14 August 2015

Mandul.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

pernah tak kau merasa helpless?
kau ada di situ tetapi tidak dapat berfungsi. sebab kau tiada skill untuk menyelesaikan masalah di situ. 

beberapa hari yang lalu, mentol lampu bilik rosak. dan ada orang minta aku membaikinya dengan menukarkan dengan mentol yang baru. aku yang terpinga pinga, yang selalunya aku berlagak pandai jika berhadapan dengan situasi begini, terus berkata, ' aku tak pandailah nak tukar mentol baru'

dan lagi, disebabkan aku tiada lesen memandu kereta. dek kerana kesengalan birokrasi. apabila diajak mengambil tugas memandu secara bergilir gilir, aku terus kata aku tak mampu. dan aku hanya lena di balik kerusi penumpang. tidaklah lena. kerna aku rasa serba salah. dan juga takut takut dek terpandang pemandu yang asyik tersengguk sengguk. berpeluh dingin juga aku duduk di tepi penumpang.

kalau nak disebutkan tentang membaiki kereta dan motor, lagilah aku bingung. aku hanya mampu berdiam. sambil melihat rakan rakan dan adik aku yang handal menghafal nama nama ganjil komponen bagi setiap isi kereta dan motor. 

sebelum ini aku tak merasa helpless. malah aku gembira goyang kaki apabila ada orang dapat menyelesaikan masalah masalah ini tanpa memerlukan kudrat aku yang banyak.

tetapi, aku kurang gembira pula.

aku mula berasa inferior. 
sebab semakin aku dewasa skil skil begini banyak berlaku di depan mata aku. ia membuatkan aku berasa lemah dan statik kerna aku tidak banyak memberi sumbangan. 

dengan status aku yang memegang jawatan penganggur dan kerjanya menghabiskan beras di rumah, menampakkan aku seperti plastik yang terapung rapung di atas lantai pusat membeli belah. sungguh mengjengkelkan.

memandangkan rata rata kawan aku yang sebaya aku semuanya sudah bekerja malah adik aku yang usianya muda daripada aku telah mula memberi sampul raya. ( aku pun dapat duit raya daripada dia )

apabila lelaki berusia awal dua puluhan duduk di rumah mak ayah, sepertinya ada rasa ketidak selesaan apabila memikirkannya. apatah lagi jiran jiran sebelah rumah yang memandangnya. anak anak jiran semua kerja. aku duduk di rumah menghadap buku buku yang tidak habis aku baca hasil daripada baucar buku.

termenung.

jadi, aku bulatkan tekad juga untuk belajar skil skil yang aku tak dapat. sebab aku takut juga, sekarang musim manusia memandang kau malas jika kau tiada punya skil skil dan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah kehidupan.

aku tak suka dipandang malas. walaupuan aku sangatlah malas orangnya. 

dan yang paling aku tak suka, aku dipandang mandul. tak berfungsi. helpless. 

buka youtube. belajar daripada 'lecturer' yang aku tak pernah bayar.