11 February 2015

Valentine untuk aku.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani




Hari valentine adalah seperti hari hari yang biasa bagi aku. Seperti melewati hari isnin ke selasa, rabu ke khamis dan seterusnya. Melainkan ada peperiksaan yang buatkan aku tidak lena dan ngantuk selepas habis menjawab kertas.

Mungkin, sebab aku tidak punya kelayakan untuk menyambut hari itu disebabkan salah satunya ialah mesti punya kekasih sebagaimana berdasarkan tradisi turun temurun, motif dan tujuan utama hari itu ialah hari yang namanya lain disebut hari kekasih. Jadi, jika kau tidak punya kekasih maka hari itu ialah hari yang tidak lengkap. Teknikalnya, kau bukan lah orang yang wajar untuk menyambutnya.

Dan apabila semakin mendekatnya hari hari itu, ada orang menegah yang lain supaya jangan menyambutnya. Ada yang mendakwa elemen elemen kristianisasi, hari menyambut maksiat kerna menggalakkan couple dan zina, hari menghabiskan wang;membeli barang barang kepada yang tersayang dan lain lain.

Pihak di sebelah sana pula mendakwa, hari itu tiada elemen kristianisasi;tidak ada sebarang ritual dan acara bagi mengagungkan pendeta kristian yang didakwa pengasas hari itu. Tiada bukti dan tiada aktiviti yang boleh mengugat akidah dan iman muslimin dan muslimat. Maksiat juga bukan hanya ada pada hari itu, hari lain juga lebih hebat. Tahun Baru, hari kemerdekaan, hari Malaysia dan hari hari biasa juga ada zina. Dan seperti hari hari lain, kita juga banyak membuang wang dalam setiap perayaan yang ada dalam negara ini, tidak semestinya pada hari kekasih sahaja.

Lalu, aku berpecah kepada dua.

Aku yang pertama.

Tiada unsur kristian dan bukan perayaan orang kristian seperti yang didakwa oleh mereka.
Couple dan zina boleh berlaku pada hari hari raya lain dan juga hari hari biasa.
Pembaziran juga boleh berlaku pada hari raya lain dan juga hari hari biasa.

Aku yang kedua ( yang agak paranoid ) pula memberi kata,

Hari kekasih masih juga disama ertikan dengan hari valentine.
Hari kekasih ialah hari yang spesifik untuk diraikan bersama kekasih berbeza dengan hari hari lain. Target utama pasangan kekasih yang belum ada ikatan sah.
Pembaziran, aku masih tak pasti sebab aku sendiri tak pernah tengok orang membazir pada hari kekasih.

Dan, aku bercantum menjadi satu.

Sebagai muslim yang mahu cuba menjadi baik, hari kekasih ialah hari seperti hari hari yang lain. Muslim yang baik tak diajar ber’kekasih’ sebelum kahwin bak kata muslim yang lebih baik apatah lagi zina.

Rumus mudah. Seperti yang diajar dalam Islam.

Muslim yang cuba mahu betul betul mendalami agamanya, tidak ber’kekasih’. Bila tiada kekasih telah hilang terus kelayakan untuk menyambut hari itu kerna tidak mempunyai syarat utama bagi meraikannya.

Jadi, kepada orang yang tak layak, marilah kita membuat muslim lain turut sama ‘tak layak’ menyambut hari itu.

Hari valentine adalah seperti hari hari yang biasa bagi aku.
Sunyi.
Tak. Jika kau ada Dia.

 2 sen.


1 comment:

Intokutography said...

apa maksud 2 sen tu. yang lain faham. haha