21 January 2015

Lelaki nakal.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

ada satu masa, kawan aku kata lelaki baik susah nak dapat tempat di hati perempuan. mereka akan pilih yang 'bad guy'. berdasarkan pengalaman mengenalinya, lelaki baik ialah lelaki yang miskin rupa paras dan harta tetapi baik agamanya, sekurang kurangnya masih taat berpegang suruhanNya.

aku kata, mengapa.

dia memberi tiga sebab yang aku fikir agak klise.

disebabkan sebabnya yang klise, aku rasa orang lain sudah sedia maklum. jadi, aku malas dan penat untuk menulis panjang.

tetapi, disebabkan aku baru menghabiskan beberapa siri pembacaan buku, aku ada terfikir sebab yang keempat.

manusia dilahirkan bersama kecacatan walaupun tabib profesional bilang kondisi tersebut adalah normal. segala diagnosis dan rancangan berkata begitu. sempurna.

tapi, kita membawa kesilapan bersama sama tangisan di awal hari kita dilahirkan. manusia tidak pernah lekang berbuat nakal.  dan seharusnya begitu, dosa sebagai standard unit untuk mengukur kenakalan manusia.

dan seperti bagaimana perempuan melihat lelaki nakal, dalam jiwa mereka terselit harapan. harapan di mana dalam kenakalan seseorang lelaki itu, ada sedikit kebaikan yang terselit dan boleh timbul.

kebaikan selalu menggembirakan.
ia menenangkan.

bila derita berlalu pergi, bahagia datang. ia menghangatkan.

sebagaimana tuhan mencipta manusia yang ada kecacatan, Dia melihat kita dengan penuh harapan.
dalam kesilapan yang kita buat, ada harapan dalam jiwa manusia.
harapan untuk kembali.
harapan untuk jadi lebih baik.

kita. manusia. memang buat silap.
macam coach aku pernah cakap,

dalam game, kesilapan memang akan selalu ada. tapi, kita. kita lah yang kena kurangkannya.

dan macam manusia agung itu bersabda,

semua anak Adam itu melakukan kesalahan. sebaik baik pelaku kesalahan ialah mereka yang bertaubat.

10 January 2015

Cerita random; tarik beg bagasi mu perlahan lahan

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

aku tengok orang lain. sebelah kanan aku. sebelah kiri aku. mulut aku, mengalir laju air liur.
tertekan.

aku tengok kawan aku naik turun umrah lebih sekali, ya tuhan, sakit dada aku tengok dinding muka buku.
aku tengok kawan aku pergi jalan jalan sekeliling negeri, bukan main. aku rasa mahu pengsan, menahan sakit lidah tergigit.

tapi, bila fikir lama lama, aku nak naik turun umrah, solat jemaah 5 waktu pun tak cukup naik turun masjid. tiba tiba, bila dapat peluang pergi umrah, satu tapak lagi nak masuk solat dalam masjidil haram ke masjid nabawi, kaki aku rentung kepanasan. ( pengaruh baca mastika ) . aku rasa pendosa macam aku ini, lebih baik duduk baik baik dalam negara, penuhkan saf depan dalam surau flat aku yang bilalnya kadang kadang lambat buka gril surau. memang berasap menunggu, foreigner yang duduk tunggu luar surau dah macam gangster nak pukul orang.

baik.
aku tak nak cerita cemburu aku. rezeki kau. tuhan beri. kau ambillah.
aku ada aku punya. adapun aku rasa bebal dan sentiasa mempersoalkan rezeki aku sedikit daripada orang lain, jangan jadi macam bebal. bebal macam aku.

pergi sujud banyak banyak.

hari itu, aku prank adik lelaki aku. aku pergi tutup buka lampu tandas waktu dia sedang melabur.
bukan main lagi dia marah ( dia takut 'jahiliyah' )

harap sahaja abang long, tapi perangai macam budak budak.
cubalah baca paper ( surat khabar )

lepas itu, aku tercengang.
dah lama aku tak membaca.

pengajaran, jangan jadi bebal. bebal macam aku.
malas nak membaca. dah lah malas membaca, malas pula menulis. bebal lagi. jangan jadi bebal. bebal macam aku.

sebenarnya aku sedang marah.
tapi, aku tak tahu kenapa rasa nak marah. mungkin satu sebabnya, aku punya rutin banyak diubah suai, maka aku jadi marah. aku memberontak. celaka.
dua, rasanya aku tak banyak ingat tuhan. banyak gila aku miss benda benda soleh aku nak buat. bukan ke dengan hanya mengingati tuhan,  hati akan jadi tenang?

sekali lagi, jangan jadi bebal. bebal macam aku.

aku sebenarnya sedang berasa sedih. tapi, kalau aku cerita pun, pengajarannya tetap sama. jangan jadi bebal. bebal macam aku. tapi, aku rasa nak upgrade bebal itu associated dengan reason aku bersedih, maka jadilah sedikit bodoh. ( menurut ideologi aku, 'bodoh' ialah negative ultimate level )

disebab kan aku pening kepala.
aku rasa macam nak tidur sahaja sepanjang hari.

kawan aku yang paling pandai kata, hang dah habis belajar ke oi?

aku bangun.
dengan kepala yang sakit. berdenyut denyut.
menghadap nota yang banyak.

ah, jangan jadi bodoh sudah.

stress aku.