28 August 2012

Berkongsi itu penyayang


Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani






untuk adik-adik yang bakal menduduki UPSR , PMR dan SPM , ucapan semoga berjaya diberi . tidak kurang juga kepada abang mahasiswa dan kakak mahasiswi yang sedang berhempas pulas dan bersengkang mata untuk mengulangkaji pelajaran . selamat berusaha diucapkan kepada anda semua .


jadi , kepada mereka yang belum naik gred itu , bersiap siagalah membuntangkan mata daripada sekarang demi menghadiahkan senyuman ibubapa yang bisa membawa ke langit . dalam debaran jantung yang buat sesama lutut belah kanan dan kiri berlaga , jangan lupalah menyediakan masa dengan yang maha pemurah . jangan pula kita sibuk meracau dengan segala nota-nota yang penuh bersepah di dalam laci meja studi sehingga lupa untuk mengaji .


jaga-jaga ya , nanti yang maha pengasih cemburu pula . kerna sedikit masa sahaja yang diperuntukkan untukNya . ibadah itu merehatkan , jangan tergesa-gesa dek kerna senarai formula halaman sebelah belum dibaca lagi .


apapun , ada sedikit perkongsian di sini . di samping waktu sekarang untuk rehat-rehatkan mata , boleh juga kita membaca yang santai daripada bertegang urat melangsaikan soalan matematik tambahan .


jangan risau ia berkenaan studi juga , bukannya tulisan bunga-bunga yang bikin otak berkhayal dengan imaginasi luar alam sehingga terlupa nama tulang jari jemari kaki manusia .


dalam sibuk dengan berpestakan musim peperiksaan , pelajar-pelajar akan menjadi lebih pasif . ada yang dahulunya kuat bermain futsal tidak kira mentari atau rembulan . kering mahupun ribut . pasti akan riuh rendah gelanggang futsal yang koyak rabak jaring golnya . itu bukan musim peperiksaan . tatkala musim peperiksaan menjengah hadir , rumput kering berbentuk bulat comel ditiup sepoi-sepoi bahasa . sifar pemain futsal tegar . dek kerana dihambat bab-bab yang belum diterokai lagi .


sama juga yang selalu keluar ke pekan , pasti akan terperap ke bilik . bertapa menghafal segala buku teks di hadapan mata . ini tipikal . rasanya , ramai yang tahu atmosfera begini . tak perlu dihuraikanlah agaknya .





mungkin , di sini ingin tekankan dari segi gaya studi yang saya kutip daripada salah seorang saudara mara yang super dingin . ^_^ . gaya studi yang ingin dihuraikan ialah penghafalan . bagaimana anda menghafal? setiap manusia yang punya keturunan berbeza ada pelbagai cara tersendiri .


jaga pemakanan . sudah tentu . makan kismis . balun kurma . memang makanan ruji harian dah setiap hari . tercongok atas meja studi . buat snek untuk tidak buatkan mata lelap dan mengantuk . alhamdulillah , sunnah nabi .


bikin peta minda . dengan warna yang cantik juga bisa merangsang otak untuk ingat lebih bagus . jarang sekali lelaki seperti saya yang bikin peta minda , yang ramainya perempuan lah yang suka beraktiviti begini . jika ada yang lelaki bikin peta minda , memang dia seorang lelaki yang rajin . wah .


ya , ada pelbagai cara lagi . namun , apa yang ingin dikongsikan rasanya mungkin ada juga yang tahu . err tak kisahlah bukannya nak kongsikan gadjet atau ubat yang bisa kuat ingatan . ia berkenaan menghafal dengan cara mengajar orang lain .





zaman sekolah dulukala , ada sistem studi yang memperkenalkan sistem tutor yakni mengajar pelajar yang lemah dalam subjek tertentu . serius , ini sangat membantu . kenapa?


tatkala , kita hadir ke kuliah , kita sudah sematkan diri belajar kerana Allah . ya , sebut basmalah ketika itu . daaaaan....dan jangan lupa tambah lagi satu niat , belajar kerna ingin berkongsi dengan rakan-rakan . hah sebab apa , satu tika kita sudah berniat mahu mengajar kawan-kawan yang mungkin kurang faham , kita akan berasa lebih bertanggungjawab untuk fokus dalam kuliah .


manusia akan buat satu perkara demi untuk berasa dia penting . itu fitrah . jadi , apabila ada teman yang mengadu kurang faham akan subjek fizik . kita akan bekerja keras untuk menghadam formula fizik yang melekat di muka buku teks tebal warna jingga demi untuk membuatkan si teman itu faham . sekaligus , si teman itu akan menyanjung kita dan buatkan kehadiran kita penting dalam diri si teman . wah , kembang hidung dapat ajar orang .

soal ujub , riya' dan takbur itu tolak ke tepi sekejap . itu soal hati . manusia mana boleh tengok hati manusia lain . tuhan sahaja yang bisa tengok . jadi , janganlah hakimi seorang lelaki atau perempuan yang selalu dihujani pujian kerna banyak membantu rakan-rakannya .





bersangka baiklah .

 dengan mengajar orang lain , kita akan berkerja keras mengingati kembali ( recall ) apa yang pernah diajar dalam kuliah . kita akan kembali membelek setiap halaman buku teks demi untuk membantu rakan yang kurang faham . maka , di situ ingatan kita akan sentiasa segar dan hangat di kepala . lagipun , ada unsur mutualisme di sini . kita sama-sama bergantung antara satu sama lain .

 yang tak faham akan jadi faham . yang faham akan lebih ingat apa yang dia faham . dan ianya akan berterusan jika ada satu pihak itu terus berkongsi ilmu .


lantik lah beberapa tutor daripada kalangan rakan anda yang pandai , bertanya dan berkongsi ilmu apa yang diajar di kuliah masing-masing . janganlah pula , yang pelajar yang sudah terasa pandai itu bikin bisu pula . janganlah berkata tidak tahu semberono tanpa mencubanya dek kerana takut rakannya merampas kedudukan dekan . aish .


“Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda: “Sesiapa ditanya tentang ilmu yang dia ketahui, kemudian dia menyembunyikannya, dia akan dikekang dengan kekangan daripada api neraka pada hari kiamat.”

(HR Abu Daud dan at-Tirmizi)




tika mereka yang kurang faham datang mengetuk pintu bilik , sambutlah mereka dengan muka yang bersungguh untuk membantu mereka . hidup ini kaya dengan mutualisme . kau bantu aku faham , aku bantu kau ingat lebih lekat .


dengan berkongsi ilmu , kita tidak akan berasa sedikit rugi pun . rakan kita juga . jika punya agama yang sama , saudara seagama juga . hidup dalam komuniti yang sama . lahir di tanah air yang sama . tambahan , ini salah satu amal yang bikin hati yang korup dengan legam bisa jadi putih berseri . untuk kubur kita juga .


selamat berusaha .

Daripada Abu Musa al-Asy’ariy RA katanya, “Apabila Nabi SAW didatangi kepadanya oleh orang yang memerlukan pertolongan, Baginda menghadap kepada sahabat-sahabatnya yang sedang duduk bersamanya lalu bersabda: Bantulah dia nescaya kamu akan mendapat pahala, dan Allah akan menyempurnakan atas lidah nabinya yang disukai (dalam riwayat lain apa yang di kehendakinya).”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Allahuma najihna fi kulli imtihan

























































































































































Dekat di hati



Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani




tika kau ada selimut , kau berkongsi dengan orang lain
tika kau ketawa gembira , kau berjenaka dengan orang lain
tika kau sedang berteman , kau berpaling kepada orang lain


tapi ,
tika waktu kau tiada selimut , kau minta daripada aku
tika waktu kau gusar dan tidak semangat , kau minta aku beri motivasi
tika waktu kau kesepian , kau minta aku mengangkut beg sandang kau

setiap manusia itu memahami rasa apa yang dirasa oleh tuhan mereka . itupun jika mereka menjadi golongan yang berfikir .

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad SAW) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka memenuhi(perintah)-Ku dan beriman kepada Ku agar mereka mendapat petunjuk.” 

(Al-Baqarah : Ayat 186)

17 August 2012

Monolog 2



Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani




seorang pak cik tua itu bersegera ke saf hadapan . si muda itu juga berjalan ke arah saf hadapan . saf hadapan kelihatan mula penuh selepas iqamat diperdengarkan .


si muda : *menjeling-jeling melalui ekor mata ke arah pak cik


pak cik : *berdiri tegak , tidak berganjak-ganjak lagi


si muda : *melakukan pergerakan tangan , meminta pak cik itu rapat kepadanya . perasan masih ada ruang kosong jarak antara kaki mereka .


pak cik : *mengekori pergerakan tangan si muda , tapi cuma ekor mata


takbiratulihram berkumandang .


cerita saf hadapan kembali sepi .

p/s : berharap suatu hari nanti , badan ini bisa jadi gempal dan besar . doakan lah ya . oh , tapi doakan badan ini gempal yang sifar penyakit kardiovaskular dan penyakit bil tinggi . gempal yang dapat mencukup ruang kosong saf . 

16 August 2012

Dua kesukaan




Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani





manusia tidak bisa hidup dengan hanya bertemankan satu kegemaran . sangat mustahil bagi seseorang itu hidup dengan melakukan satu kesukaan . manusia itu diciptakan dengan pelbagai perkara rambang yang dia minati . pasti dia menyukai lebih daripada dua atau lebih perkara di dunia ini .

bagaimana saya mahu beri contoh ya ? ha , ada seorang manusia itu gemarkan makan nasi ayam berempah . tetapi , dalam masa yang sama dia juga gemarkan nasi lemak ikan bilis . begitu juga dengan minuman kegemaran . manusia pasti buat senarai kegemaran dalam buku tulis perang zaman sekolah dulu , untuk dibuat biodata comel dan lawan-lawan yang mana yang paling cantik .


saya juga tidak terlepas sama menyukai banyak perkara dalam dunia ini . dan sudah pasti tidak semua manusia berkongsi kegemaran yang sama . ada yang punya persamaan . dan ada pula yang berbeza . tegas di sini , manusia itu punya lebih daripada satu kesukaan bagi satu kategori atau kategori yang berlainan .


waktu sedang jalan malu-malu sambil rambut dihembus angin perlahan , sayup kedengaran suara yang tinggi tapi masih kejauhan . si ayah yang sedang berwajah bengis dan berjiwa bengkak . si anak pula tunduk yang pastinya menahan haba yang membara daripada wajah si ayah . daripada langkah yang sedikit , kemudian menjadi langkah yang banyak . ingin tahu itu sentiasa menggoda . tidak mengapa , niat mahu belajar . setiap masa itu ialah pelajaran .

'rokok ini haram . rokok ini membunuh . rokok ini membazir .'




tertangkap juga beberapa kata , daripada monolog si ayah dan si anak . si ayah mahukan si anak berhenti daripada terus menghisap rokok . marahnya bukan kepalang , mahu bergegar pagar besi berwarna biru . langit pun begitu riuh , mahu hujan agaknya . sesuai betul dengan 'mood' si ayah yang berwajah bengis . si anak tidak tunduk dan meninggalkan ayahnya . masuk ke rumah . angin bertiup kencang , mengisi ruang pintu yang di buka si anak . pintu ditutup kencang , tanda protes . tidak peduli . berwajah cebik sedikit . bijak sekali atmosfera ketika itu bermainkan peranan . sungguh sepadan dengan situasi .

yang malu-malu itu cuma berfikir . apa yang silapnya si ayah itu sehinggakan angin pun meniup lebih kencang waktu itu , menyokong si anaknya yang degil . apa yang kurangnya kasih sayang ayah yang penuh tersirat . si ayah itu apabila semakin kuat barannya menentang anak-anak mereka daripada berbuat jahat , semakin tinggi nilai kasih sayang mereka kepada anak-anak . namun , hal ini bukan sesuatu yang mudah untuk dicernakan bagi pemuda dan pemudi yang mentah lagi melihat dunia .

dua kesukaan hubungkan menjadi satu .

si ayah berteriak yang hukum merokok itu haram . segala firman tuhan dan hadis dikeluarkan sehingga berpeluh . untuk dibuat bukti keharaman kandungan sebatang rokok . pamplet percuma tentang bahaya rokok dipunggah keluar untuk mengatakan asap rokok itu membunuh . tidak lupa , kalkulator juga dikeluarkan demi melakukan kira-kira betapa ruginya ekonomi si anak .




namun , bagi si anak yang sudah tertelan asap yang banyak dan jumlah nikotin yang tinggi , tenggelam dalam parit darah merah lebih daripada bahan kimia berkhasiat , itu cuma sia-sia . saat ini kepahitan dosa itu terasa manis . rasanya sedap dan tiada siapa yang boleh meragut nikmat ini . diulang , seseorang tidak boleh mengutuk kesukaan orang lain . kerna itu , dia akan protes . dia akan bangkang walaupun hakikatnya ia tidak baik untuk diri sendiri . dia cuba untuk melindungi kesukaannya daripada orang lain yang jelas berbeza dengannya .

si ayah pula cuma mengeluarkan bukti-bukti yang menyokong hujahnya yang mahukan dirinya berada di pihak yang benar manakala si anak itu pula cuma berada di pihak yang kalah . itu tidak membantu . si anak juga punya ego . berusaha untuk melindungi kesukaannya . si ayah lupa untuk memberi solusi atau jalan keluar si anak daripada terus tertimbus lebih dalam lagi .

si anak seorang yang suka bermain bola sepak . dia bercita-cita ingin menjadi seorang pemain bola sepak profesional . itu salah satu kesukaannya juga . hobi yang seronok . rasanya sedap dan akan berusaha untuk melindunginya jika ada seseorang yang berbeza dengannya .

jadi , rokok dan bola ialah dua kesukaan si anak . daripada terus menghukum si anak dengan hujah-hujah yang tipikal , bagus juga kita mengaitkan dua kesukaan si anak ini . semestinya , sesuatu yang haram itu sudah jelas di mata seseorang manusia . cumanya , ia menjadi hiburan . seronok di pandang apatah lagi merasa di hati . ia sudah lekat . untuk memisahkannya , kita cipta dilema dan berbuat mereka fikir antara dua kegemaran mana yang paling mereka utamakan .




misalnya , si anak mahukan kariernya sebagai pemain bola sepak . sudah pasti dia perlu meninggalkan rokok demi meningkatkan staminanya dan disiplin dalam permainan bola sepak . ia menjadi satu dilema yang bukan kepalang . setiap kesukaan itu berkait antara satu sama lain .

lihat juga , budaya mewarnakan rambut . seseorang gadis itu gemar bertukar warna rambut mengikut musim . namun , di saat itu ada seorang lelaki yang begitu dia cintainya dan syarat utama untuk bernikah ialah menukar tabiatnya yang suka mewarnakan rambut . dan ini menjadi dilema bagi si gadis . dia akan berfikir sehabis baik untuk memilih yang mana satu yang lebih baik untuknya .

dalam proses dilema itu , sokong dan bantu mereka . dengar dengan wajah simpati dan bukannya mengeluarkan hujah yang kita ini betul selalu . adakalanya , hidup manusia itu bukan setiap daripada mereka dilahirkan untuk belajar di sekolah pondok . ada juga yang lahir daripada lorong-lorong .

kita yang berusaha cuba untuk membentuk tetapi tangan tuhan lah yang dapat menyentuh hatinya . semoga kita tabah dan ingat yang kita cuma manusia .

Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)? 

surah ad-Dhuha : 7











































15 August 2012

Monolog

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani




situasi dalam bas yang sedang bergerak laju


si gadis yang peramah tertenung si lelaki yang kacak yang sedang duduk di sebelahnya , tapi dipisah dengan ruang berdiri yang kosong .


gadis : ( apalah letak beg sandang atas riba , jatuh kekacakkan anda ) *dalam hati


lelaki : *perasan dipandang si gadis yang peramah . ya boleh saya bantu cik . *muka tak selesa


gadis : eh tak adalah . *wajah kemerahan . saya cuma rasa beg awak perlu diletak ke bawah lantai . letih paha awak nanti .

lelaki : eh , tak boleh . saya sayang beg ni . * muka tenang

gadis : ( heh , sayang . muka macho tapi ada jiwa keperempuanan ) *muka sedikit kecewa campur muka berkerut aneh

selang beberapa minit , lelaki itu mengeluarkan al-Quran daripada beg di atas ribanya . dan membacanya dengan nada yang perlahan bagi mengelakkan penumpang di sebelahnya tidak terganggu .

p/s : cerita santai . seronok juga kadang-kadang duduk di bahagian belakang bas . dapat melihat ramai rakyat .









11 August 2012

Gadis berniqab

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani





ada satu hari , mungkin beberapa bulan yang lepas . saya pergi ke pesta buku di negeri saya diami . pesta buku itu betul-betul berdekatan dengan kawasan rumah , maka ia akan menjadi satu jenayah kecil jika tidak mahu berkunjung ke sana sama ada mahu membeli buku atau sekadar bercuci mata melihat halaman depan buku .


saya membawa wang sekadar yang cukup untuk beli tiga buah buku . selalunya , saya akan merancang . menulis senarai buku yang mahu saya beli bagi mengelakkan pembaziran , tetapi tidak pada hari itu . saya spontan keluar ke pesta buku tersebut . dan ada beberapa buku yang berjaya menarik mata saya untuk menghulurkan tangan saya , membelek beberapa muka surat untuk memastikan buku itu enak dibaca .


tika sedang memerhati beberapa lagi buku yang enak , saya bertentang mata dengan si gadis yang berniqab . ia buat sendi kaki saya pegun mengejut . statik . tapak selipar merah hangat melekat di jalan tar . masa berputar kelihatan lama , dan tanpa saya sedari mata saya sudah pun bertembung dengan tangan saya mengeletar yang ketika itu sedang menyelak beberapa halaman sebuah majalah .

dia memakai warna kehitaman yang sedikit kontra dengan warna kulit cerahnya . matanya dibiar jelas di buat tontonan awam ( tentulah , dia berniqab ) . pakaiannya labuh tetapi dapat dianggarkan saiz badannya tidak menampakkan tidak terlalu berisi . dapat diagak usianya seakan sebaya-baya dengan pelajar matrikulasi . ya , masih muda . ( jangan tanya saya bagaimana mata ini boleh deskripsi yang kemas tentangnya =_=")


saya mengintai-intai di balik majalah yang besar saiznya dan sedikit tebal . ( berat juga ) dia seakan-akannya tidak memberi respons seperti saya yang tersipu-sipu . dia menyelak beberapa buah novel dan menunjukkan wajahnya yang teliti seolah-olah sedang memberi tumpuan yang penuh terhadap pembacaannya . wow , saya tak tahu nak cakap bagaimana mahu beri deskripsi berkenaan atmosfera pada ketika itu . ia buatkan saya berdebar-debar . saya ingat peluh mengalir laju tapi bukan terkesan daripada cahaya mentari petang . yang pasti saya tersipu-sipu melihatnya melalui ekor mata . sesungguhnya , mata saya sangat letih dek kerana tidak mengamalkan fungsi penglihatan yang sebenar-benarnya . oh .





saya tak tahu apa yang menariknya . dia si gadis yang menutup sebahagian wajahnya . maka , saya tidak dapat katakan wajahnya itu memikat hati dan membuatkan saya berlari dengan kencang bersama muka malu-malu . dia ada menimbulkan rasa yang buatkan saya tersipu-sipu melihatnya . gadis itu ada tarikan tapi jelas tarikan itu bukan ada pada wajahnya . ( matanya buatkan saya berpinar-pinar =_=")


saya masih mencari apa yang menarik berkenaan si gadis ini yang membuatkan jantung saya berdegup kencang dan berpeluh lebat . tubuh badannya ditutup labuh dan kemas . pakaiannya tidak menarik perhatian sepertimana pengunjung-pengunjung lain . saya masih tak tahu . apa yang saya tahu , dia menutup anggota badannya dengan sempurna . ( maka , tiada persembahan 'cuci mata' secara percuma )

dia masih lagi khusyuk membaca . sifatnya jauh sekali untuk saya tahu kerna dia orang asing yang tidak pernah wujud dalam kehidupan saya lebih dalam sehari . jadi , saya menggambarkan dia seorang yang sopan santun , pemalu dan lemah lembut . mata ini memang kadang-kadang silap juga memberi tanggapan pertama , tetapi saya senang hati dengan tanggapan begitu . hati ini begitu berbunga-bunga walaupun dada sudah mahu meletup .

namun , apa yang kita ramalkan selalunya perkara yang berbunga-bunga pasti akan terkubur . akal saya yang menari-nari dengan rentak riang , berkecamuk dengan derita . hati ini berkecai . dada ditekan-tekan kuat sehingga sukar bernafas . tetapi wajah ini berjaya dikekang daripada memberi reaksi supaya tidak sejajar dengan penangan sistem biologi tika itu .

' bang , bang ' panggilnya kepada seorang lelaki yang tinggi . jelas sekali nada itu bukan khusus untuk panggilan si adik kepada abang . ya , suara itu buat hati ini yang sebentar tadi berimaginasi terbang ke langit , jatuh semula menghempap ke bumi . kepala pula yang jatuh dahulu . sakitnya .

dia merangkul tangan besar dan panjang milik lelaki tinggi . ( sambil tengok tangan sendiri ketika ini ) berlalu pergi sambil memegang novelnya yang sebentar tadi dibaca dengan khusyuk .

kaki ini tidak melekat sebaliknya malu-malu meninggalkan arena 'perasan' seorang lelaki . ya , di saat kita mula bermimpi tinggi-tinggi , sakitnya jatuh ke lantai perhimpunan sekolah agak pedih juga .




ada orang kata menyukai seseorang insan itu tidak terhad pada wajah yang jelita dan tubuh badan yang cantik . menyukai seseorang perempuan itu sebahagian daripada misteri yang tidak dapat dipastikan . ada masanya kita terlalu kagum , dan ia akan berlalu pergi dengan perasaan jemu .

tarikan yang ada pada gadis berniqab bukanlah terletak pada kecantikan matanya yang tergantung di celah kain yang melitupi labuh tubuhnya . tapi , ia menggiurkan bagi pemuda yang mahukan kehidupan yang tenang di peringkat yang seterusnya ; nikah .

apa yang menariknya ? dia patuh kepada syariat . dia taat dalam beragama . dia menonjolkan sisi yang lembut daripada segi pandangan seorang lelaki . dan yang pasti dia memakai pakaian perempuan yang baik .

siapa tak nak jadi lelaki baik bukan , jika sudah nampak perempuan yang baik ?

p/s : sesungguhnya saya rasa letih bila jumpa gadis-gadis berniqab . kena lari lebih laju selepas ini =_=" .

Mimpi

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani







mimpi penggerak langkah . seandainya manusia itu sudah tiada mimpi , dia sudah lumpuh . lumpuh bukan pada sendi-sendinya , tetapi lumpuh pada pemikirannya .




ramai kanak-kanak apabila ditanya mengenai cita-cita , mereka buntu . ianya sesuatu yang samar-samar . mereka punya impian yang jelas tetapi tidak punya usaha ke arah itu . tak boleh salahkan mereka . mereka masih mentah . mereka belum matang dek kerana usianya yang masih sedikit .


' saya nak jadi pemain bola sepak profesional '


' besar nanti nak jadi doktor lah'


'nak jadi tentera , nanti boleh pegang pistol'


tika masih kecil , saya bermimpi mahu bersampan di langit biru . sampan yang punya kepak yang besar dan panjang . dan ada bilah yang berpusing laju untuk melayang terbang tinggi ke awan putih . mimpi saya jelas dan saya mahukan ia keluar menjadi realiti lebih daripada sekadar imaginasi . mimpi itu tinggi dan buatkan saya teruja untuk mendakinya . biar lelah asalkan dapat berusaha ke puncaknya .

namun , itulah . apa yang kita mahukan , terlalu mahukan dalam dunia ini , kita tidak punya mimpi itu di tapak tangan kita sendiri . sebaliknya , mimpi kita jatuh di tangan orang lain . mereka melompat gembira . gembira berada di puncak yang kita sedang daki . kita pula jatuh ke gaung . perancangan itu hanya terletak dalam diri kita tetapi yang maha besar itulah yang memiliki segala keputusan bagi setiap rancangan .

diam dan angguk . mungkin ini bukan mimpi yang dapat sampai ke puncak . puncak indah yang diratai tumbuhan hidup hakiki . 

cuma sekadar bermimpi belum cukup untuk menghasilkan realiti . usaha ke arah itu perlu kuat . proses mendaki itu perlukan ilmu yang luas dan perlu ditimba berterusan . adakalanya , kita akan tergelincir sedikit dek kerana tali yang lemah , tali persahabatan yang kurus . kita perlukan ikutan dan contoh terbaik untuk menambah semangat dan motivasi sepanjang pendakian .

suhu semakin rendah , membelit ruang udara . nafas ini akan lemah . namun , hati masih kuat untuk bermimpi . percayalah , yang berada di puncak itu masih mengintai-intai . menunggu sambil tersenyum manis . menghulur tangan mereka untuk menarik kita berada di puncak yang sama .

mimpi yang jelas . usaha yang terang . mari mendaki .

ya Allah , sesungguhnya aku mohon keredhaanMu dan SyurgaMu dan aku berlindung daripada kemurkaanMu dan NerakaMu .

06 August 2012

Aku penat

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani





aku dilahirkan sebagai seorang lelaki yang kurang bercakap . saudara mara dan sahabat handai panggil aku , pemalu . pendiam . aku sendiri tak tahu . kenapa aku kurang bercakap , mungkin aku tiada idea . mungkin aku rasa malas nak bercakap . tetapi , aku tidak lah terlalu lemah dalam bersosial dan berkomunikasi . teman-temanku agak ramai , pelbagai ragam . namun , itu rencah . ia buatkan aku tidak keseorangan . dan buatkan aku seorang encik yang berbeza dengan encik-encik lain .

aku dilahirkan di kawasan yang penuh dengan orang peramah . dan aku juga hidup sampai usia ini penuh dengan orang yang gemar bercakap . otak aku mudah letih untuk berfikir idea apa yang perlu dibualkan . aku banyak mendengar daripada bercakap-cakap sebagai tanda memberi respon . orang kata menjadi pendengar agak sukar , tetapi itu lah yang paling mudah bagi aku . aku cuma menerima dan kadang-kadang jiwa tipikal seorang lelaki akan memberi solusi bagi setiap masalah yang diterima dan adakalanya , aku cuma membuat muka simpati .

aku suka jalan bersendirian tetapi aku suka lihat lelaki yang jalan berkumpulan . ia menggembirakan . aku lebih memilih mengulangkaji pelajaran keseorangan berbanding belajar secara berkumpulan . tetapi , adakalanya jika berhadapan soalan-soalan yang sukar , aku akan bertanya kepada rakan-rakan yang bijak . aku suka bergaul dengan manusia yang punya sama minat dengan aku . selalunya , orang begini akan aku luangkan banyak masa dengannya .

aku seorang lelaki yang kuat bergurau . kadangkala , gurauan aku terlalu kasar sehingga menghiris hati . mungkin , aku memang sejak kecil lagi bergaul dengan manusia yang berjiwa kacau . haha . maaf , bagi aku , mereka bukan bermasalah .

aku kuat berkhayal . abiliti ini hakikatnya banyak memberi liabiliti . sukar untuk aku memberi konsentrasi dalam pelajaran . jadi , aku nampak seperti lelaki yang sangat rajin mengulangkaji pelajaran sehingga lewat malam . imaginasi aku sangat aneh . sehingga buatkan aku hidup di alam yang aku cipta sendiri . jadi , maaflah jika ada yang memanggil-manggil nama aku tetapi aku tidak memberi respons . ini kelemahan yang sangat besar . dan itu juga salah satu kelemahan yang sangat lucu . maaf .

muka aku mudah tersipu-sipu . maaf . ini pun lucu . lucu yang menjelikkan . tika bersua dengan beberapa perempuan bertudung manis , laju sahaja sel darah merah menerpa laju ke pipi . aku cepat penat jumpa mereka . jantung aku berdegup dengan sangat kencang . aku banyak berpeluh . tangan aku jadi sejuk . aku tak suka begini . aku penat . dan biasanya , aku akan elakkan diri daripada berjumpa mereka . namun , dalam hidup aku hingga sekarang , aku selalunya penat . =_="

maaf , aku mempunyai banyak betul perbezaan . muka aku agak dingin . ada orang kata muka orang yang bersahaja . aku rasa luaran aku langsung tidak mempamerkan dalaman aku . aku kuat gementar . ya , sekali lagi , memang memenatkan . apabila gementar , muka aku berkilat macam disapu minyak kelapa sawit . aku tak suka hal ini berlaku . kerna , orang yang lalu lalang sebelah aku , akan membetul-betulkan tudung mereka . umpama muka ini ibarat cermin yang berkilat . oh .

aku tak berapa kacak . dan aku tak nak ulas muka aku .

kepada mereka yang mengenal dan pernah berjumpa dengan aku . aku berharap muka dan identiti aku biarkan dirahsiakan . biarkan kita sahaja yang ada rahsia ini . jujur , aku takut . aku bukan orang yang dijangkakan . dan bila aku rasa takut , aku akan rasa penat . maka , janganlah buat aku penat . sungguh terseksa rasanya .

p/s : seronok pula tulis deskripsi watak bernama 'aku' ini .

04 August 2012

Jika hati ini sebuah kompas

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani





jika hati ini sebuah kompas
letakkan kompas itu baik-baik di tangan mu
biarkan ia sedia di permukaan rata
jangan engkau sentuh jarum ini dengan jari-jari manis mu
nanti jarum itu terpinga-pinga
berlari-lari malu meninggalkan darjah

bawakan ke arah yang tepat
berjalan depan ke belakang
untuk pastikan jarum itu tidak terkebil-kebil lagi
menunjuk arah yang benar
jika hati ini sebuah kompas
engkau sebagai utaranya

Suatu hari nanti

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani







satu hari nanti , berharap ada sebuah kota yang tidak punya minat dalam menggali duit . mata wang mungkin tidak akan dipandang . kekayaan cuma biasa-biasa kerna ia bukan matlamat untuk dijadikan perlumbaan . emas bukan untuk dibuat tontonan dan kertas bermuka gabenor itu akan hilang serinya . dan pada masa itu , lelaki itu akan melupakan kerjaya yang butuh wang untuk diisi penuh ke poketnya . desperasi hilang . materialistik , perkara lampau . tiada korupsi . tiada fragmentasi kejahilan yang lahir daripada akar wang .

suatu hari nanti , lelaki yang tidak punya tekanan mencari kerjaya-kerjaya yang memberi mewah ,sebaliknya akan mengeluarkan peluh daripada kesan ototnya yang gembira bekerja . tanpa ada tekanan yang buat masyarakat ketika dahulu kala penuh penindasan . hari-hari itu penuh nyanyian riang . hidup bersama watak-watak hasil daripada tunas yang baru .

bau kopi pekat mengusik hidung yang lalu lalang . sebuah kedai kecil yang berwarna putih . tinggal seorang lelaki si pembancuh kopi . hobinya berkebun waktu pagi yang disimbah mentari sihat . pulang ke rumah bersama van mini yang membawa mesin pembancuh kopi . dibuat kongsi aroma itu bersama jiran . penawar lega untuk kesan ekstasi gembira yang berlebihan waktu siang tadi .

suatu hari nanti , jiran-jiran tidak memerlukan apa yang sempurna pada seorang lelaki pembancuh kopi . mereka tidak terliur pun untuk merampas empat biji tayar hitam van mininya . mereka tak pernah fikir pun untuk berbuat begitu . sama juga seperti lelaki si pembancuh kopi , dia tidak ada nafsu untuk mengambil baju kemeja hitam milik jirannya yang berkumis dan berjanggut nipis .

kebunnya menghijau di bumbung rumah . aneka bunga perlbagai warna , meriah mencorakkan kanvas pemandangan di tingkat atas . tinggal beberapa ekor lebah yang menumpang untuk dibuat tuai madunya . burung-burung singgah untuk bersiul , mencipta atma tenang . melariskan lukisan yang pandai bernyanyi gembira . tiada graviti kebosanan yang menarik muka . di sini hanya ada graviti yang sifar . terbang , memuja ciptaanNya .

ini kisah suatu hari nanti , cuma satu harapan yang dibuat dalam ruang imaginasi . segalanya bermula dengan suatu hari nanti . kehidupan tanpa berus warna harapan , tidak mampu untuk melakar panorama yang indah . dan suatu hari nanti , apa yang ada ini , harapan . akan hilang . kembali kepada yang asal . ya , suatu hari nanti . pulang semula .

01 August 2012

Taman sahaja

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani





seekor burung itu terbang cemerlang di hamparan kanvas biru yang terapung di atasnya . meraba-raba bumi dengan pandangan mata burung , mencari ruang-ruang kebaikan . cacing yang mana akan dijemput untuk bersamanya terbang riang ke sarang sayang . bulu-bulu pelepahnya gugur berterbangan ditiup angin langit . menghinggap pada dahan besar . menikmati usia yang tidak lama , berehatnya cuma mengintai-intai ada lubang yang terisi penuh anugerah .

matanya membelek-belek sekitar taman yang penuh warna hijau dan sedikit kekuningan di sebelah timur . bunga-bunga tampak belum matang usianya lagi . masih mentah . menanti-nanti waktu yang cukup untuk memberi indah panaroma sebuah taman hikmah . ada sebatang pokok yang sudah tua usianya , namun gagah dan teguh . menjadi perhiasan utama . akarnya kuat mencengkam dan daunnya cukup rimbun . teriakan matahari yang menggila membentuk serangan ke pori-pori . dan di situlah perisai tubuh . payung semulajadi . menjadikan kawasan rehat bagi organisma-organisma .

encik lebah yang datang ingin menghirup madu , dicutikan sementara waktu . menanti bunga yang belum selesai menjadi yang baik . masa untuk bersalam-salaman . masa untuk berterbangan gembira di lautan rumput . mencari kenangan yang manis untuk dibuat kenang-kenangan . memperbetulkan segala kesilapan tika di sarang . bersama-sama mencari kemanisan yang lebih manis daripada madu .

oh , hari ini penuh watak-watak kumbang yang beristirahat di bawah dedaun hijau . menanti awan putih , menahan silauan mentari . hari yang bertuah untuk kumbang berkomunikasi antara satu sama lain . mencari persamaan yang selama ini berbeza . keluarga yang mana akan menjaga makanan . membaiki sarang . bernyanyi riang . mencari sepakat pada waktu yang sangat sementara .

carilah dia . carilah teman . carilah encik cacing yang sangat pemalu . sangat pendiam . duduk di bawah tanah kerna bimbang dengan dunia luar akan memberi sakit kepada jiwanya . berjiran pula dengan inche semut yang banyak bercakap . sangat peramah . aktif bekerja . sedang rajin mengecat busut . lelahnya tadi berbaloi , stok untuk musim hujan cukup untuk buat kongsi . mengutamakan yang perlu lebih daripada hendak .

di manakah taman yang penuh sketsa , hijau yang bagaimana rumputnya . luas yang mana bagi sebuah taman penyayang itu . besar dan tinggi sebatang pohon itu , masih penuh kah daunnya . hidup penuh ilham . jangan berhenti memandang yang sedikit kerna yakin yang nilainya itu tidak berharga . hargailah apa yang ada . yang ada inilah harapan . harapan inilah yang akan buat sendi menabur bakti .

percaya kepada yang benar . hidup dengan kepercayaan yang benar . bersyukur dengan ketidaksempurnaan , dan yakinlah yang sempurna itu akan selalu bersama . pasti . titik .