Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
aku dilahirkan sebagai seorang lelaki yang kurang bercakap . saudara mara dan sahabat handai panggil aku , pemalu . pendiam . aku sendiri tak tahu . kenapa aku kurang bercakap , mungkin aku tiada idea . mungkin aku rasa malas nak bercakap . tetapi , aku tidak lah terlalu lemah dalam bersosial dan berkomunikasi . teman-temanku agak ramai , pelbagai ragam . namun , itu rencah . ia buatkan aku tidak keseorangan . dan buatkan aku seorang encik yang berbeza dengan encik-encik lain .
aku dilahirkan di kawasan yang penuh dengan orang peramah . dan aku juga hidup sampai usia ini penuh dengan orang yang gemar bercakap . otak aku mudah letih untuk berfikir idea apa yang perlu dibualkan . aku banyak mendengar daripada bercakap-cakap sebagai tanda memberi respon . orang kata menjadi pendengar agak sukar , tetapi itu lah yang paling mudah bagi aku . aku cuma menerima dan kadang-kadang jiwa tipikal seorang lelaki akan memberi solusi bagi setiap masalah yang diterima dan adakalanya , aku cuma membuat muka simpati .
aku suka jalan bersendirian tetapi aku suka lihat lelaki yang jalan berkumpulan . ia menggembirakan . aku lebih memilih mengulangkaji pelajaran keseorangan berbanding belajar secara berkumpulan . tetapi , adakalanya jika berhadapan soalan-soalan yang sukar , aku akan bertanya kepada rakan-rakan yang bijak . aku suka bergaul dengan manusia yang punya sama minat dengan aku . selalunya , orang begini akan aku luangkan banyak masa dengannya .
aku seorang lelaki yang kuat bergurau . kadangkala , gurauan aku terlalu kasar sehingga menghiris hati . mungkin , aku memang sejak kecil lagi bergaul dengan manusia yang berjiwa kacau . haha . maaf , bagi aku , mereka bukan bermasalah .
aku kuat berkhayal . abiliti ini hakikatnya banyak memberi liabiliti . sukar untuk aku memberi konsentrasi dalam pelajaran . jadi , aku nampak seperti lelaki yang sangat rajin mengulangkaji pelajaran sehingga lewat malam . imaginasi aku sangat aneh . sehingga buatkan aku hidup di alam yang aku cipta sendiri . jadi , maaflah jika ada yang memanggil-manggil nama aku tetapi aku tidak memberi respons . ini kelemahan yang sangat besar . dan itu juga salah satu kelemahan yang sangat lucu . maaf .
muka aku mudah tersipu-sipu . maaf . ini pun lucu . lucu yang menjelikkan . tika bersua dengan beberapa perempuan bertudung manis , laju sahaja sel darah merah menerpa laju ke pipi . aku cepat penat jumpa mereka . jantung aku berdegup dengan sangat kencang . aku banyak berpeluh . tangan aku jadi sejuk . aku tak suka begini . aku penat . dan biasanya , aku akan elakkan diri daripada berjumpa mereka . namun , dalam hidup aku hingga sekarang , aku selalunya penat . =_="
maaf , aku mempunyai banyak betul perbezaan . muka aku agak dingin . ada orang kata muka orang yang bersahaja . aku rasa luaran aku langsung tidak mempamerkan dalaman aku . aku kuat gementar . ya , sekali lagi , memang memenatkan . apabila gementar , muka aku berkilat macam disapu minyak kelapa sawit . aku tak suka hal ini berlaku . kerna , orang yang lalu lalang sebelah aku , akan membetul-betulkan tudung mereka . umpama muka ini ibarat cermin yang berkilat . oh .
aku tak berapa kacak . dan aku tak nak ulas muka aku .
kepada mereka yang mengenal dan pernah berjumpa dengan aku . aku berharap muka dan identiti aku biarkan dirahsiakan . biarkan kita sahaja yang ada rahsia ini . jujur , aku takut . aku bukan orang yang dijangkakan . dan bila aku rasa takut , aku akan rasa penat . maka , janganlah buat aku penat . sungguh terseksa rasanya .
p/s : seronok pula tulis deskripsi watak bernama 'aku' ini .
8 comments:
membaca deskripsi ini seperti membaca tentang diri aku.
Rupanya bukan seorang 'aku' sahaja yg begini.
Aku juga seperti kamu.
eh aneh ~
nampaknya ada juga yang sama dengan 'aku'
salam...
diam tu bagus, tp kdg2 kita perlu bercakap untuk bina ukhuwah, utk da'wah, utk ummah.
and, for being a good listener, credit goes to you.
and yes, kdg2 kita perlu masa utk bersendirian.
tp pernah dengar tak cerita pasal kambing dgn serigala?
serigala akan sentiasa attack kambing yg terpisah drpd kumpulannya, kambing yg bersendirian.
so, be alone at your own risk. jkjk.
and, the nervousness, happens to me too. so i guess it's common. cuma kena pandai kawal lah. malu tu bagus, tp kenalah bertempat.
btw,
bukan salah 'aku' bila kelemahan tu ada padanya.
tapi 'aku' jugak harus belajar utk hadapi dan atasi kelemahan tu.
akan belajar, mungkin melalui pengalaman akan datang.
dulu, aku juga spt 'aku'.
skrg masih lagi.
cuma tak separah dulu.
mungkin kerana keadaan memaksa.
all we have to do is to just grow up and open up.
one thing, dont ever let ur feelings control u. gotta be tough dude.
Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.
-KH Rahmat Abdullah-
:)
wallahua'lam
hahaha well said my bro
i never expect that i will got this lovely advice tee hee
lain kali letak ler nama . =_="
baru leh buat laga buku lima sambil sebut 'kemanisan berukhwah , bro ' *style matluthfi
kekeke
Ada "Aku" dalam diri saya ...
disebabkan ade "Aku" dalam diri saya,sesetengah orang memandang rendah terhadap diri kerdil nie...
ade 'Aku' dalam diri saya ..
yeah! penat memang menyeksakan :)
tak sangka 'aku' pun ada dalam diri saya. Baca ini seolah2 baca tentang diri sendiri =)
terkenal juga rupanya 'aku' ni
Post a Comment