31 August 2016

Yakin. Tak ada.



Kau kena yakin. Yakin dengan diri sendiri.

Aku pun terperanjat orang yang sekeliling cakap macam ini.

Aku terperanjat sebab macam mana dia begitu yakin untuk beri nasihat yakin diri sendiri, sedangkan aku lebih kenal diri sendiri yang aku sangat tak berapa yakin.

Dek kerna banyak sangat kelemahan yang aku ada.

Banyak sangat kesilapan dan sesalan yang tak berapa best.

Ubat ini kalau makan ada faedahnya, tapi kalau makan banyak, datang side effect. Random.

Side effect orang yang berjaya ini, dia akan tend to give advice. Banyak sembang dan berbual. Bukan nak kata kosong, bagus juga beri nasihat.

Tapi, kalau kau tolong aku ringankan beban dengan buat apa yang aku buat sekarang. boleh?

Aku tak marah. Aku terperanjat sebab orang orang lain semua yakin dengan aku yang tak berapa yakin ini.


21 August 2016

Jangan jadikan aku contoh orang beragama yang baik.





Aku bukan budak agama. Bukan alim. Bukan student pengajian Islam. Aku budak yang cedok cedok saja. Dan sesiapa rasa letak blog aku sebelah menyebelah dengan angelpakaigucci, aiman azlan dan etc etc, memang aku tak layak.

Aku hanya buat nota sendiri sendiri dan kongsi kepada strangers.

Bila dapat tahu orang yang dekat dan kenal aku tulis tentang nasihat, selit ayat al quran dan post agama ini, aku memang risau. Sebab aku memang bukan lelaki yang layak sembang berkenaan agama.

Akhlak aku tak berapa baik. Ramai je yang orang aku kenal dan dekat ini banyak salah faham dengan aku. Jadi, aku malu dan risau sebab tulis tak serba bikin. Amalan pun cacat merba, solat tak berapa baik (Subuh pun bangun lambat), baca al Quran pun kadangkala ada on dan off dan banyak lagi aib yang tak mampu aku ceritakan di sini.

Aku pun tak tahulah kenapa, orang orang yang dekat dengan aku pada timeline yang sekarang ini boleh pula tahu aku ada blog. Aku tak tahu mana datang sumbernya, sehinggakan aku rasa insecure setiap masa. Gigih aku tutup laptop bila keluar rumah dan sembunyikan buku nota yang aku selalu tulis buat jurnal. Tapi, aku tak hairanlah kalau kawan kawan sekolah menengah dan asasi yang tahu, sebab dulu aku suka menjaja nama blog. Selepas daripada tahun itu, terus aku berhenti menjaja. Demi ke arah menulis secara privasi.

Mungkin aku patut set blog ini kepada private.

Aku jadi risau sebab orang akan anggap aku ini seorang yang reliable. Dalam hal nak improve kan diri sendiri ke arah yang lebih baik. Aku tak kata apa yang kau buat itu salah; nak berharap pada aku dapat mengubah kau

Jangan jadikan aku tempat bergantung. Sedangkan aku sendiri perlukan manusia lain yang lebih baik sebagai tempat bergantung.

Dengan masalah aku yang sedang depresi, anxiety dan iman tengah lemah sekarang ini lebih memerlukan seseorang berbanding menjadi keperluan seseorang. Sungguhlah.

Aku takut bila orang datang jumpa aku, bukan minta nasihat pun. Just tengok akhlak aku yang tak berapa bagus ini, mereka akan kecewa dan depresi yang aku tidaklah seindah mana. Aku pun struggle weh. Jangan salahkan aku.

Sebab orang yang dekat ini bila realise yang aku ada buat something untuk improve diri sendiri, mereka akan create expectation yang aku boleh ubah mereka sekali, tapi itu tak akan terjadi. Dan aku sangat struggle untuk kembali ke performance yang dulu. Dan lagi aku takut bila aku gagal untuk improve diri sendiri, mereka akan pandang aku ini tak lain hanyalah orang yang gagal. Cakap kosong. Tulis kosong. Allah. 

Teringat masa join usrah dulu dulu, aku keluar daripada zon selesa untuk kenal strangers demi nak perbaiki diri sendiri. Nak jadi baik dalam segala hal. Dunia dan akhirat. Masa itu aku betul betul follow, tengok orang orang yang aktif berusrah. Tengok akhlaknya. Amalannya. Senang kata aku memang bergantung pada mereka sepenuh hati sebab aku nak jadikan mereka sebagai contoh teladan yang baik. Sebagai motivasi dan semangat untuk aku berubah.

Namun, semangat aku yang sangat meninggi pada awal aku join, semakin lama semakin berkurang dek kerana kekeringan output yang aku terima. Aku tak dapat apa yang aku dapat seiring dengan expectation aku daripada mereka. Lalu aku kecewa dan berlalu pergi. Pendekkan cerita.

Daripada situ, aku sedar yang kita takkan lari bergantung dan memerlukan antara satu sama lain. Namun, bersederhanalah dalam memberi expectation. Janganlah terlalu bergantung harap kepada manusia yang lemah macam aku ini, takut takut kemudian hari aku tak dapat penuhi expectation kau. Lalu kau kecewa dan pergi seorang diri.

Maafkanlah aku yang banyak dosa ini.

Kita doalah sama sama supaya kita yang struggle ini dipermudahkan urusan untuk mengubah diri sendiri.

Susah weh kalau kita nak ubah diri sendiri tapi orang lain dalam diam memperlekahkan diri kita. Semoga kita sama sama dapat melepasi segala rintangan dan ujian ini.

Teringat dulu pernah baca salah satu post ustaz Hasrizal. Gigih aku cari balik. Bacalah. Post yang ringkas tapi sangat sedap.

Sakit di sebalik keluhan orang baik baik



18 August 2016

Nota sederhana - Zun-Nun



Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
al-Ankabbut : 2

Bila melihat kembali jalan jalan yang aku pilih, ada yang salah dan ada yang betul. Ada yang dikenakan penalti mahupun sepakan percuma. Segala bentuk mehnah yang sentiasa buatkan aku migraine dan tidak berhenti henti sabar sambil menggigit jari frustrasi. Aku lemah, ya Allah. Bantulah hambamu ini.

Permudahkanlah urusan ku ini. Berikanlah kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi urusan ku ini juga.

Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal.
Taha : 131
Rezeki kita berbeza beza. Dan dibahagikan dengan cukup adil lagi saksama. Ada yang dapat itu dan ada yang dapat ini. Adil tuhan dan adil manusia, lain.

Adil manusia, dianggap sama in the amount of unit. Sama level dan tidak kurang dalam bentuk unit. Adil tuhan, meletakkan sesuatu itu pada tempat yang betul.

Ada sebab tuhan jadikan dia lahir sebagai miskin, andai dia lahir menjadi kaya maka banyaklah dia berbuat maksiat dek kerna mewahnya harta. Ada sebab tuhan jadikan dia lahir sebagai kaya, andai dia lahir menjadi miskin maka banyaklah dia putus asa dek tidak tertahan kemiskinannya dan kesusahannya lalu jadi kufur.

Sungguh, tuhan bekerja dalam rahsia. 

Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata.
al Hajj : 11
Iman turun. Iman naik. Doa selalu supaya hati yang berbolak balik ini, yang tak tentu arah ini sentiasa dikurniakan pegangan yang kuat. Dan juga supaya kita tidak terbabas menjadi nakal dan sudi redha menerima hakikat sebagaimana ajaibnya urusan orang beriman yang sentiasa bersabar dan menerima segala perkara yang tidak disenanginya sepanjang hidup di dunia.

 (Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!" 

 Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"
al Fajr : 15 - 16
Lain orang, lain ujian. Aku ada ujian tersendiri yang di mana mungkin kau rasa kau senang nak pass, tapi bukan aku. Bagi aku ujian ujian begini lah yang buat aku sentiasa struggle. Dan mungkin ujian ujian kau pula bagi aku sangat mudah untuk aku pass dan sebagainya.

Ada jenis jenis ujian tertentu aku dapat lepas atas kehendakNya. Dan ada jenis jenis ujian tertentu yang lain, aku tak dapat lari daripada kecewa, sedih, putus asa dan menangis yang berpanjangan.

Kita memberontak dan marah. Mempersoalkan kenapa aku yang kena. Setelah beberapa lama, kemudian aku menyesal, kenapa pula aku berani mempersoalkan apa yang terjadi. Allah.

Kita rasa seronok bila hajat dan nikmat dimakbulkan. Hati senang, rasa ibadat kita dah banyak tunaikan. Realitinya, puasa sunat pun tak banyak, solat sunat malam sekali setahun dan berbagai bagai kemaluan lagi yang tak mampu aku tulis di sini.

Semuanya atas rahmat tuhan.

Teringat pula, kisah nabi Yunus. Waktu aku di asrama dulu. Waktu tazkirah selepas maghrib dan sebelum isya'. Waktu di mana aku dan budak budak tingkatan lima lain yang suka menyorok di belakang mimbar sebab takut kena panggil beri tazkirah. Pondan betul.

Ada seorang yang terpilih (paksa-rela) ini lalu berceritalah kisah nabi Yunus, aku tak berapa ingat dengan jelas details nya tapi nanti lepas kau baca yang ini, kau rujuk kembali dengan ustaz dan ustazah yang lebih sedap.

Selepas kaum nabi Yunus enggan menerima dakwah nabi, baginda meninggalkan mereka dengan penuh rasa marah dan tidak puas hati. Meninggalkan kampung halaman ke laut untuk berhijrah setelah memaklumkan kepada kaumnya yang satu hari nanti azab akan datang menimpa.

Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan........
al Anbiya' : 87

Masa itu nabi Yunus tak tahu pun yang bila baginda tinggalkan kaumnya, Allah tak akan timpakan balasan dan murka kepada baginda. Sebab baginda fikir masa itu, itulah jalan yang terbaik. Frust dan marah sebab segala usaha dakwah tak dapat diterima oleh kaumnya. Mana tak stress, bertahun tahun ajar perkara yang benar dan betul tapi kena ejek dan maki. Mana tahan.

Lalu dipendekkan cerita, kapal yang dinaiki baginda dihempas dengan ombak yang menggila di tengah lautan. Disebabkan kapal yang dinaikinya bersama dengan nakhoda yang ketika itu mempunyai kepercayaan nenek moyang; minta korban manusia kalau laut sedang menggelora sebagai usaha untuk mententeramkan laut. Terpaksalah nabi Yunus yang akur dengan perintah Allah yang satu, diberi ujian yang bertimpa timpa akibat lari dengan perasaan marah.

Terpaksalah juga baginda mencabut undi sampai tiga kali. Nama baginda juga yang dicabut berkali kali untuk dijadikan korban laut.

Ujian yang pertama tadi tersangkut di tengah lautan yang bergelora. Bayangkan ribut taufan dan lautan yang dalam. Masa aku try snorkeling buat pertama kalinya di tengah lautan dalam di bumi seberang tempoh hari, kaki aku langsung tak jejak tanah. Langsung weh. DENGAN AKU TAK PANDAI BERENANG LAGI. Masa itu aku hanya mampu berenang dalam satu tempat sahaja. Bukan berenang tapi badan tak boleh gerak ke depan langsung. Orang lain di kapal hanya pandang aku dengan penuh noob. Puas aku panggil kawan kawan aku yang berada di situ, hakikatnya masing masing selamatkan diri daripada dipanggil noob. Masa itu aku berserah dengan tuhan bersama muka aku yang malu, gigih juga ingat video tutorial youtube yang aku belajar. Sampai checkpoint ketiga, aku tak turun laut. Masa itu hati aku betul betul marah sebab ditinggalkan keseorangan di tengah tengah lautan. 

Ujian yang kedua, diuji dengan akurnya pada kepercayaan yang lain berbeza dengan ajaran yang disampaikan kepada kaumnya. Mahu tidak mahu akur dengan keputusan orang orang yang berada di kapal dan akhirnya, baginda terjun ke dalam laut yang dalam dan kemudiannya, ujian yang ketiga baginda terpaksa hadam ialah ditelan hidup hidup oleh ikan paus. Maka, tinggallah baginda dalam perut ikan paus dengan tempoh yang agak lama. Hidup tanpa makanan dan minuman, berpuasa sepanjang hari. Berbuka puasa dengan cukup berzikir. Memohon ampun dan menyesali kesalahannya yang marah meninggalkan kaum. Setiap hari menangisi sehingga baginda tidak punya kekuatan.

Lalu famous lah sepotong ayat yang keluar daripada mulut baginda iaitu ayat minta ampun kepada Allah ketika baginda disimpan dalam mulut ikan paus. Ayat ini boleh didapati daripada sambungan ayat yang di atas,

...... maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri
al Anbiya' : 87

Dan akhirnya sampai satu tempoh, Allah lepaskan dan terima taubat nabi Yunus. Dan tambah lagi, kaumnya kembali kepada pangkal jalan dan terima ajaran yang disampaikan baginda.

Nak cakap, kadang kala kita ditimpa kesusahan yang tak masuk, kesusahan baru yang tak pernah kita kena dan hadapai. Tetiba, kita pula yang kena telan. Kita rasa marah dan tidak mampu bersabar. Akibatnya, kita akan dilanda dengan kesusahan yang lebih bermasalah lagi.

Hati tidak tenang. Susah nak ingat tuhan. Malas nak buat ibadat. Tak khusyuk. Mudah putus asa. Masa itulah depression datang. Loser nya kau. Masalah banyak gila tapi tak mampu nak selesaikan. Tuhan tinggalkan aku? Kenapa aku yang kena uji? Kenapa orang lain happy dan aku pula yang bersedih?

Dan tuhan uji lagi sampai kita betul betul lumpuh. Ibarat baginda ditelan ikan paus. Tak ada makanan dan minuman. Gelap gelita tanpa cahaya sekeliling. Penat menguasai diri sendiri. Sakit tubuh badan. Begitulah tuhan menguji sampai kita jadi lembik, sehinggalah kita decide untuk kembali kepadanya. Masa itulah kita betul betul khusyuk bersujud sambil menangis sebab kita dah hilang segalanya. Dan masa itulah yang tinggal hanyalah tuhan di kepala.

Mudah mudahan, kita tidak berputus asa apabila hilang segalanya. Semoga diberi ilham untuk berbalik kepada tuhan waktu kita rasa hidup ini tidak ada makna.


p/s : sebenarnya aku tak nak tulis nota agama. Tapi, ini sahaja yang bermain dalam kepala. Minta doa banyak banyak.


15 August 2016

Botol air mineral perisa jambu batu.



Aku tuang air daripada botol besar yang asalnya mengandungi air perisa jambu batu. Walaupun air mineral yang bermaustautin sekarang, sisa bau dan rasanya tetap ada dan lekat.

Exactly. Orang lain mungkin nak cepat dapatkan awek, isteri dan jodoh tapi doa aku supaya aku dapat bina hidup yang gembira. Hidup bertuhan. Doakanlah aku. Doa itu percuma.

Pokemon Go dan kerja yang di reject.



Dah lebih 6 tahun blog ini berjalan, dan aku masih lagi stick menulis cerita peribadi dan perkongsian yang tak berapa menarik. Cerita cerita peribadi enak dibaca oleh stalkers dan perkongsian perkongisan sedap dibaca oleh strangers yang dapat relate dengan isi kandungan. Konklusinya, aku gembira yang aku masih kukuh dan setia menulis dalam blog. Ramai blogger telah pun bertukar arah memilih jalan berhenti dan ada yang memilih media sosial yang lebih baik. Memandangkan dunia blog ini jalan yang sangat sunyi sebab sekarang ramai dah tak baca blog, orang ramai lebih prefer mukabuku dan sebagainya yang lebih terbuka.

Bagi orang yang penyegan macam aku, blog ialah jalan terbaik untuk berjalan dengan sunyi. Aku memilih template yang lebih private sebagai tanda perubahan yang aku mahukan lebih semangat dalam menulis, yang aku rasa aku cukup fail dalam menghasilkan penulisan yang konsisten.

Orang hebat tulis jurnal kan? Tapi aku tak pasti sama ada tulis jurnal ataupun diari sebab nama blog pun bertajukkan 'diari'. Apa bezanya? Aku pun tak tahu sebab aku bukan orang hebat.

Pokemon Go.

Aku baru install.

Walaupun aku lebih prefer kepada original gameplay, bermakna di hadapan skrin gameboy dan bukannya AR, aku main juga walaupun tidaklah semenarik apa yang orang lain canangkan. Konsep yang baik, menangkap pokemon di alam realiti dan menggalakkan orang indoor meninggalkan tapak mereka di dalam bilik. Satu gameplay yang berbentukkan idea baru yang masih lagi boleh dikembangkan.

Aku pun tak nak puji banyak sebab aku main pun secara occasionally, memandangkan aku sejenis lelaki yang cepat bosan dengan perkara viral. Tapi gigih jugalah aku cari pokestop dan gym dan kebetulannya masjid dekat rumah adalah gym dan pokestop pula tempat wuduk masjid yang ada mural labah labah ( al ankabut ayat tak ingat sebab fokus tangkap pokemon, apa ke hal ).

Hampir hampir juga terlanggar kucing tengah jalan ketika naik motor. Lepas itu aku stop main.

Melihat sukses orang itu yang develop permainan ini sebgitu terkenal sehinggakan memecahkan rekod muat turun tertinggi dalam sehari sangat mengkagumkan. Kuasa pemasaran dalam media sosial.

Dan sejak akhir akhir ini pula banyak peluang terbuka untuk penulis penulis yang cuba untuk mengasah bakatnya, tampil menghantar karya mereka ke publishers yang rancak menerima tapi belum tentu publish. ( pessimisnya aku )

Mungkin aku ada pengalaman ditolak berkali kali dan diberi komen yang sangat pedas, aku jadi kebas dan lumpuh. Pedas sampai aku pitam berkali kali lah juga. Sampaikan waktu itu exam, aku tak studi sebab betapa downnya kuasa rejection. Sebenarnya, rejection ini perkara biasa biasa dalam hidup aku. Daripada sekolah lagi hidup aku sentiasa tertolak. Ingat lagi subjek kemahiran hidup, aku buat projek kayu, kena reject. Buat litar elektrik pun kena reject. Tak syelek dan tak cukup kilatlah. Tak smooth lah permukaan kayu. Wayar terbelit belit.

Semua ini adalah sebahagian proses aku belajar. Disebabkan aku bukannya budak genius dan dianugerahkan cepat belajar tapi cepat lupa. Buat kesilapan dan kena maki adalah salah satu cara aku ingat apa yang aku studi. Pedih kot kena marah marah sebab asyik buat silap tapi nak buat macam mana memang macam itu aku belajar.

Tapi, kalau karya penulisan kena tolak memang sakit. Sampai migraine berhari hari, yalah sebab kau dah habis banyak menulis. Banyak menghabiskan masa untuk menulis berbanding kau menghabiskan masa untuk membaca dan studi kos di universiti untuk bakal cita cita eternal kau. Pedih kot. Dua dua tak dapat. Lagi satu aku tiada supportive environment memandangkan aku datang daripada background keluarga yang bukan menulis, kawan kawan yang tak berapa minat membaca buku selain daripada buku akademik dan tak ada link dan network dengan komuniti penulis penulis.

Jika sebelum sebelum ini aku buat silap dan kena maki sebab projek kayu aku yang tak berapa best, paling kurang ada member aku yang boleh support; ada skill sapu syelek betul betul rata dan padu. Ada member yang pandai sikat wayar kasi betul betul trim, cantik.

Tapi, aku tak salahkan situasi. Yang bermasalah ialah aku sendiri yang malas nak cari link dan networking. Sebab masalah pertama aku ialah aku bergerak solo. Dan, aku tak tahu pun bergerak solo ini adalah satu masalah sebenarnya, sampailah tuan yang membaca dan menyemak karya tulisan aku beri komen dan satu dua kata yang buatkan aku terfikir berhari hari.

Hakikatnya aku masih lagi down. Aku masih lagi mencari semangat untuk menulis. Aku mesej beberapa orang penulis. Banyak kata kata positif yang aku dapat. Terima kasih. Walaupun mungkin nampak kecil di mata lain, besar di mata aku. Ini ialah minat dan passion aku. Walaupun aku tak berapa pasti masih besar ke passion ini, disebabkan aku mula sibuk dengan hal hal lain sejak kebelakangan ini.

Doakan aku dipermudahkan urusan.
Tak larat sebenarnya tengok orang tengok kita sebagai manusia yang tiada function.
Aku nak buat something yang penting supaya orang lain nampak kita penting.
Aku tak pasti sama ada ini lah jalannya yang boleh nampakkan aku penting dan function.
Bukan aku nak kejar sangat title atau pun redha manusia ini. Cuma aku nak ada somehing yang aku boleh contribute kepada masyarakat. Terutamanya kepada famili aku.

Semoga Allah redha.

Doakan aku. Doa itu percuma. Kau doakan aku, malaikat doakan kau balik.



14 August 2016

Zaman renaissance; Lelaki yang banyak kelemahan.



Semua manusia dicipta untuk melakukan perkara yang hebat. Hatta seorang homeless pun ada kerja yang hebat kepada orang lain, sebagai contoh memberi atau berkongsi tempat tinggal kepada orang lain yang juga homeless. Ironi. Bagi kita yang punya tempat tinggal tak akan nampak benda ini hebat dan anggap ini biasa biasa. Tapi, ini lah perkara hebat yang tak akan pernah kita mampu buat dan hanya dia mampu buat.

Dan semakin lama aku duduk di usia puluhan, aku masih lagi tersangkut mencari zaman pencerahan; zaman renaissance selepas umur akhir belasan hingga awal puluhan tahun sekarang masih lagi di takuk zaman kegelapan eropah. Orang eropah dulu dulu tak pakai sabun kot masa itu, aku kalau tak pakai memang tebal daki. Memang tak berani keluar rumah. Orang yang hidup zaman kegemilangan masa itu berlumba lumba keluar rumah; mengembara seluruh dunia dengan pakai baju yang wangi. Cari passion dan semangat untuk cari ilmu dan kerja.

Dan aku masih terbongkang, menonton cerita sedih semalam. Banyak keputusan keputusan yang aku buat bertahun tahun lepas lamanya jadi mimpi ngeri sekarang. Aku tak tahu macam mana nak restart balik. Masa depan terlalu kabur. Yang aku nampak ialah hukuman yang sangat kejam menanti. Kalau hidup di dunia tanpa berdarah bukanlah namanya hidup.

Melihatkan kawan kawan seusia mahupun tua dan awal beberapa tahun beza, ada yang dah habis studi, bekerja, baru habis interview, ada yang baru ber couple dan berkahwin, ada yang baru dapat anak dan ada juga yang telah pergi selamanya. Buatkan aku rasa sedikit inferior bukan bermakna aku mahukan apa yang mereka ada. Aku tak rasa aku memerlukan perempuan sebagai pasangan buat masa sekarang sebab aku bukan seorang lelaki masa depan yang anda mahu. Aku tak pandai masak dan buat kerja rumah, aku tak pandai pasang dan baiki perkakas dan alatan rumah, tak ada kerja dan masih belum tamat studi, tak ada passion dan cita cita, tak ada kereta mahupun lesen kereta dan secara konklusinya, aku lelaki yang banyak kelemahan.

Aku bukannya lelaki yang pandai sangat dan tidak bercita cita tinggi. Angan angan pun sangat rendah. Senang cerita aku ialah lelaki yang patut kau elak dan patut kau keji. Sebab itu aku banyak lari dan belajar sendiri sendiri jadi lelaki yang baik macam kawan kawan aku yang hebat. Aku takut jumpa perempuan yang akan cari kelemahan lelaki based on kelemahan aku. Lelaki bukan semua macam itu, aku sahaja lelaki yang macam itu. Jadi, aku menyorok dan malu. Ada hikmahnya juga aku menjadi pemalu dan penyegan supaya orang tidak ambil kesempatan. Tapi tiadalah aku menjadi pemalu yang sampai tak keluar rumah dan tak boleh bercakap langsung. Aku tidaklah selemah itu.

Aku banyak buat kesilapan lalu yang banyak disebabkan aku anak yang sangat nakal, sekarang pada timeline ini, aku sedang berlatih untuk bersabar dengan kesan kesan hebat hasil kesilapan lama. Sakit. Aku tak tahu bila aku dapat berlari macam orang lain. Dapat bergerakkan ke fasa lain. Bukan fasa berkeluarga. Aku memang tak minat berkahwin. Bukan bermakna aku tak berminat denga perempuan, nanti kau kutuk aku lagi pula. Aku masih minat perempuan tapi bukan sekarang. Aku lebih berminat nak cari passion dan semangat aku yang telah lama hilang. Aku tiada cita cita walaupun aku studi dan belajar something yang akan jadikan cita cita ini sebagai pekerjaan yang eternal.

Masa sekolah rendah, aku minat jadi posmen sebab aku suka motosikal, Posmen naik motosikal hantar surat. Jadi, sekaligus aku fikir posmen adalah cita cita yang baik. Masa beredar, aku berminat jadi penyiasat persendirian sebab aku minat detective conan. Tapi, masalahnya aku ini seorang yang sangat blur dan tidak peka. Aku juga sering mudah ditipu dan mudah percaya. Dan aku juga tak pandai buat keputusan yang betul dan rasional dalam masa yang terdesak. Lemah kan aku? Jadi, kepada stalkers yang kenal aku, aku memang lelaki yang tak best. Dahlah tak best, tak jambu dan tak kelakar.

Aku minat jadi guru sampailah sekarang. Mungkin sebab aku terharu dengan salah seorang warden yang merangkap guru aku yang banyak menolong aku masa sekolah menengah berasrama dahulu. Waku aku demam panas, muntah muntah dan cirit birit sampai aku terpaksa tak seat untuk exam kimia dan pendidikan islam di tingkatan 4, warden aku hantar aku ke hospital. Banyak hal memalukan sepanjang aku sakit yang aku rasa dia sangat sabar dalam handle situasi itu. Aku tak nak cerita sebab aku malu. Aku kan lelaki yang banyak kelemahan. Ingat lagi, duit aku kena curi masa tingkatan 4 ke 5 dan aku tak ada duit tambang nak balik rumah tapi dia sponsor beri duit. Terharu. Semoga Allah tambahkan rezeki ustaz dan hidup dalam rahmatNya selalu.

Selepas beberapa tahun, budak junior dorm aku mengaku dia ada curi duit aku dalam locker. Itupun dia mengaku sebab dia minta halal, dia nak seat untuk exam SPM tahun itu. Budaknya baik masa sekolah tapi aku memang mudah percaya orang. Tapi, tak apa aku maafkan. Sekarang budak itu sedang mengejar cita citanya di luar negara. Semoga Allah berikan kau kemudahan atas segalanya. Dulu aku ada buat tuisyen, aku ajar budak sekolah rendah dan menegah. Alhamdulillah. Ia berjalan dengan lancar dan bagus.

Aku ada sedikit sesal yang aku tak memilih jalan itu dan memilih jalan lain. Dan aku rasa aku sedang berhadapan dengan penalti yang aku fikir balasan yang sukar untuk terima. Tapi, tak apalah. Asalkan aku belajar menerimanya secara perlahan lahan dan pekakkan telinga daripada kutukan orang ramai. Aku masih lagi mampu survive.

Dan semakin lama aku terpuruk di dalam zaman kegelapan eropah, masih ada ke harapan untuk melihat zaman renaissance; zaman di mana aku boleh pakai sabun. Zaman di mana aku boleh jumpa passion aku hingga aku sanggup mengembara ke seluruh dunia. Habiskan segala duit dan usia sebab aku happy sangat dapat kejar yang aku mahu. Zaman di mana aku tak dilihat sebagai lelaki yang banyak kelemahan.

yang ikhlas,
lelaki yang tak pernah terima confession daripada wanita tapi, tak mengharapkan pun confession cinta wanita sebab, takut rosakkan hidup wanita itu dengan kelemahan kelemahan diri sendiri yang banyak.


06 August 2016

P/s 2



Rasa cemburu takkan mengubah apa apa kan?
Ok. Aku tengah buat kerjalah ni.

Tolong doakan aku, ok?

Social anxiety dan inferiority complex.



Aku ingat lagi aku ada masalah gelabah masa kecil. Aku tak suka angkat telefon rumah sebab aku akan jadi gementar tak nak jawab panggilan. Aku akan rasa gelabah bila mak aku suruh bayar bil air dan api mahupun berbelanja ke kedai runcit. Ini lah dinamakan social anxiety. Tapi, ianya berubah bila masuk akhir tahun sekolah rendah bila aku mula main sukan.

Tahun tahun masa itu aku memang hidup dalam ketakutan, rasa mengigil sepanjang keluar rumah apabila berjumpa orang luar terutamanya orang yang kita tak kenal. Trauma? Tak. Aku dibesarkan dalam keluarga yang tegas tapi sejak meningkat dewasa ini, adik aku yang bongsu pun balik pukul 3 pagi. Aku pula yang duduk terperap di dalam bilik. Mungkin ini kesan tahun tahun yang penuh ketegasan.

Walaupun aku kata ianya dah berkurang, tapi ia tetap ada untuk waktu tertentu terutamanya berbincang dalam kumpulan dan bercakap di hadapan kelas. Idea banyak tapi mulut dikunci. Berpeluh peluh. Situasi itu memang memenatkan. Ramai orang kata, kau kena berubah. Aku cuba. Aku cuba sampai hari ini. Dan ia semakin kurang. Walaupun masih lagi menggigil dan ketakutan, aku cuba sembunyikan daripada pengetahuan orang lain.

Aku mengalami inferiority complex sejak kecil. Mungkin sebab aku masuk sekolah swasta masa kecil. Sekolah anak anak orang kaya. Makan kantin. Aku pula tahan lapar dalam kelas dan kadangkala makan bekal. Tapi, aku tak salahkan keluarga. Ini yang terbaik. Walaupun aku selalu diejek daripada darjah satu sampai  empat, aku tetap sabar. Baru aku sedar yang aku tak ramai kawan daripada sekolah, aku berkawan dengan anak anak jiran yang sekufu dengan keluarga aku. Oh, aku juga dibuli sejak sekolah dulu. Ingat lagi masa darjah empat, ada satu kumpulan buli, namanya street monkey. 3 ahli. setiap pukul 4.30 petang aku berlari keluar daripada kelas aku sepantas kilat supaya tidak ditendang dan direntap beg sekolah aku. Adik aku yang darjah 3 juga pun ditibai sama. Apa jenis abang lah aku masa itu. Ingat lagi mereka tuang air daripada botol minuman plastik aku atas kepala adik aku yang menangis.

Tapi, aku dengar mereka dah jadi baik sekarang. Aku maafkan.

Teringat setiap kali beg sekolah koyak kena leter sebab tak pandai jaga. Bila kata ada orang buli, tetap tak percaya. Mungkin sebab aku anak yang tak baik sejak kecil. Tak pandai. Hanya pandai beli komik gempak, kumpul stiker digimon dan  pergi cyber cafe. Aku minat melukis. Aku banyak koleksi komik dan majalah gempak. Aku peminat pelukis siri maskerat cinta. Kaoru namanya. Tapi, disebabkan melukis adalah satu bakat yang tidak punya masa depan, habis semua komik dan majalah gempak kesayangan dibuang. Memang nangis seharian. Manakan tidak duit belanja makan dan buku sekolah dibuat beli komik. Aku anak yang tak baik dan tak pandai belajar.

Masa darjah 4 atau 5, aku tak ingat. Ayah aku kena berhentikan kerja. Aku tiap tiap hari nampak ayah aku sujud. Dari awal pagi sampai malam. Merintih. Berdoa. Berbulan bulan kami ikat perut. Hampir sahaja aku berpindah ke sekolah kampung sebab mahu berhijrah ke rumah nenek. Masa itu aku belajar kenal sedikit tanggungjawab. Aku tolak tepi minat aku. Aku mula rajin kedai buku untuk tengok rujukan. Aku tak beli. Aku tengok setiap hari dan hafal buku rujukan di kedai buku. Aku cepat belajar tapi dianugerahkan ingatan pendek. Aku struggle.

Akhirnya, ayah aku dapat kerja balik. Pak cik aku tumpang rumah. Dia jadi role model untuk studi aku. Dia bagi panduan. Aku tak genius. Dia suruh aku jadi rajin. Lantak pi lah anak anak orang kaya yang genius yang selalu jaga makan, pergi tutor siang malam, tengok rancangan tv education berbayar, pergi ceramah motivasi dan etc etc. Aku pergi kedai buku setiap hari sampailah habis darjah 6 untuk hafal rujukan.

Keluarga belah ayah aku kaya dan senang. Setiap kali balik kampung, pak cik aku yang sedikit tua geleng kepala dan bercakap perlahan, besar nanti kamu tukarlah kereta ayah kamu. Walaupun niatnya nampakkan motivasi, tapi aku rasa down dan rendah diri bila dia berkata begitu.

Aku rasa cukup.

Cukup makan. Cukup segala hal. Alhamdulillah. Keluarga aku masih lagi cukup sampailah sekarang. Bila aku membuat perbandingan dengan keluarga keluarga lain yang jauh lebih senang, aku terasa mencederakan diri sendiri dengan kutuk dan rendah dirikan diri sendiri.

Aku tak nak ada rasa macam itu.
Kita sepatutnya berbahagia apa yang kita ada. Aku punya inferiority complex perlu dihentikan. Aku tak nak sentiasa social anxious dalam setiap situasi. Aku sembunyikan sebab aku takut dekat diri sendiri. Aku takut aku melukakan diri sendiri. Aku rasa sedih bila aku sendiri yang berkata benci.

Inilah cerita kisah aku yang social anxiety dan inferiority complex masa sekolah rendah.

p/s ; dongeng semata. jangan percaya.


05 August 2016

Epal.



" Apa nama bilik ini?"

" Ini bilik cerita yang dinamakan bilik buah buahan,"

Min angguk perlahan.

Kenapa namanya buah buahan, pertanyaan itu hanya disimpan dalam hati. Pintu kayu ditolak dan terbuka. Terbentang gelanggang rata sebesar padang tenis dikelilingi pelbagai jenis buah buahan yang bersaiz besar daripada saiz yang asal.

" Sin letak cerita Min dalam buah epal," kata lelaki gagah yang memegang pena yang dua kali ganda besar saiznya. " Cuba lihat apa yang ada di dalamnya,"

Epal yang masak ranum dan berwarna merah itu kelihatan semakin lutsinar dan samar samar, membentuk imej ingatan bercantum cantum menjadi memori Min. Cerita Min kepada Sin berbelas tahun dahulu.

" Epal buah terlarang, dimakan jatuh bersama hina tetapi kemudian menjadi mulia apabila bangun semula, " kata lelaki itu.

Min yang daripada tadi diam, masih lagi khusyuk melihat putaran cerita daripada awal hingga akhir. Memori Sin kepada Min. Mencurah curah. Cerita Min banyak duka lebih daripada ketawa. Sin lah tempat dia mendengar. Dan melepas rasa walaupun Sin bukanlah orang yang pertama mendengarnya, tapi Sin tetap setia dan sudi menulis ceritanya. Dia sangat patuh kepada tugasnya selaku penulis ensiklopedia yang merekodkan cerita makhluk tanah. Walaupun berlainan asal jasad, Sin akan tetap setia berdamping dengan Min sepanjang pengembaraannya mencari ketawa. Namun, hakikatnya sepanjangan kembara, kisah duka lebih banyak terpahat dan tertulis di setiap lembaran kertas yang selalu dibawa Sin.

Perjalanan mencari batu hitam yang dipercayai mempunyai mukjizat mencapai awan itu tetap dijadikan motivasi buat Min supaya tak menolak segala mehnah yang melanda. Min reda sebagai pelarian daripada bangsanya yang sering tertindas dengan bangsa yang lebih superior. Lebih gagah perkasa dan bijaksana. Min kuatkan juga badannya yang bukan dibina untuk menjadi pahlawan, mencari batu hitam yang asalnya daripada salah batu kerikirl dalam sungai 'syurga'. Batu itu yang akan membela bangsanya, mengalahkan puak puak nomad yang selalu berbunuh bunuhan.

Min terhenti. Matanya berkaca. Tujuh belas tahun berakhir sudah. Kita menjumpai apa yang aku mahu jumpa. Aku mula terbang. Mengapung diri sehingga aku gayat. Gayat dengan kuasa yang tinggi sehingga aku lupa warna tanah. Sehingga aku potong tangan kau. Kedua dua belah tangan yang kau guna untuk tulis histori bersama aku. Setiap makhluk yang sukakan sejarah seperti kau, hanyalah makan memori memori pengembara. Aku pernah jamahkan kau gandum tapi kau menolak. Kau meronta dan pinta aku cerita lama aku. Dan kau begitu khusyuk sekali. Mata kau menyenangkan. Ekormu menjadi tenang tidak agresif sebagaimana kau lari daripada iblis yang punya batu itu.

Aku ambil hak kau sebagai penulis memori. Aku tetap degil dengan keputusan aku. Aku tak boleh bawa kau pergi lebih jauh. Aku tak nak kau tulis sejarah yang aku telah hapuskan semua puak puak nomad yang menzalimi bangsa ku. Aku tak mahu kau jadi jahat ssperti aku sebagaimana kau memang dilahirkan tidak membuat pilihan menjadi ingkar.

Namun, kau menghantarkan ku dengan pandangan yang sama, pandangan khusyuk mendengar cerita aku, di saat aku mengkudungkan tugasmu. Pena kau, aku patah patahkan untuk buat kau kecewa dan menambah luka yang dalam. Pandangan kau. Pandangan kau tetap redup. Sin menyambung penannya dengan mulut yang bergerigi tajam, menulis sesuatu di atas kertas putih yang selalu dia bawa di belakangnya. Mengerakkan strok tulisan perlahan perlahan sambil aku terbang melihatnya jauh samar samar.

Dan, aku di sini. Melihat buah epal besar saiznya yang tak pernah kau merasa sebab kau bukan makhluk yang makan sama hidangan dengan kami. Buah terlarang yang kau anggap sumpah jangan mendekatniya. Memori itu berhenti pada tulisan tulisannya yang terakhir. Tulisan tulisan yang aku tak pernah sempat lihat dek kerana rakusnya dendam aku melebihi apa yang kita lalu bersama. Tulisan tulisan yang menceritakan kau. Langsung aku tak pernah mendengar cerita kau, Sin.

Tulisan itu ringkas dan samar kerna ditulis dengan mulutnya yang besar dan bergerigi halus. Tiga baris kau tulis. Aku hanya sempat mendengar cerita kau daripada cukup hanya tiga baris. Sedangkan kau mendengarkan aku, berjuta juta baris.

Rintik pulang
Awan terbang
Min hilang

Sepanjang Sin bersama ku, dia kerap terkena  hujan dan dia sukakannya. Tenang. Dia buat air hujan yang bercampur serbuk yang dia bawa daripada bukit buat dakwat tinta.
Aku bercerita berkenaan awan betapa cemburunya aku dengan awan yang bebas. Pabila dapat ku gapai awan, jadi saktilah bangsa tanah yang sentiasa merata ke bawah.
Kakiku yang kudung tak mampu bergerak, menyukarkan aku dalam pencarian. Tapi, yang banyak menarik aku ke sana ke sini dengan giginya adalah makhluk yang sebenarnya lebih erti rasa sukar. Pergerakan terhad.

" Walaupun kaki Min hilang, mobilitinya tidak sedikit terjejas walaupun sekali. Sin hanya nampak terjejas mobilitinya saat Min berangkat kaki pergi jauh daripadanya," terang lelaki itu.

" Moga moga, keputusan Min adalah satu keputusan yang direstui baiknya," katanya lagi.

Angguk.
Aku mengatur langkah. Mengeluarkan belati. Mengorek isi epal untuk menjadi pintu masuk dan laluan, muat untuk aku. Menjadi ruang seperti keranda. Kulit dan isi epal yang terkoyak, tercantum semula membentuk kapsul menutup badan.

" Inilah satu hukuman yang wajar buat aku. Untuk aku yang telah memakan buah terlarang. Dimakan jatuh bersama hina,"

Aku jatuh.
Akan menjadi pengembara yang melangkah ke dimensi yang lain untuk melarang pengembara lain makan buah yang sama.

Malam, malam.