03 March 2020

Menjadi doktor pergigian



aku merupakan bekas pelajar pergigian yang selamat jadi pegawai pergigian kontrak kerajaan. aku pun tak tahu kenapa aku rasa nak kongsi sedikit laluan pendidikan bagi seseorang itu membolehkan menjadi doktor gigi tapi apa salahnya kan.

aku mulakan dengan selepas peperiksaan SPM. nak lebih cerah laluan, haruslah skor straight A dan subjek sains wajib skor A ( biologi, fizik, kimia ). dan kemudiannya, boleh apply asasi sains hayat sebagai pra universiti dan mestilah skor 4 flat bagi setiap subjek dan seterusnya apply degree dalam bidang pergigian.

yang di atas ini, laluan pendidikan aku daripada SPM ---- ASASI/MATRIKULASI SAINS --- BDS ( bachelor of dental surgery )

ada sahaja yang lepasan SPM, mereka excel dan menerima tawaran biasiswa ke luar negara dan apply bidang pergigian terutamanya di timur tengah (mesir, jordan etc), eropah dan US ( tak pasti ).

ada pula yang selepas SPM dan matrikulasi, result tak berapa baik tapi ada duit lebih ( mak ayah kaya ) sambung ke universiti swasta atau melalui ejen ke pengajian luar negara ( selalunya timur tengah )

asasi dan matrikulasi selalunya berlangsung selama satu tahun bagi memberi peluang waktu untuk berfikir bidang degree mana yang sesuai dengan kita. bagi yang ingin menyambung bidang perubatan dan kesihatan, memang selalunya kena excel 4 flat lah bagi meningkatkan peluang masuk ke bidang yang kita mahu since banyak sangat persaingan sebab ramai pandai pandai sekarang ni.

pada zaman aku dahulu, tiada interview sebelum masuk ke degree pergigian tetapi selepas batch aku, ada entrance interview dan akan diumumkan berjaya atau tidak masuk ke peringkat seterusnya.

jadi selepas asasi, aku apply UPU meletakkan pergigian bagi setiap universiti di 2 pilihan utama teratas walaupun pada mulanya aku separuh yakin atau tidak. aku tak rasa aku akan dapat bidang pergigian sebabnya pada pilihan 4 utama UPU tiada universiti yang aku mahu pergi dan bidang yang aku mahu. aku mahu belajar farmasi di uitm. sebab aku sudah selesa belajar di uitm puncak alam waktu aku belajar asasi sains di sana. yuran dan makanan pula murah. aku bukan daripada keluarga yang berada.

pendek cerita, surat tawaran sampai dan menyatakan aku diterima belajar di salah satu IPTA ibu negara dalam bidang pergigian. kaget? sangat terkejut. hidup tetap jalan terus walaupun aku tak berapa minat dan yuran kos sara hidup belajar sana agak tinggi walaupun ditampung biasiswa.

oh iya, pada zaman aku biasiswa secara automatik diberikan kepada 3 kos kritikal iaitu perubatan, pergigian dan farmasi. alhamdulillah, senang hati aku tidak lagi membebankan mak ayah.

tapi yang aku dengar, tiada lagi biasiswa diberikan kepada 3 kos kritikal ini dan hanyalah berbentuk pinjaman. boleh betulkan aku kalau salah.

pesan mak, minat boleh dipupuk sebab aku cerah sedikit. aku pun hairan kenapa aku dibilang cerah hati sebab aku bukannya genius. aku jenis yang rajin sahaja.

di sini ada beberapa perkara yang bagi berminat dalam bidang pergigian. bidang ini agak mencabar dan tidak mudah. siapa yang cakap hanya belajar tentang gigi tu, boleh banyak bertaubat dan minta maaf kepada kami. fitnah besar tu. banyak air mata dan gagal tumpah sepanjang belajar pergigian.


  • perlu belajar subjek subjek perubatan. iya, jangan ingat hanya study gigi, thorax, upper dan lower limb, abdomen kena hadam juga ye. tapi bahagian head and neck kita kena master, sebab pergigian melibatkan anatomy kepala dan leher yang banyak. 
  • hati kering dan tahan maki. selain daripada kena tahan maki daripada pensyarah dan pesakit, kena banyak bersabar dengan kelemahan diri sendiri juga terutamanya yang lemah teori dan lemah klinikal. dentistry is a life long learning. sentiasa update new skills.
  • sangat passionate. mesti minat lah kalau nak stay motivate dan passionate sebab ada masa kita gagal, kita akan mula down dan depress tapi bagi yang minat selalunya tak ada masalah untuk bangkit. bagi mereka yang kurang minat dan mengamalkan minat boleh dipupuk, semoga berjaya. aku boleh buat. anda pun boleh. struggle sedikit lah. banyak drama air mata.
  • mempunyai belas kasihan yang baik. aku tak cakap yang belas kasihan yang tinggi. cukup yang baik je. kalau tinggi sangat, nanti tak berani nak potong gusi dan tebuk gigi sebab kasihan dengan pesakit. sentiasa empati dan merawat pesakit secara holistik luar dan dalam. fizikal, mental dan spiritual. 
  • mempunyai kesabaran yang tinggi. aku tak cakap kesabaran yang baik sebab baik sebenarnya tak cukup, lebih tinggi lagi bagus. adakalanya skill tangan kita tidak baik, pesakit selalu cancel appointment last minit, case yang rumit, dan case kita kena rembat dengan sesama batch. banyaklah bersabar. sesungguhnya Allah sukakan orang yang bersabar. 
  • boleh kerja ikut dateline. sangat disiplin dalam mengatur dan menguruskan masa dalam menetapkan target setiap clinical requirement yang ditetapkan due date. tapi, kalau pesakit datang sesedap hati pun rosak juga time management kita. maka rujuk point di atas.
  • boleh kerja lebih masa. demi memenuhi requirement gigi palsu, segala procedure lab work daripada A - Z, kita kena handle dan siapkan sampai terlahirnya gigi palsu. jadi selepas habis klinik pada pukul 5 petang, maka seterusnya menapak ke makmal prostetik untuk bikin gigi palsu. balik kepenatan. 
  • artistik. ini ialah bonus. mempunyai kemahiran tangan yang berseni. pergigian ialah bidang sains dan seni. tangan yang berseni bisa menghasilkan tampalan yang baik dan estetik. tangan yang baik juga mampu cabut gigi tanpa daya yang banyak dan mampu potong gusi tanpa tremor. kalau tak power, boleh belajar dan dipupuk tetapi struggle sedikit. kena banyak praktis dan REPEAT. 


dua tahun ialah tahun pre clinical dan tiga tahun ialah tahun clinical.
tahun pre clinical ialah tahun tempoh kita menyiapkan requirement bagi setiap disiplin dan subjek pergigian di dalam mulut phantom. phantom itu patung bagi student pergigian buat rawatan.

Image result for phantom head dental

tahun clinical ialah tahun tempoh kita menyiapkan requirement dan competency test bagi setiap disiplin dan subjek pergigian dalam mulut pesakit sebenar, real life human.

disiplin dan subjek pergigian yang asas

- oral maxillofacial surgery - bedah mulut
- periodontic - rawatan gusi
- orthodontic - rawatan menyusun gigi, contoh rawatan removable appliance (retainer) dan fixed appliance (braces)
- pediatric dentistry - pergigian kanak kanak
- restorative dan prosthodontic ( fixed and removable ) - tampalan, gigi palsu, crown dan bridges
- endodontic - rawatan akar

selain daripada belajar subjek di atas, subjek perubatan juga diajarkan seperti pada tahun pertama, kedua dan ketiga.

selesai clinical requirement dan competency test barulah membolehkan untuk sit final exam dan dapat keputusan yang baik maka dapatlah sambung ke tahun yang seterusnya.

begitulah secara kasarnya laluan bidang pergigian sehinggalah tahun kelima dan lulus final exam, barulah bergelar doktor gigi. diharapkan sedikit sebanyak aku dapat memberi sedikit insight dan hala tuju pembelajaran sebelum bergelar doktor pergigian.

semoga bermanfaat.