblat ?

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani


Bukan mudah untuk berubah... dari tanpa arah ke sejadah, dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan. 

Hlovate

ianya normal hidup dalam majoriti masyarakat , tetapi jangan sesekali terheret sama dan terus hanyut bersama majoriti . pusingan roda kehidupan banyak mengajar ertinya mencari satu jalan . kadangkala , kita di duduk bawah roda , mengheret sama debu dan batu tajam . dan kita di duduk atas roda , menghirup udara nyaman . segala ujian musibah tika di bawah roda dan nikmat tika di atas roda itu adalah ujian .




ujian untuk memperelokkan kehidupan agamanya . kehidupan bertuhan . mencari erti sebuah penyerahan diri seorang hamba kepada penciptanya yang maha memberi . musibah yang datang bergolek , untuk mengajak kita rasa mengaku kalah dan menjadikan kita lemah . tatkala sudah lemah , kita mula mencari yang kuat . bergantung kepada yang kuat untuk diberi pencerahan apa ertinya sebuah harapan .

waktu nikmat itu turun mencurah-curah , untuk mengajak kita rasa gembira dan bangga . tatkala menjadi gembira , kita perlu cari yang memberi . berterima kasih kepada yang memberi untuk tahu apa erti bersyukur dalam setiap pemberian .

kehidupan ialah sesuatu yang menarik . kematian ialah sesuatu yang pudar . kematian itu ada seratus cara , dan yang pastinya cara mati yang keseratus ialah mati tua . bagaiman dengan kehidupan ? ini hanya sisi saya . kehidupan itu cuma ada satu dalam diri manusia , kehidupan seorang hamba .

kehidupan di balik instrumen .




kadangkala , fahaman dogma itu ada sedikit tercalit di benak hati . takut nak sentuh gitar kerna genre bunyinya terlalu mainstream diputar dengan nada yang tidak seiring dengan kehidupan bertuhan . namun , itu tidak lagi menjadi ngeri pada zaman ini . persepsi sebuah gitar itu bergantung kepada pemainnya . genre lagu yang memperjuangkan kemanusiaan , menghentikan keganasan dan mengajak kehidupan kembali kepada tuhan .

persepsi itu menjadi cemar tatkala pemainnya itu obses dengan mesej bertentangan dengan dasar kehidupan sebenar . lalai . nikotin . ghairah . high . ia bukan seperti yang gitaris itu terlibat dengan arak atau dadah , cuma bagaimana komitmen seseorang manusia itu kepada tuhannya ? gembira memenuhi ruang hati atau cuba renungkan sesuatu yang mungkin sedang menghilang jauh dalam diri . hey , bukannya ada apa-apa pun tentang kehidupan di balik gitar en ?

cool . tetapi , ia berkenaan tentang ciri-ciri kehidupan selepas sebati dengan instrumen . tika kita mula rasa 'wow' dan rasa 'hebat juga' , ada sesuatu yang kita lupa dan mula luput memencilkan diri . tak kata yang kehidupan di balik instrumen bunyi sahaja yang rasa begini . yang ini cuma satu contoh .




bagaimana pula dengan kehidupan di balik cinta . sebelum mengenal cinta itu sendiri , kehidupan kita berlangsung begini dan sebaik sahaja mengenal nama cinta itu , ciri-ciri kehidupan lama sedikit-sedikit berubah menjadi kehidupan yang ada pada dalam cinta .

saat mata yang jauh memandang menjadi dekat di hati . saat itu juga rasa ingin menyentuh hati dia , ilmu berdebat di dada . ini salah . itu salah . tahukah manusia , ciri-ciri kehidupan di balik cinta . cinta memerlukan pengorbanan .

 ia macam seorang pelajar yang mahu berjaya dalam kertas peperiksaan semestar akhir , dia terpaksa berkorban , potong masa dia buat dunk di gelanggang basketball , berhenti sementara main ice skatting dan goreng cekodok jagung dengan ibunya .

tatkala usia mentah , jangan sesekali jadikan agama sebagai korban untuk menggapai cinta . pening en . penulis lagi pening nak terangkan . ianya macam kadangkala , lelaki rasa 'geram' . tak pasti macam mana nak describe rasa 'geram' itu atau mungkin anda pun tak sanggup nak dengar =_=" .

lelaki yang sudah sebati dengan kehidupan barunya yang sebelum ini kehidupan seorang yang single , menjadi tidak keruan untuk melangkah ke peringkat kehidupan cinta yang seterusnya . peringkat pengakhiran yang mutlak dalam cinta . kerna kehidupan dalam dunia ini singkat yang terbahagi kepada peringkat-peringkat yang ringkas .

kehidupan di balik material . cinta , instrumen , etc etc

ingin tahu ( percubaan ) ---->  seronok melayan perasaan ----->  ketagihan ( sukar untuk tinggalkan , jadi carta hati )  ------->  pengakhiran ultimate ( puncak kepada emosi terakhir )





bagi setiap kehidupan yang wujud dalam dunia ini , manusia hanya mampu mara ke depan dalam kehidupan . tiada jalan mengundur dalam kehidupan manusia . usia berjalan membentuk garisan kedut , menunggu giliran panggilan yang pasti .


pengakhiran ultimate adalah penutup bagi segala kehidupan di balik material . kehidupan bakal berlaku selepas kita sebati dengan sesuatu . dan puncak emosi terakhir ialah menjadi penanda aras rasa dalam setiap manusia . rasa gembira pada pengakhiran ultimate ? ia jelas masih lagi berterusan di fasa ketiga . fasa sukar untuk ditinggalkan . dan kehidupan itu akan mara terus ke depan dan lagi sehinggalah ia berjumpa fasa pengakhiran mutlak itu semula .

rasa jemu dan bosan pada pengakhiran ultimate ? ia tetap sukar untuk ditinggalkan jika sudah terpengaruh kehidupan di balik material . ia macam dah sebati dengan diri sendiri . jika ada sesuatu yang baru hadir , ia macam satu bentuk gangguan dalam rutin .

jadi apa nak buat ?




“Pada awalnya Islam itu asing dan Islam akan kembali asing sebagaimana pada awalnya. Sungguh beruntunglah orang-orang yang asing.” 

(HR Muslim no 389 dari Abu Hurairah)

carilah kehidupan yang baru . carilah sesuatu yang kekal dan bukan material yang sementara . kita menjadi taksub dengan jari-jemari yang membalas mesej sayang kepada cinta , di manakah letaknya pemberi cinta yang maha agung dalam hati kita ?

kadangkala , kita ada banyak masa nak buka kitab biologi sampai 4 jam , di balik kehidupan buku tebal demi mengejar sekeping sijil . di manakah letaknya pemberi kejayaan CGPA mantap kita di skrol di atas pentas dalam hati kita ?

tukar perlahan-lahan . ganti kehidupan yang bergantung kepada material kepada kehidupan yang bergantung kepada tuhan . dan sebab itulah tuhan turunkan batu saiz lima puluh sen daripada langit , supaya kita memandang ke langit . tuhan keluarkan emas saiz satu sen , untuk kita mula rebahkan dahi ke tanah .

itu hadiah . kedua-duanya hadiah kepada hambaNya . untuk keluar daripada kehidupan yang 'selesa' , meraba-raba mencari kehidupan bertuhan . tuhan mengetuk pintu hati kita untuk kembali kepada fitrah manusia semula . sujud yang lama untuk menggugurkan gunung dosa yang ke langit , bersih persis lelaki yang mengenal agama benar .




kehidupan lama menjadi musuh kepada penghijrahan kepada kehidupan yang baru . kehidupan lama menyisihkan kita . kehidupan lama membuatkan kita rasa aneh . kehidupan lama memerhatikan kita dengan rasa ganjil .


kita menjadi musuh dalam daging kita sendiri yang sebati dengan kehidupan lama . daripada rambut karat ke ustazah bertudung labuh . daripada berani mati di atas jalan lurus ke arah persemadian harum di arah kiblat . pengorbanan , der . pengorbanan , bro . pengorbanan itu perlu .

asing . dipulaukan . itulah bentuk pengorbanan dalam berhijrah . masyarakat dalam kehidupan lama akan sentiasa menjadi hantu , tetapi hantu itu pun tidak akan kekal . jangan pandang-pandang semula kepada hantu , jika tidak mahu rasa seramnya . pandanglah yang hakiki . kerna yang hakiki itu sentiasa menemanimu .segala pujian untuk Mu , tuhan sekalian alam yang menarik tangan kami daripada terus di longkang itu .


02 May 2012

Speaker sayang

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani




' Along , boleh tak , nak request satu lagu . lagu maher zain - number one for me '


speaker yang baru dijumpai malam semalam , menjadi penemuan arkeologi terkemuka pada abad ini di rumah saya . fuh , lupa pula yang tahun lepas ayah saya ada simpan speaker ini di biliknya . selama ini selalu dengar pakai earphone , nak cuba-cuba dengar pakai speaker pula .

' Along , ini lagu pasal apa ek ? nanti kalau maher zain nyanyi , tolong translate kan sekali dalam bahasa melayu tau sebab wawa tak faham '

lagu maher zain diputar . dan liriknya dilantunkan dengan melodi . sesi terjemahan dijalankan serentak mengikut bibir maher zain melagukan melodi . menterjemahkan bahasa inggeris kepada bahasa melayu .



p/s : cuba terjemah lagu ini dalam bahasa melayu sama ada berseorangan atau di depan adik . selamat mencuba .











hati rasa sebak . terjemahan selesai bersama surutnya rentak melodi lagu . kadangkala , budak kecil itu pintar mendatangkan rasa tekanan dalam hati . muka polosnya membawa satu tindakan yang biasa tetapi membawa impak yang berbekas di hati . sayu . hiba .

kepada anak yang masih punya ibu dan bapa , kasihanilah mereka dengan menuruti segala perintahnya yang baik-baik dan jangan lupa memberi doa kepada mereka yang telah mendidik dan mengasuh kita daripada usia tidak mengenal huruf lagi .

dan kepada anak yang sudah tidak punya mereka lagi , sayangilah ahli-ahli keluargamu dengan penuh rasa amanah dan bertanggungjawab . beristiqamahlah atau sentiasa berterusan melakukan sesuatu yang menggembirakan hati mereka di alam sana . doakan mereka sentiasa berbahagia membina rumah di medan syurgawi .


Jika mati anak Adam, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya.

 Riwayat  Muslim

01 May 2012

La tahzan , kerlipan cinta

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani



muhasabah sejenak .









Hidayah .. Kerlipan Cipta Cintaku
Harum Rembulan Mawar
Dingin Dihakis Keseorangan ....


saya dah lama kenal dengan masa silam . selalunya , dia selalu mengekori saya daripada belakang . dan akhirnya , disebabkan rasa ingin tahu , saya berpaling ke belakang . saya hanyut . mengingati kenangan manis . menangisi dosa silam . saya berhenti dalam masa yang lama sehingga lupa untuk berpaling ke hadapan semula .

saya selalu nampak masa sekarang . dia betul-betul bertenggek di atas kepala saya . dia tak pernah berjalan . dia cuma statik . ikut sahaja ke mana arah jalan saya yang tak pasti . tuju ke kanan , dia ke kanan . tuju ke kiri , dia ke kiri . dia mengikut rentak kaki saya yang melangkah .

saya susah nak bersua muka dengan masa depan . mereka samar-samar . mereka selalu jauh . sejauh mana saya berjalan dan berlari ke arahnya , mereka tetap lebih pantas menjauhkan diri . dan penamat masa depan saya ialah sesuatu yang pasti . sesuatu yang semua manusia bakal hadapi . masa yang sudah tamat . tarikh luput yang tuhan sahaja tahu .

Aku masih menghitung diri ..
Kesiangan yang panjang
Ingin mengisi hati




saya suka lepak dengan masa silam . saya berhenti memandang ke depan . saya menyesali kesalahan semalam . saya merintih untuk kembali pada masa lepas . untuk perbaiki yang khilaf beberapa tahun yang lepas . saya malu . saya banyak berbuat zalim pada zaman silam . dan saat ini saya mula berhenti . berhenti memandang ke depan . saya cuma pengecut . takut memandang ke masa depan disebabkan persiapan yang kurang pada masa silam . 

hanyut . saya lupa . saya alpa . dan akhirnya saya dipaksa oleh masa sekarang . dipaksa untuk memandang terus ke masa depan . kerna saya diingatkan bahawa janji-janji tuhan itu benar seperti yang ditintakan olehNya . dan itu buat saya cuba percaya . percaya kerna saya seorang muslim . 

saya cuba meninggalkan masa silam . tetapi , ia tetap mengekori saya . walaupun saya berjalan , ia tetap berjalan di belakang . walaupun saya berlari , ia juga berlari di belakang . masa silam tidak boleh dipisahkan . ia akrab dengan saya . saya hanyut . terus merintih . terus menyesali . lupa dan alpa memandang ke depan . kerna masa silam itu betul-betul jelas di kotak memori .

Padamu kasih
satukan aku
Dengan rahmatmu
Dengan Kalimah
Malam Siangku
Berliku liku
Duri Dugaan
Siratan Cinta

ayat tuhan datang memujuk . saya tidak tinggalkan masa silam lagi . saya tidak mahu lagi meletakkan masa silam di belakang saya kerna saya telah meletakkan sesuatu yang bukan pada tempatnya . saya zalim . saya mahu letakkan masa silam saya di tempat yang betul .




saya mahu letakkan ia di sebelah saya tika saya sedang berjalan ke arah masa depan . saya tidak mahu hanyut dihantui dosa semalam . saya tidak mahu lupa tanggungjawab hari ini dan esok disebabkan kecuaian semalam . saya tidak mahu alpa kerna yang pasti itu akan datang menjamah bila-bila masa akan datang .

dan masa silam itu diletakkan di sebelah untuk dijadikan panduan . supaya saya tidak lagi mengulangi dosa semalam . dosa yang membuatkan saya lemas , tidak berdaya .

usahlah bersedih , peminat rahsia maha agung sentiasa mahu bersamamu . Dialah maha penyayang dan Dialah tuhan maha memberi .

Biar di jemala mentari
Biar di bahu gunung berapi
pasrahku abadi untukmu ..untukmu

Ku kembara setia disisinya ...
Ku inginkan Bahagia abadi
ku impikan sentosa dibawaha naungannya
selamanya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...