bulan ini , merupakan bulan yang paling banyak dihabiskan dengan membaca . tak tahulah . entah kenapa selera membaca begitu membuak-buak hingga ke paras yang meninggi . tidak kiralah , material itu berupa aksara-aksara di layar elektronik mahupun dakwat di halaman buku . sehinggakan rasa ingin menulis itu sudah mula membasi =_=" . oh , entah kenapa tika minat membaca itu mula datang dengan drastik , rasa ingin menulis itu mula kendur .
status :
sibuk menyelak halaman-halaman buku , bakar masa sementara menunggu perlawanan euro .
hakikatnya , membaca dan menulis itu dua garisan yang parallel . namun , hakikatnya aku sendiri tidak boleh buat dua kerja dalam satu masa . apabila membaca itu didahulukan , maka menulis itu diketepikan buat sementara waktu . =_=" hubungan membaca dan menulis itu seperti inversely proportional .
apapun , pembacaan itu perlu untuk digunakan dalam penulisan . serius terkejut apabila aku boleh habis baca manga ' fruit basket ' dalam masa seminggu lebih walaupun ada 100 lebih bab . dan manga itu sungguh , meruntun jiwa heh =_=" . banyak quote yang memberi tarikan besi berani . walaupun berbeza dengan budaya kehidupan kita sebagai muslim , namun pengajaran itu boleh diaplikasikan dalam perjalanan seorang hamba .
fruit basket |
“I want to believe that I'm not wrong. I want to believe that life isn't full of darkness. Even if storms come to pass, the sun will shine again. No matter how painful and hard the rain may beat down on me.”
dan bulan ini merupakan bulan yang paling banyak aku borong buku . itu sangat-sangatlah ajaib . sehinggakan ada yang mengatakan itu suatu pembaziran . err lain mata , lain pandangannya . aku respek dengan hati terbuka kerna manusia itu berbeza halnya . tak suka makan budu , maka gaya kehidupannya sedikit sebanyak dipengaruhi dengan ketidakhadiran zat-zat yang terkandung dalam budu . di situ lahir manusia yang lain pandangannya . maka , benarlah yang halal itu perlu digaul dengan darah daging kita untuk mendorong akal yang sihat demi menjaga akidah kita sebagai muslim .
p/s 1 : berhati-hati dengan makanan yang disuapkan ke mulut anda .
antara buku-buku yang sempat dibeli ialah
Anakku...hidup sekali biar bererti - Anwar Nursi |
“Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yg bernama Takwa, isinya ialah Iman dan layarnya adalah Tawakkal kepada ALLAH.”
p/s 2 : sebak . aku baca beberapa puisi dalam buku ini . motivasi kepada hamba yang selalu tewas dengan maksiat . buku yang perlu ada dalam rak buku . mantap . padu . berkesan di hati . satu peringatan agar engkau tidak alpa . serius . perkongsian yang menarik .
sultan Muhammad Al-Fateh - Abdul Latip Talib |
" Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota Konstantinopel, tetapi anak yang dalam buaian itu,"
p/s 3 : tiada yang mustahil dalam sesuatu jika sesuatu itu terletak dalam hak . kepercayaan yang tinggi dalam kata-kata Nabi Muhammad S.A.W , kemenangan itu pasti ada di tangan mereka . kota yang kebal selagi ada matahari dan bulan , runtuh dibedil meriam kebenaran . nak tengok filem pula .
hero - hilal asyraf |
hero . lebih daripada sekadar pembanteras jenayah .
p/s 4 : ironman + batman . tetapi , versi tarbiyah yang penuh lemak dan cukup manis . mencari yang haq dalam peperangan menentang kebatilan . hero , bukan sekadar adiwira picisan . seorang lelaki yang mahu jawapan kepada setiap persoalan dalam kehidupannya .
dan banyak lagi , urghh internet terlalu slow untuk letak gambar di sini =_="
maka , sejak usia 18 tahun sudah aku mula giat memenuhkan rak buku . serius kesedaran untuk membaca itu terlalu lambat . itupun , minat membaca itu datang apabila ramai manusia sekeliling yang penuh bangga bercerita dan membedah buku daripada perspektif sendiri . serius , seronok baca blog yang suka membedah buku . rasa ingin membazir lagi untuk memborong lebih banyak buku pada masa akan datang .
mungkin , selepas ini aku akan mula menulis review buku dalam kertas-kertas putih di sini .
aku harap buku-buku yang penuh di atas rak itu berjaya dihadam dan bukannya hanya setakat membaca . harap boleh cari lebih banyak lagi buku-buku yang hebat dan mantap .
kepada pembaca-pembaca di sini , molek juga ya . jika kita berkongsi sedikit judul-judul buku di rak buku masing-masing . ^_^
jika tidak keberatan , senaraikanlah judul-judul buku yang paling menarik pernah anda baca di sini . bolehlah aku rajin-rajinkan kaki pergi ke pesta buku dan kedai-kedai buku yang berhampiran . senaraikan dalam top 10 , top 5 dan top 3 pun boleh .
p/s 5 : nak cuba baca judul buku inggeris pula . tetapi , tidak tahu yang mana yang lebih menarik . sudahnya , tidak dibeli pula =_=" .
11 comments:
aku baru baca permulaan hero tapi aku dah pening dan tak berapa paham. masa tu aku pinjam kawan aku dan baca masa nak peksa. oleh sebab macam berat aku tinggalkan.
tp kalau nak beli sekarang kat kedai buku susah jumpa =.=''
best plak citer hero~ walaupun aku kena selak/baca dua kali time dia beraksi , tetapi apapun keseluruhan penulisan kali ini agak berbeza utk aku hadam.....really something but still make my day ^_^
novel takdir by hilal asyraf pn best jugak. almost the same as hero but more action i guess. suitable for those who imagines a lot tp mmg full of tarbiyah.
selain membacakn, tgk fairy tail (anime) pn best. byk pgjrn blh dpt. haha.selamat membaca!
buku hilal asyraf ni laris mcm pisang goreng , susah betul mahu mencarinya =_="
oh , fairy tail best gak lebih kurang ngan one piece . hari tu tengok one piece , mahu sebak . T_T
Ini secara rawak ya.
1. Tunggu Teduh Dulu, Faisal Tehrani
2. Nota Hati Seorang Lelaki, Ustaz Pahrol Juoi
3. Cinta Fansuri (novel super berat), A. Samad Said
4. Secangkir Teh Buat Pengubat Letih, Ustaz Hasrizal
5. Kombat 1511 H, Faisal Tehrani
6. 1515, Faisal Tehrani
7. Tunjuk Langit Cinta, Shahrizad Shafian
8. Trilogi Granada (terjemahan Telaga Biru - sekarang ini baru ber-dwi)
9. Al-Amin, A. Samad Said (buku puisi panjang biografi Rasulullah) - ini masih tak dibeli (mahal) tapi saya tetap menyimpan niat untuk memiliki satu hari nanti, sudah terpaut.
Ada banyak lagi, tapi ini sahaja yang saya rasakan sesuai untuk disenaraikan. =)
Hero mmg best!suka dgn karya hilal Asyraf...& dah bce jgk buku Sultan Muhammad al-fateh ni..
Apa kata baca novel hlovate pulak?
contengan jlnn,versus,rooftop rant-ini more kpd turning point dlm hidup...
terima kasih jamal jali....
akan saya sediakan duit utk saya laburkan dalam usaha pembelian ini hehe
che kitato ,
oh , hlovate . saya dah baca sedikit versus , Aa+Bb , tunas dan mula membaca contengan jalanan
hlovate nyer masterpiece legend kot ^_^
saya suka novel tulisan Tere Liye.. dia sebenarnya penulis dari Indonesia.. pernah baca?
akan datang, saya nak beli novel tulisan L.I pula.. :)
oh saya tahu . saya pernah dengar , yg mana watak-watak dalam novelnya semua buat mata saya yg x berhabuk , berair selalu .
err err doakan lah saya selalu dikurniakan ilham yang banyak . sedang mengintai , membina kuasa kemahuan .
doakan saya berjaya . ^_^
en L.I xnk jd penulis gak ker??..
mcm best jer..penulisan cik ni..lau buat nvel In Shaa Allah blyh jd top..ngee~~
Post a Comment