Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani
aku lihat banyak rezeki aku dilarikan orang. tapi, adakah aku betul betul pasti rezeki itu milik aku sebenarnya?
yang ditakdirkan pergi.
akan pergi. meninggalkan kita.
hatta udara yang terbang lurus.
molekul oksigen yang datang disedut paru paru bukan daripada molekul yang sama. mereka terbang datang. dan mereka terbang pulang.
segala nikmat yang ada dalam tangan. dikepal erat erat. apabila lenguh. dan lelah. kepalan itu terbuka luas. nikmat jatuh. lari. kencang. lalu hilang daripada pandangan.
begitulah hidup.
hidup ditakdirkan akan pergi.
pergi jauh hingga ke pemilik rezeki.
aku berharap kepalan tangan aku kuat. tapi, aku manusia lemah. lengan tiada biceps. apatah lagi six pack. iman senipis kulit bawang. adakalanya jatuh merudum. dan adakalanya serata garisan horizontal lurus.
yang sedikit ada, percaya.
aku mahu percaya aku bertambah banyak.
aku nak fikir positif.
supaya aku dapat kerja lebih sungguh sungguh.
aku nak percaya yang hari ini aku tak dapat ikan. esok aku dapat ikan. walaupun hakikatnya, aku tak makan ikan dalam realiti kehidupan. kalau dapat ikan, aku beri orang lain. sebab aku tak makan.
aku nak percaya yang hari ini bukan boleh buat aku hilang semangat.
aku nak percaya yang esok, aku tahu aku boleh buat kerja lebih bersemangat. dan kalau esok pun semangat aku semakin jatuh. aku nak percaya yang hari esok kepada esok lagi, aku akan dapat semangat.
dan seterus terusnya.
dan apa yang aku mahu sebenarnya ialah,
aku nak percaya.
aku nak percaya.
1 comment:
You can and you WILL!
Post a Comment