06 August 2016

Social anxiety dan inferiority complex.



Aku ingat lagi aku ada masalah gelabah masa kecil. Aku tak suka angkat telefon rumah sebab aku akan jadi gementar tak nak jawab panggilan. Aku akan rasa gelabah bila mak aku suruh bayar bil air dan api mahupun berbelanja ke kedai runcit. Ini lah dinamakan social anxiety. Tapi, ianya berubah bila masuk akhir tahun sekolah rendah bila aku mula main sukan.

Tahun tahun masa itu aku memang hidup dalam ketakutan, rasa mengigil sepanjang keluar rumah apabila berjumpa orang luar terutamanya orang yang kita tak kenal. Trauma? Tak. Aku dibesarkan dalam keluarga yang tegas tapi sejak meningkat dewasa ini, adik aku yang bongsu pun balik pukul 3 pagi. Aku pula yang duduk terperap di dalam bilik. Mungkin ini kesan tahun tahun yang penuh ketegasan.

Walaupun aku kata ianya dah berkurang, tapi ia tetap ada untuk waktu tertentu terutamanya berbincang dalam kumpulan dan bercakap di hadapan kelas. Idea banyak tapi mulut dikunci. Berpeluh peluh. Situasi itu memang memenatkan. Ramai orang kata, kau kena berubah. Aku cuba. Aku cuba sampai hari ini. Dan ia semakin kurang. Walaupun masih lagi menggigil dan ketakutan, aku cuba sembunyikan daripada pengetahuan orang lain.

Aku mengalami inferiority complex sejak kecil. Mungkin sebab aku masuk sekolah swasta masa kecil. Sekolah anak anak orang kaya. Makan kantin. Aku pula tahan lapar dalam kelas dan kadangkala makan bekal. Tapi, aku tak salahkan keluarga. Ini yang terbaik. Walaupun aku selalu diejek daripada darjah satu sampai  empat, aku tetap sabar. Baru aku sedar yang aku tak ramai kawan daripada sekolah, aku berkawan dengan anak anak jiran yang sekufu dengan keluarga aku. Oh, aku juga dibuli sejak sekolah dulu. Ingat lagi masa darjah empat, ada satu kumpulan buli, namanya street monkey. 3 ahli. setiap pukul 4.30 petang aku berlari keluar daripada kelas aku sepantas kilat supaya tidak ditendang dan direntap beg sekolah aku. Adik aku yang darjah 3 juga pun ditibai sama. Apa jenis abang lah aku masa itu. Ingat lagi mereka tuang air daripada botol minuman plastik aku atas kepala adik aku yang menangis.

Tapi, aku dengar mereka dah jadi baik sekarang. Aku maafkan.

Teringat setiap kali beg sekolah koyak kena leter sebab tak pandai jaga. Bila kata ada orang buli, tetap tak percaya. Mungkin sebab aku anak yang tak baik sejak kecil. Tak pandai. Hanya pandai beli komik gempak, kumpul stiker digimon dan  pergi cyber cafe. Aku minat melukis. Aku banyak koleksi komik dan majalah gempak. Aku peminat pelukis siri maskerat cinta. Kaoru namanya. Tapi, disebabkan melukis adalah satu bakat yang tidak punya masa depan, habis semua komik dan majalah gempak kesayangan dibuang. Memang nangis seharian. Manakan tidak duit belanja makan dan buku sekolah dibuat beli komik. Aku anak yang tak baik dan tak pandai belajar.

Masa darjah 4 atau 5, aku tak ingat. Ayah aku kena berhentikan kerja. Aku tiap tiap hari nampak ayah aku sujud. Dari awal pagi sampai malam. Merintih. Berdoa. Berbulan bulan kami ikat perut. Hampir sahaja aku berpindah ke sekolah kampung sebab mahu berhijrah ke rumah nenek. Masa itu aku belajar kenal sedikit tanggungjawab. Aku tolak tepi minat aku. Aku mula rajin kedai buku untuk tengok rujukan. Aku tak beli. Aku tengok setiap hari dan hafal buku rujukan di kedai buku. Aku cepat belajar tapi dianugerahkan ingatan pendek. Aku struggle.

Akhirnya, ayah aku dapat kerja balik. Pak cik aku tumpang rumah. Dia jadi role model untuk studi aku. Dia bagi panduan. Aku tak genius. Dia suruh aku jadi rajin. Lantak pi lah anak anak orang kaya yang genius yang selalu jaga makan, pergi tutor siang malam, tengok rancangan tv education berbayar, pergi ceramah motivasi dan etc etc. Aku pergi kedai buku setiap hari sampailah habis darjah 6 untuk hafal rujukan.

Keluarga belah ayah aku kaya dan senang. Setiap kali balik kampung, pak cik aku yang sedikit tua geleng kepala dan bercakap perlahan, besar nanti kamu tukarlah kereta ayah kamu. Walaupun niatnya nampakkan motivasi, tapi aku rasa down dan rendah diri bila dia berkata begitu.

Aku rasa cukup.

Cukup makan. Cukup segala hal. Alhamdulillah. Keluarga aku masih lagi cukup sampailah sekarang. Bila aku membuat perbandingan dengan keluarga keluarga lain yang jauh lebih senang, aku terasa mencederakan diri sendiri dengan kutuk dan rendah dirikan diri sendiri.

Aku tak nak ada rasa macam itu.
Kita sepatutnya berbahagia apa yang kita ada. Aku punya inferiority complex perlu dihentikan. Aku tak nak sentiasa social anxious dalam setiap situasi. Aku sembunyikan sebab aku takut dekat diri sendiri. Aku takut aku melukakan diri sendiri. Aku rasa sedih bila aku sendiri yang berkata benci.

Inilah cerita kisah aku yang social anxiety dan inferiority complex masa sekolah rendah.

p/s ; dongeng semata. jangan percaya.


2 comments:

Unknown said...

Weh aku pun ada social anxiety tapi sampai sekarang aku tak tau pasal apa. Mungkin sebab aku ni terlalu bergantung pada orang kot. Haha. Tapi tak sangka cerita kau sedih camni.

Unknown said...

weyh, tak baiknya. aku percaya kot. nasib tak nangis