14 April 2012

Manisnya gula-gula

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani


tika usia itu kecil , saya suka makan gula-gula . perisa strawberi , anggur , oren , tembikai susu dan epal . saya suka sangat . sehinggakan ia membawa kepada ketagihan . dan ketagihan itulah yang menemukan saya dengan seorang doktor gigi . bau getah sarung tangannya memualkan , peralatan besinya yang tajam mengerikan dan wajahnya yang bukan penyayang menjelikkan . ( err maaf puan doktor , saya alergi dengan nama orang yang berdoktor =_=" )


saya menangis . tangisan anak kecil yang comel yang hilang gigi rosaknya . dan saat gigi hitam itu ditanggalkan , saya mengenal gula-gula itu bukan penawar yang menyembuh selera tetapi memecahkan tangis di ruang doktor gigi yang sabar . ehem , budak-budak apalah sangat .





namun , yang memberhentikan tangis anak kecil itu ialah sebatang gula-gula lolipop di kedai berdekatan dengan klinik gigi . sakit yang tadi , terhapus rasa derita . sakitnya menanggung gigi yang hilang dapat disembuh dengan punca yang menyebabkan gigi geraham itu hilang . iaitu gula-gula juga .


gula-gula cinta .


apabila dirasa dan dihisap tekstur warna-warninya , ia semakin padu bergabung dengan rembesan kelenjar air liur . deria rasa itu rajin mentafsir tanpa dipinta . gabungan padu itu bersemi menyebarkan bahagia dalam akal . manis itu menyerap dalam hati . manisnya hingga mahu melompat ke langit .


begitulah kita , manusia yang diciptakan oleh tuhan yang maha agung . rasa manis yang bagaimana ada pada kita . rasa manis cinta yang bagaimana kita pupuk sejak daripada kecil . dan rasa yang manis bagaimana kita mampu beri cinta kepada bakal zauj atau zaujah .





cinta itu ibarat gula-gula yang manis . namun , berapa lamakah gula-gula itu mampu bertahan daripada mengecil dan hilang rasanya apabila dirasa dengan lidah ? gula-gula itu usianya singkat . mungkin sahaja beberapa minit , atau mungkin beberapa hari . kita tidak tahu . ataupun mungkin sahaja hanya beberapa saat kerna itupun gula-gula itu bukan dirasa tetapi dikunyah tanpa rasa dengan gigi .


gula-gula yang panjang usianya , dirasa dengan kasih sayang . lihatlah manusia yang suka makan gula-gula yang bukan sekadar mahu kenyang , dia merasa gula-gula itu perlahan dengan lidahnya . menghayati segala rasa yang ada pada warna-warni padu gula-gula . warna manis itu padu sehingga tekak pun cair merasa betapa jitunya frasa indah akal .


begitulah , manusia yang bersabar melihat cintanya . apabila tiba saat jatuh cinta itu hadir , dia tidak rakus mengulum manisnya gula-gula sehingga ia menjadi kecil , tiada rasa dan kemudiannya pecah berderai masuk ke perut . dia akan mempersiapkan dirinya dengan ilmu fardhu ain dan ilmu lain yang bisa mentadbir sebuah keluarga ke jannahNya . persediaan yang membawanya ke ruang hakiki yang maha tinggi .





persiapan menjadi imam begitu penting sebelum membuka bungkusan gula-gula yang cantik . bungkusan gula-gula itu tiada mahu disentuh dan tiada mahu dilihat kerna tahu yang usaha itu belum lagi sampai ke tahapnya . satu tahap di mana jiwanya mampu membeli bukan sekadar bungkusan sahaja tetapi isi rasa manis gula-gula itu .


jangan merasa manisnya itu terlalu awal , kerna manisnya gula-gula itu akan hilang deras bersama pasir air liur . rasailah manisnya gula-gula itu apabila sudah bersedia . bersedia dengan tanggungjawab , bermula daripada hati , berniat mahu membentuk sebuah keluarga yang hakiki ke taman tuhanmu yang esa .


isikan rasa manis cintamu dengan isi kandungan yang tahan lama manisnya , isi kandungan yang berupa ilmu tuhanmu yang dihantar oleh rasulmu , supaya yang merasa akan menikmatinya hingga ke akhirnya , hingga ke penamat usia dan hingga ke jannahNya .





tanyakanlah kepada diri sendiri , adakah kamu sudah pun menyiapkan cintamu dengan inti yang manis kekal ke syurgaNya ? formula inti yang manis itu sudah jelas dalam kalamNya . lihatlah , dan amalkannya .

pupuklah manis gula-gulamu untuk seribu tahun . hiperbolanya . usia manusia hanya puluhan kini . jadikan cintamu manis dirasa bersama selamanya . manis sehingga diangkat ke langit . manis melihat wajah tuhan yang tersenyum manis . bermain buaian di bawah sungai hakiki yang manis . itulah teori gula-gula manis yang usianya panjang selalu . manis hingga ke sana . insyaAllah .



p/s : jangan makan banyak sangat , nanti gigi rosak pula ^_^ .









9 comments:

amii afandi said...

err, kalau dapat gula2, aku terus makan dengan cepat. kalau boleh gigit sampai hancur. tak sampai berberapa saat dah habis. ==''

tetiba rasa macam gelojoh.

anyway, setuju dengan teori kau.

L.I said...

hisap sampai jadi kecil , baru rasa masyuk manisnya....hoho

Zubaidah said...

kdg2 benda yg manis boleh rosakkan hidup kita jugak kan? yer la, cm gula2 gak, byk sgt nanti rosak gigi, sbb tu lah dlm idup nie, kalau byk sgt yg manis, binasa diri sndri, kan? skdr pndgn aku je la

L.I said...

hehe....betul2 , yang kita fokuskan bukan manis yang membawa rosaknya gigi itu tetapi kita ingin memburu rasa manis yang hakiki , halawatul iman . till the end , till jannah . insyaAllah . May Allah bless

cik aqil manis ^^ said...

ada la dr. gigi yang baik hati.. :)
saya dah hilang 2 gigi sbb mkn byk gula-gula..hehe

L.I said...

hahaha....x ingat dah berapa bnyk hilang =_="

Anonymous said...

pic gula2 tu semuabuat sy terliur.org yg mkn gula dgn gelojoh bole melukakn lidah mrk.sm la dgn mrk yg gelojoh dlm cinta.akhirnya dri sendiri yg terluka.tme tuh bru rse pedihnya cinta.tp ap boleh buat salah sdri

L.I said...

hehehe betul gak....nice analogy here , makan chewing gum leh la kunyah dulu . kalo hisap , terasa aneh plak..

Unknown said...

fakta tentang gula-gula saudara mmg hebat...terasa nak mkn gula-gula lepas ni... =D