22 July 2011

Cita - cita melakar tiga ruang ....

AMARAN : POST KALI INI AGAK PANJANG , SILA BASUH MUKA ANDA DAN KAWAL PUSAT PERNAFASAN ANDA DARIPADA BERTINDAK DILUAR KAWALAN ~





salam ziarah...


pernah dulu aku teringat akan kisah silam aku tentang impian masa hadapan ; apa pekerjaan yang perlu aku sarungkan untuk menempah periuk nasi pada masa yang akan datang . lazimnya , kita didedahkan perkataan 'cita-cita' oleh ibu dan ayah masing-masing . mereka yang mula tidak keruan apabila melihat ketumbuhan anak-anak mereka meningkat dalam keadaan sepantas lokomotif 365 hari per setahun . mereka mula runsing akan tabiat kita ketika berumur 2 atau 3 tahun dikala kita tidak lagi mengigit mainan mahupun melempiaskan air liur di bahu ibu ayah .


mereka mula memutarkan enjin otak tanpa bantuan sebarang prinsip mekanikal , mereka fikir dan terus fikir ; bagaimana mahu menghasilkan acuan yang terbaik dan memandu hidup kita ke arah jalan yang lebih benar ...

ketika usia ku lima tahun atau enam tahun , ibu dan ayahku meminta aku menjadi seorang doktor . oleh kerna aku masih kecil lagi , aku hanya mengajukan pertanyaan ; apakah doktor itu ?

' doktor itu satu pekerjaaan yang baik , pekerjaan yang menguntungkan dan hasilnya berlipat kali ganda daripada hasil pekerjaan ayah , nanti hidup lebih mudah jika banyak hasilnya , '

mungkin disebabkan ayat itu , aku telah menyalahtafsirkan mesej yang ada dalam penjelasan tersebut . duit adalah material yang menguasai segala carta hidup . mungkin juga di kala zaman kanak-kanak dahulu , ada seorang perempuan yang sebaya dengan ku memberi gelaran yang jelik ; buruk siku ...( orang yang gemar meminta kembali pemberiaan dia kepada orang lain )

sehinggalah aku masih bernafas ke saat ini , siku ku masih buruk . mungkin sumpahan si anak perempuan itu masih lagi melekat di kedua-dua belah siku aku . aku masih tenang . bukan bakal mertua tengok pun kebaikan kepala lelaki itu terletak pada sikunya . sungguh mengarut jika ada adat yang diamalkan begitu...

apabila aku sudah mencorak warna langkah ku ke sekolah rendah , guru kelas aku ketika darjah satu memberikan sehelai kertas yang terpapar besar perkataan 'CITA-CITA KU' ...oleh kerna aku cukup hairan ketika di saat riuh rendah bunyi gamitan muzik sedih dan babak menangis pelajar tahun satu yang masih lagi belum biasa dengan suasana baru , guru kelas itu tetap tenang memberikan sehelai kertas keramat tersebut ...

berbekalkan pengetahuan makna disebalik perkataan 'cita-cita' itu , aku dengan yakin menulis perkataan 'doktor' dengan gaya tulisan cakar ayam ketika itu . aku masih ingat lagi tulisan itu , seperti baru semalam aku praktikkannya~

tanpa aku sedari , ada lagi dua buah tempat kosong yang masih lagi dibekalkan dalam sehelai kertas itu . aku syak guru kelas ku sedang menguji pengetahuan ku ; sudah jelas ada dua tempat kosong maka dia mahukan lebih daripada satu , dia seorang yang tamak ~ ( maafkan aku guru ku =_=" )

dengan akal yang seberat bakul yang berisi sebiji epal merah , mesin faks otak aku tersangkut dalam tahap kronik . aku betul-betul tidak tahu apa lagi yang perlu aku isi kan untuk memenuhi nafsu tamak guru kelas ku . sambil aku meletakkan pensil kayu di celah telinga kanan ku , aku melihat budak-budak yang sudah tenang mendapatkan pujukan ibubapanya . ada guru lain juga cuba sedaya upaya meletakkan batu berat di bahu mereka .

pemerhatian aku yang agak lama itu telah berjaya menafsirkan yang guru merupakan adalah 'cita-cita' . tapi aku masih lagi was-was untuk menulisnya atau tidak kerna berdasarkan pemerhatian aku tadi , guru bukanlah satu pekerjaan yang menguntungkan dan membawa kepada bala' apabila aku ternampak seorang budak menendang-nendang kaki seorang guru .

terus aku bermain-main dengan pemandangan abstrak ku . aku keluar sebentar menghirup angin segar sambil berhajat membersihkan loji semulajadi . mata ku melirik ke langit sambil sebuah pesawat terbang menconteng pemandangan awan yang berarak-arak tenang . aku terfikir . mungkin ada seseorang di dalamnya yang mengawal kelajuan pesawat itu terbang meluncur laju melakar langit . tapi aku tidak tahu apa 'cita-cita' itu....lantas dengan sepantas kilat aku pulang ke kelas meletakkan 'pemandu kapal terbang' di ruang kosong yang kedua . aku khuatir ; adakah itu cita-cita yang sinonim dengan penjelasan ayah aku ketika 5 tahun .

mungkin aku mengambil keputusan drastik itu disebabkan 'pemandu' selalunya mengaut hasil yang banyak , aku lihat pemandu bas sangat lah kaya apabila aku melihat dia mengambil duit setiap penumpang pada setiap hari. jika secara logik dalam minda aku , pemandu kapal terbang juga mesti berbuat demekian malah semakin besar sesuatu kenderaan itu , semakin besar 'hasil' itu dan mudah hidup akan datang ...

 maka kotak kedua telah siap diijabkabulkan . tinggal lah kotak ketiga yang kesepian menanti coretan arang pena ku yang seterusnya . aku masih lagi dalam kondidsi yang sama sebelumnya ; otakku disangkut oleh akar-akar situasi dalam kelas . aku masih lagi mencabar sel-sel neuron aku untuk meletupkan satu nyalaan idea . sekali lagi aku praktikkaa teknik terdahulu iaitu pemerhatiaan . aku meletakkan kedua-dua belah biji mata ku memaksikan setiap penjuru luar tingkap mengintai-ngintai mencari contengan alam semulajadi .

aku berjaya menangkap satu lagi 'cita-cita' yang aku fikir itu adalah calon yang layak untuk diletakkan dalam ruang yang ketiga . tenang aku lihat air muka si pekerja itu melaksanakan tugasnya . dia membuka peti di tepi motosikalnya lalu mengeluarkan beberapa pucuk surat dan memasukkan di peti surat sekolah yang berwarna merah . aku kagum sekali lagi melihat dia sedang menulis laju atas kertas yang berdakwat hitam tanpa menghiraukan sinaran cahaya yang meratah kolagen mukanya . air mukanya tetap tenang . dia menghidupkan enjin motosikalnya perlahan sambil membetulkan helmetnya yang longgar . sempat dia melambai-lambaikan ke arah senior-senior aku .

dia tersenyum sambil mengusap peluhnya bercucuran di dahi . suatu fenomena yang menenangkan aku kira yang telah berjaya dicipta oleh si penghantar surat . ntah kenapa mungkin disebabkan fenomena itu telah berjaya merasuk tangan kanan ku untuk menulis 'posmen' sebagai 'pekerjaan yang menguntungkan dan menyenangkan hidup masa akan datang'



mungkin tuhan sedang menguji aku dengan mengerahkan tangan ku menyangkal pernyataan orang dewasa . setiap pekerjaan yang menguntungkan dan menyenangkan masa akan datang ialah hasil daripada sumber yang halal dan telah disyariatkan oleh undang-undang yang maha kuasa . manusia yang wajahnya tenang berjaya mengambil peluang pekerjaan halal itu sebagai sumber kesenangan lagi menguntungkan di masa hadapan .

cita-cita yang 'menguntungkan' bukanlah satu pelekat yang perlu kita lekatkan di jasad kita tetapi cita-cita yang membawa kesenangan hidup di dunia dan akhirat yang kita perlu terokai dan manfaatkan bersama .

p/s : tak ku sangka aku memilih posmen masa darjah satu....

2 comments:

amii afandi said...

hahahaha. lawak la. lagi-lagi ayat ni :

sehinggalah aku masih bernafas ke saat ini, siku ku masih buruk. mungkin sumpahan si anak perempuan itu masih lagi melekat di kedua-dua belah siku aku.

hahahahaa. mentang-mentang baca buku bahruddin bekri, ayat pun lebih kurang je.

sebenarnya tak kisahlah apa sekalipun cita-cita kita, asalkan kita masih menjadi orang kerana ramai sekarang yang tak ramai yang bercita-cita nak menjadi orang.

L.I said...

errr.....sama ke?? =_=" selalu sgt baca buku dia r ni....haishhh....betul3 aku setuju sangat.....ramai manusia lebih suka menjadi haiwan tanpa mereka sedar....mohon aku tidak begitu...insyaALLAH