03 March 2020

Menjadi doktor pergigian



aku merupakan bekas pelajar pergigian yang selamat jadi pegawai pergigian kontrak kerajaan. aku pun tak tahu kenapa aku rasa nak kongsi sedikit laluan pendidikan bagi seseorang itu membolehkan menjadi doktor gigi tapi apa salahnya kan.

aku mulakan dengan selepas peperiksaan SPM. nak lebih cerah laluan, haruslah skor straight A dan subjek sains wajib skor A ( biologi, fizik, kimia ). dan kemudiannya, boleh apply asasi sains hayat sebagai pra universiti dan mestilah skor 4 flat bagi setiap subjek dan seterusnya apply degree dalam bidang pergigian.

yang di atas ini, laluan pendidikan aku daripada SPM ---- ASASI/MATRIKULASI SAINS --- BDS ( bachelor of dental surgery )

ada sahaja yang lepasan SPM, mereka excel dan menerima tawaran biasiswa ke luar negara dan apply bidang pergigian terutamanya di timur tengah (mesir, jordan etc), eropah dan US ( tak pasti ).

ada pula yang selepas SPM dan matrikulasi, result tak berapa baik tapi ada duit lebih ( mak ayah kaya ) sambung ke universiti swasta atau melalui ejen ke pengajian luar negara ( selalunya timur tengah )

asasi dan matrikulasi selalunya berlangsung selama satu tahun bagi memberi peluang waktu untuk berfikir bidang degree mana yang sesuai dengan kita. bagi yang ingin menyambung bidang perubatan dan kesihatan, memang selalunya kena excel 4 flat lah bagi meningkatkan peluang masuk ke bidang yang kita mahu since banyak sangat persaingan sebab ramai pandai pandai sekarang ni.

pada zaman aku dahulu, tiada interview sebelum masuk ke degree pergigian tetapi selepas batch aku, ada entrance interview dan akan diumumkan berjaya atau tidak masuk ke peringkat seterusnya.

jadi selepas asasi, aku apply UPU meletakkan pergigian bagi setiap universiti di 2 pilihan utama teratas walaupun pada mulanya aku separuh yakin atau tidak. aku tak rasa aku akan dapat bidang pergigian sebabnya pada pilihan 4 utama UPU tiada universiti yang aku mahu pergi dan bidang yang aku mahu. aku mahu belajar farmasi di uitm. sebab aku sudah selesa belajar di uitm puncak alam waktu aku belajar asasi sains di sana. yuran dan makanan pula murah. aku bukan daripada keluarga yang berada.

pendek cerita, surat tawaran sampai dan menyatakan aku diterima belajar di salah satu IPTA ibu negara dalam bidang pergigian. kaget? sangat terkejut. hidup tetap jalan terus walaupun aku tak berapa minat dan yuran kos sara hidup belajar sana agak tinggi walaupun ditampung biasiswa.

oh iya, pada zaman aku biasiswa secara automatik diberikan kepada 3 kos kritikal iaitu perubatan, pergigian dan farmasi. alhamdulillah, senang hati aku tidak lagi membebankan mak ayah.

tapi yang aku dengar, tiada lagi biasiswa diberikan kepada 3 kos kritikal ini dan hanyalah berbentuk pinjaman. boleh betulkan aku kalau salah.

pesan mak, minat boleh dipupuk sebab aku cerah sedikit. aku pun hairan kenapa aku dibilang cerah hati sebab aku bukannya genius. aku jenis yang rajin sahaja.

di sini ada beberapa perkara yang bagi berminat dalam bidang pergigian. bidang ini agak mencabar dan tidak mudah. siapa yang cakap hanya belajar tentang gigi tu, boleh banyak bertaubat dan minta maaf kepada kami. fitnah besar tu. banyak air mata dan gagal tumpah sepanjang belajar pergigian.


  • perlu belajar subjek subjek perubatan. iya, jangan ingat hanya study gigi, thorax, upper dan lower limb, abdomen kena hadam juga ye. tapi bahagian head and neck kita kena master, sebab pergigian melibatkan anatomy kepala dan leher yang banyak. 
  • hati kering dan tahan maki. selain daripada kena tahan maki daripada pensyarah dan pesakit, kena banyak bersabar dengan kelemahan diri sendiri juga terutamanya yang lemah teori dan lemah klinikal. dentistry is a life long learning. sentiasa update new skills.
  • sangat passionate. mesti minat lah kalau nak stay motivate dan passionate sebab ada masa kita gagal, kita akan mula down dan depress tapi bagi yang minat selalunya tak ada masalah untuk bangkit. bagi mereka yang kurang minat dan mengamalkan minat boleh dipupuk, semoga berjaya. aku boleh buat. anda pun boleh. struggle sedikit lah. banyak drama air mata.
  • mempunyai belas kasihan yang baik. aku tak cakap yang belas kasihan yang tinggi. cukup yang baik je. kalau tinggi sangat, nanti tak berani nak potong gusi dan tebuk gigi sebab kasihan dengan pesakit. sentiasa empati dan merawat pesakit secara holistik luar dan dalam. fizikal, mental dan spiritual. 
  • mempunyai kesabaran yang tinggi. aku tak cakap kesabaran yang baik sebab baik sebenarnya tak cukup, lebih tinggi lagi bagus. adakalanya skill tangan kita tidak baik, pesakit selalu cancel appointment last minit, case yang rumit, dan case kita kena rembat dengan sesama batch. banyaklah bersabar. sesungguhnya Allah sukakan orang yang bersabar. 
  • boleh kerja ikut dateline. sangat disiplin dalam mengatur dan menguruskan masa dalam menetapkan target setiap clinical requirement yang ditetapkan due date. tapi, kalau pesakit datang sesedap hati pun rosak juga time management kita. maka rujuk point di atas.
  • boleh kerja lebih masa. demi memenuhi requirement gigi palsu, segala procedure lab work daripada A - Z, kita kena handle dan siapkan sampai terlahirnya gigi palsu. jadi selepas habis klinik pada pukul 5 petang, maka seterusnya menapak ke makmal prostetik untuk bikin gigi palsu. balik kepenatan. 
  • artistik. ini ialah bonus. mempunyai kemahiran tangan yang berseni. pergigian ialah bidang sains dan seni. tangan yang berseni bisa menghasilkan tampalan yang baik dan estetik. tangan yang baik juga mampu cabut gigi tanpa daya yang banyak dan mampu potong gusi tanpa tremor. kalau tak power, boleh belajar dan dipupuk tetapi struggle sedikit. kena banyak praktis dan REPEAT. 


dua tahun ialah tahun pre clinical dan tiga tahun ialah tahun clinical.
tahun pre clinical ialah tahun tempoh kita menyiapkan requirement bagi setiap disiplin dan subjek pergigian di dalam mulut phantom. phantom itu patung bagi student pergigian buat rawatan.

Image result for phantom head dental

tahun clinical ialah tahun tempoh kita menyiapkan requirement dan competency test bagi setiap disiplin dan subjek pergigian dalam mulut pesakit sebenar, real life human.

disiplin dan subjek pergigian yang asas

- oral maxillofacial surgery - bedah mulut
- periodontic - rawatan gusi
- orthodontic - rawatan menyusun gigi, contoh rawatan removable appliance (retainer) dan fixed appliance (braces)
- pediatric dentistry - pergigian kanak kanak
- restorative dan prosthodontic ( fixed and removable ) - tampalan, gigi palsu, crown dan bridges
- endodontic - rawatan akar

selain daripada belajar subjek di atas, subjek perubatan juga diajarkan seperti pada tahun pertama, kedua dan ketiga.

selesai clinical requirement dan competency test barulah membolehkan untuk sit final exam dan dapat keputusan yang baik maka dapatlah sambung ke tahun yang seterusnya.

begitulah secara kasarnya laluan bidang pergigian sehinggalah tahun kelima dan lulus final exam, barulah bergelar doktor gigi. diharapkan sedikit sebanyak aku dapat memberi sedikit insight dan hala tuju pembelajaran sebelum bergelar doktor pergigian.

semoga bermanfaat.







16 comments:

Sya said...

masa kecik ada terfikir nak jadi dentist tp bila dah besar sikit, sy perasan saya x suka tgk gigi org ahaha

tp for me, dentist ni mmg bijakla sbb nk masuk ipta dentistry sgt limited

Merah said...

semoga maju jaya. insyaAllah. amin

MunirahMH said...

Good sharing

Unknown said...

saya ada pasang niat nk jadi dentist.. tapi saya takot la juga bi sy sedang2 je... saya juga pasti tak pasti nk masuk bidang ni.... ada nasihat tk

Unknown said...

Thankyou for sharing

Anonymous said...

Dulu buat endo molar x

Anonymous said...

thank u so much for sharing, semoga allah permudahkan segala urusan

Salim Awang said...

Info yg sgt membantu.. Boleh tahu mcm mana nak cari tajaan utk kemasukan 2021?

Salim Awang said...

Bagaimana nak cari penaja?

Anonymous said...

saya tak ambik jurusan sains di smk , sedihnye nanti mesti tak boleh jadi dentist dan jumpa hong dung sik ( hometown cha cha cha )

Future yoon hey jin said...

I'm here because of hong du sik jkjkjk actually I'm interested to become a dentist but I'm not taking science subjects anymore in highschool to be honest I just dropped it in June , I regret it.I just knew I've to be in sc stream to become a dentist,how silly am I,so may I ask u if there's any way to purse in this field maybe I can retake spm later ? Is it addmath qualified since u only mentioned bio chemistry and physics?

qil said...

saya percaya Dr lepasan uni local jer...sebab dorang yg bijak betol2 je bole masuk kos tu....kalau lepasan mesir biasa tak layak pom jadi Dr tapi sbb kaya bayar jer.....takot dengan Dr lepasan mesir..huhu..dah tak cerdik tak payah laaa jadi Dr...jadi laa menda lain yang tak melibatkan nyawa...just suggestion

Anonymous said...

maaf, saya amat tak setuju dengan statement awak "pelajar mesir tak pandai, dapat masuk kos pergigian sebab kaya" hello?? habis ingat result C pun tapi sebab kaya boleh masuk ke ??? kalau fail banyak kali pun boleh teruskan ke naik tahun? kena buang uni ada lah. Tak kisah belajar dekat mana sekalipun, dah grad dan sah jadi doktor, they still a doctor. ingat senang2 je ke kami boleh lulus semua pakai duit je ?? susah ye sangatlah susah. please never underestimate student yg study dekat mesir. mereka semua sangat bagus and PANDAI sama je mcm dekat malaysia. mereka tak bodoh. ubah mindset ya. buat apa nak ambil risiko untuk study jadi doctor/dentist kalau result tak layak??? even ada duit sekalipun??? awak tak pernah tengok pun macam mana struggle and busy diorang study and handle patient kat clinic. so please. ubah mindset. semua doctor sama je tak kisah pun dari mana

Anonymous said...

Nka Tanya😩. Dr lepasan spm tahun bila

Anonymous said...

Yes true. Cousin i spm 2A (english & agama), science subject all Cs, add math not even credit dapat je continue study dekat mesir sana. Yang penting ada duit je. Siapa ckp science subject C x boleh continue in medical? Just bukan semua graduate mesir macam tu, ada je yg excel masa SPM and dapat scholarship nak further study kat Egypt. So yeah, i pun lagi trust graduate ipta.

To Anon, tak payah nak menidakkan benda yang betul2 jadi.

rasydan said...

sharing yang menarik… doakan saya dapat masuk dentistry lepas habis asasi huhu