23 April 2016

Kawan lelaki aku yang kelakar.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani




Aku sibuk.
Ntah berapa kali aku sebut sibuk beberapa bulan ini. Tapi, memang betul aku sibuk. Sibuk fikir benda yang aku tak boleh kawal. Dan aku rasa orang lain pun semakin sibuk mengurus diri masing masing. Semua orang ada jalan masing masing untuk hadap dan tempuh.

Walaupun aku sibuk, aku tetap ada kan masa baca artikel dan buku yang tiada kaitan ( puji sekejap ). Tiada kaitan dengan apa yang aku buat. Dan baru baru ini aku baca satu artikel berkenaan dengan distractions. Sesuatu sesuatu yang menghalang kau daripada bekerja dan belajar secara konsisten. Ini definisi dalam situasi aku yang membuatkan hidup aku selama ini terumbang ambing dek semakin banyak distraksi yang perlu aku tolak. Memang betul kata orang, semakin banyak kerja yang kita dapat, semakin banyak halangan dan masalah kita kena selesaikan. Kerja itu dah susah, tambah tambah lagi external factor yang menghalang aku buat kerja dengan aman.

Distraksi.
Sebagai seorang lelaki biasa biasa. Aku menghadapi banyak perkara perkara yang aku suka buat. Walaupun aku suka buat tapi ia tetap mengjengkelkan apabila ia datang pada waktu kerja berlambak.

Tengok anime dan baca manga.
Tengok movie di laptop.
Dengar lagu.
Tengok bola.
Baca novel.
Tengok rancangan memasak.
Main game.

Dan banyak lagi distraksi yang buat kerja aku jadi lambat dan masa yang sia sia habis begitu sahaja. Aku cubalah 'puasa' tak buat apa yang aku suka buat, dan selalunya diakhiri dengan tidur. Dan aku paling tak suka tidur. Mungkin sebab aku cenderung kepada tidur yang lama maka masa aku pun banyak habis di situ.

Aku buat jadual untuk rancang masa aku dengan sistematik tapi selalunya gagal sebab aku suka suka langgar tempoh masa dan due date. Sedih. Marah. Bengang dengan diri sendiri lebih terasa daripada bengang dengan kawan.

Aku cemburu lihat kawan kawan aku yang tiada semua distraksi yang aku ada. Lelaki lelaki macam ini memang tak didedahkan dengan perkara yang lelaki biasa suka buat. Selalunya lelaki yang tak tengok sukan ini orang panggil lelaki lembut dan lemah, tapi bagi aku, mereka mereka inilah ada banyak masa untuk organise diri mereka sendiri. Susun kerja dan aktivti lain lebih teratur.

Tak terdedah dengan anime dan manga. Lagu lagu di radio haram tak tahu apa, cuma tahu satu dua tapi tak berapa tahu liriknya. Game tak pernah sentuh, memang tuhan pelihara betul lelaki lelaki macam ini. Walaupun adakalanya aku malu juga, sebab tahu segala distraksi ini adalah jahiliyah jahiliyah kecil yang menganggu, tapi memang susah betul untuk mengurangkan frekuensi dan durasi aktiviti aktiviti ini.

Memang susah betul bila kita lelaki lelaki yang diletak ujian begini. Betul betul terasa berat. Orang yang tak merasa, memang tak pernah dapat rasa keperitan mujahadah melawan hawa nafsu yang macam gergasi ini. Yang menjadi masalahnya ialah bila perkara perkara distraksi ini memakan masa yang sangat banyak sehingga mengganggu masa masa yang kita susun untuk kebaikan diri kita sendiri,

Masa masa yang disusun untuk buat perkara baik itu tidak payah disebutlah, rasanya semua orang tahu manusia diciptakan untuk apa dan tujuan hidup di dunia ini. Dan kita pun perlu sedar yang setiap manusia di uji dengan lapangan masing masing. Ada yang diuji begini. Dan ada yang diuji sekian sekian.

Dan lagi, ujian ujian lelaki bukan setakat benda benda yang aku sebut di atas tadi. Perempuan,perempuan dan perempuan.

Semoga tuhan tidak membiarkan kita meliarkan pandangan kita. Semoga kita kuat jaga pandangan. Nak jadi lelaki yang betul betul penyayang ini memang susah, memang tak akan sempurna tapi kita kena mula usaha ke arah itu. Iman turun naik. Naik turun. Ujian semakin banyak bila usia semakin tambah.

Kawan lelaki aku yang kelakar dah nak nikah. Aku tak pelik pun dia nikah dulu walaupun ramai kata dia tak kacak dan tak berduit. Sebab perempuan memang suka lelaki kelakar.

Dan bila aku review kawan lelaki aku yang kelakar itu, dia memang jenis lelaki yang tak baca manga dan anime, tak layan movie dan lagu, bukan kaki bola dan game, tapi dia suka tengok rancangan memasak. Dan dia juga pandai memasak.

Agaknya, perempuan memang suka lelaki yang pandai masak.

Selamat hari penyayang kepada kawan lelaki aku yang sangat kelakar.





17 April 2016

The bright side.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

aku lihat orang sekeliling memiliki pencapaian demi pencapaian. berlari lari dan bergambar gambar dengan pingat gembira mereka. 
aku pula sejak beberapa tahun ini, sifar pingat dibawa pulang. 

bro, tengoklah the bright side. 

ya, aku sedang lihat the bright side. aku sedang lihat kamu semua. 

mungkin sebab aku selalu memberi pandang begini, selalu bersangka sangka buruk yang bukan bukan kepada tuhan, aku menjadi lemah,
menjadi serba tidak menjadi. 

aduhai, kenapalah aku selalu bersedih. 

maafkan aku tuhan. 

sangkaan kita mengikut sangkaan tuhan. 

 

15 April 2016

Zon masa.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

Aku tahu. 
Perkara yang berat akan sentiasa berlaku. Dan paling memedihkan ia datang daripada dua tangan kita sendiri. 
Menyesal. Memang ada. 
Aku tahu. Dua biji mata kau yang berair. Tinggal tunggu mengalir dan pergi. 
Tangan yang aku kawal buat mata kau bertakung. 

Biarkan ia pergi. Biarkan ia tangis. Bukan selalu. 
Umur ini bukan zon masa kita.
Umur ini zon masa kita berduka. 
Tahun tahun yang lalu dilanda malang. Aku cuba percaya tahun tahun yang datang ialah zon masa aku. 
Aku berkali kata, aku tak kuat. 
Tapi, tetap turun berat di bahu. 
Aku hanya mampu bertahan. 
Aku tulis ini seperti orang yang berkaki kalah. Aku memang berkaki kalah. 
Kau kau yang sedang baca, ketahuilah. 

Aku bukan berada di zon masa kamu. 

Aku harap aku ada bilik untuk aku sendiri. 

 

 

08 April 2016

Tulis random. Sekadar memenuhi tulisan bulan April.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

Sejak akhir akhir ini, aku jadi dewasa.
Aku jadikan kerja yang mengalir laju sehingga membentuk takung yang melimpah ruah sebagai indikator aku jadi dewasa. 
Apabila banyak kerja, banyak masalah yang perlu diselesaikan. 
Ya, selamat tinggal rambut rambutku. 

Walaupun aku cuba praktiskan gaya hidup yang organisasi dan ala ala pengurusan masa yang baik, tetap akan ada pelan pelan yang tidak sangka yang sering membantutkan aliran rancangan awal. Ya. Banyak yang aku rancang awal semua tak jadi. Adalah hikmahnya. Rancangan tuhan lebih padu. 

Jadi, aku cuba menulis walaupun aku masih sibuk. Orang kata aku nampak tak sibuk, tapi dalam hati kepala aku berdenyut denyut fikir apa yang akan berlaku esok. Orang orang yang nampak aku tak sibuk ini memang sibuk. Tapi itulah bila dah sibuk, kita akan nampak diri kita ialah manusia yang paling sibuk. Sibuklah kau.

Ini tulisan random.

Sementara aku sedang menyiapkan kerja diskusi dan report mahupun manuskrip yang selalu ditendang, baik aku tulis sesuatu sebelum malas itu hinggap. Walaupun aku tak tahu nak tulis apa di sini, tentang hidup aku yang tak banyak sangat pun berkembang dan tak ada perkara baru yang menarik hendak disembangkan. Aku tak pergi trip mana mana. Aku tak baca sangat buku buku yang menarik. Aku tak jumpa sangat orang orang baru kecuali pesakit pesakit. 

Oh lupa, aku ada beli koleksi buku ramlee awang murshid, trilogi sunan. Mantap. Serius mantap. Ya. Aku tahu, Aku tak habis lagi baca, baru sampai buku ke dua daripada lapan buku. Aku memang pembaca yang lambat. Baca lecture note lagi lambat. Tapi, tak apa jangan sedih. Kena biasa biasa kan. Nanti down pula. 

Berenang. Aku teringin nak belajar berenang. Aku download video video asas berenang di youtube tapi malangnya selalu gagal praktik dalam realiti. Aku memang loser. Jangan sedih. Kena biasa biasa kan. Nanti down lagi. 

Aku buat kek batik. Aku memang dah lama tahu cara nak buat kek batik. Tapi, masalahnya bila aku tahu satu jenis perkara, aku tak boleh move on untuk buat perkara baru yang lain. Rasanya macam kek batik. Alhamdulillah, jadi. Tak pernah tak jadi. 

Apa lagi ya, oh iya. Aku dapat buku nota yang cantik secara percuma hasil pembelian koleksi trilogi sunan. Cantik. Tak terusik lagi dengan mata pena. Bersih. Memang sayang rasanya nak conteng. Aku ingat aku nak tulis haiku dan rangka cerpen. Kononlah. Oh iya lagi, aku sedang belajar menulis haiku. Memang pelik. 

Dah itu sahaja buat masa ini, hidup aku memang bosan. 
Tapi itulah namanya pun aku. 
Ada rezeki, adalah cerita. 

*****************************

Bro, setiap orang yang baik akan sentiasa dilindungi daripada perkara perkara yang tak baik seperti bala bencana dan musibah. Tapi bro, kita ini hamba hambaNya. Sentiasa menerima ujian. 
Andai kita berasa cukup dengan hanya solat lima waktu sehari semalam dan cukup kata kita beriman.
Bro, belum tahu beza orang orang yang ditimpa ujian dengan orang orang yang belum ditimpa ujian. 
Ujian ujian inilah yang mencabar kita sama ada solat kita akan cukup atau menjadi tidak cukup.
Seram bro.