20 May 2016

Tak ada apa.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

kenapa kamu masuk sini selalu tunjuk muka sedih? ada nada kesal daripada suara. 

muka saya sedih ke? tanya sekadar mahu tahu. tapi, aku lebih tahu. 

walau beribu kali aku nafi, aku tetap rasa berbuku di hati. rasa beban. berat. yang mana walaupun aku sorok dan tunduk, tetap akan terpamer. walaupun sepandai mana aku pandai berahsia, ia tetap tertulis di raut. 

aku lelaki. 
depan mak aku, aku gurau kuat kuat supaya mak aku tak nampak rahsia.
depan yang lain, aku senyap dan jarang kelihatan. untuk nampak sibuk. aku tak suka diambil foto. nanti orang tak puas hati sebab aku bikin aniaya gambar buruk. 

apabila aku berputus asa. aku tanya si a. si b. si c. sehinggalah si p. 

putus asa haram bro. 

bila aku selak selak, keluar ayat tikam tikam. 

sungguh aku tak ada pilihan. aduhai tuhan, ringannya linangan ini. 

aku lelaki.
aku malam.
dan aku tiada pilihan. 

kepada siapa lagi yang aku patut mohon. 

Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu dan jika Dia mengecewakan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri. ali Imran : 160

aku tak sepatutnya letak ayat di sini. aku bukannya pandai amal pun. 
aku dah hilang semangat. 

tapi, nampaknya hilang semangat juga bukan dalam pilihan. 

aku dah semakin benci dengan tulisan ini. 
buat mata aku linang laju. 



 

6 comments:

MawaddahMTS said...

Jgn putus asa bro. Ask strength from Him , in shaa Allah

Anonymous said...

Salam bro. aku minta maaf tau kalau melukakan hati kau. serius rasa serba salah ni.

Anonymous said...

Harini aku sedih, terlampau sedih 😭😭😭
Tgok blog ni kut la dpt inspirasi semangat sikit.
Rupanya penulis pun tgh down.

Anonymous said...

Kalaulah si penulis ni perempuan. Dah lama aku ajak keluar makan, sembang-sembang.
Cerita masalah. Only introvert knows other introvert.

Anonymous said...

kuatkan semangat...don't give up....

Anonymous said...

Lama tak singgah blog awak. But, believe me, you are strong buddy.