hari ini mood aku tak baik.
semua benda baik yang aku nampak. hidu. dengar. semua jadi tak baik.
aku kena marah dengan doktor.
dan dimalukan pesakit sendiri.
asyik kena reject kerja dan manuskript.
disebabkan aku stress dan membawa mood yang tak baik. aku pergi keluar daripada tempat yang buatkan mood aku tak baik. aku pergi makan. aku capai helmet aku dan tunggang motorsikal aku dengan budak yang seperti baru dapat lesen L.
aku beli nasi goreng ayam black pepper dan beli 2 jus epal ais untuk meredakan galau dan meniup awan hitam yang singgah. tak ada meja kosong. yang ada satu meja kosong yang tidak berpenghuni dengan pinggan pinggan kotor. aku duduk. sebab aku lapar. dan dahaga.
aku makan dan minum dengan rakusnya untuk melupakan perkara perkara yang tak best tadi . ( aku lupa baca basmalah. K. )
datang mak cik cleaner yang kutip pinggan pinggan kotor di setiap meja. tiba tiba, aku teringat pesan.
aku beri senyuman sebilion megawatt kepada mak cik cleaner yang mana seumur hidup aku tak pernah beri senyuman pada skala langit itu melainkan ketika aku beri senyuman kepada secret admirer aku waktu aku studi di tingkatan empat.
mak cik itu membalas senyum.
aku tambah lagi, aku ucap terima kasih. tak pernah aku mengucapkan terima kasih seikhlas itu yang cukup padu dan jitu dalam seumur hidup. habis semua tenaga aku yang aku kumpul pada hari ini untuk melepaskan senyum dan ucapan terima kasih. terus lethargy badan aku bawa motor lepas makan tengah hari ini.
mak cik itu membalas sama sama.
aku yang tadi sudah kehabisan tenaga dan kepenatan. ku sumbat lagi nasi goreng sehingga habis dan minum jus dengan rakusnya untuk menambah pulih tenaga yang hilang.
selepas berjaya melicinkan pinggan dan bekas minuman, mak cik itu meluru ke arah aku. menyapa aku.
terima kasih nak. sebab berterima kasih dengan mak cik. tak pernah seumur hidup ada orang berterima kasih kepadanya ketika dia mengalih dan mengambil pinggan kotor di setiap meja. dan dia memberi aku gula gula mentos yang sudah kumal bungkusannya.
aku senyum. dan berbasi basi. aku balik. balik seperti orang yang pulih.
pengajaran cerita ini bukan nak sebut jika kita berhadapan dengan hari yang buruk, salah satu cara untuk redha dan tenang dalam menghadapinya ialah buatlah amal yang menggembirakan hati orang lain. buatlah perkara perkara yang mampu meringankan beban dan menyelesaikan masalah orang lain.
kerna dalam setiap kesenangan orang lain itu akan melahirkan kemudahan dan kegembiraan untuk hati kita juga.
tak.
bukan ini pengajaran yang aku belajar hari ini.
sebab pengajaran ini aku dah dapat sejak aku sekolah menengah lagi.
pengajaran rasmi hari ini ialah,
waktu malam bukan tengok movie dan baca novel.
esok ada session, mohon studi sampai lebam.
nanti kena marah dengan lecturer, emo dan depress satu hari.
padan muka.
ikhlas,
daripada encik personaliti yang kedua.
padan muka. siapa suruh malas. |
1 comment:
Haha
Post a Comment