Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
kawan kawan aku kata aku lifeless.
jadi, aku pun buat ice bucket challenge. pergi ke random places. pergi
ke tempat tempat yang aku tak pernah pergi seumur hidup aku. agenda
menyesatkan diri.
sampai satu tempat, ada mall. aku singgah.
dalam beberapa jam lepas itu, aku mahu pulang sebab hari mahu hujan.
sampai tempat parking, aku dengar seorang lelaki yang berwajah jambu,
menyapa aku.
aku tak layan.
takut takut dia suruh aku join MLM. aku hirau sampai dia berhenti
panggil aku kali ketiga. dia senyap. aku undur motorsikal. nampak ada
kertas putih terselit. celaka.
aku kena saman. aku pandang
lelaki tadi. dia kata dia pun kena saman. dia senyum. aku pun beri
senyum. kita sama. senasib. tapi, lepas itu dia jadi galau dan risau.
air mukanya sudah memasang tahu yang dia tidak mampu.
rm 40 bang, banyak.
aku terus sahaja cepat cepat kata, kalau tak bayar memang dapat surat
mahkamah. tiba tiba, aku menyesal. sebab berkata begitu. aku terus
menghukum dengan ayat begitu. aku lupa yang dia rasa berat hati dan
bimbang dengan wang sakunya.
dan aku berlalu pergi,
meninggalkannya. bersalah. perkara aneh akan berlaku jika aku keluar.
aku tak kata, aku menyesal aku keluar hari ini. cuma, aku penat. tapi,
dengan aku keluar, aku tahu apa erti hidup. walaupun aku rasa aku
'macam' dah erti hidup aku, tapi aku masih lagi tak tahu apa erti hidup
orang lain. hidup orang lain yang lebih 'life' daripada aku.
No comments:
Post a Comment