agak janggal . aneh . hampir lima minit aku memutarkan akal mencari kata yang sesuai untuk memberi deskripsi tentang ketiadaan pena aku bertapak di sini . cukuplah dengan alasan yang aku telah dijerut dengan encik masa yang kejam . oh , entah kenapa selepas habis peperiksaan akhir semestar pertama , aku dapat rasakan kaki aku semakin panjang . err mungkin encik migrain sedang mencipta ilusi mata . T_T ~migrain~
aku pulang ke rumah . bersama encik migrain =_=" . tidur sehingga lebih kurang 9 jam untuk membiarkan perasaan sakit itu terbang melayang keluar ditiup angin kipas bilik . ternyata memberi sedikit keselesaan yang baik untuk aku kerjakan tanggungjawab orang yang lemah .
oh , sejak akhir-akhir ini aku diserang dengan demam novel . aku pun tak pasti bagaimana angin bisa meniupkan virus cinta novel menendang kepala ku , jatuh tersungkur , tercium dengan kulit buku hlovate . ok agak melampau penggunaan bahasa di atas .
lima tahun lima bulan , erkk . jangan sekali fikir aku lelaki jenis itu . memang aku tak sangka akan beli karya hlovate . apa pun , karyanya sangat ringan dan mudah difahami walaupun ada istilah-istilah sainstifik yang perlu fahami . penulisannya banyak digarap dengan permasalahan semasa yang berjaya disampai dengan baik . aku kagum .
dan seterusnya , aku berjaya membeli karya bahruddin bekri 'dunia ini sederhana kecil ' dan 'lelaki berkasut merah ' . walaupun aku dah rasa pernah baca dua buku ini , ermm mungkin deja vu . ianya seperti pernah bersua tetapi kurang pasti kehadirannya di medan masa . yang paling penting pelaburan aku tidak akan memberi erti sia-sia dalam mendalami ilmu penulisan .
p/s : aku tak larat nak tulis panjang-panjang . encik migrain sedang menguasai ibu pejabat encik penyayang . sila beri tips untuk menghalang kesakitan ini daripada berleluasa . =_="
6 comments:
salam,
sorry for interrupting.
:)
cuma seronok bila nampak word hlovate kt situ, try lah baca versus plak, seronok gile, hehe
aku pun baru khatam buku lima tahun lima bulan tu ==''mula-mula dia best. tapi tgh-tgh dia agak bosan. pengakhirannya memang dah dapat agak dah~
masuk sini dah terjebak dengan hlovate. tapi aku tetap memilih baharuddin bekrilah. hehe.
bacalah tunas dengan aa+bb. best.:)
err. macam pengkritik novel la pulak aku ni.
oh ya. makanlah paracetemol wahai encik.
kam 4 short : pertama sekali nama hang sangat pelik~ tapi aku akan usahakan utk cari novel tu~
amii : tunas n aa+bb tu aku da senaraikan sebagai sasaran utama....letih betul meneroka kedai buku ni....apapon aku takkan makan paracatemol....muktamad =_="
=____________=''
bunyik macam kau takut kepada si kecil paracetemol.
kau takut nak makan ubat ke?
erk mana ada la...aku suka3 =_="
Post a Comment