03 March 2012

Nota kecil : yang manis itu akan hilang

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

yang manis itu akan hilang jika ditatap terlalu lama . rasa manis itu perlahan , tinggalkan mata ini untuk beri tatapan lagi . manis itu sudah tiada lagi manis , rasa itu semakin tawar , tiada rasa dan tiada peduli untuk engkau beri tatap lagi kepada manis yang sudah tawar .

apabila manis yang kedua hadir sekali lagi , engkau beri tatapan yang sama seperti manis yang pertama . rasa manisnya berbeza , tapi ia juga tetap manis rasanya . tatapan lama juga diberi . rantaian beroperasi sama seperti memberi tatapan manis yang pertama . manis kedua juga kemudiannya tiada rasa , sudah tawar .

begitulah operasi seterusnya . tika engkau sedang perapkan pandangan terlalu lama , manis itu akan hilang . rasa tawar yang menempel dalam hati . manis itu sudah tiada rasa , cuma memori sahaja yang mengaktifkan rasa manis itu dalam hati , bukan jasmani .

tulisan ini hadir daripada hati yang sudah tawar , terlalu lama menatap manis yang sudah hilang rasa . dengan layar putih ini dengan tinta hitam , aku rasa yang manis itu disemadikan sebagai memori . untuk aku buaikan ingatan ini yang manis itu sudah tiada rasa .

yang pergi akan tetap pergi . yang manis itu akan hilang . dan masa itu sentiasa cemburu . nota kecil ini untuk buat aku sendiri faham yang alergi dunia sudahpun sebati dalam jasad ini . jangan fahamkan , memang anda takkan faham . =_="

p/s: introduksi bagi bahagian 'nota kecil' , yang manis itu akan hilang , tetapi pencipta rasa manis itu akan sentiasa hakiki

13 comments:

amii afandi said...

serius baca sekali lalu tak paham ==''

L.I said...

memang sengaja x nak bagi orang faham kali ini , biarlah saya empunya tulisan sahaja yang faham...>_<

Pena Oasis said...

memang sukar untuk memahami ape yg cube disampaikan.tapi faham ape yang penulis sedang rasai...

Iridescent Aisyah said...

sy mungkin faham sedikit..

L.I said...

pena : woh , macam ko boleh rasa apa yang aku rasa? aneh =_="

L.I said...

aisyah : jangan faham banyak , nanti aneh pula =_="

Unknown said...

haha.syafiq,perkenalan & perpisahan tu pwerkara biasa kn.?

L.I said...

biasa? ermm mungkin~

ayiel said...

pening baca
tersirat tersurat

L.I said...

err x payah faham lah , ni time tengah pening2 tulis post ni...

Anonymous said...

setiap bende yg manis itu akan membuatkan kite tersenyum selalu..rasa manis itu tetap ada...walaupun manis itu semakin tawar

eyjalukman said...

manis tak sentiasa berpanjangan :)

L.I said...

manis itu ada hadnya~