16 February 2020

Pengalaman sebagai pelajar pergigian



kepahitan kegagalan

ada yang pernah rasa ke?

rasa authentic namanya gagal. beberapa tahun lepas bila ingat dan lalu timeline sekitar 2012-2017, memang ngeri dan seram. trauma masih kekal dalam dada. ya, waktu itu aku belajar salah satu tiga bidang kritikal dalam sarjana muda di salah satu IPTA di ibu negara.

oklah, aku beritahu yang aku study pergigian. bidang pergigian ini berlangsung selama 5 tahun untuk dapat title Dr, sama tempoh belajar ambil bidang perubatan.

tapi, orang ramai cakap studi pergigian ini senang je, belajar tentang gigi je pun ( haha )

tak semudah itu sebenarnya. banyak kisah duka dan susah waktu belajar pergigian daripada kisah gembira dan senang, for at least bagi pengalaman peribadi aku sendiri. setiap tahun akan ada student pergigian yang kena repeat tahun disebabkan sama ada gagal exam atau gagal clinical requirement

Trivia 1 : di fakulti aku dulu, kami ada clinical requirement dan competency test bagi membolehkan kami untuk sit final exam. tak cukup clinical requirement, maka tak bolehlah sit untuk exam. boleh tunggu next semester untuk repeat bersama adik adik junior. bukan repeat satu semester ye, repeat satu tahun - 2 semester.

apabila aku diberitahu dan dimaklumkan melalui surat tawaran untuk menyambung pelajaran dalam bidang ini dan di universiti ini, terasa agak berat untuk menerimanya kerana berprestij dan gah. bukan seperti dalam rancangan aku waktu ketika itu, memandangkan aku hanya memilih kursus ini separuh yakin diterima atau tidak pada pilihan pertama UPU. pilihan kedua dan ketiga pun sama rasanya tetapi berlainan universiti.

cuma di bahagian pilihan universiti yang bukan universiti utama, aku pilih kursus yang betul betul aku mahu iaitu farmasi di uitm since aku sangat selesa dan seronok belajar di uitm puncak alam tika waktu asasi.

dan bila ingat balik, aku pilih pergigian berdasarkan atas sebab utama iaitu, jaminan untuk dapat biasiswa dan kerja yang tetap dan boleh diserap dalam sektor kerajaan.

Trivia 2 : sebelum tahun 2016 lantikan tetap dan serap terus dalam sektor kerajaan masih lagi diteruskan, malangnya aku graduate pada tahun 2018. selepas tahun 2016, maka bermulalah sistem kontrak dan tiada lagi jaminan untuk tiga bidang kritikal ini untuk diserap tetap dalam kerajaan.

bermulalah pada tahun 2012 aku mula bergelar pelajar pergigian yang sangat blur dan naif. banyak sangat culture shock yang berlaku selain daripada susahnya subjek subjek pergigian tahun pertama yang penuh teori dan nota yang tebal tebal. bila teringat balik, rasa mual dan muntah terkenang kenang menghafal anatomy, fisiology, biochemistry dan oral biology. terlalu banyak input dimasukkan dalam otak serba kecil ini.

oh iya, selain daripada subjek berat, environment di universiti itu yang serba bebas dan mudah akses ke mana mana tempat hiburan memang banyak melalaikan di tambah pula kami belajar di bawah biasiswa kerajaan. cukup hujung minggu memang berjalan tak cukup tanah.

syukur, pada tahun pertama bergelar pelajar pergigian, keputusan lulus dan cukup cukup makan untuk sambung study ke peringkat tahun kedua. walaupun, ada beberapa subjek gagal along the way dalam dua semester tahun pertama, tetapi dapat di cover dengan baik oleh beberapa subjek yang aku kira aku agak excel bagi menampung cacat markah rendah subjek gagal.

Trivia 3 : fakulti kami mengamalkan sistem integrated marking dalam sistem pemarkahan. secara jujur aku sangat blur, bagaimana fakulti menetapkan markah. secara kasarnya, total bagi markah setiap subjek akan ditotalkan mengikut bilangan subjek dan diperatuskan menjadi markah akhir. di tambah pula, markah peratus lain seperti bilangan kehadiran, assignment, projek dan lain lain.

tahun kedua kami telah pun mula pre klinikal. mula dengan menyiapkan pre clinical requirements bagi membolehkan untuk sit final exam. hanya tuhan sahaja yang tahu betapa lemah rupanya aku dalam clinical skills di mana bagi menjadi seorang dentist yang baik, hand skill merupakan komponen yang teras untuk survive dalam bidang bergigian.

heavy handed ( istilah untuk tangan yang tak berapa seni ) adalah masalah utama aku. aku tak boleh nak control daya dan lenggok tangan terutama sekali dalam buat cavity preparation dan buat tampalan. dentist kata, memang tak berapa acceptable lah especially in term of aesthetic. orang awam kata, buruk benar tampalan gigi kau ni. begitulah.

maka banyaklah aku repeat ( istilah student yang paling seram apabila lecturer minta ulang semula requirement ) projek projek yang maha banyaknya sehinggalah aku ketinggalan di belakang kawan kawan yang lain. sehinggalah akhir semestar tahun kedua. ya ampun. bila teringat kembali semula betapa bodohnya dan lemahnya sehinggalah lecturer pada ketika itu sangat berasa kasihan dengan hasil hasil kerja aku yang sangat tidak memuaskan tapi diberi kelepasan juga sebab aku tergenang air mata. rasa sedih time ni sebab aku lah orang terakhir yang submit projek projek untuk membolehkan aku sit untuk final exam tahun kedua. tak lepas maka tak dapatlah sit untuk final exam.

teringat lagi kata kata dia yang menikam kalbu sehingga hari ini, ' it's okay to repeat and repeat the whole process until there is improvement in your project. repeat is also lifelong learning.'

disebalik kata kata inspirasi itu, apa yang lagi menikam kalbu sebenarnya, projek aku tak adalah menunjukkan pembaikan sangat dan tidaklah memuaskan hatinya. kata kata itu menambah garam dan pedih walaupun aku repeat banyak kali masih lagi tiada improvement yang baik aku dapat lihat sepanjang aku belajar di sini.

dan lagi repetition bukan la terma yang ideal bagi student pergigian dek kami tak mahu repeat the whole semester dan lambat graduate. itulah mimpi ngeri bagi semua student pergigian. tak grad on time.

maka bermulanya detik sini, aku dapat rasakan pergigian bukanlah bidang dan passion yang aku perlu dalami.

pada tahun ketiga, aku masih lagi terkesan dengan trauma pada tahun kedua. ditambah aku menjadi complacent pada tahun tiga disebabkan tiada requirements yang banyak untuk disiapkan bagi membolehkan sit untuk final exam. aku jadi sangat laid back dan complacent. tahun ketiga ialah tahun di mana kami telah start attend case dan buat rawatan kepada manusia sebenar berbanding di tahun kedua, kami hanya hadap di mulut patung sahaja.

tahun ketiga, aku bermula dengan rasa anxious dan nervous bila berhadapan real life people, rasa takut takut untuk call patient dan attend case tanpa ada rasa yakin yang cukup. makanya, aku jadi mengelat dan terus selesa dan tidak tergesa gesa dalam menyiapkan clinical requirements. dan itulah sebenarnya mula detik kegagalan aku untuk repeat pada tahun akhir, tahun kelima.

disebabkan banyak sangat clinical requirements yang tidak dapat disiapkan pada tahun ketiga, aku terpaksa push diri sendiri dengan lebih kuat pada tahun keempat dan kelima. dan ku sangka urusan mencari case dan patient itu mudah tetapi malangnya aku antara student yang sangat malang dalam batch aku. ditambah pula clinical skill aku yang sangat tidak memuaskan. aku banyak mengalami masalah dengan pesakit yang susah nak datang pada hari appointment, case yang sangat complicated dan tidak sesuai diuruskan oleh undergrad student dan masalah kesihatan yang terumbang ambing. aku mengalami sedikit depresi ketika itu dan banyak sangat putus asa.

pada waktu itu, aku rasa tidak belong di mana mana

apabila aku kata yang clinical skill - handwork aku agak teruk, ia mengakibatkan kerja merawat pesakit itu mengambil masa yang lama dan berkali kali pesakit untuk datang appointment. kesannya, melambatkan aku menyiapkan sesuatu requirement.

case pesakit tidak compliant yang selalu datang ikut suka hati dan cancel last minute dengan kerap buatkan kerja aku jadi sangat lambat. pesakit selalu FTA - failed to attend sentiasa tertulis dalam log rekod aku berbanding dengan rakan rakan lain.

case rumit pun begitulah, sesudah mengambil history pesakit dan menyiapkan treatment plan tapi malangnya management dan rawatan pesakit itu tidak boleh diuruskan oleh pelajar pergigian. maka, rujuk kes kepada pakar. kesannya, aku terpaksa berlari ke pusat pesakit, minta kes baru dan cari kes yang betul betul sesuai untuk pelajar merawat. it's all about luck. nasib baik, adalah kes itu. nasib tak baik, memang terpaksa ulang proses. dan ia menambah waktu dan waktu dan bukan setiap hari ada klinik yang sesuai untuk buka kes.

pendek cerita, aku gagal tahun kelima dan diminta untuk sambung dan repeat dek kerana tidak dapat menyiapkan requirement gigi palsu ( lima gigi palsu perlu disiapkan dalam tiga tahun, aku hanya mampu buat dua gigi palsu )

perasaan sedih tu memang tak boleh bawa bincang. kawan kawan lain belajar pada study week, aku menangis dalam bilik sambil makan nasi lemak telur mata 2 bungkus setiap malam. waktu tu bulan puasa tahun 2017, ingat lagi lepas solat terawih imam baca doa panjang selepas 20 rakaat, lencun baju dan nangis macam orang gila. bawa motor balik rumah pun nangis macam hilang anak.

penerimaan mak ayah. sangat tenang. kata kata semangat mula dikhabarkan. mereka sebenarnya tak tahu yang aku ada masalah nak siapkan clinical requirement. mak ayah baik baik sahaja, bukannya gagal final exam tapi tak dapat nak siapkan requirement yang membolehkan untuk sit exam sahaja.

banyak kata kata perangsang daripada keluarga yang membolehkan aku cepat move on dan bertindak lebih agresif dan pantas pada tahun repeat. oh iya terima kasih juga memberikan anakmu ini sedikit bantuan kewangan dek kerana tiada bantuan biasiswa diberikan pada tahun akhir ulangan melainkan sedikit sahaja 'gula gula'. banyak juga kerja part time aku buat waktu tahun repeat. dapatlah juga bayar yuran dan kos hidup serba mahal di ibu negara. makan pun catu sekali sehari. banyak puasa pada tahun repeat.

aku bangkit semula pada tahun repeat. walaupun lecturer bagi setiap department menambah lagi requirement pada tahun repeat which is aku rasa agak sedikit terbeban sebab aku sedang pulun menyiapkan requirement gigi palsu yang belum siap. tapi, alhamdulillah aku manage untuk siap segala requirement on time termasuklah gigi palsu.

pada tahun ini aku tidak berapa tertekan sebab aku belajar yang betul betul belajar. kira aku nikmati betul the moment of learning berbanding dengan tahun tahun sebelum ni yang sangat rushing dan pulun nak accomplish requirement sahaja tanpa mengisahkan keadaan pesakit.

aku jadi lebih tenang dan pandai mengawal emosi. walaupun ada juga hal hal yang berulang seperti pada tahun sebelum seperti kes kes yang tidak sesuai dan ambil masa lama untuk buat rawatan. tapi aku ambil tindakan lebih agresif dan agak kiasu mungkin sebab aku sangatlah 'baik' dan tidak kiasu pada tahun sebelum sebelum ni dalam mengambil kes yang sesuai untuk dirawat.

banyak kata kata semangat daripada bekas kawan perjuangan dan pensyarah pensyarah yang banyak membantu pada tahun tersebut. walaupun ada juga pensyarah yang minta aku mandi bunga disebab kan tak banyak luck dan nasib baik yang selalu tidak menyebelahi. (saya ingat Dr sampai sekarang.) terima kasih kepada Dr H, pari pari dan juga malaikat yang beri kata semangat kepada aku selepas aku nangis di surau (good timing) dan selalu mengajar tips rawatan akar yang bagus. terima kasih Dr M, yang risau dan bimbang saya tercicir sesi pengajaran disebabkan aku terpaksa ponteng sesinya atas dapat surat mahkamah kes curi motor.

malang betul. tahun akhir nilah ada orang curi 2 motorsikal aku yang berlainan. dan first time angkat sumpah dalam kandang saksi beri statement dan disoal siasat peguam OKT. macam roller coaster betul jalan nak berjaya jadi doktor gigi ni.

tempoh 6 tahun yang penuh duka dan cabaran. akhirnya ada manis yang terselit sama ada di tengah tengahnya jalan dan penghujung jalan aku sebagai graduan pergigian. di dalam kesulitan ada kesenangan. semoga dipermudahkan segala urusan semua manusia yang mengalami kesulitan.

next stop, jadi doktor kontrak. apa pula yang akan jadi lepas habis kontrak ni? next trial and tribulation, maybe? semoga Allah permudahkan jalan terus aku. amin.

yang benar,

Dr gigi kontrak