30 November 2013

Cawan untuk aku .

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani




wudhu' tadi sedikit melegakan resah . hati ini sudah terbang menerawang ke warna jingga yang kian merata langit . beban atas kepala bertenggek tidak mahu melayang . jasad ini berat ditindan badai gelisah . aku penat . capek sebab tiada solusi .


kita stress bukan sebab banyak masalah . sebab tiada jalan penyelesaian .


petang itu , aku sudah berjanji mahu berjumpa salah seorang kenalan . seorang ikhwah . baru sahaja kenal . kenal melalui satu program . satu kampus pula . bertemu janji di kafeteria yang tidaklah pula lengang . mungkin sudah sampai masanya orang makan malam . aku turun daripada motor . letak helmet di raga motor . malas pula mahu menguncinya .

kita akan jadi lebih malas bila gundah gulana menguasai kepala . malas pula aku mahu memikirkannya .

aku meraba raba pandang . membesarkan lensa mata . mencari tubuh yang aku kenal . aku jumpa . kaki melangkah . mengambil tempat untuk labuh di depannya . senyum . senyum aku pahit . tidaklah sepahit peria yang aku terpaksa telan ketika menjadi bahan eksperimen tahun pertama .


peluru sesat .
 

ujian datang bertalu talu . tanpa ada jalan penyelesaian . aku mengah . aku penat . tak larat . leter aku kepadanya . bukanlah mahu berontak kepada tuhan , tetapi adakalanya aku risau akan kesihatan aku yang asyik berfikir tentang masalah masalah ini . siang ke malam . malam ke siang . arghh terasa sakit pula kepala ini . berdenyut denyut . buat aku rasa lebih gusar pula .

ujian ujian . masalah masalah itu buatkan aku hilang , nikmat beribadat kepadaNya . malas . rasa malas nak ikut mutabaah amal . sebab tak larat asyik fikir sahaja . fikir masa solat . fikir masa mengaji . semua amalan tak jalan . dan mulalah tidak ikhlas , buat amal lebih semata mata dapat tiup masalah masalah itu pergi . tetapi sebaliknya , amal amal itu hanya sifar . masalah kian datang meribut . aku mahu yang dulu , bukan mahu yang sekarang . 

diam . dia perhati mulut aku berterabur dengan peluru leteran . semuanya peluru sesat . tersasul sasul menceritakan masalah . namun , tiada riak ketawa dia mahu hamburkan . dia jelas . dia faham . yang aku sangat stress . jadi , dia tidak mahu situasi ini menjadi satu jenaka . aku bukan watak dalam sitkom yang kasihan dan dia bukanlah watak yang buat lawak sindiran untuk memenuhkan tawa dalam situasi ini .

dia bukan . dia lain .

aku berhenti . berhenti memuntahkan segala peluru sesat . dia membuka bicara . aku pula membuka telinga .


cawan untuk aku .


ada satu masa dahulu , kita dapat merasa nikmat ketika melakukan ibadah . solat kita dapat feel . khusyuk . baca al quran . merdu sahaja suara kita alunkan . lepas itu kita baca terjemahannya sekali sampai hati kita diketuk . terharu ada ayat ayat macam ini . menangis bila kita baca ayat ayat azab Allah , motivasi daripada Allah jangan putus asa , sentiasa ada pintu taubat . gembira bila baca ayat syurga . nikmat orang yang beriman . rasa kagum sebab dalam al quran ada cerita berkenaan kejadian manusia . teori big bang . jasad firaun yang kekal sehingga kini .

puasa, kita rasa gembira walaupun penat seharian . dapat bangun malam selalu . tahjud . tasbih . hajat . sampai ada satu masa itu , kita menangis nangis dalam setiap sujud kita . bercucuran air mata kita . merintih malam malam, minta kepada Allah . ampunkanlah dosa aku . kemudian kita memang faham betul betul . masa kita solat itu memang kita baca perlahan lahan dan kita faham setiap maksud itu .

masa itulah kita rasa , wah indahnya nikmat beribadat kepada Allah . sungguh . memang seronok betul masa itu . terasa , dekat sahaja akhirat itu dalam hati kita .

dan jangan kita lupa .

yang satu hari nanti , apa sahaja nikmat yang datangnya daripada Allah . akan kembali juga kepada Allah .

ini pun salah satu nikmat . nikmat beribadat . Allah tarik . bukan sengaja . ada hikmahnya . untuk kita mujahadah . dapatkan balik nikmat itu semula . bagaimana nak dapatkan balik ? mesti kena bayar .

aku kaget . tidak menyangka yang itu adalah nikmat Allah .

rambut manusia itu juga nikmat Allah . akan sampai satu masanya nanti , rambut itu makin lama menipis . membentuk pulau .

apa sahaja yang datangnya daripada Allah itu , cumalah pinjaman . hanya sementara . sedarlah diri ini . kita cuma meminjam .

habis itu . bagaimana pula mahu menghilangkan masalah ini ? resah . gelisah ini . gundah gulana yang merobek hati ini sehingga hilang nikmat itu ? laju . celupar mulut aku menembak . terasa biadap . aku tertunduk malu . melawan tenang si pemberi nasihat .

pernah pergi supermarket tak ? giant . tesco . aeon . lalu lalang dekat situ mesti ada promoter yang sedang mempromosikan barang atau produk mereka . dalam konteks ini , kita ambil contoh yang promoter itu sedang promosikan air kopi . agak agaknya kan cawan itu besar mana ? kecil sahaja kan ?

kita minum . sedap . rasa vanilla yang bergabung dengan biji biji kopi yang lazat diperah dengan begitu baik sekali . ahh deria rasa ini terasa mahu meletup . buih buih nipis disedut dengan padu sekali . krimnya yang likat menambah lemak . padu sekali perisanya .

tapi , malangnya kita tidak puas . cawannya cuma kecil . sekecil ibu jari . kita perlu membelinya . membayarnya mengikut harga yang ditetapkan .

begitulah dengan apa yang aku kisahkan .

nikmat . rasa best dalam melakukan ibadah ini cuma secawan kecil air kopi . habis diteguk . sedap lagi likat aromanya . kita tidak puas . kita mahukan lagi . jika tidak dapat minum , kita tidak keruan .

untuk dapatkan kembali nikmat itu , kita kena bayar kepada Allah . dengan mengerjakan amal amal yang baik . dan tinggal tinggalkan keburukkan .

eh , bagaimana pula mahu melakukan amal amal baik , sedangkan hati kita rasa kosong . rasa malas . rasa terbeban fikir masalah . asyik asyik ditimpa ujian . aku laju membalas . tidak puas . dengan solusi yang dia berikan .

rasa kosong itu yang kau maksudkan itu tidak ikhlas bukan ? keikhlasan hanya dapat digapai melalui paksaan .

bukan ke dulu kita bersolat , atas nama paksaan .
baca al quran , atas nama paksaan .
qiamullail , atas nama paksaan .

dan akhirnya , kau dapat merasai nikmat itu bukan ? cumanya sekarang kau sudah berasa kosong kembali . sudah tidak ikhlas . ini bermakna kau sedang bermula di petak mula kembali . merangkak lah kembali . sebab Allah teringin sangat nak dengar kau merintih . minta tolong dekat Dia .

mungkin , sebab masa kau dapat khusyuk dalam solat . rasa best baca al quran . rasa seronok berqiamullail . kau dah rasa selesa . kau dah rasa senang . dan semakin kurang kau merintih kepadaNya .

pulanglah ke petak mula semula . agar tuhan dapat dengar kau menangis . dapat peluk dengan kasihNya .

aku tergamam . rasa sedih . terharu .

kita berlumba buat amal baik bukan sebab kita nak reach perfection itu . mengejar kesempurnaan itu . tak . bukan macam itu .sebab dalam islam , kita berlumba buat amal kebaikan bukan macam pandu kereta lumba . berlumba lumba sampai ke finish line . garisan penamat . yakni , merasai nikmat syok dan gembira beribadat kepada Allah itu .

tapi , Allah nak tunjuk dekat kita yang Dia mahu kita sentiasa ke petak mula . nak bagi kita rasa hina . nak bagi kita rasa berdosa . nak bagi kita rasa lemah . sebab apa Allah bagi kita rasa rasa ini ?

sebab bila kita rasa hina , kita akan minta dekat Dia . al Kareem . yang mulia.
sebab bila kita rasa berdosa . kita akan minta dekat Dia . al Ghafur . yang pemaaf .
sebab bila kita kita rasa lemah . kita akan minta dekat Dia . yang kuat .

terkesan . aku malu . yang sesetelah Dia beri nikmat rasa seronok beribadat kepadaNya . Dia beri pula aku satu lagi nikmat sesudah dia tarik nikmat yang sebelumnya .

iaitu nikmat kembali ke petak mula . merangkak rangkak kembali . untuk buat kita tambah lagi amal amal baik .

kesempurnaan itu milik Allah . kita tidak akan pernah sempurna . tapi , tidaklah pula tidak mahu mengejar kesempurnaan . walaupun tidak mampu menggapai sempurna , perjalanan ke arah kesempurnaan itu . sedikit sebanyak membaikkan diri kita .

menjadi hamba yang baik .


” Jika kalian tidak pernah melakukan dosa dan kesalahan, maka Allah akan menciptakan kaum lain yang mereka itu melakukan salah dan dosa kemudian mereka bertaubat dan Allah mengampuni mereka.” 
(HR Ath-Thabrani dan Baihaqi)

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh – (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, – merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya

al A'raf : 42

Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.

al A'raf : 56


“Dan tidaklah engkau (hai Firaun) marah (dan bertindak menyeksa) kami melainkan kerana kami beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami, ketika sampainya kepada kami”. (Mereka berdoa): “Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)”.

al A'raf : 126



p/s : memecut motor bersama tangisan .

Menulis pelangi .

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


harapan aku .

bukan untuk dikenali . jelas . aku tidak mahu dikenal sesiapa pun . aku ialah aku . yang suka menulis . tidak suka bising di mulut . tidak lincah berkata kata . aku hanya pandai buat jari aku menari di atas kertas putih ini sahaja .

aku tidak mahu kejar status . ketinggian status buat aku rebah . dan lemah . untuk tidak berasa tinggi . aku ingin bekerja sebagai cerucuk keluli di dalam bangunan . megahnya sesebuah bangunan itu , ditegakkan mereka yang bekerja secara rahsia . aku bukan siapa siapa . aku si penulis harapan .

berharap yang suatu hari nanti , aku dapat memasang lensa pemerhatian aku di sana . damai . nyaman . aman . aku butuh itu . aku perlu tenang . jiwa aku perlu tenang . aku ingin sekali yang aku tidak merasa rugi . atas apa yang aku buat .

aku hanya mampu berevaporasi . meyerap air laut . membentuk gumpal gumpal awan . berlalu ditiup angin . membentuk padu mampat jadi kuat . sehinggalah memberat . berlalu . turun titis demi titis . dan kemudian , melebat . mengairi tanah rendah . menjadi takungan tinggi . dengan izinNya menjadi laut .

melihat pelangi .

pelangi akan muncul selepas hujan . tetapi , tidak semestinya mata ini mampu melihat di sini . pastinya , kita mampu melihat pelangiitu di sana .

di syurga sana .

semoga Allah redha .

ya Allah , kuatkanlah aku .

aku tak kuat , ya Allah .

Allah , tolong aku .