27 August 2015

Gembira.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

setelah berkira kira.apa ultimate happiness aku. ialah.selain daripada aku nak habis belajar apa yang aku belajar sekarang. dan.dapat peluang tulis buku.

aku nak berumah di tepi masjid.sebab aku agak kurang sentap mendengar azan yang jauh daripada rumah.

alasan semata.

susah nak jaga solat jemaah bila dah besar tagun ini.
dan lebih kurang 2 tahun lagi. kami pindah ke kampung.
duduk rumah pusaka.
betul betul sebelah masjid, selang sawah padi dengan dua buah rumah.
lima ratus meter.

kalau tak lima waktu juga.
boleh khatan dua kali waktu.

26 August 2015

Bau cekelat.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

cuti lama ini aku isi masa petang dengan berbasikal. 
disebabkan basikal aku sudah pun uzur dek kerana setelah bertahun tahun tidak ditunggang, aku pinjam basikal adik aku. keluarga aku memang keluarga berbasikal. semua pergi sekolah naik basikal. kecuali hari hujan. dan hari kurang sihat. 

aku mula berbasikal ke sekolah ketika waktu darjah 4. sebelum darjah 4, aku naik van dan tumpang kereta jiran. namun, disebabkan faktor kewangan keluarga, aku mula naik basikal untuk memudahkan mak ayah. aku ajak adik aku sekali yang umurnya setahun muda daripada aku. satu sekolah rendah. pergilah kami ke sekolah pukul 7 pagi dan pulang kembali pukul 4.30 petang. aku dulu sekolah integrasi. jadi, ilmu dunia dan agama dalam satu bumbung. makan tengah hari di sekolah. makan bekal mak aku buat. duduk bawah pondok dengan adik aku. pondok belakang sekolah. makanan kegemaran masa itu, telur masak kicap. walaupun adakalanya cemburu melihat kawan kawan sekelas lain makan di kantin. tapi, bila difikir kembali, makan di bawah pondok yang sunyi di belakang sekolah juga adakalanya rasa nikmat dan sedap. 

laluan jalan ke sekolah rendah aku. redup. dan teduh. sepanjang jalan dipayungi pokok besar daripada kedua dua seberang jalan. tidak panas. dan tidak memengahkan. jarak sekolah daripada rumah cuma 1 km. kalau tayar pancit. rantai basikal terucut atau putus ditengah jalan. masih lagi tidak terasa penat untuk tuntun basikal sampai ke rumah. yang ada pun tompok tompok peluh yang merembes sahaja di dahi dan sedikit di ketiak. 

basikal sekolah rendah bukan pakai gear dan spesies BMX. aku pun tak tahu spesies apa basikal aku. basikal rakyat marhaen mungkin. tak ramai yang berbasikal waktu aku darjah 4. tapi, semakin lama yang anak anak dulunya dihantar mak dan ayah, mereka berbasikal ke sekolah setelah masuk tahun 5 dan 6. adalah geng buat main kejar kejar versi berbasikal punya. letih siapa yang jadi tukang kejar. memandangkan masa waktu tengah hari kami agak lama dan dataran perhimpunan amat luas. lumba basikal memang jadi agenda utama.

selepas tamat sekolah rendah, aku dapat tawaran ke sekolah lain yang jaraknya daripada rumah lebih kurang 4 km. walaupun sekolah itu mempunyai asrama. aku masih tetap mahu berbasikal. disebabkan yang pertama, aku tak nak jadi beban untuk mak ayah aku, keluarkan lebih banyak belanja. beli gayung, baldi, ubat gigi, tuala dan sabun basuh. dan sebab kedua, aku dengar ramai orang yang jauh dapat ke sekolah itu, yang bagi aku servis asrama sangat diperlukan bagi mereka. 

jadi, aku berbasikal 4 km daripada rumah setiap hari daripada pukul 7 pagi sampai 3 petang. kalau aku bertolak pukul 7 pagi maka sampailah aku bila pengawas datang nak catit nama. nasib baik kawan kawan aku pengawas yang selalu on duty jaga gate. maka mereka faham.

kelas aku habis sampai 3 petang sebab aku ambil arab dalam PMR. jadi, makan tengah hari juga di sekolah seperti waktu sekolah rendah. laluan jalan ke sekolah menengah aku berbeza dengan laluan ke sekolah rendah. panas. berpeluh. sepanjang perjalanan hanya di barisi deretan rumah teres dan kemudiannya melalui jabatan kecil yang terkenal dengan lagenda jerangkung yang selalu menari dan menyakat orang yang mahu pergi mengaji. tiap tiap hari aku bau longkang. jambatan kecil itu di bawahnya sebuah longkang besar dan panjang. kalau waktu hujan lebat dan ribut, longkang besar itu pasti dipenuhi air deras seperti bencana banjir. kalau jatuh pasti hilang. 

melepasi jalan yang sibuk daripada satu seksyen ke satu seksyen. melintas jalan di hadapan stesen komuter sangat mencabar. memandangkan ramai orang sibuk pergi kerja dan menghantar anak ke sekolah. yang menjadi mangsa adalah semut yang dihimpit himpit diseberang jalan.

dah banyak kali aku kemalangan. basikal pun dah beberapa kali dibuat pembedahan. walaupun sepanjang jalan itu penuh dengan bau ketiak masam dan peluh yang banyak di dada dan di belakang badan. satu sahaja yang aku suka. selepas aku melepas laluan bawan daripada jambatan besar atau fly over yang seberangnya juga adalah laluan komuter, ada satu bau yang aku berasa semangat nak pergi sekolah pada awal waktu pagi. 

bau pekat roti coklat. walaupun kilangnya agak bermeter meter jauhnya. tapi, kuat bau coklatnya sampai aku rasa hilang letih. hilang mengah. hilang bau ketiak aku. 

dan ini buatkan aku sedar setelah beberapa tahun aku meninggalkan sekolah itu dan laluannya. masih kuat lagi saturasi. kepekatan bau coklat itu meski sudah lama tidak berbasikal ke sana. 

setelah melepasi aroma yang best, tiba tiba aku rindukan seseorang. bukan rindu dengan crush lama. tapi rindu dengan diri yang lama. 

kau tahu, bila dah besar tagun ini. banyak masalah datang. orang panggil kau emo, tapi orang lain tak pernah merasa apa yang kau rasa. jangan salahkan orang lain yang tak pernah berbasikal. 

kadangkala, kita nak lebih daripada satu, tapi sebenarnya yang mencukupkan, memang sebenarnya satu. 

dulu tak ada pula aku demand nak kereta dan motor pergi ke sekolah atas asbab tak nak bebankan mak ayah. jadi, aku gembirakan hati aku. mencukupkan hati aku dengan hanya satu bau. terus bersemangat. terus rajin nak pergi sekolah. terus tabah walaupun tiada sudu perak.

dan sekarang kenapa tidak pula gembira dengan perkara yang satu? adakah yang satu itu tidak mencukupkan? tidak menggembirakan ? 

bila semakin tua dan kompleks. kehendak dan kemahuan kita bertukar. dan yang satu itu menjadi lebih kompleks dan semakin susah. dan tinggi expectation. padahal , bila kita fikir balik. the ultimate happiness masa aku form 1 sampai form 3 ialah bau coklat daripada kilang roti.

kini, laluan hidup yang berbeza.
tiada lagi bau coklat diseberang.
dan satu hari nanti, aku harap.
aku akan jumpa kilang roti itu lagi.

itu harapan aku yang rajin.
harapan yang malas ialah aku perlu belajar bina kilang roti itu sendiri. 

ceh. 


24 August 2015

Sudu perak.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

aku ada instagram.

kawan aku jeling. kau ada instagram, tapi tak upload banyak gambar.
aku pun fikir. kenapa aku tak upload gambar bagi memenuhkan newsfeed. 
baru aku ingat.
aku ini lelaki yang pemalu. daripada kamu menjajah mata melihat muka aku yang ngeri, baik kau follow orang orang yang tak pemalu. 

tapi, kalau malu, kenapa ada insta? sedangkan insta untuk orang yang bukan malu.
mulanya, aku mahu praktis skil fotografi aku. ( disebabkan aku miskin skil dan abiliti, aku pilih nak belajar ambil gambar jangan senget benget dulu ) tapi aku lupa yang aku tak banyak berjalan. kalau berjalan pun ke satu tempat sahaja. nak naik gunung. pergi air terjun. tak ada duit pula. 

jadi, sepi sahajalah akaun insta ku itu. 

rasa random pula tulis perkara yang tak disangka akan tulis.

mungkin aku perlu cari jalan untuk berjalan jalan.
memandangkan aku tengah kering kontang. tiada duit. tiada buku. tiada pengalaman. 

apapun, jangan salahkan kesusahan dan kemiskinan.
tak ada sudu perak dalam mulut.
sudu stainless steel pun boleh.


14 August 2015

Mandul.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

pernah tak kau merasa helpless?
kau ada di situ tetapi tidak dapat berfungsi. sebab kau tiada skill untuk menyelesaikan masalah di situ. 

beberapa hari yang lalu, mentol lampu bilik rosak. dan ada orang minta aku membaikinya dengan menukarkan dengan mentol yang baru. aku yang terpinga pinga, yang selalunya aku berlagak pandai jika berhadapan dengan situasi begini, terus berkata, ' aku tak pandailah nak tukar mentol baru'

dan lagi, disebabkan aku tiada lesen memandu kereta. dek kerana kesengalan birokrasi. apabila diajak mengambil tugas memandu secara bergilir gilir, aku terus kata aku tak mampu. dan aku hanya lena di balik kerusi penumpang. tidaklah lena. kerna aku rasa serba salah. dan juga takut takut dek terpandang pemandu yang asyik tersengguk sengguk. berpeluh dingin juga aku duduk di tepi penumpang.

kalau nak disebutkan tentang membaiki kereta dan motor, lagilah aku bingung. aku hanya mampu berdiam. sambil melihat rakan rakan dan adik aku yang handal menghafal nama nama ganjil komponen bagi setiap isi kereta dan motor. 

sebelum ini aku tak merasa helpless. malah aku gembira goyang kaki apabila ada orang dapat menyelesaikan masalah masalah ini tanpa memerlukan kudrat aku yang banyak.

tetapi, aku kurang gembira pula.

aku mula berasa inferior. 
sebab semakin aku dewasa skil skil begini banyak berlaku di depan mata aku. ia membuatkan aku berasa lemah dan statik kerna aku tidak banyak memberi sumbangan. 

dengan status aku yang memegang jawatan penganggur dan kerjanya menghabiskan beras di rumah, menampakkan aku seperti plastik yang terapung rapung di atas lantai pusat membeli belah. sungguh mengjengkelkan.

memandangkan rata rata kawan aku yang sebaya aku semuanya sudah bekerja malah adik aku yang usianya muda daripada aku telah mula memberi sampul raya. ( aku pun dapat duit raya daripada dia )

apabila lelaki berusia awal dua puluhan duduk di rumah mak ayah, sepertinya ada rasa ketidak selesaan apabila memikirkannya. apatah lagi jiran jiran sebelah rumah yang memandangnya. anak anak jiran semua kerja. aku duduk di rumah menghadap buku buku yang tidak habis aku baca hasil daripada baucar buku.

termenung.

jadi, aku bulatkan tekad juga untuk belajar skil skil yang aku tak dapat. sebab aku takut juga, sekarang musim manusia memandang kau malas jika kau tiada punya skil skil dan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah kehidupan.

aku tak suka dipandang malas. walaupuan aku sangatlah malas orangnya. 

dan yang paling aku tak suka, aku dipandang mandul. tak berfungsi. helpless. 

buka youtube. belajar daripada 'lecturer' yang aku tak pernah bayar.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...