09 September 2011

Kerana kita kawan...

salam ziarah di sini lagi ~

aku teringat detik-detik itu pada zaman silam ku . memberi memori putih yang disemat dalam peti emas yang dibalut dengan sutera halus . terkenang waktu itu aku tersimpan kenangan yang tanpa sengaja ditakdirkan untuk aku menjadi watak tambahan dalam peristiwa silam . aku tersenyum tenang .

tepat pukul 12 tengah malam atau lebih , kami seluruh pelajar asrama putera dipanggil oleh warden asrama untuk dijemput ke sesi panggilan 'malang' . kami diseru berkumpul di dataran asrama putera atas tuduhan kes berkenaan dengan masalah disiplin antara kami .

seperti biasa tiada siapa yang mahu mengaku kebodohan diri sendiri mereka di hadapan khalayak ramai . mungkin dia seorang yang pemalu , bermindakan jasad yang tidak suka menarik perhatian tetapi masih mahu menunjukkan lagak ngerinya dalam tiupan angin yang pendiam .

mungkin juga dia pesalah yang insaf dan bertaubat tidak akan mengulanginya kembali dan telah pun menyerah diri kepada tuhan . tetapi , malangnya dia tidak akan terlepas hukuman dunia . dia terperangkap dengan ilmunya sendiri sama ada mahu menyerahkan diri buat kali kedua atau berlagak tenang pasrah dengan ketentuan tuhan .

namun , apa yang buat aku rasa tidak senang duduk ialah warden asrama tidak membenarkan kami pulang ke dorm masing-masing sehinggalah tertangkap si bodoh itu . bukan aku seorang sahaja yang berperasaan kritikal pada malam hitam itu . malah , ratusan dibelakang barisan aku berdoa supaya si bodoh itu mengaku jenayahnya . alahai dunia ~

aku menunggu . kami menunggu . kita menunggu . sehinggalah tiba waktu kelopak mata ku betul-betul bersentuhan dengan kulit bawah mata . aku berbaring separuh di atas dataran rumput hijau melihat pemandangan atas . mata ku sempat meneroka paksi warna gelap bercumbuan dengan paksi warna hitam yang lain yang aku fikir sama kadar warnanya .

warden asrama menutup semua lampu asrama . kami kehilangan arah dengan semangat sepi yang ditelenggami bayu malam .

aku terkedu . iris mata ku bangun aktif melapangkan ruangnya memakan ruang fenomena ciptaan tuhan yang maha baik .

hati aku juga terpegun ,















' kita nampak bintang-bintang yang cantik  .... '



aku kagum . aku berbaring sambil jari jemari ku cuba mencuit cahaya bintang-bintang itu . cuba menarik-narik cahaya putih itu berpusar mengikut kemahuan ku . berusaha menghiburkan hati ku yang sepi dengan memicit bintang itu menari-nari di permukaan gelap . tersenyum perlahan .

malangnya , itu cuma dongengan . terlalu jauh ingin aku petikkan untuk disimpan dalam almari asrama . aku tidak ada sayap mahupun beg roket untuk terbang ke langit . aku hanya si kalah yang lemah .

**************************************************


beberapa bulan berlalu sehingga kini , aku melihat langit hitam yang sama . namun , penglihatan ku tewas untuk menatap butir-butir bintang yang bergemerlapan pada malam itu . mungkin di sini aku terperosok dalam bandar yang sangat bercahaya sehingga memadamkan cahaya bintang-bintang itu .













aku terduduk . aku mengerti dengan nostalgia . gembira dan duka kita bersama-sama menggapai impian . berceloteh tanpa henti tentang kemanisan berukhwah . berkongsi dengan nikmat tuhan yang manis dan duri yang bercabang-cabang .

berjalan dan meneroka di jalan yang sama . tidur di lantai tanah yang sama . menghirup rezeki tuhan di ruang molekul udara yang sama . saling ingat mengingati dan bersujud di tempat yang sama . aku sebak .

mungkin malam itu , aku dapat melihat banyak bintang-bintang yang menari di sekeliling jari jemari ku . namun , hari ini mereka sudah pun hilang daripada tatapan mata yang tersayang . mereka melompat dan terus melompat ke aras yang lebih tinggi . bersayap dan terus terbang jauh memalapkan cahaya mereka . aku bangun daripada tempat duduk .



jari jemariku masih lagi cuba menekan malam yang hitam memuntahkan cahaya-cahaya mereka . namun , itu hanya sia-sia . mereka sudah pun terbang tinggi dan semakin tinggi . aku tersenyum pahit .

' mungkin hari ini aku sudah tiada daya untuk menatap mata mu lagi , namun apa yang ingin aku khabarkan semoga kita berjumpa lagi di dimensi masa yang seterusnya . kerana kita adalah kawan ~ '













selamat berlabuh wahai bintang-bintang ku . terbang dan terus terbang ke alam yang lebih tinggi . sebarkan cahaya mu menerangi alam yang dingin dan gemakan suara kita di paksi yang lagi satu . insyaALLAH ...

"Tidak seorang mukmin berdoa bagi saudara melainkan malaikat berdoa bagimu seperti itu."

(Hadis Riwayat Muslim)


~ istimewa untuk kawan-kawan yang aku sayang ~

08 September 2011

Menjadi Encik Kacak ....

salam ziarah kembali...

sekian lama aku tidak bertinta di sini , seolah-olahnya aku terbang ke permukaan angin yang berbau pula . cukup aneh meninggalkan diari sehingga terlalu banyak peristiwa baru yang perlu dikhabarkan di sini . mungkin dakwat hitam aku lambat terbang mencurah-curah di atas kertas kosong ini .


hari sebelum ini , aku telah membetulkan rambut serabai dan ditutup dengan kopiah yang baru ku beli . ternyata masih lagi serabai dengan rambut panjang ku yang mengurai terjulur keluar bak akar dewasa yang dahagakan air di bawah tanah dunia .

adik perempuan ku bilang aku tetap kacak walaupun rambut ku ditutup dengan kopiah hitam baru . raut wajah ku kosong tetapi mulut hati riang gembira .

mungkin aku terlalu ego untuk mengiyakan bahawa aku adalah manusia kacak tetapi aku juga harus berhati-hati supaya tidak terlalu menjadi lelaki yang kuat perasan . ya , mungkin juga itu adalah taktik terbaru adik perempuan aku untuk mengaut keuntungan tambahan di pagi aidilfitri .

aku hanyalah lelaki yang kuat perasan . naif sungguh . hentikanlah pujian kacak kepada si encik yang tidak manis ini .

aku berjalan keluar daripada kenderaan menuju ke masjid mencari wajah yang persis kacak berkopiah dan bersongkok . malangnya , aku hanya ternampak wajah tua yang kuat menyemai benih padi di kala matahari terik .

















aku positif . mungkin para isteri mereka yang tersayang selalu memuji ketampanan mereka walupun umur sudah pun ditelenggami kegelapan hari . ermm mungkin juga terpaksa .



pulang ke rumah nenek , sepupu ku yang masih kecil berlari anak memegang mainan PSP nya ( woooh~ ) . songkoknya meronta-ronta ingin terbang ke udara ; ingin melarikan diri daripada tuan cilik yang bertenaga di paras maksima .











ibunya membetulkan songkok lantas berkata bait yang menyenangkan hati tetapi juga memusingkan akal fikiran yang baik .

' barulah , anak ibu nampak kacak ,'

harus aku akui yang si cilik itu berwajah montel ,berkulit putih suci tanpa cela dan bertubuh comel . namun , aku tetap tidak boleh menerima pujian 'kacak' melekat pada kulit si cilik .

dahulu , di asrama sekolah menengah ku , rakan-rakan lelaki berlumba-lumba mengukur kepanjangan dan ketebalan rambut sehinggakan ada yang menutup mata ; menunjukkan ciri-ciri ketampanan seseorang lelaki . mengukur ketinggian rambut landak , berotot sasa dan senyuman yang menawan untuk menampilkan imej lelaki kacak .

ya , pada hari-hari itu juga aku tergolong dengan mereka . bergelumang dengan sikat , gel rambut dan tidak kurang juga bedak~ ermmm mungkin aku tidak perlu ceritakan banyak lagi .

















ramai yang ketika itu sudah terpengaruh dengan imej kacak artis popular dan tidak kurang juga wajah-wajah animasi jepun mahupun korea . masing-masing bersaing melukis wajah palsu di setiap inci kulit mereka . ternyata , ada yang berjaya melukis dengan yang cantik dan ada yang tidak cukup bertuah malah lebih mengjengkelkan karya agungnya .
















terkesan di hati melihat si cilik diberi pujian kacak . sungguh aku cemburu kerna aku tidak pernah dipuji begitu ikhlas . mengapa aku kata pujian itu begitu ikhlas ? mungkin juga raut wajah si ibu yang cukup 'bahagia' meluahkan bait indah itu . aku cemburu . oh tidak .

pernah aku bertanyakan kepada diriku ; mengapa perlu berdandan menjadi si kacak ?

- adakah sudah sampai serunya aku memancing seorang isteri ?

- adakah sudah tiba masanya menjadi buaya yang mendambakan seribu teman ?

oh mungkin hati ku ini ada alasan tersendiri . mungkin aku perlu jenguk encik hati yang sepi . terjun ke kolam hati , berenang sehingga ke pertengahan menuju ke pulau angin yang sepoi-sepoi bahasa . bingung melihat kompas yang dibeli di jeti kolam hati . mungkin sudah rosak . jika begitu susahlah untuk mencari encik hati yang bertapa di air terjun pulau .

namun encik hati yang peramah datang memanggil aku . menemani bersama kuih muih emosi dan air spiritual . cuba menghidupkan topik tentang ciri kacak manusia . encik hati gembira mendengarkannya dan memulakan bait-bait indahnya .

************************************************************

pernah kamu dengar tokoh salafus soleh yang bernama Sulaiman Bin Yasar al-Hilali ?

beliau seorang ulama dari kalangan tabiin di madinah dan merupakan seorang yang warak dan amat kaya dengan ilmu pengetahuan . mengapa aku ungkit nama beliau dalam topik kita berdua ? ini kerna beliau terkenal dengan wajah yang sangat tampan . 


Abu Hazim bercerita ;

suatu hari, Sulaiaman bin Yasar keluar ke Makkah bersama seorang sahabatnya . apabila tiba di Abwa, mereka berhenti untuk berehat . temannya itu segera menyiapkan makanan, lalu pergi ke pasar untuk membeli bekalan mereka .. sementara itu, Sulaiman bin Yasar menunggu di dalam tenda yang telah disediakan..

dari kejauhan , seorang wanita tanpa sengaja terpandang wajah Sulaiman . ketampanan wajah Sulaiman telah menawan hatinya  wanita itu lalu berhias degan cantik, menutupi wajahnya dengan 'niqab', lalu mendatangi tenda Sulaiman...













semasa tiba di hadapan Sulaiman, wanita itu lantas meyingkap 'niqab' dari wajahnya . lalu terlihatlah seraut wajah yang sangat cantik umpama rembulan... wanita itu pun berkata,"berikanlah kepada aku"..

Sulaiman menyangka bahawa wanita tersebut inginkan makanan . beliau pun segera bangkit hendak memberikan makanan kepada wanita tersebut... wanita itu berkata lagi,"aku tidak inginkan makanan... aku inginkan apa yang diingini seorang perempuan daripada seorang lelaki."

Sulaiman sedar bahawa beliau sedang maenghadapi dugaan yang sangat besar... beliau pun berkata,"iblis telah mengutusmu untuk menyesatkanku." beliau lalu meletakkan kepalanya di kedua tangannya dan menangis dengan amat sedih sekali..

melihat sikap ini, wanita tersebut berasa sangat malu... dia pun menutup kembali wajahnya dengan 'niqab'... lau beredar dari situ...

tidak berapa lama kemudian, sahabat Sulaiman kembali dari pasar dengan membawa bekalan yang dibelinya.apabila melihat kesan tangisan di muka Sulaiman, lantas bertanya, "apa yang terjadi? mengapa engkau menangis?"

Sulaiman menjawab, "tidak ada apa-apa. aku hanya teringatkan keluargaku di rumah."

temannya tidak percaya.. dia terus mendesak Sulaiman untuk memberitahu apa yang sebenarnya terjadi... akhirnya, Sulaiman menceritakan kisah sebenar... mendengar cerita Sulaiman, temannya menangis... dia pun berkata, "jika kau yang mengalami kejadian ini, aku takut tidak dapat menahan diri seperti kamu."

kisah ini dihikayatkan oleh Al-Hafiz Abu Nu'aim Al-Isbahani dalam kitabnya yang bertajuk... 'Hikayat al-Awlia'













Sulaiman dan temannya meneruskan perjalanan mereka ke Makkah . selepas melaksanakan amalan 'menasik' dengan sempurna, Sulaiman berasa penat, letih dan mengantuk... lalu beliau pun tertidur...

di dalam mimipi, beliau berjumpa dengan seorang lelaki yang amat tampan... beliau bertanya kepadanya, "siapa kau wahai tuan?" orang itu menjawab, "aku Yusuf bin Ya'qub ."

Sulaiman bertanya lagi, "Nabi Yusuf?" orang itu menjawab, "ya."

Sulaiman berkata, "aku sangat kagum dengan kisahmu bersama wanita yang menggodamu sebagaimana yang diceritakan dalam al-Quran."

Nabi Yusuf berkata, " kisah mu di Abwa lebih mengagumkan."


sumber : majalah GEN Q


*****************************************************


aku sedar dan keluar daripada perkongsian ilmu hati . terkedu dengan 'nikmat' yang disanjung indah oleh segelintir umat manusia . aku kagum dengan beliau .

wajah yang kacak memberi kita sepasang tiket berwarna hitam dan putih . andai kata taksub dengan kecantikan tiket berwarna hitam , nescaya kita akan sesat dalam kegelapan warna hitam yang cantik tanpa cahaya putih . jika memilih warna putih yang lembut , nescaya cahaya itu akan sentiasa dekat di hati menerangi jasad baik yang dicipta tuhan .












kacak merupakan simbol amanah yang diciptakan oleh tuhan . dijadikan amanah untuk pertanggungjawabkan dan memelihara dengan cara yang berlandaskan sumber warisan pesuruh tuhan .

ikutlah sifat mulia pesuruh tuhan kita yakni juga merupakan seorang yang sangat tampan , junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W .

setiap kali bercermin , Baginda berdoa ;

" Ya Allah , sebagaimana engkau telah memperindahkan kejadianku , maka indahkanlah budi pekertiku . "

( riwayat oleh Ibn Hibban )


~ khas untuk sepupu aku yang kacak dan seluruh umat manusia ~