19 July 2012

Persoalan dan jawapan

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani


apabila sampai awan persoalan yang memayungi akal , tercetus ilham untuk bertanya . dalam menghadapi kehidupan sebagai manusia , kita tidak akan pernah lekang digasak pertanyaan dalam hati kita . tatkala kita sedang berjalan perlahan menyelusuri batu-batu kehidupan , kita akan dapati soalan-soalan baru dalam hidup . tanpa ada soalan , tiadalah jawapan .





' siapalah agaknya yang menciptakan aku ni ? ' 


persoalan lagi , bagaimana untuk menjawab soalan yang timbul begini ? ia berhampiran dengan kita . bak kata sherlock holmes , kadangkala jawapan itu ada betul-betul di hadapan kita tanpa kita sedari .


ya , setiap jawapan bagi persoalan itu benar-benar secara langsung berhampiran kita . mungkin jawapan itu tertulis di batu . mungkin sahaja di daun hijau . dan mungkin juga di langit biru . ianya jelas terpapar cuma mata kita tidak bisa melihatnya dengan lebih jelas .


bagaimana untuk melihat dengan jelas ? 


bukanlah sepasang mata fizikal yang kita guna untuk menjawab soalan canggih begini , ianya dapat dilihat dengan mata hati .


hati itu punya mata ? ya , jelas sekali . hanya mata hati sahaja dapat mencelikkan akal untuk berfikir menelaah jawapan yang jelas ada di persekitaraan kita . mata hati hanya dapat dibuka dengan amalan yang baik . itu kuncinya .


ujian yang diturunkan kepada manusia itu menyedarkan hati yang sudah lupa untuk memberi celik . maka cukuplah tuhan sebagai pendamping manusia . dan di situ ada sebahagian persoalan yang akan terjawab melalui ujian hidup yang diturunkan . bersyukurlah kerna mendapat susah . kerna yang susah itu bukan untuk niat untuk menutup segala persoalan , tetapi untuk membuka mata hati kita untuk melihat jawapan .


kadangkala , manusia itu melemparkan soalan di hatinya dan terus sahaja tuhan berikan jawapan dalam beberapa minit .


misalnya , seseorang lelaki introvert yang ingin menjadi encik penyayang telah tertanya-tanya dalam hatinya . kenapa ramai manusia kemalangan waktu hujan ?


dan jawapan itu diberi segera setelah encik penyayang itu menekan brek sehingga tayar depan motornya hilang kawalan . dan langsung tuhan memberi jawapan . inilah jawapannya yang dia cari selama ini , yang di mana tuhan itu penyayang . kerna Dia masih memberi peluang kepada encik penyayang menerima jawapannya dalam keadaan dia masih bernyawa di dunia ini .


syukur , alhamdulillah . 

jawapan itu ada di mana-mana . bukan setakat di buku teks dan nota-nota kuliah . jawapan itu ada dalam pengalaman hidup kita . carilah jawapan itu sementara masih bernafas .

لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
“Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim”


p/s : jangan tunggang motor dan tekan brek kaki sehingga habis . nanti macam naik jet ski .

15 comments:

Hatipecah said...

Innalillah hi wa inna ilaihi roji'un...

Alhamdulillah kerana encik penyayang masih dipanjang kan umurnya untuk terus menulis disini.

Bertabahlah! Ujian sentiasa datang menguji kita.

=)

L.I said...

alhamdulillah ^_^

sudah hat-trick saya accident motor . =_=" (x de apa yang perlu dibanggakan di sini)

doakan saya cepat sembuh . doa itu percuma .

andaikata lah soalan daripada bakal mak mentua ialah berapa kerap anda kemalangan di jalan raya , saya pasti susah nak skor =_="

Hatipecah said...

Semoga kesembuhan menyusul untuk encik penyayang selepas ini. ameen.

takpe. kemalangan jalan raya itu adalah takdir dari tuhan. skor tu tak menjamin ms depan. kalu sudah berjodohan, walau skor rendah pun masih tetap akan bersama si dia jugak. ye tak?

hihi =)

L.I said...

yup . terima kasih kerna menjadi penyayang .

hahaha . ya juga . terima kasih kerna berdoa .

amii afandi said...

accident lagi? tiba-tiba teringat kisah kau accident dulu.

konklusinya, bawa dengan hati-hati. semoga cepat sembuh encik. ;)

L.I said...

ya , baik puan .

nanti saya cuba bawa dengan lebih berhati-hati ^_^

alhamdulillah

Musafir Jalanan said...

brek depan insya-Allah bahaya kalau digunakan waktu hujan, . . .
alhamdulillah ko masih hidup, . . . dan dapat lagi aku bace coretan ko, . . . . :)

L.I said...

brek depan memang x berani guna dah lepas ni....=_="

haha alhamdulillah

terima kasih kerna berdoa

Anonymous said...

assalamualaikum..
jenguk2 blog bakal "adik junior"..subhanallah..nice blog..see u this sept..be prepare for orientation,,hehe :)

L.I said...

waalaikumussalam....

=_="

jangan buli saya~

siapakah anda? habislah saya~ identiti sudah tidak terjamin

Anonymous said...

hehe..jgn tkot..inshaAllah mase orietasilah permulaan utk bina kekuatan berada dlm dentistry,,byk cabarannya,,bkn setakat fizikal,,mental n emosi kena kuat..nanti cari lah akak ye hari orientasi tu..kak tunku aisyah..hehe

L.I said...

alamak siap kos pon tahu en~ =_="

ya Allah , lindungilah aku daripada stalker .

*lari

moon said...

salam tuan punya blog,
soalan tu akan ditanyakah masa 'interview' dgn bakal mertua? harap2 tak ditanya..kalau tak saya pon fail nak menjawab. nice sharing~ ^^

L.I said...

waalaikumussalam

haha harap soalan ini x keluar untuk exam yang mendatang . =_="

Anonymous said...

Hahaha..kali keberapa da kauu accident ni..adoiii