24 November 2015

Lawa.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

dan segala ujian yang datang mengusik hati yang manja ini, tak lekang dengan kata kata semangat yang aku baca daripada buku dan media lain. tak putus putus aku hafal dan sebut kuat kuat dalam hati. ada juga yang aku reka. lepas itu senyum dan berangan angan mahu tulis buku koleksi kata kata hikmah dan semangat. 

tapi, untuk mendengar dan masuk ke hati bukan perkara yang senang berbanding tak putus putus berkata dan hafal kata kata semangat. 

kita hamba lemah. 
jatuh bangun. 

 Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri....
          an Nisa' : 79

apa sahaja yang baik baik itu datang daripada pelan rancanganNya. apa sahaja yang nakal nakal itu datang daripada ketidakpandaian aku mengurus urusan.

semoga aku kuat.
doalah.

Lawa






2 comments:

Anonymous said...

moga qawiyy bruh.^°^

Sarah Sylph said...

Keluarkan supersaiya tu syafiq, bila lagi nak show off superpower haha. Moga dipermudah sgla urusan yg mendatang.