salam ziarah...
kembali lagi menyelak halaman kosong yang seterusnya , mungkin ntah berapa kali aku bertinta , aku lupa hendak letak halaman muka surat . tidak mengapalah . cukup untuk aku tahu yang halaman-halaman lepas akan memperbaiki teknik menulis dengan lebih baik pada masa akan datang .
coretan kali ini berkisarkan diri aku yang sudah pun berwatak mata empat di dimensi realiti . ya , aku nampak sungguh janggal membetulkan kaca mata . sememangnya aku kurang gemar menambah koleksi mata yang sempurna sedia ada yang telah diciptakan tuhan .
mungkin aku dulu pernah terpengaruh dengan cerita kartun yang berkaca mata yang tampak hebat di mata kanak-kanak . lantas , aku pohon kepada tuhan supaya mengurangkan kuasa penglihatan...
mungkin juga aku kerap kali gemar bermain watak ayah dalam permainan masak-masak bersama sepupu aku . menjadi si ayah yang bermata empat kerna tampak lebih bertanggungjawab dan tegas di mata ku . lantas , aku pohon kepada tuhan goncangkan angin menutup separuh penglihatan mata ku terhadap pemandangan dunia .
oh tuhan , sejak kecil lagi kamu sudah mengabulkan permintaan ku . sungguh manja sekali hamba mu ini . mudah sungguh Engkau menjadikan awanku mejadi titisan air deras turun ke bumi .
kini , aku manusia bermata empat . aku seperti manusia biasa . duduk .berjalan . makan . minum.
aku menanggalkannya . meletakkan perlahan di atas meja pertarungan tangan . sungguh aku hairan dengan permintaan si kecil aku yang memohon kelemahan kepada diri sendiri .
mungkin aku perlu membina mesin masa . mengabdikan diri dengan mesin mekanikal dan konsep fizik alam . melawan arus zaman mencari dan mengembara ke belakang sudut masa . menebuk lubang hitam mengejar diriku yang kecil yang sedang bermain masak-masak dan menonton televisyen .
memesan dengan hati yang baik .
' hai adik comel , boleh tak doakan abang ada dua mata sahaja . kasihanilah abang yang bermata empat ini , maaf ya sebab mengganggu masa pantas adik , mohonlah kepada tuhan ya selepas solat , lagi satu jangan solat macam ayam patuk cacing ya .'
aku puas . lega dan terus lega meninggalkan diri kecil di dimensi masa yang berbeza . mesin masa aku rosak dilanggar tembok masa yang bergerak bertentangan arus . tetapi aku masih lega kerna aku selesai berhajatkan sesuatu yang berhikmah kepada diriku .
namun , ternyata hasil usaha aku hanya meleset . aku masih lagi bermata empat . aku diam dan membisu . mencari formula pengiraan pembetulan yang mengheret aku kepada lebih seribu persoalan . ini bukan seperti yang aku jangkakan . aku mungkin salah merancang tetapi aku sudahpun sebatikan rambutku dengan ilmu fizik . tuhan adalah sebaik-baik penentu kehidupan .
aku tetap malas menyarungkan mata tambahan . biarlah aku menjadi separuh buta di alam realiti ini . asalkan aku lebih selesa bergerak dengan wajah hanya sedap mata memandang di arena warna-warni ini .
namun , alam yang aku sangkakan warna-warni itu , kurang nikmat kadar pencahayaannya . seolah-olah aku berasa kosong sebentar . aku sarungkan kembali mata tambahan itu .
aku melihat aroma hitam kekuningan dan keunguan yang menyerang tengkuk ku . cahaya warna hodoh itu berbau busuk seperti najis . cuba menikam hati aku . menggoda meluruhkan hati jatuh bergelimpangan di dataran hina . mencemarkan kolam hatiku dengan agen medium najisnya . kolam hati menjadi sedikit berbau dan kurang seni warna gemilangnya .
aku rimas dan sedikit takut . aku cabut kembali mata tambahan itu . pemandangan ku mula hilang samar-samar . menjadi mata berkuasa cacat . kurang kadar pencahayaannya . aku ditelenggami warna kelabu yang menyepikan pemandangan .
aku hairan . kolam hati yang membusuk seakan-akan menjadi neutral dengan bau molekul air hujan . warna yang tercemar menjadi sedikit jernih . aku kagum dengan proses pembaikan pulih kolam hati . cahaya hodoh itu hilang ditikam perlahan-lahan pergi . semangat cahaya kelabu yang samar-samar membunuhnya .
mata aku yang cacat telah membunuh dosa yang menyesatkan hati . atas sebab munasabah apa yang buatkan kolam hati bertakung jernih dengan cahaya hijau kebiruannya ?
pemandangan yang sempurna telah menghantar ku mendekati lautan api yang bergelora . aku melihat setiap inci tubuh yang bukan muhrim ku . mendedahkan warna sulit yang haram disentuh kornea mata .
seolah-olah , mata ku menjerit dan mogok . menurunkan kuasa penglihatan kepada separuh . mujurlah tidak turun kepada kosong . aku tenang dan sedikit ceria .
aku bersyukur kepada si kecil ku di dimensi masa yang lain kerna tidak memahami permintaan ku ketika aku mengembara di medan masa . mungkin masa itu dia sedang leka menelaah hiburan .
setinggi-tinggi penghargaan kepada tuhan , kerna telah menentukan aku mempunyai sepasang mata yang mogok dan suka merajuk di kala melihat pemandangan warna yang hodoh .
' sungguhpun manusia sukakan sesuatu tetapi sesuatu itu lah yang mendatangkan keburukan kepadanya , sungguhpun manusia benci akan sesuatu tetapi itu lah yang mendatangkan kesenangan kepada mereka , tuhan lebih mengetahui daripada apa yang engkau ketahui '
alhamdulillah sekali lagi pada hari ini ,semalam,esok dan selamanya ....
*khas untuk mereka yang bermata empat yang aku sayang
17 comments:
syafiq... terharu.... (T___T) siap letak gambar jae hee lg...
hehe.....aku harap jae hee itu abang aku~
takkan cukup 5 minit nak baca ayat2 budak sastera ni, haish.
dengan tahap intelektual yang tak seberapa ni,
memang menduga kefahaman.
hahah. mata empat~
sampai sekarang aku berangan-angan untuk bermata empat. tapi alhamdullillah, mata aku masih elok dan masih boleh melihat betapa terang benderangnya warna dunia ini tanpa sebarang mesin bantuan.:)
sarah : hahaha....err err sila tambahkan tempoh masa anda untuk fahamkan...
amii : untung laa ada dua mata je~
empat mata pon oke.. maseh ada mata jugak kan.. :)
siti: heee~ alhamdulillah
nk paham memerlukan kkuatan kesusasteraan yg amat tinggi....
p/s: saya termasuk ke dlm ayt khir tue..........hahaha
hahaha....tak susah pun nak faham kalo baca time hujan2...heee
urat2 minda mula meregang saat tiba ketika dugunakan untuk memahami bait tulisan sahabat yang gila sastera........
hahahaha....maafkan daku wahai sahabat yang baik~
sasterawan :0 pasal mata pun boleh post entri panjang berjela mcm ni xD
hahaha....ada plak sasterawan~ isk3
MANA BUTANG LIKE?
okay, post yang ni memang TERBAIK!! sgt suka membacanya. keep up the imagination bro!
saya juga berharap hanya ada mata dua je... kaca mata menyakitkan.
perghh zalikha pon dah ckp aku bro...hahahaha =_=" anyway terima kasih ye...
Post a Comment