senyum dan diam ialah sesuatu yang memberi maksud berbeza .
senyum ialah perbuatan yang zahir dapat dilihat oleh mata kasar . walaupun senyum dalam keadaan tanpa suara , ia tetap mampu memberi gambaran yang bahawa seseorang yang memberi senyuman itu sedang menikmati kebaikan . mungkin juga senyum yang sedang dirasuk dengan kejahatan .
manakala , diam pula ialah perbuatan zahir yang juga dapat dilihat oleh mata kasar tetapi sukar untuk diterjemahkan dalam gambaran bahawa apa yang sedang bermain dalam minda seseorang yang tidak berkata-kata . bukan bisu , cuma bibir tidak bergerak-gerak untuk melantunkan suara .
diam mampu menjauhkan diri daripada masyarakat yakni halimunan di tengah hiruk pikuk manusia . itu menjadikan lelaki diam itu tidak terkenal di kalangan manusia lain yang selalu bercakap .
si introvert selalu diam , kata si saintis untuk mengecas kembali tenaga mereka untuk digunakan dalam aktiviti harian mereka . diam juga ada iras-iras malu . apabila lihat seorang lelaki yang diam , masyarakat akan beri tanggapan yang lelaki itu seorang pemalu . itu diskriminasi .
jangan jadi hakim yang memberi hujah-hujah tentang diri sendiri kerna manusia tidak diciptakan serupa perangainya . jangan selalu membuat perbandingan dengan orang lain , kerna manusia diam itu juga ada perasaan .
diam juga umpama refleks orang yang sedang berfikir . orang diam bukan sengaja mahu bisu , cuma takut mengguris hati manusia yang suka berkata-kata .
hairannya , orang diam suka memberi senyuman . kadang-kadang , senyuman itu hanya zahir di hatinya . dan selalu di bibirnya , mungkin itu cukup bagus bagi mereka untuk berkomunikasi dengan manusia yang suka bercakap sebagai lambang yang manusia diam itu sedang menikmati dunia kebaikan yang dicipta tuhan .
7 comments:
terasa aku,,huhu..maaf..
semoga kita sentiasa bersangka baik dengan manusia lain...
tak boleh ke cakap orang pemalu? :O
bukan tak boleh la bro...kene r siasat dulu orang tu macam mne...hee
Setiap manusia tu dicipta ada kekurangan dan kelebihan.kadang2 diam tu lebih tenang, tak ke gitu?huhu
ya , itu tidak dapat dinafikan sama sekali.....tetapi jangan terlalu diam plak , nanti susah nak menyampaikan kebenaran
Hampir seiras kita nampaknya.... :)
Post a Comment