Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani
ada orang risau dengan aku. sebab aku halimunan. orang lain tak nampak. tak kenal aku. tak ingat nama aku. salah eja nama aku. lupa nak letak nama aku dalam kumpulan. silap kira dalam jumlah dalam kelas yang dikecualikan aku.
aku halimunan.
aku tak pasti sama ada dia benar benar risau atau pun dia stress tengok aku yang seperti orang yang tiada kerja dan tiada fungsi. aku faham. dan aku minta maaf sebab aku tak banyak kerja.
kerja datang bermusim. kalau musim itu dia turun banyak kerja. nampak tak nampak sama sahaja. aku bukan selalu dinampak kelibat pun kalau aku sedang betul betul ada kerja.
tak mengapalah. aku kata.
aku dah biasa.
aku tak terasa mana pun orang tak kenal aku dan tak nampak aku. sebab aku pun tidaklah seaktif mana dalam kumpulan ramai.
maka, tak menghairankan.
lebih menghairankan bila ada ramai ramai orang, ada yang perasan kewujudan aku, walaupun aku sepertinya tidak berbau. halimunan. tidak kelihatan di mata kasar.
orang yang perasan kewujudan aku, atas sebab dia tidak senang dengan aku atau rasa senang dengan aku.
jadi, untuk usia aku yang masih muda lagi, er mungkin. aku kena lah rajin rajin untuk membina kepentingan untuk diri sendiri.
kalau kita nak membina kepentingan untuk ditunjukkan kepada orang lain, memuaskan kehendak orang lain terhadap kita. mereka akan sentiasa lapar. dan mencari lemahnya kita.
lebih bagus kita puaskan hati diri sendiri.
nak tunaikan kehendak tuhan?
sangat senang sekali.
tetapi malas nak buat. apakah.
doa itu percuma.
doakan aku sekali.
No comments:
Post a Comment