09 March 2011

Al kisah menjadi orang dewasa....

hai salam kembali...
aku rase aku kene tulis style 'titik' gak r...
sebab rase janggal plak...ades
hari ni aku just nak share pendapat aku je.....

ok aku da nak mula ni.....

tak pernah aku bayangkan hidup dewasa kelak aku mencarut hal isu-isu semasa....
penat dan jemu mendengar orang dewasa bertempik gembira meluahkan perasaan maki-hamun di belakang orang lain......
telinga ya aku tanggung di sebelah kiri dan kanan tidak terdaya menapis segala lontaran kata-kata orang dewasa yg serba arif dalam arena perbahasan....

di kedai kopi....
citer kutuk pemimpin...

di kedai dobi....
citer hal-hal politik....

di majlis ilmu....
citer keburukan parti...

yang paling membara api kemarahan aku....
berbicara topik 'politik' di rumah sendiri....
alahai orang dewasa.....

aku da rasa muak dan jelik mendengar muntahan korang....
mengatakan pemimpin itu begini dan begitu.....
aku sedar juga perkara itu....ya aku tahu pemimpin itu salah begini dan begitu...

aku juga mengkaji apa yg kamu tuturkan....
aku search di internet bagi mendapatkan kebenaran yg pasti drpd mulut orang dewasa....
aku tahu serba sedikit selok belok pentadbiran negara.....
dan aku tahu betapa kotornya demokrasi negara kita......

segala maklumat yg kita terima di media massa banyak dimanipulasi.....
aku juga tahu itu.....
segala korupsi,pengkhianatan,tamak haloba......
aku juga baca itu.....

aku tahu perkara ini bukan perkara yg boleh dipermainkan....
mungkin sebahagian besar yg masih dibutakan......
bagi menutup penjelmaan revolusi rakyat.....
dan menjatuhkan perisai di mata masyarakat akan dosanya yg sedang bertebaran jatuh ke bumi....
aku juga sudah faham akan sifat keji itu.....

tapi....

adakah cukup berkata-kata di belakang sedangkan hati kecut apabila bersemuka dengan mereka.....

sudah tentu tanpa semangat yg betul kita tidak mampu membentuk revolusi....itu sudah pasti....

sudah tentu tanpa ilmu yg mencukupi tidak berhasilnya penentangan secara terbuka..itu juga sudah pasti....

sudah tentu tanpa kuasa majoriti masyarakat tidak cukup untuk menumbangkan mereka....itu sangatlah sudah pasti....


aku bosan dengan kejahatan mereka....
berperangai topeng setan yg dahagakan darah manusia mengheret ke neraka jahanam....
aku geram seperti orang dewasa namun aku tidak bisa merealisasikan rancangan pentadbiran baru....

aku akui aku lemah....

tanpa ilmu....

tanpa semangat....

tanpa kuasa majoriti....

aku hanya menunggu detik kemunculannya.....
membilang hari menanti khalifah terakhir....
yg bakal membersihkan modus operandi mereka....
yg membentangkan muka bumi dengan keadilan yg sedia ada.....
dan juga menutup mulut orang dewasa yg berbicara perkara-perkara sial......

aku benci mulut mereka....

tidakkah orang dewasa ini pernah terfikir akan keluarganya.....
berbicara meninggikan nada tidak kepuashatian 'politik' mereka di hadapan isteri mereka yg sedang penat menyusukan bayinya.....

tidak pernahkan orang dewasa ni merasakan dirinya mengabaikan tanggungjawabnya mendidik anak-anak mereka apabila masa yg panjang di rumah diluangkan masa dengan melayari internet melaksanakan forum 'politik'.....

tidakkah orang dewasa tidak mengetahui anak-anak kesepian ingin bermain dan dahagakan kata-kata pujian mereka......

tidakkan orang dewasa tahu yg anak-anak mereka berasa jelik dengan setiap nada tinggi yg dilancarkan mulut mereka tentang isu-isu semasa.....

adakah orang dewasa tidak pernah mengerti yg anak lelakinya menyisihkan dirinya di bilik kedap bunyinya semata-mata melarikan diri drpd maki hamun 'politik'.....

sedarlah orang dewasa....
kamu juga adalah pemimpin.....
ketua keluarga.....
kelak jika tanggungjawab mu menimbulkan keraguan....
akan dipersoalkan dan ditimbang.....
jangankan mereka yg sial itu dihumban ke neraka bersama kamu.....

ingatlah....

isteri yg penat melaksanakan tanggungjawabnya di rumah masih lagi mampu tersenyum mendengar segala celoteh amarah kamu.....

anak-anak yg masih tidak mengerti masih lagi sudi meminjamkan telinganya dan meminta pelukan kamu....

anak-anak yg matang masih lagi duduk semeja makan secara berjemaah....

ingatlah tanggungjawab kamu.....
janganlah pi dok lkayan isu-isu 'besar' ni di hadapan keluarga....
sedangkan tanggungjawab yg dilabelkan 'kecil' di jiwa orang dewasa tidak mampu digalas dengan sebaiknya.....



renungkanlah....

p/s:luahan hati....

4 comments:

amii afandi said...

aku setuju dengan kau.
inilah yang dinamakan orang pengecut yang hanya reti-reti cakap belakang namun tiada tindakan yang dilakukan.

alam dewasa ini penuh dengan benda-benda menakutkan. dan lebih pentingkan diri mereka sendiri.

kadangkala hanya disebabkan politik, anak-anak mereka ditarik dan pula dijalankan dakyah politikal mereka. dan seterusnya memberi kesan negatif terhadap pemikiran anak mereka mengenai pemimpin negara.

apakah mereka tidak sedar yang semua ini boleh melemahkan semangat anak-anak remaja yang pada hari ini langsung kadangkala tidak berminat untuk bercakap mengenai politik? mala ada yang langsung mengambil tahu langsung tentang negara mereka?

L.I said...

yup...sgt betul...
aku setuju bangat ngan hang...

Zalikha said...

Kite harap anak kite terima dakyah nishi.Ahahahahaha~jgn sampai buat revolusi kat umah .. =_=hahaha

AhmaD MuizZ said...

ak harap sgt kte bole buat revolusi bdasarkn ilmu n pengalaman yg kte curi drpd org2 dewasa ni...jangan kita sama yg lebat mcm diorg jugak udah la ye...kte pn harus mengorak langkah utk mencari n menegakkan khalifah 2...

intansurullaha yansurukum...(Surah Muhammad)