13 August 2011

Teori magis hangat...


salam ziarah kembali...


sebenarnya sudah lama aku ingin menulis perkara yang bakal aku tuliskan di sini semenjak menjejakkan kaki ke menara gading . mungkin sebab otak yang sentiasa lupa dan peti idea yang selalu berehat .

sebagai anak lelaki yang taat , aku tak pernah meminta perkara yang dilarang oleh ibu bapa aku . aku cuma melayan kehendak mereka walaupun adakalanya aku mengikuti nasihat mereka dengan perasaan yang rugi di hati . sebagai contohnya , aku berkehendakkan keluar sebentar bersama kawan , mengembara beberapa keping paksi dunia . namun , permintaan aku ditolak mentah-mentah oleh ibu bapa aku .

aku menurut tanpa soal . dalam benak hati berbisik , ' aku ialah lelaki yang membesar . mengapa aku tidak berpeluang keluar ? lain lah jika aku ialah perempuan yang tiada ilmu tae kwan do mahupun silat cekak .... '

itulah perasaan rugi yang aku gambarkan . tetapi disini aku tidak mahu tegaskan yang isu soal keluar rumah , aku mahu tulis berkenaan sebuah telefon bimbit .

ya , ketika aku tingkatan satu , sudah bermula era teknologi berkembang pesat dalam otak manusia . masing-masing dilengkapi kemudahan ini di tangan kawan-kawan yang aku sayang . aku pula hanya si kosong yang memerhati . masih lagi aku ingat ayat aku ditolak oleh ayah aku .

' buat apa ada telefon bimbit , bukankah itu memberi gangguan dalam pelajaran . sudah besar nanti baru boleh ada, '

ibuku hanya membisu dan menyokong pernyataan ayahku melalui bahasa tubuh .

zaman mula melangkah sehinggalah aku tamatnya graduasi pelajar sekolah menengah dengan keputusan yang aku kira cukup menenangkan hati mereka . namun , aku masih lagi pendamkan permintaan itu jauh ke dalam lubuk hati .

walaupun aku cukup cemburu melihat adegan kawan-kawan yang aku sayang duduk membongkokkan kepalanya 90 darjah ke bawah dan tersengih-sengih mulut lanun menatap skrin kecil . aku tak cemburu cuma mahu permintaan aku diluluskan .

 ' aku sudah matang mengapa aku masih lagi tidak diaplikasikan dengan teknologi serba canggih ini?' bisik hatiku...

persoalan ku seperti tertimbul ke udara jelas dengan dakwat hitam sehinggakan ibu ku mampu menjawab , ' ayah engkau risau kalau nanti ada telefon , engkau akan membazir bergayut dengan si dia ...'

oh tuhan , magis apakah yang Engkau berikan kepada ibuku ini? sehinggakan mampu menangkap ayat muka aku yang sederhana comelnya . ketika itu aku persoalkan , ada benar juga jika aku ada telefon bimbit , kemungkinan dari dasar matematiknya , aku akan terjerumus dengan arena pembaziran masa bersama si dia ...

tetapi dari dasar kehidupan aku , mana mungkin aku bisa menyayangi si dia dari segi zahirnya kerna aku bukannya lelaki yang berterus terang . aku hanya insan segan hidup di dimensi lain . mungkin manusia normal akan rasa kesejukan ngeri sebaik menjejakkan kaki ke dimensi itu.


tanggal tamat akhirnya sebagai bujang tanpa telefon bimbit ketika di universiti, aku telah dikahwinkan dengan aplikasi canggih ini . aku rasa hairan . mungkin juga aku tidak berasa hairan ketika itu sebabnya aku sudah imun dengan suasana kepala yang bersatelit .

aku ambil dan belek . letak atas meja . permintaan istimewa itu seperti kosong dan mungkin juga seperti sampah . aku gunakan sebaik mungkin dengan berpandukan manual ibuku .

satu perkara yang ingin aku cetuskan , bukanlah menceritakan sejarah aku bagaimana aku mendapat telefon bimbit . aku cuma ingin berkongsi kehangatan sebentar .

walaupun aku rasa bila nak menulis ini , rasa macam ada satu perasaan yang 'menggelikan' macam identiti aku dah berubah menjadi jantina yang lagi satu pula . oh tuhan , mengapa hormon estrogen aku naik dengan mencanak lajunya ?  =_="

buat pertama kalinya aku menggunakan telefon bimbit . orang pertama yang memberi panggilan kepadaku ialah ibuku yakni ummi .

aku rasa segan . kenapa aku segan pun aku tak tahu . mungkin juga selama ini aku duduk di asrama di sekolah menengah dulu , aku yang menekan punat telefon awam , memanggil ibuku mendengar frekuensi suara lunakku ini . tetapi kini ibuku berpeluang berhubung daripada jarak jauh dengan hanya memantulkan frekuensi ke arah puncak alam .

kini aku seperti terawan-awangan apabila ibuku melontarkan kata-kata hikmahnya kepada ku. anak seperti aku ini dibelai kehangatan ibu di dimensi hangat . mendengar garisan frekuensi ibu cukup menenangkan sehinggakan gelombang hati sejajar dengan gelombang akal .

aku semakin hilang gusar di hati . mungkin kerna ada magis yang tersimpan dalam lantunan molekul suara para ibu di dunia ini .

magis yang mampu mengaktifkan molekul bunyi berlanggar antara satu sama lain dan mencipta garisan laluan kepada molekul kasih sayang . molekul kasih sayang itu bergeser bersama molekul bunyi dan disatukan menjadi satu molekul yang lebih ampuh . reaksi ini ditambah dengan kuasa haba yang menyenangkan dilepaskan dan dimasukkan dalam neutron molekul ini . kehangatan molekul itu akan dipindahkan melalui saluran jiwa dan dicurahkan ke kolam hati .

mungkin orang sains akan marah aku tetapi mungkin anak kepada seorang ibu tidak akan memarahi aku kerna tanpa mereka , kita tidak akan kenal erti magis yang dicipta oleh tuhan di dunia ini .









8 comments:

Anonymous said...

suka entri ni. tersirat sungguh! :)

p/s : pandai mengarang ye. XD

L.I said...

terima kasih cik~ mungkin ini anugerah tuhan...alhamdulillah

Cik Kasut said...

mmmmm kena baca dengan penuh penelitian klu x memang tak kan paham....tp selamat paham jugak :)

L.I said...

hehehe....terima kasih sebab paham~

Myra Abdullah said...

yup! magis from ALLAH SWT..
tidak terungkai..

L.I said...

itulah kehebatanNya...subhanallah

Djuita said...

ilmiah, sastera, berkasihsayang, semua cukup. all in one :D

L.I said...

terima kasih~