30 April 2012

Bukan ustaz , cuma nakama

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani



terlalu cepat menghakimi ? sama ada sengaja atau tidak sengaja . lebih baik kurangkan bercakap di bibir , dan jangan cepat bersangka buruk dan tidak kepada pantas memberi perkspektif yang negatif kepada seseorang . dia hanya manusia . manusia biasa seperti kita , yang banyak lupa dan selalu membuat kesilapan di balik garisan kebenaran .




tak pernah bencikan perokok . hampir semua kawan saya ialah perokok tegar . saya susah nak berniatkan untuk meminggirkan mereka . bagi saya , mereka adalah yang terbaik di mata ini . mereka ajak saya main futsal waktu petang-petang . mereka belanja saya makan sarapan pagi di kedai roti canai mamak . mereka kejutkan saya bangun subuh tanpa saya berpesan pun kepada mereka sebelum tidur .

namun , agama yang ada dalam jiwa menyelit rasa tidak selesa . tetapi , saya pasti itu petanda Dia masih sayang kepada saya . saya tak pernah bencikan mereka . mereka juga hebat . akademik mereka maju , sukan mereka aktif dan akhlak mereka juga tidak kurang . mereka menjaga hubungan yang sangat baik dengan saya mahupun rakan-rakan lain . walaupun , adakalanya bahasa mereka itu sangatlah kasar , tapi itu langsung tidak membuatkan saya rasa ingin merosakkan hubungan baik yang mereka jaga .

perasaan saya terhadap asap tembakau ialah di bawah skala 0 per sepuluh . saya benci asap . semua jenis asap , saya tidak suka . namun , saya sukar untuk membenci perokok . mereka ialah bintang di mata saya . namun , bintang yang terus bergemerlapan itu akan cair warna sinarnya ditenggelami gelap malam juga . saya juga tidak pernah berasa kesal untuk terus lepak dengan mereka , walaupun saya berjuang mengempiskan lubang hidung saya , elak bergelar perokok pasif .




saya benci idea mereka untuk mengisap rokok . saya benci perbuatan mereka menghembuskan asap rokok dengan gembira . saya benci perbuatan mereka menghembuskan asap rokok dengan pelbagai aneka corak dan bentuk .  saya benci sikap mereka berbuat nakal di komuter menuju ke shah alam tempoh hari . saya benci idea penghasilan rokok . saya benci stok-stok rokok itu disebar meluas ke seluruh dunia lebih-lebih lagi di kawasan saudara seagama dengan saya .

 saya tak pernah benci tembakau . tembakau itu ciptaan daripada tuhan saya . saya juga tidak pernah benci kepada perokok tegar . kerna sebahagian daripada mereka ialah kawan-kawan saya yang sangat penyayang . baik hati . mengambil berat . pemurah . lepak dan santai . saya tak pernah benci mereka . mereka hadiah .

namun , adakalanya saya tidak selesa . saya tidak benci mereka tetapi saya benci tika mereka bermain rokok . saya cuba tidak benci mereka secara total . saya jaga hubungan baik dengan mereka . belanja mereka makan . main bola dengan mereka . belajar sama-sama . ketawa tengok filem . gembira bersama mereka .




beri mereka ' first impression ' . waktu azan , kita jadi pendiam . waktu nak solat fardhu , mesej lepak di kafeteria bersebelahan dengan masjid . baca al-Quran di bilik dengan nada yang lembut tanpa menganggu mereka menyiapkan assignment . laksanakan bangun malam , waktu mereka main DOTA berjemaah . bercakap dengan gaya bahasa mereka tetapi jangan gunakan bahasa kesat dan kasar . lepak sekali dengan mereka , tetapi berhenti dan pergi ke masjid tatkala muazzin itu melantunkan suaranya .

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.


surah an-Nahl : 125

jangan buat mereka lari daripada kita . jangan memberi nasihat kepada mereka tatkala mereka belum betul-betul percaya kepada satu hubungan yang kita bina . tunjukkanlah nasihat kita melalui akhlak yang baik dan perbuatan yang comel . comel seperti di atas . jadilah kreatif . bijak menyusun strategi memalingkan mereka daripada tanpa arah ke arah senyuman tuhan .

' jangan merokok la der , ko nak masuk neraka cepat ke !? '


jangan memberi nasihat berbentuk kata-kata yang terlalu terus ke maknanya . takut mereka belum bersedia meminta kata-kata daripada kita . bina tanggapan positif mereka kepada kita . kitalah taiko . kitalah brother , kitalah stylo . kitalah superb . kitalah mamat awesome . dan gelaran itu dipamerkan dengan akhlak dan perbuatan yang super cool di sisi Islam . kreatif dan bijak , itu sangat perlu . mujahadah itu pahit . sepahit menutup corong hidup yang besar daripada asap beracun masuk .


' couple ini haram ! rokok itu haram ! ini haram ! itu haram ! haram dan haram ! '


jangan pinggirkan mereka dan lari daripada mereka , jika hubungan kamu sudah erat . silaturrahim itu jangan diputuskan . jadi pintar dalam perancangan . berdakwah melalu sentuhan magis , melalui cara penyampaian yang baru . tunjukkan akhlak yang sempoi dan layanan bertaraf lima bintang . niat yang baik itu sentiasa dipermudahkan .




 jadi dai'e yang bukan dipinggirkan kerna latar belakang kewarakan agamanya . bercakap pun ada ' sesungguhnya ' dan 'adapun' lagi . beri nasihat mengikut acuan zaman semasa , kita bukan di zaman bermain konda-kondi lagi , ini zaman ipad . zaman yang penuh maklumat di hujung jari .

jangan jadi 'ustaz' di depan mereka . jadi member yang stylo di mata mereka . 

jangan jadi dai'e yang mereka takut-takut untuk dekat dengan kamu . takut-takut mendekati suasana Islami dan kehidupan ad-Din . jangan mengasingkan diri dengan minda yang jumud pada zaman modenisasi , cipta identiti sesuai dengan piawaian Islam dan cuba masuk ke dunia mereka . fokus kepada mad'u , kenal rapat dengan mereka dan bina hubungan yang erat dan baik . beri impresi pertama yang baik . lepak dan santai . jadilah manusia yang memberi manfaat kepada manusia lain .




dan hey saya tak pernah bencikan perokok . jangan lari daripada mereka dan jangan buatkan mereka meminggirkan kita . jadi kreatif dalam memberi dan berlapang dada dalam menerima . nasihat untuk diri sendiri yang selalu lupa . semoga Allah sentiasa memayungi muslimin dan muslimat dengan rahmatNya . insyaAllah .

28 April 2012

Nota kecil : kucing milik gadis pemalu

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani



saya ada jiran . oh , sudah tentulah wajar ada bagi setiap manusia yang hidup dalam komuniti bandar moden . dia ada seorang anak perempuan , erm mungkin lebih daripada seorang . yang saya tahu dia ada ramai anak lelaki . dan keluarga mereka membela lebih daripada seekor kucing . saya tak tahu speisis apa , tapi jenis kucing ini buat saya rasa ingin tahu .





ingin tahu ? ya , kucing-kucing mereka sangatlah pemalu =_=" . apabila pandang sahaja ke mata , mereka menundukkan pandangan dan terus berlalu masuk ke rumah .

keluar sahaja daripada rumah , terdengar tapak-tapak kaki kucing yang laju meninggalkan halaman rumah . lari masuk ke tingkap dapur .

mereka tak makan ikan yang diberi orang lain , melainkan orang itu sudah pun berlalu pergi . mereka ini kucing-kucing pemalu . memang sukar untuk menatap muka mereka dalam masa yang lama . sepuluh minit , mustahil sangat . lebih kurang , tiga minit yang paling lama .

apa yang anehnya ? mungkin kucing itu takut atau tak biasa dengan orang asing .




err mungkin , jika mahu tahu kucing-kucing itu semua milik anak perempuan jiran itu . dan anehnya perempuan itu sangat sukar untuk dilihat walaupun rumah bersebelahan . bukannya tidak pernah nampak dia keluar , tetapi sebaik sahaja saya keluar daripada rumah . tapak kaki manusia itulah yang juga laju masuk ke dalam rumah , meninggalkan kain jemurannya di luar .

anak dara biasanya pemalu , bukan ? ^_^

oh oh itu saya mengerti . apa yang mahu saya jelaskan ialah berkenaan persamaan karesteriktik yang ada pada kedua-dua belah genetik yang berbeza . manusia dan kucing . tuan kucing dan kucing belaannya . mereka punya karekteristik yang sama . masing-masing pemalu .

mungkin sahaja kebetulan , jadi usah lah banyak sangat berfikir .




kucing-kucing kakak saudara saya punya ciri yang sama . periang . peramah . manja . suka bergurau . waktu mengelus bulu-bulu halusnya , kucing putih melompat ke riba . dan malamnya , dia tidur bersama berselimutkan cadar kelabu di rumah arwah nenek .

arwah nenek juga begitu . dia punya banyak kucing . kucing-kucing itu rajin dan suka mengekori arwah nenek ke kebun . sihat dan kuat . tika saat nenek menghembuskan nafas terakhir , mereka lemah dan sakit . dan mereka hilang bersama memori selepas arwah nenek siap dikebumikan .



“Kasihanilah siapa saja yang ada di bumi ini, nescaya kalian akan dikasihani oleh yang ada di langit.”  
Hadith Riwayat Tirmidzi, Ath-Thabrani dan Al Hakim.

kadang-kadang , kita tidak pernah berfikir yang setiap hal itu ada tali sambungan kepada setiap hal yang lain . tali itu umpama hubungan yang erat jika disimpul kuat dengan sayang . dan tali itu bukan satu yang hubungkan kepada yang satu lagi , ia tali yang banyak .

persoalannya , tali yang mana kita simpul dengan sayang kepada satu yang lain . oh , itu rahsia . rahsia yang mungkin si anak gadis pemalu dan kucing-kucing pemalunya yang tahu . yang jelas , tuhan itu maha mengetahui . ^_^


p/s : serius ke , kalau tuan kucing itu pemalu , kucing dia pun pemalu juga ? musykil dan musykil .

26 April 2012

Hey Hey baju ungu , saya suka.....

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani



' boleh saya minta nombor telefon awak ? '


daripada : Tanpa Nama


ada rasa bahagia . mestilah rasa bahagia , lelaki mana yang tidak gembira dipuja dan diminati diam-diam di sekolah menengah dulu . adakalanya , rasa jengkel . rimas kerna selalu diperhati di balik tingkap surih kelas . ada juga di balik celah dinding ketika sedang pulang ke asrama . namun , selalunya yang rasa bahagia itu juga yang selalu mengerumuni sel-sel darah merah menerpa laju ke pipi .

dan akhirnya , perasaan itu tidaklah berbalas . malu . segan . itulah perasaan yang dipendam daripada jauh . beban yang mungkin mata dan hati menanggung sama . rindu . mahu lama memerhatikannya di balik celah konkrit blok akademik . lelaki ini termangu di koridor asrama . meneropong alam imaginasinya . bahagia ini mencurigakannya sekian hari . perasaan yang buatkan merah pipinya hingga ke langit . apakah ?





' makanlah lollipop perisa nenas ini , semoga anda sentiasa ceria-ceria selalu ^_^ '


daripada : Tanpa Nama


entah siapa , mahu dikatakan guru kelasnya , tidaklah begitu tepat . mungkin ini datang daripada rakan sekelasnya yang mahu mengenakannya . rasanya , tidak juga . kad ini beraroma pewangi perempuan . tetapi , tidak mustahil juga mereka mahu bermain helah . runsing , sambil menghisap hingga menjadi kecil dan dikunyah laju untuk ke kelas makmal fizik .

angin dingin terapung-apung meniup angin panas keluar daripada makmal . mengusir formula fizik . menerjah ke alam fantasi semula . rasa nenas masih lagi tersisa . yakinnya , ada rasa bahagia itu mengulit dalam minda lelaki ini .

 senyum . senyum . dan senyum . siapalah yang mengintai di balik tembok mahupun di balik kaca , mungkin juga siapalah yang mengintai di balik yang buku teks di kelas ini . hati menyanyi girang , sebuah lagu dendangan lelaki yang sudah berbunga . apakah ?

peminat rahsia




' oit , ada sorang minah ni , dia memang minat giler ngan lu r ! '

usia merangkak-rangkak , semakin jauh daripada saat kali pertama puberti . hati yang berputik , semakin mekar dengan bunganya . hari ini terasa cantik sekali . jantung ini berdebar laju , darah ini dipam deras dan dialir membentuk kolam air yang jernih . jernihnya air itu menyuburkan warna warni bunga , mekar dengan senyuman yang hangat .

namun , adakalanya bahagia itu disepit oleh rasa yang aneh . rasa yang seperti sedang berperang dengan rasa bahagia . bahagia yang tidak selesa . rasanya seperti tidak puas . namanya pun peminat rahsia . sudah tentulah tidak kenal itu pemilik badan . mungkin , peminat rahsia itu sedang memerhati lelaki ini sekarang . mungkin juga di balik kerusi-kerusi di dewan kuliah . senyum .

dan perempuan cantik itu senyum-senyum . senyum yang buat lelaki ini berteka-teki . ini kah dia ? perempuan ini jika diimbas daripada mata kasar . dia umpama langit yang teguh tanpa tiang dan lelaki ini cuma daratan yang terlalu rendah daripada paras laut . perempuan yang sempurna . ada rasa gerun menatapnya buat kali kedua .

tetapi , ada juga rasa bahagia yang hadir . menimbang-nimbang yang perempuan itulah pemilik nama peminat rahsia . senyum-senyumnya itu menghentikan saat jam randik . mana mungkin lelaki ini yang biasa-biasa imannya tidak jatuh hati . pasti lelaki ini sudah pun membungakan harapan . harapan seorang lelaki yang tidak mahu ditolak .

lelaki yang mudah perasan .




 apabila sangkaan itu salah , lelaki ini ada dendam . dendam kepada diri sendiri kerna tidak dapat meneka dengan betul . ya , perempuan yang murah dengan senyuman itu sudah pun berpunya dan lelaki ini hanya mudah perasan . bahagia palsu . rasanya seperti mencucuk-cucuk dan sebak . hati ini bagai dicarik-carik kerna ditipu dengan diri sendiri .

ditipu oleh perasaan yang selalu mudah perasan melihat perempuan-perempuan cantik yang memandangnya . perempuan-perempuan comel yang murah dengan senyuman yang cuma hanya melintas di sebelah hati lelaki ini tanpa dilihat sedikit pun . patah hati .

dan saat itu , lelaki ini mahu ubah . mahu ubah pipinya yang mudah merah tika memandang senyuman empunya perempuan-perempuan yang cantik . di situ , bermulalah hikayat lelaki yang dingin . lelaki yang mahu menjaga hati daripada perempuan-perempuan cantik itu berlalu ke dalam hatinya .

namun , ada satu perasaan kasihan . kasihan kepada peminat rahsia . bersyukur atas hadiah bahagia sekejap . bahagia yang tidak diketahui pemilik nama peminat rahsia .




hey hey lelaki ini bukan barang bagus seperti yang abang kedai blok 18 selalu cerita . lelaki ini ialah lelaki yang mudah perasan . lelaki berbaju ungu di dalam kumpulan lelaki berbaju hitam . cuma lelaki yang biasa-biasa tetapi dipandang luar biasa . pendiamnya .

hey hey lelaki ini suka berbaju ungu . baju ungu warna tampan . warna tampan bagi lelaki ini . bukan warna comel tetapi warna yang buat lelaki ini ingin selalu berbuat resitasi .

resitasi cinta . tatkala warna ungu itu disarung , hujan bahagia akan turun daripada langit . curahan daripada tuhan yang maha pemurah dan penyayang ke bumiNya . tatkala , peminat rahsia tak bernama itu hadir dalam hati lelaki ini , tuhan telah dahulu menempah namaNya di dalam hati sejak azali , membawa bersama rahmatNya kepada seluruh alam .

hey hey lelaki ini suka berbaju ungu . baju ungu untuk peminat rahsia . peminat rahsia yang namanya besar di dalam hati . semoga peminat rahsia yang di sana juga ada peminat rahsia yang besar namanya di dalam hati dia . ^_^

Ingatlah Aku nescaya Aku akan mengingati kamu


surah al-Baqarah : 152

24 April 2012

dan Barista yang comel itu

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani



alkisah , seorang barista yang sedang leka bermain dengan mesin kopinya . bermain seni latte di cawan putih berbunga merah kilat di waktu embun pagi sudah tiada . mentari mula menyinari tetapi redup sedikit disapu awan genit . angin pagi masih lagi tersisa .

dingin sedikit . langit itu tidak pernah padam dengan cantiknya lakaran biru ilahi . sebuah kedai kopi di tepi kebun epal yang ada lima orang pelanggan pagi . setia menghirup aroma hangat cecair krim putih terapung di dalam cawan cantik .





barista itu seorang lelaki . lelaki yang dipanggil comel oleh pelanggan-pelanggan perempuan . entah kenapa lah mereka ini memanggil lelaki tua tiga per lima abad ini comel . pelanggan lelaki mempertikaikan . rambutnya putih sedikit di bahagian hadapan . kumisnya nipis sahaja dan garis usia ketara banyaknya .

namun , dalam wajahnya itu , ada satu rasa yang menambah redup setiap hari . wajah yang buat hati ini rasa senang selalu . tidaklah mahu terpikat , cuma dia punya kemahiran yang hebat dalam menconteng daun pudina di atas latte . mungkin , sebab itu pelanggan perempuan di sana memanggilnya barista comel .

pagi yang redup itu disenangi dengan pemandangan epal merah di belah timur , di sebalik kaca kedai kopi . mereka yang di dalam pasti sayang sekali memetik panorama yang menghiasi mata mereka . tidak mahu merosakkan karya hebat daripada tuhan yang maha pencipta . dingin . asap nipis itu dipenuhi aroma cawan putih , menyerbu ke pelosok kedai kopi . menjadi hangat tika dihirup .






dan lelaki berwajah masam itu duduk bersendirian . di penjuru berdekatan dengan bunga rosette yang digantung di dinding . tempat duduknya berada di sebelah tempat barista comel yang gemar mengukir daun pudina di atas latte .

wajahnya mencuka di balik asap nipis latte . wajah yang tidak bahagia . wajah seorang lelaki yang ditinggalkan kekasihnya . dan barista comel itu yang leka dengan bahagianya , tergerak untuk menutur kata . kata-kata comel daripada orang yang comel kepada seorang lelaki yang tidak comel lagi .

tuhan itu maha bijaksana . Dia menciptakan antonim . untuk tahu rasa berlawanan . tanpa rasa kenyang , manusia tidak merasa lapar . tanpa cahaya , manusia tidak kenal bayang-bayang . dan tuhan menciptakan bumi itu adanya gelap malam untuk mengajar manusia yang esoknya ada siang yang cerah . tuhan menjadikan rasa sakit untuk biar mata manusia itu celik betapa bahagianya nikmat sihat .

 itulah cinta tuhan kepada manusia . cinta yang perlu dibalas oleh hamba-hambaNya .

begitulah kerja tuhan , Dia mengurangkan nikmat-nikmat yang ada pada manusia untuk tahu rasa bersyukur . dengan hadiah berbentuk kehilangan bahagia , manusia mengetahui yang itu ada mahalnya . cinta itu hanya dikenal melalui perpisahan .

bahagia dalam percintaan itu tidak dapat disukat jika engkau tidak mengenal ertinya perpisahan . perpisahan itu mengajak kita menyukat , sebanyak mana retaknya hati kita .





wajah lelaki itu kurang seri . berfikir di balik asap nipis cawan putihnya . ligat berfikir bait-bait barista comel itu .

di saat seseorang hambaNya sedang menghampiri api halimunan , Dia mencubit lengan hambaNya daripada dekat panas hitam itu . sakitnya hanya sedikit jika dibandingkan bahang berusia berabad-abad lamanya .

sakit cubitan itu hanya berbekas merah hari ini atau esok paling lama , usah dikenang-kenangkan sakit kemerahan-merahan di tangan yang sudah sembuh semalam . carilah penawar hakiki , bukannya cari penawar untuk disapu ke bekas cubitan yang sudah sembuh tetapi penawar yang untuk disapu dalam hati .

bacalah tinta tuhan , biarkan Dia berkata-kata kepada dirimu . semoga hatimu yang keras kembali lembut dibentuk . menggapai awan hamba yang comel di mataNya .

lelaki itu menundukkan wajahnya . minumannya masih belum disentuh . namun , hangatnya masih belum habis . kuasa sedap dalam cecair itu ialah rasa panas yang padu disebati dengan atmosfera dingin itu .




lelaki yang sedang melakukan percubaan dalam melakukan hal-hal baik , dia ialah seorang lelaki yang sedang berusaha . lelaki yang berusaha dalam mengerjakan kebaikan itu , bukanlah menjadikannya seorang lelaki yang terbaik , tetapi dia menjadi lelaki yang lebih baik pada hari semalamnya .

jangan sesekali mudah putus asa kerna tuhan selalu menjadi peminat rahsia . peminat rahsia yang selalu mendampingi hamba-hambaNya tika mereka leka dengan urusan duniawi . Dia sentiasa ada di balik 360 darjah hati mu . sebutlah nama tuhan yang telah menciptakanmu dan terokailah . nescaya , engkau akan bersua dengan wajah tuhanmu yang sedang tersenyum manis .

tika waktu engkau meraba ilham yang kedua , tuhan sudah bersedia menolong hambaNya dengan ilham yang keseratus . berdoalah . pinta kepadaNya aroma kekuatan yang bisa menguatkan rasa percaya untuk terus bergerak ke jalanNya . doa itu percuma .





lelaki itu mengangkat wajahnya . wajah yang sudah ada percaya . dia menghirup minumannya , menghilangkan daun pudina yang diukir krim putih . hidup ini ada panduan , bukanlah manusia yang menulisnya tetapi tuhan yang satu dan layak disembah oleh manusia .

dan barista comel itu mengangkat keningnya sambil tersenyum . senyum kerna dia rasa panggilan comel itu ada rasa bahagia dalam hatinya .

20 April 2012

.... Kerana Allah selalu sayang

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

lagu ini diiring bersama dengan bait-bait di sini . hayati dan kurangkan kuasa bunyinya untuk konsentrasi penuh dalam pembacaan . insyaAllah .






lelaki ini menjadi bisu . bisu kerna ada dosa . dosa itu membunuh rasa bahagia . dosa itu membunuh hilai tawa setelah sedar maksiat itu durjana . dosa membuatkan mulut terguris menjadi bisu . taubat sekali lagi . entah ke berapa kali dosa itu berulang dan diulang tayang kembali . mulutnya terkumat-kamit beristighfar , berulang dan ulang kembali . masih adakah nilainya taubat itu di sisi pandangan mata tuhan yang maha pencipta ini ?




Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya. 


surah al-Aadiyaat : 6


taubat ini diulang dan ulang lagi . sangsi . adakah tuhan sedang marah akan dosa ini yang selalu diulang dan taubat yang belum cukup ikhlas ? jika begitu , mengapa tuhan hanya mendiamkan diri ? jika marah katakanlah sesuatu yang menandakan tuhan sedang marah .

kerna , kemarahan yang paling menakutkan ialah di saat seseorang itu melakukan kesalahan tetapi kemarahan tuhan itu dipendam dan pandanganNya berlalu pergi daripada orang itu . maksiat yang dipandang sepi dan murka jelas di wajah tuhan . adakah tuhan sudah berlalu pergi , meninggalkan lelaki ini yang maksiatnya berulang tanpa taubat yang ikhlas ? itu ialah rahsia tuhan . 


Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. 

surah ar-Rum : 9


kepalanya pusing . hatinya ragu . dosa ini memberi sepi . adakah tiada penamatnya ? penamat bagi menghapuskan dosanya , menggapai taubat seorang hamba yang berjalan ke ruang hakiki .

 ya , tuhan . adakah aku ditakdirkan menjadi pendosa . pendosa yang dicerca oleh penduduk langit dan dihilai tawakan si durjana itu . aku tidak tegar menghadapi takdir ini , takdir seorang hamba yang menjadi pendosa sampai mati . pendosa yang taubatnya berulang tetapi mengundang marahMu kerna taubatku yang selalu ku mungkir . 




Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.

 surah al-Baqarah : 186




 lelaki ini lemah . ya , lelaki ini sudah penat meminta supaya diberi kekuatan untuk tidak mengulangi dosanya kembali . tetapi , apakan daya lelaki ini sudah tiada kudrat mahu meminta lagi , kerna dia jangka yang hari esok , pasti dia akan mengulangi dosa itu kembali .


Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.

 surah ali-Imran : 139

sedih . dan matanya digenangi air mata , tangisannya perlahan . keliru . adakah ini tangisan yang ikhlas daripada hati , tangisan pendosa yang lebih dicintai oleh tuhan berbanding tasbih para wali ?

taubat ini , ada nilai kah di balik sepi pandangan tuhan ? dosa ini juga yang mengulang , murka kah tuhan yang maha melihat ?

Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan Ia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan. 

surah as-Syura : 25


dan tatkala tuhan memberi kata-kata agungNya , novel cinta diselak halaman demi halaman , tangisan itu hadir lagi . tangisan yang bukan dikecewakan kerna sepinya tuhan memandang , tetapi betapa fasihnya tuhan bertinta kepada hambanya yang penuh dosa .
SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. 

surah al-Baqarah : 222

ya tuhan , lindungilah hambamu ini daripada tipu dayaMu . sucikanlah hambamu ini daripada dosa semalam , ya rahman . bentukkan hati ini sentiasa meminta ampun kepada mu di kala dosa itu mengulang kembali . janganlah engkau pesongkan hati ini untuk melakukan dosa yang berulang dan tidak memohon ampun daripada Mu .




Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 

surah az-Zumar : 53

jangan pernah ada rasa mengalah . jangan pernah ada rasa putus asa . pintalah Dia memberi pandanganNya yang penuh kasih sayang . walaupun sebanyak mana pun dosa itu diulang dan diulang lagi , tuhan tidak pernah jemu melihat mu di kala engkau sedang keseorangan mahupun dalam kumpulan . Dia sentiasa menyayangi mu dan Dia lah tuhan yang satu , menjaga mu daripada kejahatan makhluk dan kegelapan malam yang tersembunyi .

Ingatlah Aku nescaya Aku akan mengingati kamu

surah al-Baqarah : 152
 

 Aku menurut sangkaan hamba-Ku. Aku bersamanya apabila dia mengingati-Ku. Jika ia mengingati-Ku dalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diri-Ku. Jika ia mengingati-Ku dalam satu jemaah, Aku mengingatinya dalam jemaah yang lebih baik daripada mereka. Jika ia mendekati-Ku pada kadar sejengkal, Aku mendekatinya pada kadar sehasta. Jika ia mendekati-Ku pada kadar sehasta, Aku mendekatinya dalam kadar sedepa. Jika ia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan, Aku datang kepadanya dalam keadaan berlari.” 
[HR al-Bukhary dan Muslim]




balas cintaNya , dengan memohon ampun daripada tuhan yang maha pengampun . berbuallah dengan tuhan ketika sedang bersolat dan dengarkanlah kata-kataNya daripada pembacaan novel cintaNya , al-Quran . 

Dia tidak pernah meninggalkan hamba-hambanya yang berdosa . di saat kita jatuh ke longkang dosa , di saat itulah tanganNya mencapai kita , menyambut kita daripada terus jatuh , daripada merasa busuknya maksiat . dan Dialah yang memerhatikan hamba-hambaNya di seluruh dunia , mahu melihat hamba-hambaNya berjalan ke arah kebun wangi di jannah .

Dia yang memberi cinta untuk dibalas , ampunkanlah dosa-dosa yang lalu ya tuhan . janganlah engkau biarkan kejahatan lalu menganiaya diriku ini . ampunkahlah kesilapan hambamu selama ini ya tuhan . kepadamulah aku pinta , tuhan yang menyembunyikan dosa-dosa silam ini . 


bahawasanya sesiapa di antara kamu yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilannya, kemudian ia bertaubat sesudah itu, dan berusaha memperbaiki (amalannya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

surah al-An'aam : 54

penghulu istighfar . 





Makna : Ya Allah, Engkaulah Tuhanku tiada Tuhan melainkan Engkau yang menjadikan aku dan akulah hambaMu dan aku sentiasa dalam genggaman (kuasa)Mu dan aku terikat dengan perjanjian denganMu semampuku. Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku kembalikan kepadaMu segala nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan aku kembali kepadaMu dengan dosaku, oleh kerana itu ampunilah aku, kerana tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau).



dan apabila lelaki ini pinta ampun daripada tuhannya . yakinlah tuhan yang maha tinggi tidak akan pernah palingkan wajahnya kepada sesiapa walaupun dia sudah penuh bergelumang dengan dosa . kembalilah . kembali ke jalanNya . kembali menjadi hamba . kembali menangisi dan merintih taubat daripada tuhan demi menggapai awan ilahi . demi mendapat pandangan cintaNya .




Anas Radiyallahuan mengkhabarkan, bahawa pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, “Bahawa Allah berfirman maksudnya;

“Hai Bani Adam, selama engkau berdoa dan berharap terhadap-Ku, Aku ampunkan bagimu apa yang telah terjadi daripada kamu dan tidak Aku hiraukan betapa banyaknya.”
“Hai Bani Adam, andaikan dosamu memuncak ke langit, kemudian engkau meminta ampun kepada-Ku, Aku ampunkan bagimu dan tidak Aku hiraukan betapa banyaknya.”
“Hai Bani Adam, seandainya engkau datang kepada-Ku dengan membawa dosa sepenuh bumi asalkan engkau tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu pun nescaya aku isi semua itu dengan pengampunan.















16 April 2012

Ada apa bahagia dalam hujan ?

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani




hujan rintik-rintik membasahi muka bumi . angin bertiup kencang dan adakalanya perlahan dingin . gelap malam ini ditangisi awan yang terbang di langit . mengapung bersama cahaya bulan yang sedikit . udara menjadi beku sebentar . atmosfera tenang menyelimuti alam . lagu yang berirama perlahan dimainkan , mengulit rasa tenteram kepada jiwa yang mendengarkannya .






ada apa dalam hujan ? ada rasa bahagia . bahagia yang hanyalah biasa-biasa jika dipandang oleh manusia yang biasa . bahagia yang bukan hanya untuk dilihat tetapi dirasa dalam hati . rasa bahagia yang bagaimana ? bahagia yang mendapat pandangan penuh kasih sayang daripada tuhan maha tinggi .


ada apa bahagia dalam hujan ?

kanak-kanak bersampin hijau pulang menaiki basikal sambil bermain hujan pada waktu petang . pulang berkejaran antara satu sama lain di tepi jalan raya yang penuh lopak , membasuh tayar yang botak penuh dengan debu hangat mentari semalam .


ada apa bahagia dalam hujan ?

katak-katak melompat di balik semak di dataran sekolah , entah gembira atau sedih  pada bulan julai . gembira dapat melepaskan diri daripada sekumpulan pelajar aliran sains dan sedih kerna ditangkap , menanti nyawanya hilang pada hari esok di makmal sekolah .





ada apa bahagia dalam hujan ?

pelajar universiti menghirup kopi panas di hadapan laptop bersama teman-temannya . bersama menonton rancangan televisyen yang tergendala , rancangan yang bukan ilmiah pastinya .


ada apa bahagia dalam hujan ? 

pekerja kilang yang bekerja keras , membanting tulang demi mengumpul rezeki untuk simpanan masa depan keluarganya . mengucup manja ahli keluarganya sebelum melabuhkan mata dalam dingin hujan .


ada apa bahagia dalam hujan ?

lelaki yang berkejaran dengan rakan-rakannya di padang bola . membunuh suci warna baju dengan lecak perang . gembira hingga ke langit , sehinggakan mahu awan itu terus menangis untuk masa yang lama . dan malamnya , mereka pula yang menangis membasuh kotornya baju bola .


ada apa bahagia dalam hujan ?

 kekasihnya itu mahu memutuskan hubungan di taman yang penuh rintik-rintik . lelaki itu pedih . emosinya didera . mungkin kerna tidak bisa ditolak , diseksa emosinya kerna biasa menonton rancangan gusti yang selalu menyeksa fizikal . lelaki itu bahagia , mengenal apa itu sakitnya kasih sayang yang hilang .


ada apa bahagia dalam hujan ? 

seorang lelaki tua yang berketayap putih lusuh . mengenggam tasbih , mengira tahmid dan melaungkan takbir dalam hatinya . matanya melekat ke langit yang basah , bahagia menanti hari esoknya yang dia masih lagi mahu menghirup angin dingin di balik tingkap masjid .  bahagia yang menjadi dua , sama ada bisa melihat bibirnya menjunjung nama tuhannya atau bisa melihat wajah tuhan yang teragung di alam hakiki .





ada apa bahagia dalam hujan berkenaan diri anda ? saya tidak mahu tahu . biarlah ianya menjadi rahsia . rahsia yang dikunci erat dalam hati . rahsia yang hanya kita boleh bongkar kepada tuhan . rahsia yang mengutuh rasa cinta kepadaNya . Alhamdulillah atas segala nikmatMu , nikmat yang berbentuk hujan . hujan yang penuh rahsia .

15 April 2012

Bayang-bayang yang kecil

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani


kadangkala , saya selalu lihat diri saya seseorang yang memegang watak kecil dalam layar perak kehidupan . saya ini lahirnya adalah memegang peranan dan perwatakan pelakon minor yang sedang mendokong watak major . menyerlah dan menambahkan seri seseorang watak major dalam plot kehidupan . saya umpama lelaki yang sedang berjalan lalu lalang di belakang lelaki watak utama yang sedang berkata-kata dengan gadis yang juga watak utama .

mereka mengolah skrip yang spontan , dan saya cuma pendokong bagi babak itu . tidak lebih hanya seorang lelaki yang wujud berjalan kaki untuk menampakkan sebuah kota yang berpenghuni . begitulah , lelaki yang memegang watak minor . mungkin lebih kecil lagi daripada watak minor . watak yang tiada gaji . cuma hiasan semata . tidak lebih daripada itu dan mungkin kurang lagi daripada itu .

daripada lensa kamera , saya cuma sepuluh peratus atau kurang melekat di paparan gambar . jika terlebih pun peratusannya , itupun hanya tidak sengaja . mungkin itupun saya cuma lintasan bentuk cahaya yang boleh kelihatan di alam benar .

dalam sebuah teater klasik , saya ini umpama lampu yang malap , menerangi sedikit babak suram . cahaya yang tumpah itu hanya sedikit sahaja , tidaklah menarik dan tidaklah juga membosankan .

saya ini halimunan di tengah-tengah masyarakat yang legap . saya mampu berdiri . berjalan . duduk . baring . makan . minum . saya ini manusia yang tiada mahu dilihat . saya karya hebat tuhan tetapi jiwa halimunan itu ada lekat di dalam saya . saya cuma lelaki yang berlakon watak minor . watak kecil . watak yang menambahkan seri watak utama .

memberi pencerahan dan penonjolan kepada pemain major . saya cuma warna yang ada pada serpihan-serpihan batu-bata di dinding . bukanlah kulat hijau yang meratai permukaan itu . cuma warna gemilang yang mendokong utuhnya batu-bata itu bertegak .

 dan lelaki ini akan memerhati secara diam . mendokong mu tanpa diketahui manusia lain . menjadi tulang belakang mu , menjadikan mu yang terbaik dalam kalangan terbaik . terbaik dunia dan akhirat .

saya bayang-bayang yang sentiasa menanti manusia berdoa kepada saya . doa itu percuma .



saya cuma pelakon sokongan , persis bayang-bayang gelap tetapi bayang-bayang akan jadi lebih gelap apabila cahaya itu lebih terang dan ia akan buatkan cahaya putih itu lebih menonjol gemilang . dan sebagai bayang-bayang pelakon utama , saya akan kuatkan cahaya putihmu , menjadi yang terbaik di mata tuhan .

14 April 2012

Manisnya gula-gula

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani


tika usia itu kecil , saya suka makan gula-gula . perisa strawberi , anggur , oren , tembikai susu dan epal . saya suka sangat . sehinggakan ia membawa kepada ketagihan . dan ketagihan itulah yang menemukan saya dengan seorang doktor gigi . bau getah sarung tangannya memualkan , peralatan besinya yang tajam mengerikan dan wajahnya yang bukan penyayang menjelikkan . ( err maaf puan doktor , saya alergi dengan nama orang yang berdoktor =_=" )


saya menangis . tangisan anak kecil yang comel yang hilang gigi rosaknya . dan saat gigi hitam itu ditanggalkan , saya mengenal gula-gula itu bukan penawar yang menyembuh selera tetapi memecahkan tangis di ruang doktor gigi yang sabar . ehem , budak-budak apalah sangat .





namun , yang memberhentikan tangis anak kecil itu ialah sebatang gula-gula lolipop di kedai berdekatan dengan klinik gigi . sakit yang tadi , terhapus rasa derita . sakitnya menanggung gigi yang hilang dapat disembuh dengan punca yang menyebabkan gigi geraham itu hilang . iaitu gula-gula juga .


gula-gula cinta .


apabila dirasa dan dihisap tekstur warna-warninya , ia semakin padu bergabung dengan rembesan kelenjar air liur . deria rasa itu rajin mentafsir tanpa dipinta . gabungan padu itu bersemi menyebarkan bahagia dalam akal . manis itu menyerap dalam hati . manisnya hingga mahu melompat ke langit .


begitulah kita , manusia yang diciptakan oleh tuhan yang maha agung . rasa manis yang bagaimana ada pada kita . rasa manis cinta yang bagaimana kita pupuk sejak daripada kecil . dan rasa yang manis bagaimana kita mampu beri cinta kepada bakal zauj atau zaujah .





cinta itu ibarat gula-gula yang manis . namun , berapa lamakah gula-gula itu mampu bertahan daripada mengecil dan hilang rasanya apabila dirasa dengan lidah ? gula-gula itu usianya singkat . mungkin sahaja beberapa minit , atau mungkin beberapa hari . kita tidak tahu . ataupun mungkin sahaja hanya beberapa saat kerna itupun gula-gula itu bukan dirasa tetapi dikunyah tanpa rasa dengan gigi .


gula-gula yang panjang usianya , dirasa dengan kasih sayang . lihatlah manusia yang suka makan gula-gula yang bukan sekadar mahu kenyang , dia merasa gula-gula itu perlahan dengan lidahnya . menghayati segala rasa yang ada pada warna-warni padu gula-gula . warna manis itu padu sehingga tekak pun cair merasa betapa jitunya frasa indah akal .


begitulah , manusia yang bersabar melihat cintanya . apabila tiba saat jatuh cinta itu hadir , dia tidak rakus mengulum manisnya gula-gula sehingga ia menjadi kecil , tiada rasa dan kemudiannya pecah berderai masuk ke perut . dia akan mempersiapkan dirinya dengan ilmu fardhu ain dan ilmu lain yang bisa mentadbir sebuah keluarga ke jannahNya . persediaan yang membawanya ke ruang hakiki yang maha tinggi .





persiapan menjadi imam begitu penting sebelum membuka bungkusan gula-gula yang cantik . bungkusan gula-gula itu tiada mahu disentuh dan tiada mahu dilihat kerna tahu yang usaha itu belum lagi sampai ke tahapnya . satu tahap di mana jiwanya mampu membeli bukan sekadar bungkusan sahaja tetapi isi rasa manis gula-gula itu .


jangan merasa manisnya itu terlalu awal , kerna manisnya gula-gula itu akan hilang deras bersama pasir air liur . rasailah manisnya gula-gula itu apabila sudah bersedia . bersedia dengan tanggungjawab , bermula daripada hati , berniat mahu membentuk sebuah keluarga yang hakiki ke taman tuhanmu yang esa .


isikan rasa manis cintamu dengan isi kandungan yang tahan lama manisnya , isi kandungan yang berupa ilmu tuhanmu yang dihantar oleh rasulmu , supaya yang merasa akan menikmatinya hingga ke akhirnya , hingga ke penamat usia dan hingga ke jannahNya .





tanyakanlah kepada diri sendiri , adakah kamu sudah pun menyiapkan cintamu dengan inti yang manis kekal ke syurgaNya ? formula inti yang manis itu sudah jelas dalam kalamNya . lihatlah , dan amalkannya .

pupuklah manis gula-gulamu untuk seribu tahun . hiperbolanya . usia manusia hanya puluhan kini . jadikan cintamu manis dirasa bersama selamanya . manis sehingga diangkat ke langit . manis melihat wajah tuhan yang tersenyum manis . bermain buaian di bawah sungai hakiki yang manis . itulah teori gula-gula manis yang usianya panjang selalu . manis hingga ke sana . insyaAllah .



p/s : jangan makan banyak sangat , nanti gigi rosak pula ^_^ .









09 April 2012

Memori al-Ma'thurat .

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani


saat pertama kali kenal ini , saya hanya diam membisu . entah tahu atau tidak tahu adalah persoalan yang nyata . cuba untuk ingat tetapi memori tentang ini seperti belum lagi wujud dalam kotak ingatan . ya , benarlah tak pernah tahu .

saya kenal Imam Hassan al-Banna ketika saya masih menuntut dalam tingkatan empat di sekolah berasrama . sejak daripada itu , saya tahu membaca al-ma'thurat . jika tidak berhijrah ke tempat yang baru , alamatnya sehingga sekarang gerakan ikhwanul muslimin di mesir pun saya tidak tahu =_=" .

himpunan zikir dan doa nabi Muhammad SAW pagi dan petang .



alhamdulillah .

apa yang mahu saya khabarkan ialah tentang detik pertama kali mengenal al-ma'thurat . tahun pertama , saya cuma mengajuk bibir-bibir senior yang sebaya dengan saya di kala waktu selepas solat asar berjemaah di surau sekolah . entah tak tahulah mengajuk dengan bahasa jampi serapah apa entah saya ucapkan =_=" . semoga dosa silam itu tidak dikira oleh Allah atas kesilapan saya yang jahil tika itu .

dan akhirnya , perlahan-lahan saya melancarkan bacaan al-ma'thurat dengan bantuan kertas yang di 'laminate' yang sedia ada tertulis ayat al-ma'thurat di surau . selain daripada itu , bacaan al-ma'thurat juga adalah aktiviti rutin yang diaplikasikan dalam suasana ad-din sekolah ini . jadi , tidaklah susah untuk melancarkan bacaan ini dalam masa yang terdekat .

ada pelajar-pelajar lain yang menjadikannya zikir harian mereka di kala singgah di surau . usai sahaja solat sunat dan membaca al-quran , mereka membacanya dengan perlahan di sudut dan di sebelah bahagian tepi surau untuk mengelakkan gangguan kepada pelajar lain yang sedang sibuk beribadat .

baca tafsir bahasa melayu al-ma'thurat sekali , baru ada rasa 'feel' .



tidak kiralah selesai solat berjemaah di surau pada setiap waktu , ada yang memegang kertas 'laminate' itu , duduk di bahagian tepi surau . yang wajibnya adalah pada waktu asar , selesai solat berjemaah sahaja , imam akan membaca al-ma'thurat sambil diikuti oleh ma'mum di belakang . namun , waktu itu juga yang menjadi ruang kepada akal untuk bertindak daripada luar konsentrasi kepada bacaan al-ma'thurat .

al maklumlah , selesai solat berjemaah asar adalah waktu riadhah dan waktu riadhah sangatlah singkat . ada juga yang hadir dan tidak kurang juga yang tidak hadir . tapi , tidaklah mahu menjadikan bacaan itu hukumnya wajib cuma bagi diri saya yang baru mengenali al-mathurat dalam usia setahun lebih ketika itu , sangatlah rugi jika tidak membacanya . sekurang-kurang sekali dalam sehari pun jadilah ^_^

"Dia yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman supaya bertambah keimanan mereka bersama keimanannya. Kepunyaan Allah tentera langit dan bumi dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana" 

Surah al-Fathu : 4

dua kali sehari baca , tak habis banyak masa pun . doa-doa dalam al-ma'thurat semua mantap belaka



dalam al-ma'thurat , saya juga kenal doa rabitah . pertama kali dengar usai solat berjemaah maghrib . siap sahaja pelajar lain solat sunat rawatib , biro dakwah dan rohani akan menutup lampu utama dan membiarkan lampu yang memancar warna samar kekuningan . jeng jeng jeng .

ingatkan biro dakwah dan rohani nak mencuci otak kami , al maklumlah jika selalu hadir ke program motivasi , ada sahaja aktiviti yang menggelapkan suasana untuk beri kami perasaan yang berbagai . selalunya , pengakhiran program itu , kami akan menangis sehingga hingus pun tidak malu-malu turun membasahi misai . =_="

sangkaan itu meleset sama sekali , zikrullah dialunkan dengan pelbagai jenis . asmaul husna , i'tiraf , tasbih , tahmid , takbir , istighfar dan lagi satu iaitu doa rabitah . tika itu saya tidak tahu nyanyian nasyid apa yang mereka alunkan . siap buat harmoni lagi ketika itu . tersenyum sahaja pelajar-pelajar baru tika itu yang masih tidak mengerti dunia mana mereka sedang duduk . indah sahaja melihat mereka gembira dan senyum selalu tika mengalunkan nasyid ini .

tika itu masih tidak tahu yang doa rabitah itu adalah salah satu komponen al-ma'thurat kerna nasyid yang mereka alunkan itu adalah tafsiran bahasa melayu sahaja . sehinggalah tahun kedua , tergerak hati untuk baca tafsir al-ma'thurat . oh . doa rabitah merupakan perenggan terakhir dalam al-ma'thurat . alahai , perlahannya saya =_=" .

buku al-ma'thurat selalunya bersaiz kecil dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja .



masih ingat lagi tika mahu membaca al-ma'thurat , ada teman yang memberi butir bicara . katanya , bila sampai bahagian doa rabitah itu , bayangkan dalam hati ini , wajah-wajah rakan yang ada dalam hidup kita . di kala rindu membisik , ada juga yang yang menjadi penawar rindu kepada teman-teman . dan itulah Allah yang memberi segala ubat , menawarkan rasa kesembuhan dalam merawat hati yang selalu rindu .

habis sahaja satu bab pertemuan dan akhirnya perpisahan dalam novel kehidupan saya , ada yang ringan tangan memberi saya sebuah buku al-ma'thurat . dan kini saya ada dua buah buku al-ma'thurat hasil daripada pemberian teman-teman yang saya pernah jumpa . yakni sudah ada dua perpisahan dalam hidup saya .

fahamlah saya sudah mula membesar dengan laju . membesar bersama generasi saya yang tidak lupa mengajar saya perkara-perkara yang saya tidak faham selalu . perkara-perkara yang membuat saya berfikir seperti manusia yang matang , menggapai kerusi khalifah . dan menjadi lelaki dewasa itu , luaran yang utuh hanya boleh didokong oleh dalaman yang kuat .

dan dua hal yang saya belajar melalui pengalaman ini adalah pentingnya mengingati pencipta agung yang selalu memberi nikmat untuk saya dahulu yang tidak kenal Imam Hassan al-Banna dan tidak lupa pula satu hal yang sangat penting selepas nikmat Islam dan nikmat Iman , iaitu nikmat ukhuwah fillah .

insyaAllah , jika selalu baca al-ma'thurat dan maknanya sekali , entah kenapa macam ada rasa gembira yang banyak . ini serius . ^_^



semoga hati ini sentiasa dilihat oleh pandangan kasih sayang Mu , ar-Rahman .

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. 

surah ar-Ra'd :28

p/s : oh tak dapat jumpa pula nasyid doa rabitah yang kami selalu nyanyi lepas solat jemaah maghrib =_=" . tak mengapalah , boleh juga lihat video di bawah ini untuk memudahkan penghafalan . May Allah bless .

08 April 2012

Sampai syurga

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani


tak tahulah kenapa mahu post video saja . cuba hendak menulis tetapi video ini telah menutur segala bait-bait yang bakal saya tintakan . mudahlah kerja saya ^_^ .

hei , rakan lama dan rakan baru . harap anda sentiasa sihat sejahtera . telefon bimbit saya selalu off dan saya tidak suka menulis surat . apapun , saya hanya mampu mengirim doa sahaja dalam setiap waktu ini .

aman sejahtera selalu , dilimpahi rahmat Allah di mana kita berada , selamat sejahtera kembali teman di sana dan semoga Allah sentiasa redha dengan amalan kita di sini . ukhuwah fillah ^_^ sehingga ke akhirnya , sehingga ke syurga Allah . Semoga Allah sentiasa memberkati kita .

doa itu percuma ^_^ .









p/s : jika tiada tisu , biarlah rindu yang menyerap air mata .

07 April 2012

Cermin , Cermin....siapakah saya ?

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani




ini lagu yang nostalgia . lagu yang menjadi memori masa silam saya di sekolah dahulu . jika mahu diputar di sini , terlalu panjang dan luas . ringkasnya , ini lagu yang dinyanyikan oleh sebuah kelas sains teknikal tingkatan lima di sekolah saya dahulu . dan kelas mereka memang betul-betul di sebelah kelas saya , kelas sains tulen .

sebuah lagu yang dinyanyikan di perhimpunan pagi .

“Seorang yang beriman itu adalah cermin kepada saudaranya.”





cermin itu skilnya ialah memberi refleksi tentang orang yang berada di hadapannya . sifatnya selalu jujur , jika ada jerawat batu di wajah itu , maka itulah yang sakitnya kepada manusia yang menanggung kebenarannya .

cermin itu selalu diam . menegur manusia lain tanpa ada bicara . manusia yang melihat cermin akan selalu tewas , melihat kecacatan liang romanya yang rosak akibat kesalahan sendiri .

cermin itu pakar terapi yang baik . memberi refleksi setiap hari untuk manusia itu supaya tampan selalu . menjaga kesihatan dan sentiasa bertenaga sepanjang masa .

cermin itu badannya rapuh dan mudah pecah . namun , serpihan itu jugalah masih memberi pantulan , memberi nasihat kepada manusia untuk menjaga imej dan terus menyinarkan wajahnya .

cermin itu pelupa . dia tidak akan ingat untuk menunjukkan wajah buruk manusia semalam , jika wajah manusia itu bersih pada hari ini . pintanya hanya satu , bertahmid kepada ar-Rahim .

lihatlah cermin dan tanya kepada diri sendiri , adakah anda sudah berjalan di jalan tuhan ? tanyakanlah kepada diri sendiri . mari mengislahkan diri . ^_^

pilihlah cermin yang bukan daripada warna mata tetapi pilihlah cermin daripada warna hati .



Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.

surah ar-Ra'ad : 11



hayati liriknya , selamat mendengar .







Man In The Mirror Lyrics
I'm going to make a change,
For once in my life....
It's going to feel real good,
Going to make a difference
Going to make it right!

As I, turn up the collar on
My favorite winter coat
This wind is blowing my mind
I see the kids in the street
With not enough to eat
Who am I to be blind?
Pretending not to see their needs...

A summer disregard,a broken bottle top
And a one man soul
They follow each other on the wind you'll know
Because they got nowhere to go
That's why I want you to know!

I'm starting with the man in the mirror!
I'm asking him to change his ways!
And no message could have been any clearer!
If you want to make the world a better place
Take a look at yourself, and then make a change!

I've been a victim of a selfish kind of love
It's time that I realize...
There are some with no home, not a nickel to loan!
Could it be really me, pretending that they're not alone?

A willow deeply scarred...somebody's broken heart
And washed-out dreams
They follow the pattern of the wind you'll see
Because they got no place to be
That's why I'm starting with me!

I'm starting with the man in the mirror!
I'm asking him to change his ways!
And no message could have been any clearer!
If you want to make the world a better place
Take a look at yourself, and then make a change!

I'm going to make a change....for once in my....life.

06 April 2012

Lelaki sombong sepuluh megabyte

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani




ada seorang perempuan yang cantik + comel yang menghampiri saya . ibaratnya missil yang sedang perlahan menggempur hati . namun , lelaki ini cuma perisai kepada mortar sahaja tidaklah kepada missil . dia menghidupkan perbualan , selalunya perempuan yang cantik + comel dalam hidup ini , bukanlah seorang pemalu dan pendiam sangat . mereka jugalah yang punya semangat berani untuk mulakan kata-kata .


oh , tidaklah semua perempuan cantik + comel ini seorang yang peramah , tapi ini perempuan-perempuan yang selalu wujud dalam hidup saya . perempuan yang pakejnya tinggi , bukan setakat cantik + comel , ada juga yang boleh membuatkan saya rasa kerdil yang terlalu .

mereka kaya . mereka bijak dalam akademik . mereka aktif dalam bersukan . segalanya sempurna di mata saya .




mereka itulah golongan yang saya paling geruni sehinggalah usia sekarang . golongan yang tidak boleh ditulis dalam senarai calon-calon isteri . tidak sekufu dengan saya yang bersederhana sahaja . malah , mereka inilah musuh saya . tetapi tidaklah menjadi satu perasaan yang mana saya sehingga ada rasa benci yang banyak kepada mereka . cuma , saya sangat tidak suka melihat mereka .

namun , dalam banyak perkara yang menjalar hidup dalam dunia ini , perkara-perkara yang tidak disukai oleh manusia juga yang selalu mendampingi kita . mereka inilah yang selalu zahir dalam hidup ini . menghampiri dan memulakan bicara . rasa tidak selesa mula datang .

selalunya yang hadir berbual , bertanyakan khabar adalah gas bagi menghidupkan api perbualan . dan untuk menghasilkan api , perlu ada percikan dan geseran haba topik utama .

dan topiknya ialah buat saya rasa tidak senang . bukan tidak senang begitu , tetapi tidak senang begini iaitu rasa kecewa dan hati yang kecil .

' kenapa awak pendiam ? '


' kenapa awak jarang senyum ? '


' kenapa awak tidak menjadi seorang yang peramah ? '

soalan mudah sahaja buatkan hati ini menggerutu . maklumlah lelaki seperti ini jiwanya sederhana sahaja , tidaklah mahu dihambur dengan soalan daripada perempuan sempurna . itu yang buat hati ini kecil selalu .




lelaki pendiam + pemalu + dingin = lelaki mega sombong

ramai rakan lelaki saya , jiwa mereka rendah dan tidaklah meninggi . sederhana daripada segi luaran hinggalah dalaman . tapi apa bezanya mereka dengan saya ialah mereka ini lebih terbuka . mereka tidak kisah berbual dengan sesiapa sahaja . dan ditekan di sini mereka ini terbuka untuk berbual dengan perempuan .

dan inilah kontra . wujud lelaki yang tidak banyak bicara dalam kalangan lelaki-lelaki yang peramah . itulah saya , seorang lelaki yang pendiam dan tidak suka bergaul .

tetapi , tidaklah saya ini seorang yang malu-malu setiap masa dan jarang memberi senyuman . apabila perempuan yang memberi nasihat , saya tersenyum tawar . senyum kerna saya menyimpan rahsia dan memilih untuk terus memendamkannya . bukannya rahsia tentang saya tidak suka perempuan yang 'sempurna' . itu bukan sudah menjadi rahsia , dah tertulis di atas sana .

dan rahsia itulah saya akan pegang sampai saya mati .

bagi untuk menghormati nasihat mereka , saya cuba berubah menjadi lelaki seperti yang mereka mahukan . saya cuba menjadi peramah dengan perempuan , saya cuba lebih banyak tersenyum kepada perempuan , saya cuba berbual sambil melihat mata ke mata dengan perempuan dan saya cuba menjadi lelaki yang terbuka kepada perempuan .

dan itulah menjadi silap yang besar . niat itu sudah terpesong dengan rahsia saya . namun , syukur yang segala percubaan itu tidaklah cukup berjaya kerna benih iman itu masih lagi subur bersemai di dalam jiwa yang bercambah menjadi bunga malu-malu . itu jugalah perisai terakhir yang dapat melindungi serangan missil mereka .




lelaki ini diam-diam bukanlah bermakna mereka sombong dan tidaklah mahu mengusir ' ukhuwah fillah ' itu . cuma , mereka sudah faham akan fitrah mereka itu sendiri tidak mampu menolak kehadiran perempuan dalam hati mereka . tidaklah bermakna anti perempuan ataupun syndrom takut perempuan .

mereka ini lelaki yang mudah jatuh hati . dan esok atau minggu hadapan , tiada lagi hati untuk perempuan itu . jijik , bukan ? namun , ada yang cakap , tidak salah jatuh hati . itu cuma perasaan suka-suka .

dengar . ini zaman baru yang teknologinya canggih . jangan berpura-pura dengan ayat basi begini . perasaan suka-suka ? syaitan itu usianya lama . pakejnya pengalaman yang berjuta . dan usia kita ini mentah dan muda . nafsu itu luas sehinggakan tiada tempat di langit dan di bumi dan jiwa manusia itulah tempat tinggal mereka yang utama . aneh , bukan ? nafsu itu hanya muat dalam jiwa manusia sedangkan langit dan bumi itu luasnya masih lagi tidak dapat diukur oleh manusia yang bijak sekalipun .

dan saya berkata-kata kepada diri saya sendiri , mengapa perlu mendedahkan diri dalam kalangan perempuan , cuba bercakap mata ke mata , berbual perkara-perkara yang tiada kepentingan khususnya perkara peribadi yang tidak mahu saya sebutkan .

banyak kali nasihat berputar dalam minda ; jangan jadi lelaki yang mudah memberi hati dan jangan jadi lelaki yang suka buatkan perempuan itu memberi hati . dan larangan ini dilanggar dan tidak dipatuhi jika lelaki itu tidak punya sifat pendiam dan sifat pemalu .

diam lelaki mampu mengawal mulut manisnya berbicara dan malu lelaki itu mampu mengekangnya daripada berbual perkara-perkara yang sia-sia .

tidak suka melihat mata mereka , mata itu ada aura yang menarik dan memujuk hati lelaki . oleh itu , tuhan mengajarkan kami menundukkan pandangan .




janganlah berkata yang kami tidak mahu memandang kalian . kalian memang cantik dan comel , sebab itulah tuhan memerintahkan kami memalingkan mata kami ke tanah . bimbang jika dipandang kali kedua , yang kali ketiga akan meyusul dan lebih lama . hati ini pula disulam dengan nafsu .

 kamu tidak akan tahu rasa memandang perempuan itu bagaimana , jika anda sendiri bukanlah seorang lelaki .

dan sombong dalam diri lelaki itu bukanlah mahu tiada langsung interaksi dengan kalian . sombong lelaki pendiam + pemalu + dingin itu mahu menjaga hati mereka yang rapuh .

bagi kami , hanya lelaki yang punya iman yang kuat sahaja mampu mendampingi kalian dan berbual-bual dengan kalian . memandang mata kalian , bergelak sakan dan rajin memberi senyuman kepada kalian . 


maaf , kami tidak sekuat itu .



Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."



oh , ada juga yang bertanyakan kepada saya tentang bila agaknya saya mahu berhentikan rasa malu + diam + dingin + garang ini .




saya cuma sombong aka pemalu,pendiam dan dingin kepada perempuan yang bukan mahram