27 April 2011

Aku penunggu masa....

salam sekali lagi...

hari ini aku menjenguk ke ruang peribadi di alam realiti.Aku memikirkan saat pertemuan kembali dengan rakan rakan lama di kotak fikiran.Mampu kah aku mengendap perubahan realiti setiap jiwa??

Sedang menceloteh acara perseorangan di alam realiti.Aku berjalan perlahan di alam kesibukan masa.Muda mudi berjalan tanpa berpandukan kamus yang bertauliah.Tanpa aku sedari ada segelintir penduduk dunia berpinggiran di ruang yang tersisih di pinggir ruang kesibukan masa.

cinta??

apa tu??

percontengan kali ini bukan untuk menghasilkan karya percintaan si blogger.Cuma menaip persoalan yang sudah lama melekat di pinggir saraf otak.

bagi aku sedikit masa utk menerangkannya...



kamu faham.err...
aku langsung tak faham...

'tipula ko xde awek.Ko mesti ade punye laa.HAHAHAAHA'




aku sorang je ke yang tak paham maksud di atas.Lemah sangat ke aku ni.Hebat sangat ke percintaan tu.

*sengaja x mahu letak tanda tanya...(ego)

someone said,

kamu ni casonava la,just play around with girls....

aku casanova??


cakap ngan pompuan pon pandang bawah...

cakap ngan pompuan pon boleh dikira...



cakap ngan pompuan pon berpeluh-peluh...


cakap ngan pompuan pon bergentar jantungnya meh...



cinta tu apakah??



berpegangan tangan masuk ke kedai starbucks.berpelukan di tepian pantai.bercubitan pipi di anjung chalet.

how's that kind of gedik emotion appear in man's mind???

situasi yang janggal meh.

cinta??

sejenis senjata jarak jauh yang mampu menikam cecair kornea mata ke??


bom bergas racun pemaksa lelaki melabur duit ke??


gari penyumpah terikat setia jantina ke??



apakah itu??

di mana aku mahu mendapatkan lelongan informasi bab ini.adakah setelah aku beredar mengikut masa sambil menyulam pengalaman setiap detik??

beredar mengikut masa ya??
idea yang tipikal digunakan sekali lagi...

kian kita hanya diakhiri sebagai karier penunggu masa sahaja...



menunggu masa mengetuk kita supaya menelan segala pemandangan yang lebih indah daripada dahulu...

cinta tu apa??

perhati sahaja sambil merakam pemandangam masa yang terus berjalan...

26 April 2011

Jom bersampan semulajadi...

salam jiwang oi...


meh sini bersiap memasang punat telinga anda kerna percontengan kali ini tidak memerlukan bait2 indah yang perlu dibacakan.Mari kita mengibas sayap penerbangan kita dengan imaginasi tona warna anugerah dunia.Bagi mereka yang pendengar kesibukan masa, boleh la mai usya video di bawah ini sambil merenung pemandangan jiwa....



pastikan mendengar dengan mata jiwa terbuka...








p/s:aku melayang ke gunung hijau meh...

04 April 2011

Along...seksi tu apa??

salam kembali.....
agak lama aku tak bersinggah ke sini....
ekoran melihat rangka majlis kesyukuran aku di siang tadi....
ALHAMDULILLAH semuanya berjalan lancar sekali.....
maklumlah tetamu yang mendatang tadi kasi poket aku berat.....woha

cukup dengan mukaddimah aku di atas.....
sekali lagi aku ingin mengajak anda pembaca tegar terjun ke medan pertanyaan jiwa...

ada satu kisah tentang aku...
aku sedang berjalan kaki melayan karenah adik aku yang tidak mahu memakai beg sekolah rendahnya.....
mahu tak mahu aku terpaksa bawa beg sekolah rendahnya ntah berapa zat-zat besi dalamnya...

lalu aku pon berusaha menahan azab yang berat yang ketika dulukalanya aku pernah mengendong saiz beg yg sebikin rupa.....
ku kuatkan langkah sambil menjegilkan bola mata melihat adek aku yang berlari-lari riang di tepi jalan.....

sedang aku menahan azab kepedihan dunia itu...
adek aku memanggil nama aku lalu mengajak aku menangkap satu imej di tepi jalan yg bertentanggan...

perghhh..

'Along.....mana boleh tengok.Berdosa besar tau....'

'Eh....apasal pulak??'

'Ye laa..sebab pompuan tu pakai baju seksi...'

'Tadi bukan ko ke yg suruh along tengok??'

'Hehehe...saja je...'

'Kenapa anjang kata pompuan tu pakai baju seksi??'

'Ntah laa....'



**********************************************************

baiklah cukup dengan perbualan adek-beradek di atas....
sebenarnya aku ingin menimbulkan persoalan yang terhasil di atas.....

'bagaimanakah keseksian seseorang itu dinilai atau dilihat dari perspektif kanak-kanak?'

aku hairan juga apabila melihat kata kunci 'ntah' dilontarkan...
aku bingung bagaimana seseorang itu merakam visual objek di hadapan lalu memberi penyataan yang mereka sendiri tak tahu apa sebab mereka berkata demikian sedia rupa...

sudah tentulah aku alami juga detik-detik perkara tersebut...
terlampau banyak subjek yang terlibat dalam 'kebingungan' ni....
tapi kali ni kita ambil 'keseksian' seseorang manusia tu sebagai subjek...



adakah kita mempunyai tahap ukuran seksi yang bersistematik umpama S.I unit dalam fizik...
bagi melihat tahap keseksian seseorang manusia??

sudah tentulah tidak...
'seksi' itu subjektif umpama 'cantik' yang tidak mungkin boleh disukat sebagaimana udara...
dan yang pasti ia wujud di dunia ini tapi tidak mampu dinilai daripada perpektif yang sama...

bagaimanakah manusia bertindak melabelkan keseksian seseorang itu??

menurut catatan majalah kealpaan arus kehinaan

siapa manusia yang paling seksi dalam dunia ni??

brad pit..

sbb...

rambut seksi..

angeline jolie...


sbb...

bibir seksi...

remy ishak...

sbb...

mata seksi...


lisa surihani...

sbb...

senyumannya seksi...

nishijima takahiro...


sbb...
err3.....sila komen sendiri...

****************************************************

perbezaan tahap keupayaan orang itu menonjolkan tahap keseksian mereka berubah mengikut perspektif org yg berbeza....

maka tiada ukuran yg tepat utk melabelkan seseorang itu mendapat label seksi dalam dirinya...
justeru itu....
bagaimana kanak-kanak terus melabelkan keseksian makhluk tuhan itu??

baca aku nyer tekaan liar...

mungkin kanak-kanak tersebut mendapat arahan visual daripda golongan matang yg mengatakan permukaan jasad tersebut perlu dilabelkan sebagai seksi...
(memberi respon melalui observasi..)

ada benar ke??

pemikiran kanak-kanak begitu kompleks...
sehinggakan aku tertanya-tanya pernahkah aku mengalami zaman kanak-kanak dulukala...

ianya seperti ada serpihan memori yg telah terpadam sehinggakan kita yg semakin meningkat dewasa ini seolah-olahnya tidak memahami perilaku kank-kanak...
(walaupun kita pernah mengalami musim kanak-kanak riang)


yang pasti 'seksi' yang dirujuk dalam perbualan di atas ialah pakaian wanita yg tidak menutup aurat....
maka sampai tahap manakah kulit yg terdedah perlu dilabelkan sebagai 'seksi'??

mungkin itu luahan spontanseseorang kanak-kanak...

jika aku cakap pompuan yang pakai ketat lagi sendat sampai duduk pun nampak lurah...

tapi tapi tapi....

pakai tudung dan dianggap 'busana muslimah' tu....
leh ke dikategorikan menutup aurat??

dah banyak variasi busana muslimah...
yang diuarkan sebagai 'selamat' dan 'halal modenisasi'.....
hasilnya beratus-ratus pemandangan aku melihat penangan muslimah yg berfesyen gitu...

pernah aku baca satu blog...

'jika aku lelaki yang jahat dan aku diberi peluang nafsuku yg mencanak naik utk merogol dua wanita;pompuan yang pakai baju t-shirt labuh tanpa tudung atau pompuan yang pakai baju lengan panjang ketat sampai nampak susuk tubuh + pakai tudung singkat...aku pilih yg kedua..'

nampak tak??
itu juga adalah seksi...
walaupun kulitnya tidak terdedah banyak a.k.a mendakwa menutup aurat kononnya....
sudah tentulah merisaukan golongan muda mudi yg menyalah tafsirkan label seksi itu...

takut jika ada satu hari nanti...
orang mendakwa mereka ini adalah mereka yg ikut agama...tapi
diasimilasikan dengan budaya-budaya lain...

aku harap golongan yang matang...
perlu memberikan gambaran yg terperinci sebagaimana kempen wear it right....
jangan memberikan salah tafsiran etika pemakaian....

p/s:seksi itu subjektif ek??