21 August 2013

Lelaki ini . Lelaki itu .

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani




Lelaki ini . 

Hatinya terasa terhibur dek kerana papan kedai  yang cantik . tergantung kemas . berwarna warni . memberi redup . walau tenung mentari itu masih menggila . membuka pori yang rajin merembes minyak dan peluh . silaun terik itu menambah sinar . memukau jiwa . menarik mahu . menjejak kaki ke dalam .

sebuah kedai hadiah baru . 

Dan lelaki ini . pandangan pertamanya . menyentap jiwa . bergetar hati . tatkala , di balik kaca jernih itu . ada hadiah yang berbalut indah . kertas pembalutnya bergemerlapan . dari jauh seperti bintang yang jauh cerahnya berbanding yang lain dalam gelap malam . rebennya sebagai pengikat . sayup sayup kejauhan seperti ada rama rama yang diikat . 

Mata lelaki itu masih jauh . dan lelaki ini mula malu . 

Apalah ertinya , lelaki ini hina . tidak termampu rasanya menyaingi nilai hadiah itu dibandingkan nilai yang ada dalam kocek seluarnya yang lusuh . 

Namun , tidak salah kiranya . jika ia belum bertuan , mana tahu nilainya boleh dirunding . ah , lelaki ini berlawan . dengan dirinya sendiri . tidak salah bukan . lelaki ini mengenal . mencari . memahami . yang bergetar di hati ini . 

Langkahnya mendekat . jejak kakinya tidak kekok . kacak . walaupun , mentari mula menyinga . hangus sedikit kulitnya . seakan peluhnya sudah menikmati proses evaporasi pula . 

Namun , getaran hatinya itu . tidak lagi tersejat . makin di dekat , hatinya bergetar . menghantar impuls . menyalur adrenalin . menambah kencang jantung berjalan . darah merah itu memecut laju . membentuk rona merah di pipi . 

Hampir . dan semakin hampir . 

Hadiah itu . bertambah pesona . bintang yang cerah . menambah kilau . laksana berlian . rama rama merah itu seperti mahu terbang . meloloskan diri . mungkin malu malu dengan pandangan lelaki yang pipinya disimbah warna merah saga . 

Dan setiap hadiah itu , pasti punya nilai . dan dari kejauhan lagi lelaki itu sudah beragak agak . untuk memperoleh . menyaingi nilai sebuah hadiah itu . berbanding  nilai yang ada dalam kocek lusuh ini . lelaki ini hanya senyum kelat . menahan pahit dan kemudiannya manis . 

Pahit . memikirkan dia perlu bersabar . bekerja keras . mahu menjadi seperti lelaki itu .

Manis . memikirkan nikmat yang dijanjikan . bermuhajadah selalu . mahu menjadi seperti lelaki itu . 

Lelaki itu . 

Yang tidak malu malu mengucapkan inni akhafullah .

Kembara berkoma .

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani




Berwisata . 

Usai menghabiskan contengan jalanan karya hlovate yang entah buat berapa kalinya . aku termangu-mangu . mencari manis . dalam duka . lara yang selalu berpanjangan . jawapannya mudah . bermusafirlah . kerna dalam permusafiran , luka akan sembuh . kau akan peroleh gembira . itu kata imam syafi’e . 

Aku yang masih sebak . menahan dada ke daripada terus terkeluar . ya , aku menangis . apa salahnya bagi lelaki yang mahu mengalirkan air mata . 

Bak kata Fend , 

Lelaki tak menangis depan orang . kalau nak menangis pun biar hanya depan Tuhan . 

Siapa tahu mungkin dengan berkeliaran di bumi Tuhan , aku berjumpa dengan apa yang aku mahu cari dan moga moga aku dijauhkan daripada mencari apa yang aku mahu jumpa . beza . beda yang besar . 

Earphone kemas tersumbat di kedua dua belah telinga . memainkan lagu hikmah kembara nyanyian mirwana . semangat berkobar . mendengar faizal tahir menaikkan oktaf suaranya yang lunak . terpana . lirik nya kacak . mendalam . menusuk kalbu . 

Aku tidak tertipu dengan melodi . lirik lagu yang seterusnya turut memukau . anugerah istimewa . mirwana . sekali lagi dihambat kumpulan yang sama . tetapi , tiada lagi faizal tahir . namun , vokalnya tetap padu . suara vibrato hafiz memang sukar ditiru . mahu rosak kotak suara jika dicuba . bahaya . 

Dan menjadi lelaki yang mahu mencari Tuhan . 

Aku mahu menulis . melalui perwisataan . kembara sebagai hamba . 

Kenyir . Bandung . Mesir . China . Jepun . Turki . 

Duit . aku perlu berusaha . lebih padu . lebih keras lagi .