13 December 2015

Ahad.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

orang orang sekeliling kata aku tak happy. 
ya. 
aku diuji dengan kesedihan bertalu talu. 
lalu aku baca quotes yang tak pernah selama ini aku baca. cari di buku. cari di internet. cari di dinding dan di siling. aku baca kuat kuat. 

rintik rintik setia turun di atas kepala. 
aku yang mengalaminya. 
kasihan. 

nak terbang. 




nah, jangan sedih sedih

09 December 2015

Lelaki pisang

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani



nah aku baru makan pisang


aku lelaki.
orang sekeliling memandang aku sebagai lelaki yang sedih dan monyok. ( emo )
walaupun kerap kali, aku menidakkannya. mereka tetap bersangka sangka dan melabel label aku sebagai lelaki yang sedih. dan itu membuatkan aku sangat geram dan tertahan tahan rasa pedih dalam dada.

kepala kau bergetar getar, menahan urat yang tak henti henti berdenyut tanda cuba untuk menyabarkan diri. susah jika selalu begini. susah aku mahu jadi lelaki yang penyayang. 

jadi, aku baring. boleh rasa denyutan nadi bertalu talu di sisi kepala. bergerak gerak bantal yang menahan kepala. aduh, agresif. aku pakai kopiah putih untuk menyekat nadi di sisi kepala. tersepit. terasa ketat kepala. pening. 

jadi, aku mandi. sejuk. mandi malam tak bagus. tapi, aku mahu tenang. aku nak air mengalir di seluruh badan. aku ingat sungai yang aku mandi tempoh hari. cis. ada kisah malu. stress. aku mandi lama. sebab kepala aku memang bergetar getar sampai aku boleh dengar bunyi urat yang melompat lompat nak keluar daripada kepala.

keringkan rambut. sikat.
pandang cermin. 
lihat muka.
lelaki yang sedih. 

orang kata, daripada menunggu ribut berhenti untuk hari cerah, lebih baik belajar menari dalam ribut hujan.

ya. dan masalahnya, aku tak pandai menari. 

aku pandai tidur. 
dan bangun tengok cermin. 

mungkin mereka lah yang betul.

alahai sedihnya.



07 December 2015

Tok Wan.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

Kita semua ada manusia kegemaran yang kita sayang. 

Beberapa tahun yang lalu, arwah Tok Wan selalu angkut aku pergi masjid. dan aku pula sangatlah malas malas untuk ke sana. Dia marah. Lelaki kena jaga solat awal waktu dan solat berjemaah di masjid memandangkan dia seorang muazzin di masjid kampung kami. Anak anak dan cucu cicitnya yang akan kena angkut. 

Namun, aku tetap malas malas. Satu hari, dia jatuh daripada motor ketika hendak solat subuh. Lebam lebam badan. Daripada raut mukanya, penuh sisa dan kedutan penyesalan yang sangat kuat. seperti budak kecil yang sedih dan merajuk tak dapat pulang membawa permainan di pusat membeli belah. 

Penuh dengan penyesalan. melihatkan kedutan yang beribu di muka. pedih. air matanya tumpah. kerna tak dapat ke masjid pada subuh itu. 

Sejak daripada hari itu, apabila kami pulang ke kampung. aku akan ikut dia ke masjid. 

Tok Wan selalu pesan, bila kita hidup, kita mesti hidup untuk membahagiakan ibu dan ayah. walaupun sesusah manapun, bila kita bahagiakan ibu dan ayah, bahagia itu akan datang kepada diri kita sendiri. 

kita akan sedih dan kecewa. itulah kehidupan. sunnatullah. kita tak dapat lari. bila kita meletakkan diri kita dalam kehidupan orang lain. orang lain akan senang dan kita juga akan ikut senang. 

setiap kali, Tok Wan beri nasihat. kedutan seribu nampak jelas. kerna apabila yang memberi nasihat itu selalunya orang yang hidup penuh penyesalan di masa silam dan bangkit kembali. di kemudian hari. 

pada hari itu, setelah beberapa kali aku mengulang yassin di sebelah katil Tok Wan.
Tok Wan tetap akan pergi.
sebab cinta memang ditakdirkan akan pergi. 
tapi cinta juga akan kembali.
dalam bentuk dan warna yang lain. segala sesal yang terkandung dalam nasihat lama, yang tinggal di dunia akan sentiasa ingat.

dan akan terus bermanis walaupun hari masih pahit.





nangis

24 November 2015

Lawa.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

dan segala ujian yang datang mengusik hati yang manja ini, tak lekang dengan kata kata semangat yang aku baca daripada buku dan media lain. tak putus putus aku hafal dan sebut kuat kuat dalam hati. ada juga yang aku reka. lepas itu senyum dan berangan angan mahu tulis buku koleksi kata kata hikmah dan semangat. 

tapi, untuk mendengar dan masuk ke hati bukan perkara yang senang berbanding tak putus putus berkata dan hafal kata kata semangat. 

kita hamba lemah. 
jatuh bangun. 

 Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri....
          an Nisa' : 79

apa sahaja yang baik baik itu datang daripada pelan rancanganNya. apa sahaja yang nakal nakal itu datang daripada ketidakpandaian aku mengurus urusan.

semoga aku kuat.
doalah.

Lawa






21 November 2015

Ribut kecil kecil.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

Rasa berat. terbeban. banyak ujian melanda. iman turun, turun naik dan turun. bila terlalu banyak kusut, banyak pula fikir mencari salah. bila fikir mencari salah, bukan mula mencari salah dalam diri sendiri tapi mencari salah luar daripada diri sendiri. orang sekeliling yang dilibas.

lebih sedih. Allah juga yang kena.

Allah. 
sedihnya. nak kuat, ya Allah. aku lemah, ya Allah. 

kau rasa Allah berlaku zalim ke dengan kau sebab banyak ujian yang turun?

Allah. tunduk. 

ribut datang dan pergi. kesan daripada ribut akan ada selepas ribut pergi. atap tercabut. tingkap pecah. pintu terkopak. kesan ribut itu pasti ada. dan ribut pasti akan berlaku atas muka bumi. 

cuma, nak perbaiki kembali kepada asal sebelum ribut. susah. perlukan lebih daripada satu bangun. 

Allah. 
nak bangun. 
aku tak kuat. 

 Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menzalimi (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar.
          An Nisa' : 40

ribut ribut ini terasa kecil apabila kita melihat ribut ribut besar orang lain. orang orang yang nak jadi penyayang kena kuat. kena kuat, ya Allah.

pergilah ribut kecil. aku nak pergi baiki hati aku yang tercabut.

tengok cermin.
tangan kotor.
tanpa cermin.
tangan bersih.
menangis.

Bunga yang cun.



17 November 2015

Ntahlah.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani



Ada yang belajar daripada kesungguhan.
Ada yang belajar daripada kesilapan.

sungguh, manusia perbaiki diri sendiri dengan cara yang bermacam.
manusia berusaha memilih jalan yang terbaik dan juga ternakal.

Sesungguhnya usahamu memang beraneka macam 
 Al Lail : 4


Aku tak suka letak quote pic dalam blog. Tapi, aku nak letak juga. Aku memang degil.


13 October 2015

Oksigen lama.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

aku lihat banyak rezeki aku dilarikan orang. tapi, adakah aku betul betul pasti rezeki itu milik aku sebenarnya? 

yang ditakdirkan pergi.
akan pergi. meninggalkan kita.

hatta udara yang terbang lurus.
molekul oksigen yang datang disedut paru paru bukan daripada molekul yang sama. mereka terbang datang. dan mereka terbang pulang. 

segala nikmat yang ada dalam tangan. dikepal erat erat. apabila lenguh. dan lelah. kepalan itu terbuka luas. nikmat jatuh. lari. kencang. lalu hilang daripada pandangan. 

begitulah hidup.
hidup ditakdirkan akan pergi. 

pergi jauh hingga ke pemilik rezeki. 

aku berharap kepalan tangan aku kuat. tapi, aku manusia lemah. lengan tiada biceps. apatah lagi six pack. iman senipis kulit bawang. adakalanya jatuh merudum. dan adakalanya serata garisan horizontal lurus. 

yang sedikit ada, percaya. 
aku mahu percaya aku bertambah banyak. 

aku nak fikir positif.
supaya aku dapat kerja lebih sungguh sungguh. 
aku nak percaya yang hari ini aku tak dapat ikan. esok aku dapat ikan. walaupun hakikatnya, aku tak makan ikan dalam realiti kehidupan.  kalau dapat ikan, aku beri orang lain. sebab aku tak makan.

aku nak percaya yang hari ini bukan boleh buat aku hilang semangat.
aku nak percaya yang esok, aku tahu aku boleh buat kerja lebih bersemangat. dan kalau esok pun semangat aku semakin jatuh. aku nak percaya yang hari esok kepada esok lagi, aku akan dapat semangat. 
 dan seterus terusnya.

dan apa yang aku mahu sebenarnya ialah,
aku nak percaya.

aku nak percaya. 

 

Aku mengada.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

hitam dan biru.
latar merdu orkestra.
kuntuman semat di kepala.
tunggu. tertahan. beribu tanda rasa.

aku pergi.
lelaki berwajah minyak.

kau bunga.
yang datang mungkin hanya sekali. 

aku angin.
selalu meninggalkan.

kau pelangi.
yang jarang kembali. 

aku pergi.
aku selalu meninggalkan.

kau bunga.
kau pelangi.
yang susah untuk ditinggalkan. 

pergi.
aku tetap pergi. 
kerna aku angin yang suka membawa diri. 

kau bunga. kau pelangi.
kau akan sentiasa disayangi.

aku pergi.  


 

 
 

08 October 2015

Halimunan

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

ada orang risau dengan aku. sebab aku halimunan. orang lain tak nampak. tak kenal aku. tak ingat nama aku. salah eja nama aku. lupa nak letak nama aku dalam kumpulan. silap kira dalam jumlah dalam kelas yang dikecualikan aku.

aku halimunan.

aku tak pasti sama ada dia benar benar risau atau pun dia stress tengok aku yang seperti orang yang tiada kerja dan tiada fungsi. aku faham. dan aku minta maaf sebab aku tak banyak kerja.

kerja datang bermusim. kalau musim itu dia turun banyak kerja. nampak tak nampak sama sahaja. aku bukan selalu dinampak kelibat pun kalau aku sedang betul betul ada kerja. 

tak mengapalah. aku kata. 
aku dah biasa.

aku tak terasa mana pun orang tak kenal aku dan tak nampak aku. sebab aku pun tidaklah seaktif mana dalam kumpulan ramai. 

maka, tak menghairankan. 
lebih menghairankan bila ada ramai ramai orang, ada yang perasan kewujudan aku, walaupun aku sepertinya tidak berbau. halimunan. tidak kelihatan di mata kasar.

orang yang perasan kewujudan aku, atas sebab dia tidak senang dengan aku atau rasa senang dengan aku. 

jadi, untuk usia aku yang masih muda lagi, er mungkin. aku kena lah rajin rajin untuk membina kepentingan untuk diri sendiri. 

kalau kita nak membina kepentingan untuk ditunjukkan kepada orang lain, memuaskan kehendak orang lain terhadap kita. mereka akan sentiasa lapar. dan mencari lemahnya kita.

lebih bagus kita puaskan hati diri sendiri. 

nak tunaikan kehendak tuhan?
sangat senang sekali.

tetapi malas nak buat. apakah. 

doa itu percuma.
doakan aku sekali. 
 

16 September 2015

The pursuit of happyness

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani


aku tak pasti 
kegembiraan itu datang bergolek golek atau tidak.

ada orang yang daripada lahir, memang terdorong dan terdedah awal untuk belajar erti gembira sebenar, dan yang lain belajar daripada pengalaman yang berpenat penat. 

bila aku mendengar kata daripada orang bijak bijak, kejayaan tidak mendatangkan kegembiraan. kegembiraan yang mendatangkan kejayaan. 

dapat nombor satu dalam kelas. gembira. 
tapi apa yang paling penting ialah kita gembira belajar dalam kelas. 

kita bersedih dan bersusah dalam kelas untuk mendapat nombor satu, untuk mendapat gembira.
orang yang gembira dalam kelas ialah orang yang sangat minat dengan apa yang dia belajar. bila ada minat, kita tak akan pernah down. 

sebab hajat dan matlamat kita bergantung kepada sedalam mana semangat dan minat kita untuk mendapatkannya. 

kalau jenis belajar sebab tak minat. terpaksa. kena bayar cash bang. susah. stress.

sebab tak ada bahan bakar untuk bangun awal pagi masuk kuliah. 
susah lagi pening. 

nak cari minat dan gembira kita yang sesuai tanpa menjadikan kejayaan itu sabagai produk gembira, memang tak senang nak cari.

ada orang memang bakat menghafal dua buku teks dalam 2-3 malam dah lekat. jadi, dia seronok dengan bakat yang dia ada dan dia terjun dalam bidang yang sesuai dengan bakat dia. maknanya, dia dah mula rasa gembira walaupun dia belum peroleh lagi kejayaan yang selalunya tipikal bagi orang orang biasa yang jadikan dekan itu sebagai final product kegembiraan.

nak gembira pada petak mula.
atau.
nak gembira pada petak akhir.

yang pasti aku jadi penonton di tepi petak. 
kau pilih lah. 
aku pun dah pening dengan jerebu ini.
petak aku pun dah hilang. 
 
Penat.

13 September 2015

Tanam tapi rosak.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

bila kita selalu turun bercucuk tanam
tapi tidak membunuh serangga perosak

buahan jadi rosak
dedaun jadi koyak

bila selalu turun
tapi tidak menyingkirkan busuk

hati jadi gelisah
percaya jadi mengah

 

04 September 2015

Tidur.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

TIdurlah adik
Bila kita tidur
Kita tumbuh sayap

Tidurlah adik
Bila kita tidur
Kita terbang

Tidurlah adik
Bila kita tidur
Kita dah tak jumpa orang bikin kita menangis.
Tak jumpa orang yang bikin kita lapar.
Tak jumpa orang yang bikin kita kotor.
Tak jumpa orang yang bikin kita kesat.

Tidurlah.
Terus tidur.       



 

03 September 2015

Banyak.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani


taubat yang terakhir lebih baik daripada taubat yang pertama.
jadi minta ampunlah selalu.

dosa kita bukan sedikit. 


27 August 2015

Gembira.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

setelah berkira kira.apa ultimate happiness aku. ialah.selain daripada aku nak habis belajar apa yang aku belajar sekarang. dan.dapat peluang tulis buku.

aku nak berumah di tepi masjid.sebab aku agak kurang sentap mendengar azan yang jauh daripada rumah.

alasan semata.

susah nak jaga solat jemaah bila dah besar tagun ini.
dan lebih kurang 2 tahun lagi. kami pindah ke kampung.
duduk rumah pusaka.
betul betul sebelah masjid, selang sawah padi dengan dua buah rumah.
lima ratus meter.

kalau tak lima waktu juga.
boleh khatan dua kali waktu.

26 August 2015

Bau cekelat.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

cuti lama ini aku isi masa petang dengan berbasikal. 
disebabkan basikal aku sudah pun uzur dek kerana setelah bertahun tahun tidak ditunggang, aku pinjam basikal adik aku. keluarga aku memang keluarga berbasikal. semua pergi sekolah naik basikal. kecuali hari hujan. dan hari kurang sihat. 

aku mula berbasikal ke sekolah ketika waktu darjah 4. sebelum darjah 4, aku naik van dan tumpang kereta jiran. namun, disebabkan faktor kewangan keluarga, aku mula naik basikal untuk memudahkan mak ayah. aku ajak adik aku sekali yang umurnya setahun muda daripada aku. satu sekolah rendah. pergilah kami ke sekolah pukul 7 pagi dan pulang kembali pukul 4.30 petang. aku dulu sekolah integrasi. jadi, ilmu dunia dan agama dalam satu bumbung. makan tengah hari di sekolah. makan bekal mak aku buat. duduk bawah pondok dengan adik aku. pondok belakang sekolah. makanan kegemaran masa itu, telur masak kicap. walaupun adakalanya cemburu melihat kawan kawan sekelas lain makan di kantin. tapi, bila difikir kembali, makan di bawah pondok yang sunyi di belakang sekolah juga adakalanya rasa nikmat dan sedap. 

laluan jalan ke sekolah rendah aku. redup. dan teduh. sepanjang jalan dipayungi pokok besar daripada kedua dua seberang jalan. tidak panas. dan tidak memengahkan. jarak sekolah daripada rumah cuma 1 km. kalau tayar pancit. rantai basikal terucut atau putus ditengah jalan. masih lagi tidak terasa penat untuk tuntun basikal sampai ke rumah. yang ada pun tompok tompok peluh yang merembes sahaja di dahi dan sedikit di ketiak. 

basikal sekolah rendah bukan pakai gear dan spesies BMX. aku pun tak tahu spesies apa basikal aku. basikal rakyat marhaen mungkin. tak ramai yang berbasikal waktu aku darjah 4. tapi, semakin lama yang anak anak dulunya dihantar mak dan ayah, mereka berbasikal ke sekolah setelah masuk tahun 5 dan 6. adalah geng buat main kejar kejar versi berbasikal punya. letih siapa yang jadi tukang kejar. memandangkan masa waktu tengah hari kami agak lama dan dataran perhimpunan amat luas. lumba basikal memang jadi agenda utama.

selepas tamat sekolah rendah, aku dapat tawaran ke sekolah lain yang jaraknya daripada rumah lebih kurang 4 km. walaupun sekolah itu mempunyai asrama. aku masih tetap mahu berbasikal. disebabkan yang pertama, aku tak nak jadi beban untuk mak ayah aku, keluarkan lebih banyak belanja. beli gayung, baldi, ubat gigi, tuala dan sabun basuh. dan sebab kedua, aku dengar ramai orang yang jauh dapat ke sekolah itu, yang bagi aku servis asrama sangat diperlukan bagi mereka. 

jadi, aku berbasikal 4 km daripada rumah setiap hari daripada pukul 7 pagi sampai 3 petang. kalau aku bertolak pukul 7 pagi maka sampailah aku bila pengawas datang nak catit nama. nasib baik kawan kawan aku pengawas yang selalu on duty jaga gate. maka mereka faham.

kelas aku habis sampai 3 petang sebab aku ambil arab dalam PMR. jadi, makan tengah hari juga di sekolah seperti waktu sekolah rendah. laluan jalan ke sekolah menengah aku berbeza dengan laluan ke sekolah rendah. panas. berpeluh. sepanjang perjalanan hanya di barisi deretan rumah teres dan kemudiannya melalui jabatan kecil yang terkenal dengan lagenda jerangkung yang selalu menari dan menyakat orang yang mahu pergi mengaji. tiap tiap hari aku bau longkang. jambatan kecil itu di bawahnya sebuah longkang besar dan panjang. kalau waktu hujan lebat dan ribut, longkang besar itu pasti dipenuhi air deras seperti bencana banjir. kalau jatuh pasti hilang. 

melepasi jalan yang sibuk daripada satu seksyen ke satu seksyen. melintas jalan di hadapan stesen komuter sangat mencabar. memandangkan ramai orang sibuk pergi kerja dan menghantar anak ke sekolah. yang menjadi mangsa adalah semut yang dihimpit himpit diseberang jalan.

dah banyak kali aku kemalangan. basikal pun dah beberapa kali dibuat pembedahan. walaupun sepanjang jalan itu penuh dengan bau ketiak masam dan peluh yang banyak di dada dan di belakang badan. satu sahaja yang aku suka. selepas aku melepas laluan bawan daripada jambatan besar atau fly over yang seberangnya juga adalah laluan komuter, ada satu bau yang aku berasa semangat nak pergi sekolah pada awal waktu pagi. 

bau pekat roti coklat. walaupun kilangnya agak bermeter meter jauhnya. tapi, kuat bau coklatnya sampai aku rasa hilang letih. hilang mengah. hilang bau ketiak aku. 

dan ini buatkan aku sedar setelah beberapa tahun aku meninggalkan sekolah itu dan laluannya. masih kuat lagi saturasi. kepekatan bau coklat itu meski sudah lama tidak berbasikal ke sana. 

setelah melepasi aroma yang best, tiba tiba aku rindukan seseorang. bukan rindu dengan crush lama. tapi rindu dengan diri yang lama. 

kau tahu, bila dah besar tagun ini. banyak masalah datang. orang panggil kau emo, tapi orang lain tak pernah merasa apa yang kau rasa. jangan salahkan orang lain yang tak pernah berbasikal. 

kadangkala, kita nak lebih daripada satu, tapi sebenarnya yang mencukupkan, memang sebenarnya satu. 

dulu tak ada pula aku demand nak kereta dan motor pergi ke sekolah atas asbab tak nak bebankan mak ayah. jadi, aku gembirakan hati aku. mencukupkan hati aku dengan hanya satu bau. terus bersemangat. terus rajin nak pergi sekolah. terus tabah walaupun tiada sudu perak.

dan sekarang kenapa tidak pula gembira dengan perkara yang satu? adakah yang satu itu tidak mencukupkan? tidak menggembirakan ? 

bila semakin tua dan kompleks. kehendak dan kemahuan kita bertukar. dan yang satu itu menjadi lebih kompleks dan semakin susah. dan tinggi expectation. padahal , bila kita fikir balik. the ultimate happiness masa aku form 1 sampai form 3 ialah bau coklat daripada kilang roti.

kini, laluan hidup yang berbeza.
tiada lagi bau coklat diseberang.
dan satu hari nanti, aku harap.
aku akan jumpa kilang roti itu lagi.

itu harapan aku yang rajin.
harapan yang malas ialah aku perlu belajar bina kilang roti itu sendiri. 

ceh. 


24 August 2015

Sudu perak.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

aku ada instagram.

kawan aku jeling. kau ada instagram, tapi tak upload banyak gambar.
aku pun fikir. kenapa aku tak upload gambar bagi memenuhkan newsfeed. 
baru aku ingat.
aku ini lelaki yang pemalu. daripada kamu menjajah mata melihat muka aku yang ngeri, baik kau follow orang orang yang tak pemalu. 

tapi, kalau malu, kenapa ada insta? sedangkan insta untuk orang yang bukan malu.
mulanya, aku mahu praktis skil fotografi aku. ( disebabkan aku miskin skil dan abiliti, aku pilih nak belajar ambil gambar jangan senget benget dulu ) tapi aku lupa yang aku tak banyak berjalan. kalau berjalan pun ke satu tempat sahaja. nak naik gunung. pergi air terjun. tak ada duit pula. 

jadi, sepi sahajalah akaun insta ku itu. 

rasa random pula tulis perkara yang tak disangka akan tulis.

mungkin aku perlu cari jalan untuk berjalan jalan.
memandangkan aku tengah kering kontang. tiada duit. tiada buku. tiada pengalaman. 

apapun, jangan salahkan kesusahan dan kemiskinan.
tak ada sudu perak dalam mulut.
sudu stainless steel pun boleh.


14 August 2015

Mandul.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

pernah tak kau merasa helpless?
kau ada di situ tetapi tidak dapat berfungsi. sebab kau tiada skill untuk menyelesaikan masalah di situ. 

beberapa hari yang lalu, mentol lampu bilik rosak. dan ada orang minta aku membaikinya dengan menukarkan dengan mentol yang baru. aku yang terpinga pinga, yang selalunya aku berlagak pandai jika berhadapan dengan situasi begini, terus berkata, ' aku tak pandailah nak tukar mentol baru'

dan lagi, disebabkan aku tiada lesen memandu kereta. dek kerana kesengalan birokrasi. apabila diajak mengambil tugas memandu secara bergilir gilir, aku terus kata aku tak mampu. dan aku hanya lena di balik kerusi penumpang. tidaklah lena. kerna aku rasa serba salah. dan juga takut takut dek terpandang pemandu yang asyik tersengguk sengguk. berpeluh dingin juga aku duduk di tepi penumpang.

kalau nak disebutkan tentang membaiki kereta dan motor, lagilah aku bingung. aku hanya mampu berdiam. sambil melihat rakan rakan dan adik aku yang handal menghafal nama nama ganjil komponen bagi setiap isi kereta dan motor. 

sebelum ini aku tak merasa helpless. malah aku gembira goyang kaki apabila ada orang dapat menyelesaikan masalah masalah ini tanpa memerlukan kudrat aku yang banyak.

tetapi, aku kurang gembira pula.

aku mula berasa inferior. 
sebab semakin aku dewasa skil skil begini banyak berlaku di depan mata aku. ia membuatkan aku berasa lemah dan statik kerna aku tidak banyak memberi sumbangan. 

dengan status aku yang memegang jawatan penganggur dan kerjanya menghabiskan beras di rumah, menampakkan aku seperti plastik yang terapung rapung di atas lantai pusat membeli belah. sungguh mengjengkelkan.

memandangkan rata rata kawan aku yang sebaya aku semuanya sudah bekerja malah adik aku yang usianya muda daripada aku telah mula memberi sampul raya. ( aku pun dapat duit raya daripada dia )

apabila lelaki berusia awal dua puluhan duduk di rumah mak ayah, sepertinya ada rasa ketidak selesaan apabila memikirkannya. apatah lagi jiran jiran sebelah rumah yang memandangnya. anak anak jiran semua kerja. aku duduk di rumah menghadap buku buku yang tidak habis aku baca hasil daripada baucar buku.

termenung.

jadi, aku bulatkan tekad juga untuk belajar skil skil yang aku tak dapat. sebab aku takut juga, sekarang musim manusia memandang kau malas jika kau tiada punya skil skil dan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah kehidupan.

aku tak suka dipandang malas. walaupuan aku sangatlah malas orangnya. 

dan yang paling aku tak suka, aku dipandang mandul. tak berfungsi. helpless. 

buka youtube. belajar daripada 'lecturer' yang aku tak pernah bayar.


18 June 2015

Mendung


Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

aku sedih.
memberi pandang ke luar kamar.
ada lagi mereka lebih bersedih.

aku merasa cukup dan lega.
namun, aku rasa bersalah kerna menyimpan lega melihat orang lain bersedih.
aku kembali sedih.

maaf.
kerna banyak menulis tulisan yang mendung.
sepatutnya aku menjadi contoh yang baik.
tetapi aku juga insan biasa. 

maaf sekali lagi.

Lelaki biasa.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

naik ke takat didih.

sejak sejak akhir ini aku menjadi paranoid dalam setiap perkara dan perbuatan yang bakal aku buat. terutamanya, bila aku berniat hendak buat jahat. jika aku berbuat jahat sekian dan sekian pastinya saat selepas itu akan terkena pukulan balas karma kembali. aku terngaduh dan jatuh. jadi, aku berhati hati. cukup hati hati. 

dan pada saat itu, aku cuai lagi. 
dan pukulan karma kali ini begitu pedih sehingga terkeluar titis titis.

pada saat itu, aku diuji. lagi.
aku cuba bertahan mengempang air berlalu pergi. dan aku memandang langit yang dikaburi dengan kolam mata yang penuh ditakungi titis titis yang mula berombak padu. aku termgaduh. kasihan.

pesan pesan datang memeluk hatiku bertahan. 

kegagalan pertama kali dan lebih berkali kali membuatkan kau menjadi insan yang lebih hebat. 

tuhan. 
aku tak nak jadi hebat. 
aku hanya seorang lelaki biasa. lelaki yang hanya mahukan kehidupan yang biasa. 
aku hanya seorang lelaki biasa yang tidak dikenali oleh sesiapa. 
jika dikenali nama aku hanya selalu dieja biasa. biasa dengan salah ejaan sebab aku seorang lelaki yang bukan sesiapa. 

aku tak mahu memilih kehidupan yang hebat. aku mahu kehidupan yang biasa.
aku tak mahu acknowledge daripada sesiapa. aku cuma mahu jadi lelaki yang biasa. lelaki yang bila dia berlalu pergi melintas orang ramai, mereka tidak terfikir untuk memberi pandang dan memuji kagum.

kerna, aku mahu menjadi lelaki biasa.
aku tak berharap menjadi lelaki yang hebat. 
jadi, tuhanku aku berharap jangan lah Kau beri pengharapan kepada daku yang selalu memusnahkan harapan Mu. kerna lelaki biasa seperti aku. 
hanya ada abiliti; ingkar dan berbuat dosa kepada Mu.

jalan yang aku mahu pilih ini, tuhanku. jangan biarkan ia membuatkan aku menjadi lelaki yang hebat. jadi kanlah aku lelaki yang biasa. 

sebab aku tak cocok menjadi lelaki hebat seperti mereka.
jalan ini.
jalan yang berbonggol bonggol. 
kalau daku tak ke kiri, aku terpesong ke gelita.
kalau daku tak ke kanan, aku terngaduh disedut jerlus. 

jadi , tuhanku. berikanlah aku sedikit sabar.
tetapi bukan sabar seorang lelaki yang hebat.
sabar seorang lelaki yang biasa.

 pabila hamba itu berbuat dosa dan tidak punya amal untuk membaikinya 
 tuhan akan menurun ujian ujian yang menyedihkan untuk membersihnya daripada dosa
 sungguh semua akan kembali kepada yang memiliki Langit dan bumi
 untuk segalanya, aku hamba. kau tuhanku. ampunkan aku. 
 lelaki biasa biasa.
- bukan hadis



15 June 2015

Pengejar.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

aku keliru sama ada nak letak tajuk pengejar atau pelari tetapi aku akan mulakan pendahuluan dengan pelari. 

aku tak dilahirkan sebagai seorang pelari jarak dekat mahupun jarak jauh. walaupun aku lelaki berkulit hitam manis dan berbadan sasa ( konon lah ) tetap tidak sehebat kawan kawan aku yang banyak pingat di balik almari mereka. disebabkan aku bukan pelari yang baik, aku cuma seorang pejalan kaki yang baik. titik 

aku tak tahu kenapa aku mahu mulakan pendahuluan di atas dengan pelari sebab aku tak rasa dapat relate dengan isi seterusnya yang bakal aku tulis. sebab isi yang seterusnya aku mahu menulis berkenaan dengan pengejar. 

aku ada masalah.
sejak sejak akhir ini aku selalu risau dan bimbang. sindrom ini selalu mendatang bila iman tengah turun. memang tak baik dan tak seronok. 

disebabkan aku risau dan bimbang berkenaan dengan hal hal duniawi, aku sentiasa berfikir setiap masa dan setiap tempat. dalam tandas. tengah bayar makanan. sedang menonton televisyen. dalam solat. ketika baca al quran. 

walaupun aku cuba beberapa kali untuk tidak memikirkannya, ia tetap muncul kembali. dan aku yang keliru, mula rasa bersalah. walaupun rasa bersalah, aku tetap terus memikirkannya. seolah olah aku melihat masalah masalah itu dan aku cuba mengejarnya.

disebabkan aku selalu mengejarnya, masalah itu tak pernah berjaya diselesaikan. 
dan disebabkan masalah itu tidak pernah berjaya diselesaikan, aku rasa kecewa yang amat.

aku rasa sifar. aku tak gembira.

kau tahu perkara yang paling mengjengkelkan dan mengigit?

semakin kita cuba mengejar dunia. 

semakin kerap kita memikirnya, walaupun kita berdasarkan logik akal mengatakan jika kita kerap berfikir cara penyelesainnya, maka masalah itu akan pergi. 

tidak.

apabila kita mengejar dunia, dunia akan meninggalkan kita. 
sebanyak mana kau berfikir dan berhalusinasi. dunia akan sentiasa masuk dalam hati kita tetapi kita tak pernah dapat memilikinya.

dan setiap kali aku memikirkannya dan mengejarnya.
aku tak pernah merasa kaya.

semakin kerap aku fikir nak siapkan kerja dan projek dalam setiap waktu, semakin teruk dan rosak hasil bagi setiap perkara yang telah aku buat. asyik kena reject. 

mahu menangis. tetapi malu. kerna lelaki menangis bukan disebabkan sebab yang satu. sebab yang beribu.

jadi disebabkan itu, biarlah aku baring supaya aku tahu.
aku tahu.
aku mahu tuhanku.
ampunkan aku.