24 November 2015

Lawa.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

dan segala ujian yang datang mengusik hati yang manja ini, tak lekang dengan kata kata semangat yang aku baca daripada buku dan media lain. tak putus putus aku hafal dan sebut kuat kuat dalam hati. ada juga yang aku reka. lepas itu senyum dan berangan angan mahu tulis buku koleksi kata kata hikmah dan semangat. 

tapi, untuk mendengar dan masuk ke hati bukan perkara yang senang berbanding tak putus putus berkata dan hafal kata kata semangat. 

kita hamba lemah. 
jatuh bangun. 

 Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri....
          an Nisa' : 79

apa sahaja yang baik baik itu datang daripada pelan rancanganNya. apa sahaja yang nakal nakal itu datang daripada ketidakpandaian aku mengurus urusan.

semoga aku kuat.
doalah.

Lawa






21 November 2015

Ribut kecil kecil.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

Rasa berat. terbeban. banyak ujian melanda. iman turun, turun naik dan turun. bila terlalu banyak kusut, banyak pula fikir mencari salah. bila fikir mencari salah, bukan mula mencari salah dalam diri sendiri tapi mencari salah luar daripada diri sendiri. orang sekeliling yang dilibas.

lebih sedih. Allah juga yang kena.

Allah. 
sedihnya. nak kuat, ya Allah. aku lemah, ya Allah. 

kau rasa Allah berlaku zalim ke dengan kau sebab banyak ujian yang turun?

Allah. tunduk. 

ribut datang dan pergi. kesan daripada ribut akan ada selepas ribut pergi. atap tercabut. tingkap pecah. pintu terkopak. kesan ribut itu pasti ada. dan ribut pasti akan berlaku atas muka bumi. 

cuma, nak perbaiki kembali kepada asal sebelum ribut. susah. perlukan lebih daripada satu bangun. 

Allah. 
nak bangun. 
aku tak kuat. 

 Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menzalimi (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar.
          An Nisa' : 40

ribut ribut ini terasa kecil apabila kita melihat ribut ribut besar orang lain. orang orang yang nak jadi penyayang kena kuat. kena kuat, ya Allah.

pergilah ribut kecil. aku nak pergi baiki hati aku yang tercabut.

tengok cermin.
tangan kotor.
tanpa cermin.
tangan bersih.
menangis.

Bunga yang cun.



17 November 2015

Ntahlah.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani



Ada yang belajar daripada kesungguhan.
Ada yang belajar daripada kesilapan.

sungguh, manusia perbaiki diri sendiri dengan cara yang bermacam.
manusia berusaha memilih jalan yang terbaik dan juga ternakal.

Sesungguhnya usahamu memang beraneka macam 
 Al Lail : 4


Aku tak suka letak quote pic dalam blog. Tapi, aku nak letak juga. Aku memang degil.