14 December 2012

Lelaki baik #1

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani




tatkala memasang muka berminyak dek terkena teriakan mentari pagi . kaki ini melangkah perlahan . di depan sebuah kedai hadiah yang ringkas . pelanggannya kurang . penjaga kaunternya sedang bersedia untuk memberi hadiah pertama yang berupa senyuman kepada manusia yang bisa menapak ke dalam . isinya tidak sedikit . susunan barangnya meninggi ke langit siling . variasi warna kandungannya menarik perhatian mata . bau cat masih tersisa . papan kedainya masih cemerlang dengan pekatan warna indah . kedai baru yang terpencil di sebuah kota padat .


mata yang tertacap penuh keseluruhan kedai itu , mula dikalih ke sudut yang kecil . sudut yang kecil . sudut yang terisi yang bisa mengumpil senyum . lesung pipit dilekuk . orbit mata memasang visi cinta . sudut yang diisi hadiah yang cantik . memasang alur indah terus ke hati . alangkah , tuahnya empunya hadiah ini .


dan awan pula tidak malu-malu melarikan diri daripada ributan mentari yang menggila . silauan hadiah itu menjadi jitu . cantiknya dia , sehingga pori-pori pipi mula merembes darah menerpa laju . merah pipinya . menahan terik . arus manusia yang tadi membuih mula mengalir . penjaga kaunter menjadi riang . hatinya senang . senyuman yang tadi pertama menjadi puluhan . kedai baru yang tidak lagi menjadi sepi .


dan saat sunyi kedai yang baru itu sudah hilang , sudut kecil itu pula sudah jadi sifar . si cantik itu bertukar tangan . menjadi milik manusia lain . kecantikan di mata itu hilang . dan saat si cantik itu memaut hati lain , kaki ini melangkah pergi . keluar daripada arena hati .


yang indah akan mengikuti yang cantik . tanyalah kepada encik hati . di mana Tuhan sahaja yang tahu jawapannya .






































































20 November 2012

Naluri ayah

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


naluri ayah


cuti mid sem yang lepas , aku ada buat sedikit pembacaan berkenaan novel terbaru yang dinukil oleh bahruddin bekri.

selepas sudah lama tidak 'top up' dengan buku-buku seperti ini , terasa aneh pula apabila mahu meneruskan pembacaan . mungkin tahun ini dan mendatang agak sukar untuk curi-curi membaca karya yang bukan daripada artikel-artikel buku teks. =_=" oh , tiada masa yang cukup untuk meluangkan masa membaca buku-buku di mph. ( di samping tiada sumber kewangan yang mencukupi *pengsan)

setiap helaian pembacaan kali ini lebih lama aku peruntukkan , untuk lebih mendapatkan penghayatan kerna karya bahruddin bekri agak mengah juga untuk dihadam. namun, berbeza dengan karya diari mat despatch yang sudah masuk ke siri kelima ini . bahasanya lebih mudah dan penyampaiannya daripada awal sehingga akhir plot sudah cukup banyak mempermainkan emosi pembaca . wah .

mungkin kerna plot novelnya kali ini lebih dekat dengan diri ini menjadikan isi karyanya lebih mudah dihayati . apabila dibilang tentang naluri si ayah , naluri itu pasti bersifat berlindung . mahu kan anak-anaknya terpelihara daripada ancaman .

namun , itulah si ayah . mereka jarang menunjukkan kasih sayangnya tidak seperti si ibu yang lebih jelas dan lebih terang dalam menyampaikan sayangnya . mungkin ayah lebih ego . maka , si ayah memberi sayangnya dengan lebih banyak dalam doanya selepas solat .

aku seorang lelaki sendiri pun masih belum kenal naluri ayah . mungkin usia mudaku dan masih lagi belum punya anak belum lagi butuhkan naluri ini . naluri yang berat . berat untuk melindungi orang yang kita sangat sayang.

oh , baiklah . jangan lupakan untuk membaca karya diari mat despatch yang kelima . hehe sudah cukup 5 buku dalam koleksi mat despatch . ( kesuntukkan masa )

menunggu yang keenam.

kenapa baca buku diari mat despatch? terlalu banyak 'quote' yang mantap . lawak santai yang menusuk hati . semoga Allah redha.


sumber google









11 November 2012

Encik Mudah dan Soalan-Soalannya

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya....

surah al-Baqarah : 286



ada satu waktu . waktu itu apabila kita rasa , sakitnya seperti ada beban yang banyak di kepala . dan dengan menggunakan kepala , kita mengimbangkan beban itu . terhuyung hayang . sedaya upaya menahan azab tekanan yang bertimbun-timbun . menujal-nujal perit ke tulang . itulah namanya kesukaran . ujian yang datang untuk menyusahkan kita sebelum berangkat pulang ke kampung hakiki.

kesusahan itu boleh datang dalam pelbagai rupa . dan ia bergantung kepada peringkat umur . waktu kita masih mentah untuk keluar daripada rahim ibu pun sudah berhadapan dengan kesusahan . ditujalnya kepala kita dengan syaitan .

dan masa berlalu , kesusahan menjadi beraneka ragam . waktu di sekolah rendah , malu pula untuk meminta izin keluar daripada kelas untuk membuang hajat . itu masalah pertama . dan ia akan menjadi masalah kedua jika hajat itu mula lobos ke dalam seluar . dan akhirnya menjadi masalah ketiga , apabila teman-teman lain di setiap barisan meja menghidu aroma hajat itu . ah , sudah . teman-teman yang lain pula mendapat masalah daripada masalah kita yang asal . masalah untuk mencari siapa empunya angkara itu satu hal , masalah untuk ghaib ke ruang yang belum lagi dipenuhi aroma itu perlu lebih diutamakan .

( ok . ini bukan pengalaman aku . ini pengalaman orang lain . serius . )

dan masalah itu mendewasakan kita . kita menjadi lebih matang sedikit . mampu berfikir lebih waras . dan waktu itu pula kita di sekolah menengah . di mana puberti mula membuih . membuak-buak perkara baru yang ingin dicuba . perkara baru yang bisa banyak memberi bahagia . bahagia sehingga jerawat tidak malu-malu singga ke hidung . minyak yang tidak pernah henti-henti merembes ke dahi . jari-jemari mula mengira bilangan jerawat di muka . oh , ramainya peminat rahsia . ( perasan sungguh . bukan aku juga . err serius )

dan kemudiannya datanglah masalah yang berupa material ; wang , rumah , kereta , dan pelbagai lagi . masalah menjadi kembar kita sehinggalah kita mereput . sehinggalah kita di sana . andai sahaja kita tidak lepas , pasti menjadi masalah . bukan masalah kecil tetapi masalah yang sangat besar . nauzubillah minzalik .

ada satu hari , beban itu mula datang dan menujal ke dahi . peritnya . tanganku pula secara automatiknya mengangkat ke langit .

' Ya Allah , permudahkanlah aku . permudahkanlah aku . permudahkanlah aku .'


repetisi berlaku untuk membentuk penjelasan yang waktu itu terlalu butuh untuk melenyapkan masalah yang sedang mengamuk di kepala ini . supaya aku selalu diberi mudah segala urusan . ya , dengan itu aku akan selalu dapat mengelakkan diri daripada segala kesukaran . fuh , hilanglah masalah . lenyaplah kau wahai kesukaran .

namun , sampai waktu itu . aku terkenang akan syarahan seorang perempuan yang pernah mengajar aku apa ertinya kesukaran dalam kehidupan .

' jangan pernah minta kepada tuhan supaya kita sentiasa senang tanpa ujian . kerna ujian menaikkan martabat kita sebagai muslim . jika kita hidup dengan suasana yang senang . bebas , tanpa ada masalah . kita tidak akan pernah belajar . sebaliknya , kita sudah mati . '

hati aku mula berasa aneh . kata-katanya mengalir ke dalam hati . seolah-olah cahaya yang kelihatan di sebalik bukit menerpa laju ke jendela , mengusik manja jiwa lelap yang masih berselimut . dan terbangun daripada perbaringan serta merta setelah jalan penyelesaian matematik tambahan betul-betul tergambar dalam minda kita setelah berhempas pulas memerah otak semalaman .

( ini cara aku jawab soalan matematik tambahan pada usia mentah dulu-dulu . aku akan tidur jika aku dapati soalan itu seperti tiada jawapan . dan ' puff ' jawapan itu akan hadir setelah bangun daripada tidur . erk , sila jangan aplikasikan teknik ini di dewan peperiksaan . hanya boleh diaplikasikan waktu ulangkaji . takut pula tidurnya pada soalan pertama di dewan itu sudah cukup satu jam , bagaimana mahu menyiapkan soalan kedua dan seterusnya ? )

aku mahu mengelarkan diri ku sebagai pemburu kebahagiaan . bahagia itu definisinya sama seperti gembira . ia menyenangkan . dan senang ialah tidak perlu kan soalan-soalan yang berjela-jela . kerna soalan-soalan itu ialah masalah-masalah . masalah-masalah itu memberi rasa tidak bahagia . tidak gembira . tidak menyenangkan .

ia membebankan . memenatkan . tekanan .

tetapi , aku ialah manusia yang sentiasa punya masalah sebagai laluan takdir di tempat sementara ini . tika cahaya daripada syarahan itu lalu meluru ke alur hatiku , aku mula sedar . tatkala , aku sudah hidup sampai tinggi begini . ada beberapa soalan-soalan yang sangat senang dan ada juga beberapa soalan-soalan yang sangat susah .

soalan-soalan yang sangat senang . mudah sahaja diberi solusi . masalah-masalah itu senang sahaja diselesaikan .

soalan-soalan yang sangat susah . sukar pula diberi solusi . masalah-masalah itu susah untuk diselesaikan.


mengapa ya ? jika ditanya tok dan nek guru yang bertapa di sekolah-sekolah lama aku dulu , pasti sahaja mereka mengerling tajam ke muka ku yang berminyak .

' siapa suruh tak studi bahagian itu ? kan sudah pening untuk menjawab soalan-soalan begini dan soalan-soalan begitu . '

kita mudah menyelesaikan masalah yang kita rasa senang . kerna apa ? kerna kita sudah studi bagaimana untuk menghadapi soalan-soalan begini .

kita akan rasa sukar untuk menyelesaikan masalah yang kita rasa susah . kerna apa ? kerna kita belum ' back up ' lagi topik untuk soalan-soalan begitu .

hidup ini penuh 'trial and error' ( istilah matematik aku waktu genit dahulu) . kita akan selalu buat silap dalam berhadapan dengan masalah . dan masalah itu akan mengajar kita menangis dan berteriak mencari jawapan untuk buat kita ingat formula penyelesaian itu sampai bila-bila . silap itu hadir tatkala kita belum cukup lagi studi untuk bikin soalan-soalan itu menjadi senang .

kita manusia . kita akan sentiasa tidak cukup studi . jadi , kita akan selalu silap . sampai tiada nyawa lagi .

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. 

surah As-Syarh : 5 - 6


oh , menjadi encik mudah ? mudah juga akan datang apabila masalah-masalah orang lain kita selesaikan bersama-sama .

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, yang bersabda :

“Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya dari suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat.
Dan barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, nescaya Allah akan meringankan penderitaan dirinya di dunia dan di akhirat.
Barangsiapa yang menutup keaiban seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di akhirat.
Dan Allah selalu menolong hambaNya, selagi hambaNya berusaha menolong saudaranya.
Barangsiapa yang menuju satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan suatu jalan baginya ke syurga.
Dan tidak berhimpun suatu kelompok manusia dalam suatu rumah dari rumah-rumah Allah, mereka membaca Kitabullah dan mempelajarinya antara sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas perhimpunan mereka ketenteraman, diliputi oleh rahmat, di kelilingi oleh para Malaikat dan disebut Allah kepada sesiapa yang di sisiNya.
Sesiapa yang dilengahkan oleh amalannya maka tidak akan dipercepatkan oleh keturunannya.” 

[Muslim]
untuk mengenal waktu cerah , tuhan ciptakan kita waktu mendung . untuk mengenal kebahagian , tuhan selitkan kita dengan kesukaran . kegembiraan tanpa erti jika kita tidak kenal perbuatan yang namanya menangis .

tika aku mula secara automatiknya mengangkat wajah ke langit , aku mahu menjadi kuat . aku mahu lebih bersedia . aku mahu lebih tabah .aku mahu lebih tinggi .

bersama-samalah kita menjadi lebih tinggi ^_^ .




Jangan berdoa untuk kehidupan yang senang . berdoalah untuk jadi lebih kuat
-John F. Kennedy




















































20 October 2012

Balang Nyawa .

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani






hidup manusia tidak pernah senang . jika diberi susah hati pasti melenting . jika diberi mudah hati pasti lalai . oh , nyawa . masih tersisa ini entah bila akan tamat . balang nyawa itu tidak pernah kelihatan . untuk diberi sedar yang masa di sini terlalu singkat .

p/s : sibuk . akan duduk berehat sebentar daripada alam penulisan . demi memaniskan wajah ibu dan ayah .













01 September 2012

Atmosfera yang 'dingin'

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani







nikmat yang pling berharga selepas iman dan islam adalah memiliki sahabat yg soleh 
-Umar al-Khattab

'lagu apa ni ? bunyi macam bahasa daripada seberang je?'

'bahasa jawa lah,'

'oooohh . tak faham lah,'

'dengarlah dulu,'

********************************************

dan hari ini terasa sudah tiba masanya untuk bersiap siaga kembali ke pentas . bukan pada hari ini pada sebetulnya . minggu yang mendatang , jika diizinkan tuhan untuk beri nafas lagi lah . kehidupan akan terus berjalan , meninggalkan sebahagian daripada jasad kita . menunggu kebas yang kekal entah bila . masanya untuk bergerak ke tahap yang seterusnya . tiba di menara gading .

masa untuk usaha keras . untuk buat ummi dan ayah berbangga punya anak begini . buat bekal untuk balas budi mereka .

dan masa berputar tanpa belas kasihan . jarum tidak pernah mengundur , ia maju . meminta lelaki itu juga bangun daripada lelap . bangun . bangunlah . waktu untuk celik . rangka jadual baru . rancang pelan untuk gaya studi yang baru . kawal bajet bulanan . kenal-kenal dengan manusia baru . oh ya , cari kawan-kawan baru . satu lagi perkara yang penat jika berdepan dengan atmosfera baru .

di sini terbayang dan berharap tentang atmosfera itu . atmosfera yang bagaimana ya? janganlah buat hati ini rasa penat selalu di sana . moga-moga hidup baru di sana , senyuman molek sahajalah yang melekap di bibir . hati masih runsing walaupun cuba membayangkan bibir ini pekat dengan senyuman tika di sana nanti . hidup di ruang baru , bukannya senang . sukar . satu perkataan daripada si kalah . tapi , itulah yang jelas di awan kepul di atas kepala .

ah , sudah rasa penat .

mungkin terlalu berfikir . dek kerana terkesan dengan cerita si lelaki yang mati selepas membunuh seratus manusia . si lelaki yang tugasnya mencabut nyawa manusia tanpa rela , dan akhirnya didapati bakal mendapat tempat di syurga . aneh , bukan ? tetapi , dengan hanya satu sebab yang membolehkan dia punya hak untuk mendapatkan syurga - berkesempatan untuk bertaubat .

si lelaki yang mahu berubah menjadi baik setelah dia sedar kejahatan itu bukan fitrahnya . si lelaki yang berjuang bersungguh-sungguh untuk lari daripada ketagihan abnormalnya . untuk mendapatkan rangkulan daripada tuhannya . untuk buat taubatnya diterima Allah .

si lelaki yang tekad mahu berubah sebelum jam ke sebelas . dan plotnya disusun sehingga bertemu dengan seorang ulama' yang menguraikan klimaks kehidupannya . sebuah tempat . sebuah kampung . di mana erti kehidupan punya definisi yang dia cari selama ini .

tempat yang tenang . kampung yang aman . rakyat yang baik . penduduk yang penyayang . si lelaki itu rasa , inilah yang dia mahu . menamatkan segala yang kelam di dalam hidupnya . masa untuk menjadi lelaki yang disayangi tuhan .

itulah takdir . nyawanya hilang ditebas dalam perjalanan ke kampung budiman . tempat yang cantik . indah untuk menjadi lelaki baik . selamat tinggal dunia . dan taubatnya itu didengar oleh tuhan kerna niatnya yang kuat . niat mahu berubah menjadi lelaki baik . mengimpikan menjadi lelaki baik di kampung itu .

***********************************

' ermm apa ye formula force ni ? '

F = ma

' kalau S.I unit bagi force ialah Newton . macam mana pula dengan S.I unit bagi driving force ek? '

' kau diam . jangan nak berfizik sangat dengan aku time sekarang . aku tengah dengar lagu ni ,'

***************************************

hari-hari itu bakal tiba . dewasa mula menjengah tanpa malu-malu . sel-sel mula bercambah biak untuk matangkan lebih visi . kepala menjadi keras memikirkan apa yang akan berlaku seterusnya . gusar dengan tempat baru . kawan baru . oh yalah , teman-teman untuk dibuat kenal . dibuat lambung . dibuat gurau . dibuat rindu .

tidak gemar untuk mencari peminat , kerna peminat akan lari daripada stadium jika pasukan bola sepaknya kalah berturut-turut dua puluh kali . tetapi sahabat akan setia menanti . membetulkan sendi-sendi yang lemah . bergelak tawa bersama . bersusah payah selalu . darah yang tidak sama tetapi seperti keluarga yang yang terpisah jauh .

kampung itu , ramai ke orang yang baik ? kerna diri ini seperti si lelaki yang mahu bertaubat . mencari atmosfera baru untuk berlindung daripada ribut yang lalu . dibantu penduduk kampung yang penyayang , mengubah menjadi lelaki yang baik . driving force , huh . salah satu nikmat yang terbesar . pastinya .

semoga di sana sejadah mampu dihamparkan . tafsir molek sahaja diselak . kopiah melekat di atas kepala . hati ini selalu ingat . berhati-hati dengan yang batil , jika tidak disibukkan dengan yang hak .

semoga kuat . doakan lah selalu . doa itu percuma .

ikhlas daripada penulis yang mahu berjuang .

Dari Abdullah bin 'Amr bahawa Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik orang di antara kamu adalah yang apabila melihatnya membuatmu teringat kepada Allah, perkataannya menambah kebaikanmu, dan amal perbuatannya memotivasikanmu untuk meraih kebahagiaan akhirat."

[Shahih HR al-Hakim]


***********************************************

' tombo ati . '

' Sunan Bonang ? '

' ha ah . layan , '

Kaping pisan - moco Qur’an lan maknane

Kaping pindo - sholat wengi lakonono


Kaping telu - wong kang sholeh kumpulono


Kaping papat - kudu weteng ingkang luwe


Kaping limo - dzikir wengi ingkang suwe


















 
 

28 August 2012

Berkongsi itu penyayang


Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani






untuk adik-adik yang bakal menduduki UPSR , PMR dan SPM , ucapan semoga berjaya diberi . tidak kurang juga kepada abang mahasiswa dan kakak mahasiswi yang sedang berhempas pulas dan bersengkang mata untuk mengulangkaji pelajaran . selamat berusaha diucapkan kepada anda semua .


jadi , kepada mereka yang belum naik gred itu , bersiap siagalah membuntangkan mata daripada sekarang demi menghadiahkan senyuman ibubapa yang bisa membawa ke langit . dalam debaran jantung yang buat sesama lutut belah kanan dan kiri berlaga , jangan lupalah menyediakan masa dengan yang maha pemurah . jangan pula kita sibuk meracau dengan segala nota-nota yang penuh bersepah di dalam laci meja studi sehingga lupa untuk mengaji .


jaga-jaga ya , nanti yang maha pengasih cemburu pula . kerna sedikit masa sahaja yang diperuntukkan untukNya . ibadah itu merehatkan , jangan tergesa-gesa dek kerna senarai formula halaman sebelah belum dibaca lagi .


apapun , ada sedikit perkongsian di sini . di samping waktu sekarang untuk rehat-rehatkan mata , boleh juga kita membaca yang santai daripada bertegang urat melangsaikan soalan matematik tambahan .


jangan risau ia berkenaan studi juga , bukannya tulisan bunga-bunga yang bikin otak berkhayal dengan imaginasi luar alam sehingga terlupa nama tulang jari jemari kaki manusia .


dalam sibuk dengan berpestakan musim peperiksaan , pelajar-pelajar akan menjadi lebih pasif . ada yang dahulunya kuat bermain futsal tidak kira mentari atau rembulan . kering mahupun ribut . pasti akan riuh rendah gelanggang futsal yang koyak rabak jaring golnya . itu bukan musim peperiksaan . tatkala musim peperiksaan menjengah hadir , rumput kering berbentuk bulat comel ditiup sepoi-sepoi bahasa . sifar pemain futsal tegar . dek kerana dihambat bab-bab yang belum diterokai lagi .


sama juga yang selalu keluar ke pekan , pasti akan terperap ke bilik . bertapa menghafal segala buku teks di hadapan mata . ini tipikal . rasanya , ramai yang tahu atmosfera begini . tak perlu dihuraikanlah agaknya .





mungkin , di sini ingin tekankan dari segi gaya studi yang saya kutip daripada salah seorang saudara mara yang super dingin . ^_^ . gaya studi yang ingin dihuraikan ialah penghafalan . bagaimana anda menghafal? setiap manusia yang punya keturunan berbeza ada pelbagai cara tersendiri .


jaga pemakanan . sudah tentu . makan kismis . balun kurma . memang makanan ruji harian dah setiap hari . tercongok atas meja studi . buat snek untuk tidak buatkan mata lelap dan mengantuk . alhamdulillah , sunnah nabi .


bikin peta minda . dengan warna yang cantik juga bisa merangsang otak untuk ingat lebih bagus . jarang sekali lelaki seperti saya yang bikin peta minda , yang ramainya perempuan lah yang suka beraktiviti begini . jika ada yang lelaki bikin peta minda , memang dia seorang lelaki yang rajin . wah .


ya , ada pelbagai cara lagi . namun , apa yang ingin dikongsikan rasanya mungkin ada juga yang tahu . err tak kisahlah bukannya nak kongsikan gadjet atau ubat yang bisa kuat ingatan . ia berkenaan menghafal dengan cara mengajar orang lain .





zaman sekolah dulukala , ada sistem studi yang memperkenalkan sistem tutor yakni mengajar pelajar yang lemah dalam subjek tertentu . serius , ini sangat membantu . kenapa?


tatkala , kita hadir ke kuliah , kita sudah sematkan diri belajar kerana Allah . ya , sebut basmalah ketika itu . daaaaan....dan jangan lupa tambah lagi satu niat , belajar kerna ingin berkongsi dengan rakan-rakan . hah sebab apa , satu tika kita sudah berniat mahu mengajar kawan-kawan yang mungkin kurang faham , kita akan berasa lebih bertanggungjawab untuk fokus dalam kuliah .


manusia akan buat satu perkara demi untuk berasa dia penting . itu fitrah . jadi , apabila ada teman yang mengadu kurang faham akan subjek fizik . kita akan bekerja keras untuk menghadam formula fizik yang melekat di muka buku teks tebal warna jingga demi untuk membuatkan si teman itu faham . sekaligus , si teman itu akan menyanjung kita dan buatkan kehadiran kita penting dalam diri si teman . wah , kembang hidung dapat ajar orang .

soal ujub , riya' dan takbur itu tolak ke tepi sekejap . itu soal hati . manusia mana boleh tengok hati manusia lain . tuhan sahaja yang bisa tengok . jadi , janganlah hakimi seorang lelaki atau perempuan yang selalu dihujani pujian kerna banyak membantu rakan-rakannya .





bersangka baiklah .

 dengan mengajar orang lain , kita akan berkerja keras mengingati kembali ( recall ) apa yang pernah diajar dalam kuliah . kita akan kembali membelek setiap halaman buku teks demi untuk membantu rakan yang kurang faham . maka , di situ ingatan kita akan sentiasa segar dan hangat di kepala . lagipun , ada unsur mutualisme di sini . kita sama-sama bergantung antara satu sama lain .

 yang tak faham akan jadi faham . yang faham akan lebih ingat apa yang dia faham . dan ianya akan berterusan jika ada satu pihak itu terus berkongsi ilmu .


lantik lah beberapa tutor daripada kalangan rakan anda yang pandai , bertanya dan berkongsi ilmu apa yang diajar di kuliah masing-masing . janganlah pula , yang pelajar yang sudah terasa pandai itu bikin bisu pula . janganlah berkata tidak tahu semberono tanpa mencubanya dek kerana takut rakannya merampas kedudukan dekan . aish .


“Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda: “Sesiapa ditanya tentang ilmu yang dia ketahui, kemudian dia menyembunyikannya, dia akan dikekang dengan kekangan daripada api neraka pada hari kiamat.”

(HR Abu Daud dan at-Tirmizi)




tika mereka yang kurang faham datang mengetuk pintu bilik , sambutlah mereka dengan muka yang bersungguh untuk membantu mereka . hidup ini kaya dengan mutualisme . kau bantu aku faham , aku bantu kau ingat lebih lekat .


dengan berkongsi ilmu , kita tidak akan berasa sedikit rugi pun . rakan kita juga . jika punya agama yang sama , saudara seagama juga . hidup dalam komuniti yang sama . lahir di tanah air yang sama . tambahan , ini salah satu amal yang bikin hati yang korup dengan legam bisa jadi putih berseri . untuk kubur kita juga .


selamat berusaha .

Daripada Abu Musa al-Asy’ariy RA katanya, “Apabila Nabi SAW didatangi kepadanya oleh orang yang memerlukan pertolongan, Baginda menghadap kepada sahabat-sahabatnya yang sedang duduk bersamanya lalu bersabda: Bantulah dia nescaya kamu akan mendapat pahala, dan Allah akan menyempurnakan atas lidah nabinya yang disukai (dalam riwayat lain apa yang di kehendakinya).”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Allahuma najihna fi kulli imtihan

























































































































































Dekat di hati



Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani




tika kau ada selimut , kau berkongsi dengan orang lain
tika kau ketawa gembira , kau berjenaka dengan orang lain
tika kau sedang berteman , kau berpaling kepada orang lain


tapi ,
tika waktu kau tiada selimut , kau minta daripada aku
tika waktu kau gusar dan tidak semangat , kau minta aku beri motivasi
tika waktu kau kesepian , kau minta aku mengangkut beg sandang kau

setiap manusia itu memahami rasa apa yang dirasa oleh tuhan mereka . itupun jika mereka menjadi golongan yang berfikir .

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad SAW) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka memenuhi(perintah)-Ku dan beriman kepada Ku agar mereka mendapat petunjuk.” 

(Al-Baqarah : Ayat 186)

17 August 2012

Monolog 2



Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani




seorang pak cik tua itu bersegera ke saf hadapan . si muda itu juga berjalan ke arah saf hadapan . saf hadapan kelihatan mula penuh selepas iqamat diperdengarkan .


si muda : *menjeling-jeling melalui ekor mata ke arah pak cik


pak cik : *berdiri tegak , tidak berganjak-ganjak lagi


si muda : *melakukan pergerakan tangan , meminta pak cik itu rapat kepadanya . perasan masih ada ruang kosong jarak antara kaki mereka .


pak cik : *mengekori pergerakan tangan si muda , tapi cuma ekor mata


takbiratulihram berkumandang .


cerita saf hadapan kembali sepi .

p/s : berharap suatu hari nanti , badan ini bisa jadi gempal dan besar . doakan lah ya . oh , tapi doakan badan ini gempal yang sifar penyakit kardiovaskular dan penyakit bil tinggi . gempal yang dapat mencukup ruang kosong saf . 

16 August 2012

Dua kesukaan




Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani





manusia tidak bisa hidup dengan hanya bertemankan satu kegemaran . sangat mustahil bagi seseorang itu hidup dengan melakukan satu kesukaan . manusia itu diciptakan dengan pelbagai perkara rambang yang dia minati . pasti dia menyukai lebih daripada dua atau lebih perkara di dunia ini .

bagaimana saya mahu beri contoh ya ? ha , ada seorang manusia itu gemarkan makan nasi ayam berempah . tetapi , dalam masa yang sama dia juga gemarkan nasi lemak ikan bilis . begitu juga dengan minuman kegemaran . manusia pasti buat senarai kegemaran dalam buku tulis perang zaman sekolah dulu , untuk dibuat biodata comel dan lawan-lawan yang mana yang paling cantik .


saya juga tidak terlepas sama menyukai banyak perkara dalam dunia ini . dan sudah pasti tidak semua manusia berkongsi kegemaran yang sama . ada yang punya persamaan . dan ada pula yang berbeza . tegas di sini , manusia itu punya lebih daripada satu kesukaan bagi satu kategori atau kategori yang berlainan .


waktu sedang jalan malu-malu sambil rambut dihembus angin perlahan , sayup kedengaran suara yang tinggi tapi masih kejauhan . si ayah yang sedang berwajah bengis dan berjiwa bengkak . si anak pula tunduk yang pastinya menahan haba yang membara daripada wajah si ayah . daripada langkah yang sedikit , kemudian menjadi langkah yang banyak . ingin tahu itu sentiasa menggoda . tidak mengapa , niat mahu belajar . setiap masa itu ialah pelajaran .

'rokok ini haram . rokok ini membunuh . rokok ini membazir .'




tertangkap juga beberapa kata , daripada monolog si ayah dan si anak . si ayah mahukan si anak berhenti daripada terus menghisap rokok . marahnya bukan kepalang , mahu bergegar pagar besi berwarna biru . langit pun begitu riuh , mahu hujan agaknya . sesuai betul dengan 'mood' si ayah yang berwajah bengis . si anak tidak tunduk dan meninggalkan ayahnya . masuk ke rumah . angin bertiup kencang , mengisi ruang pintu yang di buka si anak . pintu ditutup kencang , tanda protes . tidak peduli . berwajah cebik sedikit . bijak sekali atmosfera ketika itu bermainkan peranan . sungguh sepadan dengan situasi .

yang malu-malu itu cuma berfikir . apa yang silapnya si ayah itu sehinggakan angin pun meniup lebih kencang waktu itu , menyokong si anaknya yang degil . apa yang kurangnya kasih sayang ayah yang penuh tersirat . si ayah itu apabila semakin kuat barannya menentang anak-anak mereka daripada berbuat jahat , semakin tinggi nilai kasih sayang mereka kepada anak-anak . namun , hal ini bukan sesuatu yang mudah untuk dicernakan bagi pemuda dan pemudi yang mentah lagi melihat dunia .

dua kesukaan hubungkan menjadi satu .

si ayah berteriak yang hukum merokok itu haram . segala firman tuhan dan hadis dikeluarkan sehingga berpeluh . untuk dibuat bukti keharaman kandungan sebatang rokok . pamplet percuma tentang bahaya rokok dipunggah keluar untuk mengatakan asap rokok itu membunuh . tidak lupa , kalkulator juga dikeluarkan demi melakukan kira-kira betapa ruginya ekonomi si anak .




namun , bagi si anak yang sudah tertelan asap yang banyak dan jumlah nikotin yang tinggi , tenggelam dalam parit darah merah lebih daripada bahan kimia berkhasiat , itu cuma sia-sia . saat ini kepahitan dosa itu terasa manis . rasanya sedap dan tiada siapa yang boleh meragut nikmat ini . diulang , seseorang tidak boleh mengutuk kesukaan orang lain . kerna itu , dia akan protes . dia akan bangkang walaupun hakikatnya ia tidak baik untuk diri sendiri . dia cuba untuk melindungi kesukaannya daripada orang lain yang jelas berbeza dengannya .

si ayah pula cuma mengeluarkan bukti-bukti yang menyokong hujahnya yang mahukan dirinya berada di pihak yang benar manakala si anak itu pula cuma berada di pihak yang kalah . itu tidak membantu . si anak juga punya ego . berusaha untuk melindungi kesukaannya . si ayah lupa untuk memberi solusi atau jalan keluar si anak daripada terus tertimbus lebih dalam lagi .

si anak seorang yang suka bermain bola sepak . dia bercita-cita ingin menjadi seorang pemain bola sepak profesional . itu salah satu kesukaannya juga . hobi yang seronok . rasanya sedap dan akan berusaha untuk melindunginya jika ada seseorang yang berbeza dengannya .

jadi , rokok dan bola ialah dua kesukaan si anak . daripada terus menghukum si anak dengan hujah-hujah yang tipikal , bagus juga kita mengaitkan dua kesukaan si anak ini . semestinya , sesuatu yang haram itu sudah jelas di mata seseorang manusia . cumanya , ia menjadi hiburan . seronok di pandang apatah lagi merasa di hati . ia sudah lekat . untuk memisahkannya , kita cipta dilema dan berbuat mereka fikir antara dua kegemaran mana yang paling mereka utamakan .




misalnya , si anak mahukan kariernya sebagai pemain bola sepak . sudah pasti dia perlu meninggalkan rokok demi meningkatkan staminanya dan disiplin dalam permainan bola sepak . ia menjadi satu dilema yang bukan kepalang . setiap kesukaan itu berkait antara satu sama lain .

lihat juga , budaya mewarnakan rambut . seseorang gadis itu gemar bertukar warna rambut mengikut musim . namun , di saat itu ada seorang lelaki yang begitu dia cintainya dan syarat utama untuk bernikah ialah menukar tabiatnya yang suka mewarnakan rambut . dan ini menjadi dilema bagi si gadis . dia akan berfikir sehabis baik untuk memilih yang mana satu yang lebih baik untuknya .

dalam proses dilema itu , sokong dan bantu mereka . dengar dengan wajah simpati dan bukannya mengeluarkan hujah yang kita ini betul selalu . adakalanya , hidup manusia itu bukan setiap daripada mereka dilahirkan untuk belajar di sekolah pondok . ada juga yang lahir daripada lorong-lorong .

kita yang berusaha cuba untuk membentuk tetapi tangan tuhan lah yang dapat menyentuh hatinya . semoga kita tabah dan ingat yang kita cuma manusia .

Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)? 

surah ad-Dhuha : 7











































15 August 2012

Monolog

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani




situasi dalam bas yang sedang bergerak laju


si gadis yang peramah tertenung si lelaki yang kacak yang sedang duduk di sebelahnya , tapi dipisah dengan ruang berdiri yang kosong .


gadis : ( apalah letak beg sandang atas riba , jatuh kekacakkan anda ) *dalam hati


lelaki : *perasan dipandang si gadis yang peramah . ya boleh saya bantu cik . *muka tak selesa


gadis : eh tak adalah . *wajah kemerahan . saya cuma rasa beg awak perlu diletak ke bawah lantai . letih paha awak nanti .

lelaki : eh , tak boleh . saya sayang beg ni . * muka tenang

gadis : ( heh , sayang . muka macho tapi ada jiwa keperempuanan ) *muka sedikit kecewa campur muka berkerut aneh

selang beberapa minit , lelaki itu mengeluarkan al-Quran daripada beg di atas ribanya . dan membacanya dengan nada yang perlahan bagi mengelakkan penumpang di sebelahnya tidak terganggu .

p/s : cerita santai . seronok juga kadang-kadang duduk di bahagian belakang bas . dapat melihat ramai rakyat .









11 August 2012

Gadis berniqab

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani





ada satu hari , mungkin beberapa bulan yang lepas . saya pergi ke pesta buku di negeri saya diami . pesta buku itu betul-betul berdekatan dengan kawasan rumah , maka ia akan menjadi satu jenayah kecil jika tidak mahu berkunjung ke sana sama ada mahu membeli buku atau sekadar bercuci mata melihat halaman depan buku .


saya membawa wang sekadar yang cukup untuk beli tiga buah buku . selalunya , saya akan merancang . menulis senarai buku yang mahu saya beli bagi mengelakkan pembaziran , tetapi tidak pada hari itu . saya spontan keluar ke pesta buku tersebut . dan ada beberapa buku yang berjaya menarik mata saya untuk menghulurkan tangan saya , membelek beberapa muka surat untuk memastikan buku itu enak dibaca .


tika sedang memerhati beberapa lagi buku yang enak , saya bertentang mata dengan si gadis yang berniqab . ia buat sendi kaki saya pegun mengejut . statik . tapak selipar merah hangat melekat di jalan tar . masa berputar kelihatan lama , dan tanpa saya sedari mata saya sudah pun bertembung dengan tangan saya mengeletar yang ketika itu sedang menyelak beberapa halaman sebuah majalah .

dia memakai warna kehitaman yang sedikit kontra dengan warna kulit cerahnya . matanya dibiar jelas di buat tontonan awam ( tentulah , dia berniqab ) . pakaiannya labuh tetapi dapat dianggarkan saiz badannya tidak menampakkan tidak terlalu berisi . dapat diagak usianya seakan sebaya-baya dengan pelajar matrikulasi . ya , masih muda . ( jangan tanya saya bagaimana mata ini boleh deskripsi yang kemas tentangnya =_=")


saya mengintai-intai di balik majalah yang besar saiznya dan sedikit tebal . ( berat juga ) dia seakan-akannya tidak memberi respons seperti saya yang tersipu-sipu . dia menyelak beberapa buah novel dan menunjukkan wajahnya yang teliti seolah-olah sedang memberi tumpuan yang penuh terhadap pembacaannya . wow , saya tak tahu nak cakap bagaimana mahu beri deskripsi berkenaan atmosfera pada ketika itu . ia buatkan saya berdebar-debar . saya ingat peluh mengalir laju tapi bukan terkesan daripada cahaya mentari petang . yang pasti saya tersipu-sipu melihatnya melalui ekor mata . sesungguhnya , mata saya sangat letih dek kerana tidak mengamalkan fungsi penglihatan yang sebenar-benarnya . oh .





saya tak tahu apa yang menariknya . dia si gadis yang menutup sebahagian wajahnya . maka , saya tidak dapat katakan wajahnya itu memikat hati dan membuatkan saya berlari dengan kencang bersama muka malu-malu . dia ada menimbulkan rasa yang buatkan saya tersipu-sipu melihatnya . gadis itu ada tarikan tapi jelas tarikan itu bukan ada pada wajahnya . ( matanya buatkan saya berpinar-pinar =_=")


saya masih mencari apa yang menarik berkenaan si gadis ini yang membuatkan jantung saya berdegup kencang dan berpeluh lebat . tubuh badannya ditutup labuh dan kemas . pakaiannya tidak menarik perhatian sepertimana pengunjung-pengunjung lain . saya masih tak tahu . apa yang saya tahu , dia menutup anggota badannya dengan sempurna . ( maka , tiada persembahan 'cuci mata' secara percuma )

dia masih lagi khusyuk membaca . sifatnya jauh sekali untuk saya tahu kerna dia orang asing yang tidak pernah wujud dalam kehidupan saya lebih dalam sehari . jadi , saya menggambarkan dia seorang yang sopan santun , pemalu dan lemah lembut . mata ini memang kadang-kadang silap juga memberi tanggapan pertama , tetapi saya senang hati dengan tanggapan begitu . hati ini begitu berbunga-bunga walaupun dada sudah mahu meletup .

namun , apa yang kita ramalkan selalunya perkara yang berbunga-bunga pasti akan terkubur . akal saya yang menari-nari dengan rentak riang , berkecamuk dengan derita . hati ini berkecai . dada ditekan-tekan kuat sehingga sukar bernafas . tetapi wajah ini berjaya dikekang daripada memberi reaksi supaya tidak sejajar dengan penangan sistem biologi tika itu .

' bang , bang ' panggilnya kepada seorang lelaki yang tinggi . jelas sekali nada itu bukan khusus untuk panggilan si adik kepada abang . ya , suara itu buat hati ini yang sebentar tadi berimaginasi terbang ke langit , jatuh semula menghempap ke bumi . kepala pula yang jatuh dahulu . sakitnya .

dia merangkul tangan besar dan panjang milik lelaki tinggi . ( sambil tengok tangan sendiri ketika ini ) berlalu pergi sambil memegang novelnya yang sebentar tadi dibaca dengan khusyuk .

kaki ini tidak melekat sebaliknya malu-malu meninggalkan arena 'perasan' seorang lelaki . ya , di saat kita mula bermimpi tinggi-tinggi , sakitnya jatuh ke lantai perhimpunan sekolah agak pedih juga .




ada orang kata menyukai seseorang insan itu tidak terhad pada wajah yang jelita dan tubuh badan yang cantik . menyukai seseorang perempuan itu sebahagian daripada misteri yang tidak dapat dipastikan . ada masanya kita terlalu kagum , dan ia akan berlalu pergi dengan perasaan jemu .

tarikan yang ada pada gadis berniqab bukanlah terletak pada kecantikan matanya yang tergantung di celah kain yang melitupi labuh tubuhnya . tapi , ia menggiurkan bagi pemuda yang mahukan kehidupan yang tenang di peringkat yang seterusnya ; nikah .

apa yang menariknya ? dia patuh kepada syariat . dia taat dalam beragama . dia menonjolkan sisi yang lembut daripada segi pandangan seorang lelaki . dan yang pasti dia memakai pakaian perempuan yang baik .

siapa tak nak jadi lelaki baik bukan , jika sudah nampak perempuan yang baik ?

p/s : sesungguhnya saya rasa letih bila jumpa gadis-gadis berniqab . kena lari lebih laju selepas ini =_=" .

Mimpi

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani







mimpi penggerak langkah . seandainya manusia itu sudah tiada mimpi , dia sudah lumpuh . lumpuh bukan pada sendi-sendinya , tetapi lumpuh pada pemikirannya .




ramai kanak-kanak apabila ditanya mengenai cita-cita , mereka buntu . ianya sesuatu yang samar-samar . mereka punya impian yang jelas tetapi tidak punya usaha ke arah itu . tak boleh salahkan mereka . mereka masih mentah . mereka belum matang dek kerana usianya yang masih sedikit .


' saya nak jadi pemain bola sepak profesional '


' besar nanti nak jadi doktor lah'


'nak jadi tentera , nanti boleh pegang pistol'


tika masih kecil , saya bermimpi mahu bersampan di langit biru . sampan yang punya kepak yang besar dan panjang . dan ada bilah yang berpusing laju untuk melayang terbang tinggi ke awan putih . mimpi saya jelas dan saya mahukan ia keluar menjadi realiti lebih daripada sekadar imaginasi . mimpi itu tinggi dan buatkan saya teruja untuk mendakinya . biar lelah asalkan dapat berusaha ke puncaknya .

namun , itulah . apa yang kita mahukan , terlalu mahukan dalam dunia ini , kita tidak punya mimpi itu di tapak tangan kita sendiri . sebaliknya , mimpi kita jatuh di tangan orang lain . mereka melompat gembira . gembira berada di puncak yang kita sedang daki . kita pula jatuh ke gaung . perancangan itu hanya terletak dalam diri kita tetapi yang maha besar itulah yang memiliki segala keputusan bagi setiap rancangan .

diam dan angguk . mungkin ini bukan mimpi yang dapat sampai ke puncak . puncak indah yang diratai tumbuhan hidup hakiki . 

cuma sekadar bermimpi belum cukup untuk menghasilkan realiti . usaha ke arah itu perlu kuat . proses mendaki itu perlukan ilmu yang luas dan perlu ditimba berterusan . adakalanya , kita akan tergelincir sedikit dek kerana tali yang lemah , tali persahabatan yang kurus . kita perlukan ikutan dan contoh terbaik untuk menambah semangat dan motivasi sepanjang pendakian .

suhu semakin rendah , membelit ruang udara . nafas ini akan lemah . namun , hati masih kuat untuk bermimpi . percayalah , yang berada di puncak itu masih mengintai-intai . menunggu sambil tersenyum manis . menghulur tangan mereka untuk menarik kita berada di puncak yang sama .

mimpi yang jelas . usaha yang terang . mari mendaki .

ya Allah , sesungguhnya aku mohon keredhaanMu dan SyurgaMu dan aku berlindung daripada kemurkaanMu dan NerakaMu .

06 August 2012

Aku penat

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani





aku dilahirkan sebagai seorang lelaki yang kurang bercakap . saudara mara dan sahabat handai panggil aku , pemalu . pendiam . aku sendiri tak tahu . kenapa aku kurang bercakap , mungkin aku tiada idea . mungkin aku rasa malas nak bercakap . tetapi , aku tidak lah terlalu lemah dalam bersosial dan berkomunikasi . teman-temanku agak ramai , pelbagai ragam . namun , itu rencah . ia buatkan aku tidak keseorangan . dan buatkan aku seorang encik yang berbeza dengan encik-encik lain .

aku dilahirkan di kawasan yang penuh dengan orang peramah . dan aku juga hidup sampai usia ini penuh dengan orang yang gemar bercakap . otak aku mudah letih untuk berfikir idea apa yang perlu dibualkan . aku banyak mendengar daripada bercakap-cakap sebagai tanda memberi respon . orang kata menjadi pendengar agak sukar , tetapi itu lah yang paling mudah bagi aku . aku cuma menerima dan kadang-kadang jiwa tipikal seorang lelaki akan memberi solusi bagi setiap masalah yang diterima dan adakalanya , aku cuma membuat muka simpati .

aku suka jalan bersendirian tetapi aku suka lihat lelaki yang jalan berkumpulan . ia menggembirakan . aku lebih memilih mengulangkaji pelajaran keseorangan berbanding belajar secara berkumpulan . tetapi , adakalanya jika berhadapan soalan-soalan yang sukar , aku akan bertanya kepada rakan-rakan yang bijak . aku suka bergaul dengan manusia yang punya sama minat dengan aku . selalunya , orang begini akan aku luangkan banyak masa dengannya .

aku seorang lelaki yang kuat bergurau . kadangkala , gurauan aku terlalu kasar sehingga menghiris hati . mungkin , aku memang sejak kecil lagi bergaul dengan manusia yang berjiwa kacau . haha . maaf , bagi aku , mereka bukan bermasalah .

aku kuat berkhayal . abiliti ini hakikatnya banyak memberi liabiliti . sukar untuk aku memberi konsentrasi dalam pelajaran . jadi , aku nampak seperti lelaki yang sangat rajin mengulangkaji pelajaran sehingga lewat malam . imaginasi aku sangat aneh . sehingga buatkan aku hidup di alam yang aku cipta sendiri . jadi , maaflah jika ada yang memanggil-manggil nama aku tetapi aku tidak memberi respons . ini kelemahan yang sangat besar . dan itu juga salah satu kelemahan yang sangat lucu . maaf .

muka aku mudah tersipu-sipu . maaf . ini pun lucu . lucu yang menjelikkan . tika bersua dengan beberapa perempuan bertudung manis , laju sahaja sel darah merah menerpa laju ke pipi . aku cepat penat jumpa mereka . jantung aku berdegup dengan sangat kencang . aku banyak berpeluh . tangan aku jadi sejuk . aku tak suka begini . aku penat . dan biasanya , aku akan elakkan diri daripada berjumpa mereka . namun , dalam hidup aku hingga sekarang , aku selalunya penat . =_="

maaf , aku mempunyai banyak betul perbezaan . muka aku agak dingin . ada orang kata muka orang yang bersahaja . aku rasa luaran aku langsung tidak mempamerkan dalaman aku . aku kuat gementar . ya , sekali lagi , memang memenatkan . apabila gementar , muka aku berkilat macam disapu minyak kelapa sawit . aku tak suka hal ini berlaku . kerna , orang yang lalu lalang sebelah aku , akan membetul-betulkan tudung mereka . umpama muka ini ibarat cermin yang berkilat . oh .

aku tak berapa kacak . dan aku tak nak ulas muka aku .

kepada mereka yang mengenal dan pernah berjumpa dengan aku . aku berharap muka dan identiti aku biarkan dirahsiakan . biarkan kita sahaja yang ada rahsia ini . jujur , aku takut . aku bukan orang yang dijangkakan . dan bila aku rasa takut , aku akan rasa penat . maka , janganlah buat aku penat . sungguh terseksa rasanya .

p/s : seronok pula tulis deskripsi watak bernama 'aku' ini .

04 August 2012

Jika hati ini sebuah kompas

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani





jika hati ini sebuah kompas
letakkan kompas itu baik-baik di tangan mu
biarkan ia sedia di permukaan rata
jangan engkau sentuh jarum ini dengan jari-jari manis mu
nanti jarum itu terpinga-pinga
berlari-lari malu meninggalkan darjah

bawakan ke arah yang tepat
berjalan depan ke belakang
untuk pastikan jarum itu tidak terkebil-kebil lagi
menunjuk arah yang benar
jika hati ini sebuah kompas
engkau sebagai utaranya

Suatu hari nanti

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani







satu hari nanti , berharap ada sebuah kota yang tidak punya minat dalam menggali duit . mata wang mungkin tidak akan dipandang . kekayaan cuma biasa-biasa kerna ia bukan matlamat untuk dijadikan perlumbaan . emas bukan untuk dibuat tontonan dan kertas bermuka gabenor itu akan hilang serinya . dan pada masa itu , lelaki itu akan melupakan kerjaya yang butuh wang untuk diisi penuh ke poketnya . desperasi hilang . materialistik , perkara lampau . tiada korupsi . tiada fragmentasi kejahilan yang lahir daripada akar wang .

suatu hari nanti , lelaki yang tidak punya tekanan mencari kerjaya-kerjaya yang memberi mewah ,sebaliknya akan mengeluarkan peluh daripada kesan ototnya yang gembira bekerja . tanpa ada tekanan yang buat masyarakat ketika dahulu kala penuh penindasan . hari-hari itu penuh nyanyian riang . hidup bersama watak-watak hasil daripada tunas yang baru .

bau kopi pekat mengusik hidung yang lalu lalang . sebuah kedai kecil yang berwarna putih . tinggal seorang lelaki si pembancuh kopi . hobinya berkebun waktu pagi yang disimbah mentari sihat . pulang ke rumah bersama van mini yang membawa mesin pembancuh kopi . dibuat kongsi aroma itu bersama jiran . penawar lega untuk kesan ekstasi gembira yang berlebihan waktu siang tadi .

suatu hari nanti , jiran-jiran tidak memerlukan apa yang sempurna pada seorang lelaki pembancuh kopi . mereka tidak terliur pun untuk merampas empat biji tayar hitam van mininya . mereka tak pernah fikir pun untuk berbuat begitu . sama juga seperti lelaki si pembancuh kopi , dia tidak ada nafsu untuk mengambil baju kemeja hitam milik jirannya yang berkumis dan berjanggut nipis .

kebunnya menghijau di bumbung rumah . aneka bunga perlbagai warna , meriah mencorakkan kanvas pemandangan di tingkat atas . tinggal beberapa ekor lebah yang menumpang untuk dibuat tuai madunya . burung-burung singgah untuk bersiul , mencipta atma tenang . melariskan lukisan yang pandai bernyanyi gembira . tiada graviti kebosanan yang menarik muka . di sini hanya ada graviti yang sifar . terbang , memuja ciptaanNya .

ini kisah suatu hari nanti , cuma satu harapan yang dibuat dalam ruang imaginasi . segalanya bermula dengan suatu hari nanti . kehidupan tanpa berus warna harapan , tidak mampu untuk melakar panorama yang indah . dan suatu hari nanti , apa yang ada ini , harapan . akan hilang . kembali kepada yang asal . ya , suatu hari nanti . pulang semula .

01 August 2012

Taman sahaja

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani





seekor burung itu terbang cemerlang di hamparan kanvas biru yang terapung di atasnya . meraba-raba bumi dengan pandangan mata burung , mencari ruang-ruang kebaikan . cacing yang mana akan dijemput untuk bersamanya terbang riang ke sarang sayang . bulu-bulu pelepahnya gugur berterbangan ditiup angin langit . menghinggap pada dahan besar . menikmati usia yang tidak lama , berehatnya cuma mengintai-intai ada lubang yang terisi penuh anugerah .

matanya membelek-belek sekitar taman yang penuh warna hijau dan sedikit kekuningan di sebelah timur . bunga-bunga tampak belum matang usianya lagi . masih mentah . menanti-nanti waktu yang cukup untuk memberi indah panaroma sebuah taman hikmah . ada sebatang pokok yang sudah tua usianya , namun gagah dan teguh . menjadi perhiasan utama . akarnya kuat mencengkam dan daunnya cukup rimbun . teriakan matahari yang menggila membentuk serangan ke pori-pori . dan di situlah perisai tubuh . payung semulajadi . menjadikan kawasan rehat bagi organisma-organisma .

encik lebah yang datang ingin menghirup madu , dicutikan sementara waktu . menanti bunga yang belum selesai menjadi yang baik . masa untuk bersalam-salaman . masa untuk berterbangan gembira di lautan rumput . mencari kenangan yang manis untuk dibuat kenang-kenangan . memperbetulkan segala kesilapan tika di sarang . bersama-sama mencari kemanisan yang lebih manis daripada madu .

oh , hari ini penuh watak-watak kumbang yang beristirahat di bawah dedaun hijau . menanti awan putih , menahan silauan mentari . hari yang bertuah untuk kumbang berkomunikasi antara satu sama lain . mencari persamaan yang selama ini berbeza . keluarga yang mana akan menjaga makanan . membaiki sarang . bernyanyi riang . mencari sepakat pada waktu yang sangat sementara .

carilah dia . carilah teman . carilah encik cacing yang sangat pemalu . sangat pendiam . duduk di bawah tanah kerna bimbang dengan dunia luar akan memberi sakit kepada jiwanya . berjiran pula dengan inche semut yang banyak bercakap . sangat peramah . aktif bekerja . sedang rajin mengecat busut . lelahnya tadi berbaloi , stok untuk musim hujan cukup untuk buat kongsi . mengutamakan yang perlu lebih daripada hendak .

di manakah taman yang penuh sketsa , hijau yang bagaimana rumputnya . luas yang mana bagi sebuah taman penyayang itu . besar dan tinggi sebatang pohon itu , masih penuh kah daunnya . hidup penuh ilham . jangan berhenti memandang yang sedikit kerna yakin yang nilainya itu tidak berharga . hargailah apa yang ada . yang ada inilah harapan . harapan inilah yang akan buat sendi menabur bakti .

percaya kepada yang benar . hidup dengan kepercayaan yang benar . bersyukur dengan ketidaksempurnaan , dan yakinlah yang sempurna itu akan selalu bersama . pasti . titik .

30 July 2012

Hati , kebaikan yang spontan

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

“Ketahuilah bahawa di dalam tubuh manusia ada segumpal daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila segumpal daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah bahawa itu adalah hati.” 

(HR Bukhari dan Muslim)




lelaki yang baik dinilai daripada segumpal daging yang bernama hati . hati bukanlah organ yang menyahkan toksik dalam badan yang sedang dibicarakan sekarang , ia hati yang tidak kelihatan . organ ghaib . organ yang memberi kita gelaran lelaki baik .


lelaki yang baik ialah lelaki yang bertakwa . takwa itu takut terhadap Allah . takut untuk meninggalkan perintah Allah dan takut untuk melakukan laranganNya . dan takwa itu disimpan kemas-kemas di dada manusia . di dalam hati . hati yang ghaib .


rupa seorang lelaki baik itu bukan diukur daripada fesyen islaminya . berjubah putih , berserban , bercincin , berjanggut dan memakai wangi-wangian . belum cukup lagi untuk diberi markah tinggi , mendapatkan gelaran lelaki baik . markah yang paling tinggi ialah terletak pada bersihnya hati lelaki itu . betapa hebatnya takwa yang disimpan di dalam hatinya . itu lah menentukan gred cemerlang untuk menggapai gelaran lelaki baik .


namun , tidak dinafikan juga pemakaian baik-baik ini memberi sedikit manfaat untuk membersihkan hati . kerna dengan berjubah , berserban , bercincin , berjanggut dan memakai wangi-wangian mampu mencipta 'driving force' ( daya memandu , eh) . kebaikan yang telah ada pada luaran mampu 'memaksa' seseorang itu supaya menjaga matanya . menghalang kakinya . menahan tangannya .





kerna apa? luarannya sudah comel maka di situ bermulalah proses pembersihan hati . namun , tidak juga mencukupi sekadar pemakaian yang comel begitu mampu membersihkan hati , ia juga perlu disokong dengan amalan-amalan yang disukai oleh Allah dan manusia di sekeliling .


hati yang baik -----> lelaki yang baik

“Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta kalian, dan akan tetapi Ia memandang kepada hati dan amalan kalian”.

 (HR Muslim)





*************************************************


ada seorang lelaki yang masuk ke dewan makan bersama teman-temannya . berjalan dengan muka yang senang hati di kala waktu itu baru usai menjawab soalan matematik tambahan yang susah . hampir pecah kepalanya menyelesaikan soalan itu selama sejam lebih . dan akhirnya dia berjaya memberi jawapan . oh , senangnya hati .


di hadapan pintu dewan makan , terdapat seekor kucing berbulu lebat dan cantik warnanya , berbelang-belang hitam putih . mungkin banyak makan ikan yang selalu diberi oleh pelajar-pelajar di situ yang kurang gemar makan ikan goreng . dia lelap sebentar setelah kenyang untuk menghadam isi putih ikan goreng yang diberi pelajar perempuan bertudung manis .


tanpa disedari , lelaki yang berwajah senang melalui pintu masuk dewan makan dan......terpijak ekor kucing yang berbulu cantik . sel reseptor sakit mula bercambah menghantar impuls ke saraf otak si kucing cantik dan dihantar semula ke kaki depan dan kaki belakang si kucing yang cantik .


kaki belakangnya melompat tinggi dan kaki depannya bersiap dengan kuku yang kemas untuk memberi cedera kepada si lelaki yang berwajah senang . si lelaki yang masih lagi bertemankan atmosfera gembira-gembira , mula memberi refleks . beralih ke atmosfera kejutan yang penuh errr errr kejutan dan kejutan . kakinya juga dilambung tinggi dan dia melatah kuat sehingga penuh gegar dewan makan itu .


laungan perkataan itu kuat terpacul daripada mulutnya kerna terkejut dengan aktiviti 'memijak ekor kucing dengan tidak sengaja' . si kucing yang cantik itu menolak kaki belakangnya untuk beredar dengan pantas . seluruh warga asrama memandangnya dengan muka yang ketat .

muka yang jelik . muka yang mahu mencebik si lelaki itu . juadah makan tengah hari yang masih tersisa di tangan warga asrama itu mula tidak diendahkan . sebaliknya , masing-masing melihat muka si lelaki yang baru terpijak ekor si kucing yang cantik .




' oh ,tuhan ! apa yang aku cakap tadi ? ' kata si lelaki yang masih lagi dalam atmosfera kejutan .


************************************************************

Sabda Rasulullah s.a.w sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Muslim:


“Bersungguhlah melakukan apa yang mendatangkan faedah kepada engkau, mintalah pertolongan kepada Allah dan jangan merasa lemah.”

perbuatan dan percakapan bagi seseorang lelaki itu menggambarkan isi hatinya . andai perkataan yang tidak elok itu terpacul keluar secara spontan , mungkin sahaja perkataan itu selalu dilazimi oleh setiap hari dalam kehidupan kita . andailah laungan kalimah tauhid yang diluahkan secara spontan , maka itulah tandanya hati seseorang lelaki itu mula bersih .




Allah sentiasa memberi kita ruang-ruang untuk kita berbuat kebaikan tanpa kita sangkakan . seorang nenek yang sedang membawa banyak barang yang ingin melintas jalan . dan ketika itu ada seorang lelaki yang masih punya otot dan sendi yang sihat . adakah hati ini terdetik ?

adakah hati ini terfikir apa yang perlu dilakukan ?

adakah hati ini terdetik melihat al Quran ?
adakah hati ini terdetik melihat manusia yang lapar?
adakah hati ini terdetik melihat hujan ?
adakah hati ini terdetik melihat kanak-kanak yang penuh darah ?

menangiskah mata yang ada dalam hati ini ? adakah sudah ada air mata yang lahir dalam hati ? sudah bersihkan hati ini ?



رَبَّÙ†َا Ù„َا تُزِغْ Ù‚ُÙ„ُوبَÙ†َا بَعْدَ Ø¥ِØ°ْ Ù‡َدَÙŠْتَÙ†َا ÙˆَÙ‡َبْ Ù„َÙ†َا Ù…ِÙ†ْ Ù„َدُÙ†ْÙƒَ رَØ­ْÙ…َØ©ً Ø¥ِÙ†َّÙƒَ Ø£َÙ†ْتَ الْÙˆَÙ‡َّابُ


"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.


surah ali-Imran : 8





hati yang bersih tidak akan ragu untuk memberi . dan hati itu akan terus memberi secara automatik setiap kali hati itu terdetik . hati yang bersih ini selalu terdetik untuk bercakap dengan cara hati yang bersih . dan untuk melakukan perbuatan dengan cara hati yang bersih .

hati yang bersih ialah hati yang telah diberi sakinah . hati yang penuh kebahagian . tiada tekanan melihat duit dalam akaun bank hilang secara tiba-tiba . tiada rasa sedih melihat yang tersayang pergi buat selama-lamanya . tiada rasa untuk berbuat bertentangan dengan kebaikan .

hatinya dijaga dan nafsunya berada dalam kawalan yang cemerlang . hatinya penuh kalimah tauhid . hati yang bersih selalu beroperasi secara automatik dalam memberi kebaikan . automatik tangannya untuk menghulurkan bantuan kepada yang susah . automatik mulutnya untuk berkata yang baik-baik dan diam .

dengan punya hati yang bersih , segala organ luaran juga menjadi bersih . tatkala , dalaman itu sudah cantik , pastilah luaran itu menjadi comel .

berbahagialah jiwa yang tenang itu .


23 July 2012

Kerja keras + Minat + Kemahuan --> Faham + Seronok + Konsisten

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani






dapat inspirasi daripada anak-anak murid saya . secara spontan keluar daripada mulut , dan akhirnya , saya jadi malu-malu tika memutarkan kembali kata-kata itu . sungguh tajam sehingga terbatuk-batuk . uhuk uhuk =_="

"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah SWT baginya akan kebaikan, nescaya Allah SWT akan memberinya kefahaman dalam agama" 

[HR Bukhari dan Muslim]


kenapa segelintir kanak-kanak tidak suka belajar ? 

sebab mereka tak faham . diulang , mereka tak faham apa yang mereka belajar . dan apabila sudah tidak faham , datang rasa bosan . dan kemudiannya , dia mengeruhkan kebosanannya dengan bermain permainan digital dan menonton televisyen .

ia macam kali pertama saya bermain bola keranjang . saya tak tahu bagaimana untuk membuat balingan bola keranjang dengan betul . hasilnya , jaring statik . bola ke longkang . dan jemu itu mula datang dan bosan menguasai akal . berhenti bermain dan terus menonton rancangan kartun waktu petang .

apa yang mereka perlukan ialah kefahaman dalam melakukan sesuatu . tanpa faham akan menjadi satu masalah dalam pelajaran matematik . ia akan menekan-nekan minda kita untuk cuba menjawab soalan yang kurang kefahamannya . dan hasilnya , kertas dibuat roket . pen entah ke mana . tahu-tahu sudah berada di hadapan skrin komputer .





apabila sudah faham , segalanya menjadi mudah . tika kita sudah tahu membuat balingan yang betul lalu mendapat jaringan . kita akan rasa seronok . dan mula gembira untuk bermain secara berterusan . sama juga seperti menyiapkan kerja sekolah matematik dengan keadaan yang faham . segalanya menjadi 'kacang' dan aktiviti menyiapkan latihan pun menjadi lebih seronok .

kerna apa? kerna sudah faham . sudah faham dengan sesuatu .

lalu bagaimana untuk mendapatkan faham ?

mudah sahaja . kerja keras . mudah bukan ? mudah di bibir . tetapi , sukar di sendi-sendi . oh !

seseorang itu bagi mendapatkan jaringan yang betul , tepat masuk ke dalam jaring perlukan usaha yang sangat kuat . setiap hari kena turun gelanggang . jangan mudah putus asa . sentiasa berfikir dengan perkara-perkara yang baik .

pokoknya , segala perbuatan itu perlukan kuasa . ya , kuasa kemahuan . yang datangnya daripada akar yang sama . iaitu minat .

jika anda cuba mahukan sesuatu , ia perlukan minat untuk membentuk mahu . apabila minat telah berjaya dipupuk secara tak langsung kemahuan itu akan berjalan seiring . menaik dengan perlahan . dan , akhirnya kemahuan itu akan menguasai otot-otot untuk terus-berterusan beramal sehinggalah kita berjaya mencapai kefahaman . apabila seseorang itu sudah faham , keseronokkan untuk beramal secara konsisten tidak akan menjadi halangan .

ya , sekali lagi . mencipta minat menjadi masalah . minat bisa dipupuk dengan cuba-cuba terhadap sesuatu . buatlah percubaan dahulu menyiapkan soalan-soalan matematik . namun , jika tidak kuat , carilah role model sebagai seseorang yang perlu kita contohi . dengan itu , kita akan mula mencambahkan minat untuk mengeluarkan pucuk kefahaman terhadap sesuatu .


maka selepas ini , kenapa cepat rasa bosan dengan ibadah-ibadah , jawapannya sebab tidak ada kefahaman . manakan tidak , baca al-Quran pun tidak faham maknanya . tiadalah rasa , melainkan cuma lagu . mereka menangis , di sini terkebil-kebil .

dengan tercapainya faham dalam melakukan ibadat , manis itu akan berputik . keseronokkan itu lahir dan buatkan kita sentiasa istiqamah dalam melakukan ibadah sama ada wajib ataupun sunat . carilah kefahaman . moga-moga tidak ada rasa bosan dan malas-malas .



Allahumma faqihna fiddin



kalau boleh faham bagaimana membuat lontaran yang cantik , kenapa tak boleh faham makna ibadah yang kita praktikkan setiap hari ? nasihat untuk diri sendiri yang selalu lupa . uhuk uhuk

21 July 2012

Kekeringan dalam berdoa

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani



“Sesungguhnya Tuhanmu Maha Hidup lagi Maha Mulia. Dia malu melihat hambaNya mengangkat tangan berdoa kepadanya, lalu dia tidak memperkenankan apa-apa kepada hambaNya itu.”

Hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmizi dan Ibnu Majah.


lambat atau cepat itu bidang kuasa Allah . tidak dimakbulkan pasti sahaja digantikan dengan perkara yang lebih baik . bersangka baiklah dengan Allah , Dia maha mengetahui . siapalah kita melainkan cuma seorang hamba .

pohonlah apa sahaja nescaya Allah akan makbulkan . dengan waktu yang mustajab yakni pada bulan ramadhan ini , janga sia-siakan lah perluang ini daripada meminta kepada yang maha pemurah .




pentingkah untuk meminta ?

ia penting . kerna menunjukkan kita lemah dan kurang . kita cuma hamba . ibaratnya , seorang anak yang tinggal bersama ibubapanya . si anak tidak merasa makan minum setiap hari kerna semua itu sudah ruitn disediakan . dia cuma meminta apabila dia mahukan duit untuk membayar yuran , duit untuk membeli pakaian baru dan duit untuk permainan cantik .

namun itulah yang baiknya , kesusahan itu mendidik kita meminta-minta demi mengeratkan hubungan antara tuhan dan hambaNya . 

samalah kita sebagai manusia , oksigen sudah ada . mentari menyilau vitamin D . angin menderu mengusap peluh . jarang sekali kita merasa seperti bab makan minum yang disediakan ibubapa . kita hanya menadah tangan untuk meminta tatkala waktu sempit . waktu peperiksaan akhir . waktu sedang berlari , lambat hantar assignment . waktu sakit kaki sebab kemalangan motor .

itulah kita yang selalu ingat waktu lapang , kita tiada rasa ( feel ) untuk berdoa kerna susah itu telah ditarik . tatkala , susah itu hadir . kita menjadi bersungguh dan bertenaga untuk meminta-minta . namun , itu tidak salah . malah , dipuji .

cumanya , waktu tidak susah . kita kekeringan idea untuk meminta . sekurang-kurangnya , waktu jatuh motor . kita akan minta tuhan supaya sembuhkan kembali kaki ini . namun , apabila sudah sembuh . sudah tiada idea lagi untuk berdoa . itulah selepas solat fardhu , susah sekali kita menghayati doa imam kerna segala yang ada ini sudah tiada rasa . senang . tidak ada lagi yang perlu dipinta .

waktu susah bukan sengaja untuk diada-adakan untuk menyeksa manusia . ianya cuma ada tangan ghaib yang cuba dihulur kepada kita untuk biar berdamping selalu . barulah ada banyak idea untuk meminta jika kita selalu susah . maka semakin eratlah air mata dengan hamparan sejadah .

hikmah , hikmah dan hikmah itu ada di mana-mana sahaja .

berjalanlah wahai hamba .





Pergilah pada hambaKu, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya. 

Hadis Riwayat Thabrani



mungkin sahaja kita sudah mempunyai semuanya . namun , ada juga yang masih tidak mempunyai apa-apa . mereka derita . hidup susah . diselubungi sengsara . hinggakan terlupa untuk berdoa .

berjalanlah , berjalan melalui lorong kehidupan manusia lain . andaikata , diri ini sudah punya pelbagai . ketahuilah , yang belum punya pelbagai itu mungkin sahaja belum tahu apa itu merintih kepada tuhannya .

berdoalah , doa untuk mereka . sekurang-kurangnya kita dapat idea untuk berdoa tika kita berjalan di lorong-lorong kehidupan manusia lain . pasti mereka sangat perlukan doa .


“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”  

Al Baqarah: 186