18 June 2015

Mendung


Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

aku sedih.
memberi pandang ke luar kamar.
ada lagi mereka lebih bersedih.

aku merasa cukup dan lega.
namun, aku rasa bersalah kerna menyimpan lega melihat orang lain bersedih.
aku kembali sedih.

maaf.
kerna banyak menulis tulisan yang mendung.
sepatutnya aku menjadi contoh yang baik.
tetapi aku juga insan biasa. 

maaf sekali lagi.

Lelaki biasa.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

naik ke takat didih.

sejak sejak akhir ini aku menjadi paranoid dalam setiap perkara dan perbuatan yang bakal aku buat. terutamanya, bila aku berniat hendak buat jahat. jika aku berbuat jahat sekian dan sekian pastinya saat selepas itu akan terkena pukulan balas karma kembali. aku terngaduh dan jatuh. jadi, aku berhati hati. cukup hati hati. 

dan pada saat itu, aku cuai lagi. 
dan pukulan karma kali ini begitu pedih sehingga terkeluar titis titis.

pada saat itu, aku diuji. lagi.
aku cuba bertahan mengempang air berlalu pergi. dan aku memandang langit yang dikaburi dengan kolam mata yang penuh ditakungi titis titis yang mula berombak padu. aku termgaduh. kasihan.

pesan pesan datang memeluk hatiku bertahan. 

kegagalan pertama kali dan lebih berkali kali membuatkan kau menjadi insan yang lebih hebat. 

tuhan. 
aku tak nak jadi hebat. 
aku hanya seorang lelaki biasa. lelaki yang hanya mahukan kehidupan yang biasa. 
aku hanya seorang lelaki biasa yang tidak dikenali oleh sesiapa. 
jika dikenali nama aku hanya selalu dieja biasa. biasa dengan salah ejaan sebab aku seorang lelaki yang bukan sesiapa. 

aku tak mahu memilih kehidupan yang hebat. aku mahu kehidupan yang biasa.
aku tak mahu acknowledge daripada sesiapa. aku cuma mahu jadi lelaki yang biasa. lelaki yang bila dia berlalu pergi melintas orang ramai, mereka tidak terfikir untuk memberi pandang dan memuji kagum.

kerna, aku mahu menjadi lelaki biasa.
aku tak berharap menjadi lelaki yang hebat. 
jadi, tuhanku aku berharap jangan lah Kau beri pengharapan kepada daku yang selalu memusnahkan harapan Mu. kerna lelaki biasa seperti aku. 
hanya ada abiliti; ingkar dan berbuat dosa kepada Mu.

jalan yang aku mahu pilih ini, tuhanku. jangan biarkan ia membuatkan aku menjadi lelaki yang hebat. jadi kanlah aku lelaki yang biasa. 

sebab aku tak cocok menjadi lelaki hebat seperti mereka.
jalan ini.
jalan yang berbonggol bonggol. 
kalau daku tak ke kiri, aku terpesong ke gelita.
kalau daku tak ke kanan, aku terngaduh disedut jerlus. 

jadi , tuhanku. berikanlah aku sedikit sabar.
tetapi bukan sabar seorang lelaki yang hebat.
sabar seorang lelaki yang biasa.

 pabila hamba itu berbuat dosa dan tidak punya amal untuk membaikinya 
 tuhan akan menurun ujian ujian yang menyedihkan untuk membersihnya daripada dosa
 sungguh semua akan kembali kepada yang memiliki Langit dan bumi
 untuk segalanya, aku hamba. kau tuhanku. ampunkan aku. 
 lelaki biasa biasa.
- bukan hadis



15 June 2015

Pengejar.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

aku keliru sama ada nak letak tajuk pengejar atau pelari tetapi aku akan mulakan pendahuluan dengan pelari. 

aku tak dilahirkan sebagai seorang pelari jarak dekat mahupun jarak jauh. walaupun aku lelaki berkulit hitam manis dan berbadan sasa ( konon lah ) tetap tidak sehebat kawan kawan aku yang banyak pingat di balik almari mereka. disebabkan aku bukan pelari yang baik, aku cuma seorang pejalan kaki yang baik. titik 

aku tak tahu kenapa aku mahu mulakan pendahuluan di atas dengan pelari sebab aku tak rasa dapat relate dengan isi seterusnya yang bakal aku tulis. sebab isi yang seterusnya aku mahu menulis berkenaan dengan pengejar. 

aku ada masalah.
sejak sejak akhir ini aku selalu risau dan bimbang. sindrom ini selalu mendatang bila iman tengah turun. memang tak baik dan tak seronok. 

disebabkan aku risau dan bimbang berkenaan dengan hal hal duniawi, aku sentiasa berfikir setiap masa dan setiap tempat. dalam tandas. tengah bayar makanan. sedang menonton televisyen. dalam solat. ketika baca al quran. 

walaupun aku cuba beberapa kali untuk tidak memikirkannya, ia tetap muncul kembali. dan aku yang keliru, mula rasa bersalah. walaupun rasa bersalah, aku tetap terus memikirkannya. seolah olah aku melihat masalah masalah itu dan aku cuba mengejarnya.

disebabkan aku selalu mengejarnya, masalah itu tak pernah berjaya diselesaikan. 
dan disebabkan masalah itu tidak pernah berjaya diselesaikan, aku rasa kecewa yang amat.

aku rasa sifar. aku tak gembira.

kau tahu perkara yang paling mengjengkelkan dan mengigit?

semakin kita cuba mengejar dunia. 

semakin kerap kita memikirnya, walaupun kita berdasarkan logik akal mengatakan jika kita kerap berfikir cara penyelesainnya, maka masalah itu akan pergi. 

tidak.

apabila kita mengejar dunia, dunia akan meninggalkan kita. 
sebanyak mana kau berfikir dan berhalusinasi. dunia akan sentiasa masuk dalam hati kita tetapi kita tak pernah dapat memilikinya.

dan setiap kali aku memikirkannya dan mengejarnya.
aku tak pernah merasa kaya.

semakin kerap aku fikir nak siapkan kerja dan projek dalam setiap waktu, semakin teruk dan rosak hasil bagi setiap perkara yang telah aku buat. asyik kena reject. 

mahu menangis. tetapi malu. kerna lelaki menangis bukan disebabkan sebab yang satu. sebab yang beribu.

jadi disebabkan itu, biarlah aku baring supaya aku tahu.
aku tahu.
aku mahu tuhanku.
ampunkan aku.



09 June 2015

Ada beruk cuba ketawakan aku.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani


hari ini mood aku tak baik.
semua benda baik yang aku nampak. hidu. dengar. semua jadi tak baik.
aku kena marah dengan doktor.
dan dimalukan pesakit sendiri.
asyik kena reject kerja dan manuskript.

disebabkan aku stress dan membawa mood yang tak baik. aku pergi keluar daripada tempat yang buatkan mood aku tak baik. aku pergi makan. aku capai helmet aku dan tunggang motorsikal aku dengan budak yang seperti baru dapat lesen L.

aku beli nasi goreng ayam black pepper dan beli 2 jus epal ais untuk meredakan galau dan meniup awan hitam yang singgah. tak ada meja kosong. yang ada satu meja kosong yang tidak berpenghuni dengan pinggan pinggan kotor. aku duduk. sebab aku lapar. dan dahaga.

aku makan dan minum dengan rakusnya untuk melupakan perkara perkara yang tak best tadi . ( aku lupa baca basmalah. K. )

datang mak cik cleaner yang kutip pinggan pinggan kotor di setiap meja. tiba tiba, aku teringat pesan.

aku beri senyuman sebilion megawatt kepada mak cik cleaner yang mana seumur hidup aku tak pernah beri senyuman pada skala langit itu melainkan ketika aku beri senyuman kepada secret admirer aku waktu aku studi di tingkatan empat.

mak cik itu membalas senyum.

aku tambah lagi, aku ucap terima kasih. tak pernah aku mengucapkan terima kasih seikhlas itu yang cukup padu dan jitu dalam seumur hidup. habis semua tenaga aku yang aku kumpul pada hari ini untuk melepaskan senyum dan ucapan terima kasih. terus lethargy badan aku bawa motor lepas makan tengah hari ini.

mak cik itu membalas sama sama.

aku yang tadi sudah kehabisan tenaga dan kepenatan. ku sumbat lagi nasi goreng sehingga habis dan minum jus dengan rakusnya untuk menambah pulih tenaga yang hilang.

selepas berjaya melicinkan pinggan dan bekas minuman, mak cik itu meluru ke arah aku. menyapa aku.

terima kasih nak. sebab berterima kasih dengan mak cik. tak pernah seumur hidup ada orang berterima kasih kepadanya ketika dia mengalih dan mengambil pinggan kotor di setiap meja. dan dia memberi aku gula gula mentos yang sudah kumal bungkusannya.

aku senyum. dan berbasi basi. aku balik. balik seperti orang yang pulih.

pengajaran cerita ini bukan nak sebut jika kita berhadapan dengan hari yang buruk, salah satu cara untuk redha dan tenang dalam menghadapinya ialah buatlah amal yang menggembirakan hati orang lain. buatlah perkara perkara yang mampu meringankan beban dan menyelesaikan masalah orang lain.

kerna dalam setiap kesenangan orang lain itu akan melahirkan kemudahan dan kegembiraan untuk hati kita juga.

tak.
bukan ini pengajaran yang aku belajar hari ini.
sebab pengajaran ini aku dah dapat sejak aku sekolah menengah lagi.

pengajaran rasmi hari ini ialah,

waktu malam bukan tengok movie dan baca novel.
esok ada session, mohon studi sampai lebam.
nanti kena marah dengan lecturer, emo dan depress satu hari.
padan muka.

ikhlas,
daripada encik personaliti yang kedua.


padan muka. siapa suruh malas.

07 June 2015

Neraka Mu.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani


separuh aku mengatakan aku lah syaitan.
separuh lagi mengatakan tidak.

tuhanku,
seandaikan aku ditakdirkan ke neraka Mu,
jangan kau biarkan aku sesatkan manusia lain
jangan kau biarkan aku binasakan yang lain, jangan kau biarkan aku menarik sama ke neraka Mu.

tuhanku,
maafkan aku.