Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
oh ada orang pernah memandang aku dengan mata yang aneh . aku ganjil . aku lelaki . pendiam . tak banyak cakap . suka menyepi . jalan keseorangan .
aku tahu . aku sedar .
aku sangat lemah bab bab komunikasi . tetapi komunikasi sangat sangat lah diperlukan dalam agama . maka aku bertungkus lumus untuk memuntahkan segala idea aku untuk terjebak dalam konversasi .
aku penat .
tetapi , aku tak boleh bersendirian . sebab ada orang pernah cerita . kambing biri biri yang keseorangan ( err keseekoran mungkin ) akan tinggi probaliti untuk dibaham oleh serigala . aku dan syaitan . tak boleh dipisahkan .
aku bergelut . untuk menyampaikan kata kata . lalu aku terjumpa pena . sebagai alternatif untuk menyalak .
jadi , jari jemari kurus ini lah yang banyak menggemukkan kata kata aku yang tidak pernah terluah oleh bibir kering ini .
dan ada satu masanya , suara daripada mulut perlu diperdengarkan . waktu yang mencemaskan . bagi lelaki yang pendiam . idea sudah lah tidak menarik . mungkin tidak banyak bunga ditanam di kotak suara . banyak pula disemai benih di jari jemari .
kotak suara tersangkut . secara literal .
aku hidup dalam ketakutan . aku sentiasa sakit perut . terlalu banyak rama rama , mungkin . menjadi asid untuk menghakis diri . semakin kecil . kecil dan kecil . tetapi aku tak menangis ......cuma aku rasa tak bernyawa sebentar .
aku sentiasa sendiri . keseorangan . kerna ada satu kurang .
namun , yang mencukupkan aku ialah tika bila aku beri pandangan ke langit itu .
aku tahu . yang aku bukan keseorangan .
senyum . berdua .
9 comments:
aku suka yang ni. :)
si biri-biri..
sesat.
t'tinggal jauh dari kawanan bebiri yg lain..
kompasnya hilang.
ingin melihat bintang, dia tidak pandai..
*mungkinkah dia akn b'jumpa semula dgn bebiri yg lain?
herm.
memilih untuk diam bersendiri dan menjadi seperti biri-biri? namun bahaya pula tika berdepan si serigala sendirian. Barangkali perlu dibisikkan pada biri-biri itu 'wahai biri-biri tenang, kamu tidak sendirian, abaikan rerama yang berterbangan di perut, itu cuma lamunanan.Kamu punya Tuhan, jelas kamu tak keseorangan.'
:)
innallahama'ana. ^_____^
-dr seorg introvert spt kamu. May Allah bless you.
innallahama'ana. ^_____^ insyaAllah..
-dr seorg introvert spt kamu.May Allah bless you.
si biri-biri mempunyai semangat juang yang tinggi. si biri-biri menyangka tiada siapa peduli akannya, tapi sibiri-biri terlupa yang biri-biri lain sentiasa ada bersamanya walaupun sibiri-biri ketakutan. kawan biri-biri sentiasa menyokong biri-biri biarpun kawan biri-biri seakan tidak memahami biri-biri. biri-biri itu mungkin merasakan dia yang lemah. tapi, apabila sekumpulan biri-biri bersatu. nescaya penuh satu padang rumput dan mungkin musuh tidak berani menggangu biri-biri dan kawan biri-biri.. hehehehe
apabila biri biri bergabung , serigala pun lari ^_^
btol..komunikasi tu pntg dlm hidp kte..cme dri segi kte kwl dy mcmane..kte xbole jgk ddk mnyepi.
Sebagai sumber tetinggi kepada umat Islam, al-Quran dan al-Sunnah dianggap memebekalkan prinsip dan kaedah komunikasi secara menegak atau vertikal iaitu dengan Allah, dan berkomunikasi secara horizontal iaitu sesama manusia. Jelasnya terdapat dua bentuk hubungan komunikasi dalam ajaran Islam iaitu Hablu min Allah ( hubungan denga Allah) dan hablu min An-nas (hubungan sesama manusia). Penegasan kepada pentingnya mewujudkan komunikasi dengan Allah dibentuk melalui ibadah-ibadah fardhu seperti menunaikan sembahyang, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Tujuan utama membentuk komunikasi dengan Allah adalah untuk membentuk taqwa iaitu sifat yang sentiasa menguasai perilaku indvidu agar bersikap seolah sepanjang masa.
Selain menjaga dan mengawasi perilau dengan Allah, Islam menekankan agar hubungan sesama manusia perlu diwujudkan agar membentuk hubungan sosial yang disebut sebagai muamalat. Hubungan sesama manusia berlaku delam pelbagai aspek kehidupan seperti politik, ekonomi, sosial, seni dan sebgainya. Kedua-dua bentuk hubungan ini perlu ada supaya setiap individu Muslim boleh meneruskan kehidupan dalam keadaan seimbang atau sepadu dari segi jasmani dan rohani.
Post a Comment