13 October 2015

Oksigen lama.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

aku lihat banyak rezeki aku dilarikan orang. tapi, adakah aku betul betul pasti rezeki itu milik aku sebenarnya? 

yang ditakdirkan pergi.
akan pergi. meninggalkan kita.

hatta udara yang terbang lurus.
molekul oksigen yang datang disedut paru paru bukan daripada molekul yang sama. mereka terbang datang. dan mereka terbang pulang. 

segala nikmat yang ada dalam tangan. dikepal erat erat. apabila lenguh. dan lelah. kepalan itu terbuka luas. nikmat jatuh. lari. kencang. lalu hilang daripada pandangan. 

begitulah hidup.
hidup ditakdirkan akan pergi. 

pergi jauh hingga ke pemilik rezeki. 

aku berharap kepalan tangan aku kuat. tapi, aku manusia lemah. lengan tiada biceps. apatah lagi six pack. iman senipis kulit bawang. adakalanya jatuh merudum. dan adakalanya serata garisan horizontal lurus. 

yang sedikit ada, percaya. 
aku mahu percaya aku bertambah banyak. 

aku nak fikir positif.
supaya aku dapat kerja lebih sungguh sungguh. 
aku nak percaya yang hari ini aku tak dapat ikan. esok aku dapat ikan. walaupun hakikatnya, aku tak makan ikan dalam realiti kehidupan.  kalau dapat ikan, aku beri orang lain. sebab aku tak makan.

aku nak percaya yang hari ini bukan boleh buat aku hilang semangat.
aku nak percaya yang esok, aku tahu aku boleh buat kerja lebih bersemangat. dan kalau esok pun semangat aku semakin jatuh. aku nak percaya yang hari esok kepada esok lagi, aku akan dapat semangat. 
 dan seterus terusnya.

dan apa yang aku mahu sebenarnya ialah,
aku nak percaya.

aku nak percaya. 

 

Aku mengada.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

hitam dan biru.
latar merdu orkestra.
kuntuman semat di kepala.
tunggu. tertahan. beribu tanda rasa.

aku pergi.
lelaki berwajah minyak.

kau bunga.
yang datang mungkin hanya sekali. 

aku angin.
selalu meninggalkan.

kau pelangi.
yang jarang kembali. 

aku pergi.
aku selalu meninggalkan.

kau bunga.
kau pelangi.
yang susah untuk ditinggalkan. 

pergi.
aku tetap pergi. 
kerna aku angin yang suka membawa diri. 

kau bunga. kau pelangi.
kau akan sentiasa disayangi.

aku pergi.  


 

 
 

08 October 2015

Halimunan

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

ada orang risau dengan aku. sebab aku halimunan. orang lain tak nampak. tak kenal aku. tak ingat nama aku. salah eja nama aku. lupa nak letak nama aku dalam kumpulan. silap kira dalam jumlah dalam kelas yang dikecualikan aku.

aku halimunan.

aku tak pasti sama ada dia benar benar risau atau pun dia stress tengok aku yang seperti orang yang tiada kerja dan tiada fungsi. aku faham. dan aku minta maaf sebab aku tak banyak kerja.

kerja datang bermusim. kalau musim itu dia turun banyak kerja. nampak tak nampak sama sahaja. aku bukan selalu dinampak kelibat pun kalau aku sedang betul betul ada kerja. 

tak mengapalah. aku kata. 
aku dah biasa.

aku tak terasa mana pun orang tak kenal aku dan tak nampak aku. sebab aku pun tidaklah seaktif mana dalam kumpulan ramai. 

maka, tak menghairankan. 
lebih menghairankan bila ada ramai ramai orang, ada yang perasan kewujudan aku, walaupun aku sepertinya tidak berbau. halimunan. tidak kelihatan di mata kasar.

orang yang perasan kewujudan aku, atas sebab dia tidak senang dengan aku atau rasa senang dengan aku. 

jadi, untuk usia aku yang masih muda lagi, er mungkin. aku kena lah rajin rajin untuk membina kepentingan untuk diri sendiri. 

kalau kita nak membina kepentingan untuk ditunjukkan kepada orang lain, memuaskan kehendak orang lain terhadap kita. mereka akan sentiasa lapar. dan mencari lemahnya kita.

lebih bagus kita puaskan hati diri sendiri. 

nak tunaikan kehendak tuhan?
sangat senang sekali.

tetapi malas nak buat. apakah. 

doa itu percuma.
doakan aku sekali. 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...