31 October 2011

Menunggu dan semakin rindu lagi...

salam ziarah....

p/s : mainkan lagunya di bawah....

mungkin kita terlupa atau juga kita berbasi dalam kehidupan . sibuknya kita dengan teman-teman yang tersayang . tidakkah kita tahu yang dia semakin rindu .

rindu entah bila lagi kita dapat bercinta . memang jauh , jaraknya bukan sebatu dan terlalu beratnya kuasa mata untuk mendekati cintanya .

dia rindu ? bukankah kita sepatutnya lebih rindu ?


aku rindu . rindu datang apabila aku menyemak baki akaun bank hari jumaat lepas . tanpa segan perasaan hangat menyelimuti hati dengan bernada melankolik . cinta pertama aku sedang memanggil .

aku malu . malu bukan malu yang biasa . terasa hati yang hangat ini banyak kotornya menyakiti dia .

ramai peminat rahsianya yang datang setiap tahun . aku juga tahu yang dia sentiasa tahu yang secara butir tentang peminat-peminat rahsianya .

aku cemburu . cemburu bukan cemburu yang biasa tetapi apakan daya , aku hanya si manusia cemburu yang tidak mampu membalas kasihnya dari jarak yang dekat .

hanya yang aku mampu hanya lah melihat peta dunia di mana dia berada melayan peminat-peminat rahsianya yang bukan rahsia daripada sisinya .

aku rindu ? entah tahap rindu ke berapa , aku tidak tahu . yang penting aku teringin ke sana membalas surat cinta yang sudah lama aku ingin sampaikan dalam hati yang hangat ini .












p/s : duit dalam akaun aku ada rm 400 ++ , rindu lagi .

27 October 2011

Santai sahaja...

salam ziarah...

penulisan kali ini lebih santai . walaupun rasa hati ini semakin malas , tetap gagahkan diri untuk menulis sesuatu yang telah dipaksa . =_="

baiklah , usah berlapik . aku telah di 'tagged' untuk menjawab beberapa soalan yang aku fikir agak aneh tetapi dalam masa yang sama hati aku rasa senang . tidak mengapalah asalkan kali ini penulisan aku tidak lah bersifat kritikal .

terima kasih kerna memberi kesengsaraan kepada saya encik huda zaid ~ =_="

oh , lupa . ianya ada beberapa peraturan yang aku fikir aneh juga .

  • You must post these rules
  • Each person must post 11 things about themselves in their journal
  • Answer the question the tagger set for you in their post. And create new eleven question for the people you tagged to answer
  • You have to choose 11 people to tag and link them on the post
  • Go to their page and tell them you have tagged him/her
  • No tag back !

anehnya , sebab dia suka nombor 11 . aku harap tiada konspirasi disebalik nombor ini .

11 perkara tentang aku , 

  • aku lelaki introvert .
  • aku nak ada buku sendiri .
  • setiap perempuan tipikal yang jumpa aku , dia akan kata aku sombong .
  • aku suka dengar bunyi piano tetapi agak malas untuk belajar bermain piano .
  • aku tak suka bahasa inggeris .
  • walaupun aku baca novel , semua novel yang aku baca bukan daripada genre romantis .
  • aku akan belajar apabila peperiksaan semakin hampir .
  • aku mengamalkan prinsip ' rumahku , syurgaku '
  • disebalik wajah aku yang dingin , aku sangat sukakan budak-budak . 
  • aku tak suka dengar muzik lelaki ; hard rock , metalicca , punk dan lain-lain .
  • aku pernah digelar ' lelaki cantik ' . =_="

dan seterusnya , ini beberapa soalan daripada encik huda zaid .

- siapa nama penuh anda?

nama penuh saya dirahsiakan . cukuplah saya beritahu maksud nama saya iaitu penyayang . 

-  kalau jadi 10 kali lebih berjaya berbanding sekarang, adakah anda akan mengingati saya? cehh

bergantung kepada jenis kejayaan itu . jika saya berjaya dalam arena jenayah , takkan saya nak pakai baju yang ada tertera nama encik dan link blognya . kasihan pula nanti

- anda biasanya buat entri baru guna editor yang Blogger sediakan atau Desktop application?

yang pastinya saya seorang bercita-cita tinggi menjadi seorang manusia yang sangat sederhana . lalalala~

- kenapa anda pilih Blogger dan bukan blog lain?

kadang-kadang perkara yang kita tak ingat , jangan kita persoalkan kembali . bak kata pensyarah fizik saya ' lupakan '

- kalau boleh minta satu permintaan, apa yang anda akan minta?

bergantung kepada sesiapa yang mengkabulkan permintaan aku . aku harap bukannya jin yang bertapa dalam pelita itu . 

- sekiranya semalam cuti, hari ini cuti dan anda tidak akan keluar adakah anda akan mandi pagi hari ini?

aku mandi 3 kali sehari . maka tidak perlu persoalkan kebersihan aku . >_<

- biasanya anda tidur pada pukul berapa?

bergantung kepada latitud dan longitud muka bumi kita . tetapi selalunya pukul 12 tengah malam ke atas .

- apa perasaan anda setiap kali datang ke blog saya?

tak terkata . satu perasaan yang sukar nak beri deskripsi . apapun salah satu daripada blog yang sangat cepat dalam buffering page .

- apa perasaan anda apabila tahu anda telah di tag?

satu lagi perasaan yang sukar nak digambarkan . * sabar saja laa

- adakah anda suka akan keperibadian saya? – dalam dunia blog ni la

suka tapi tidak ke arah jatuh cinta . jika saya jatuh cinta , maka memang itu satu masalah besar .

- saya comel tak?

err cuba tanya mak anda . mulut mak ialah sebaik mulut .



berdasarkan peraturan di atas , aku juga kena beri 11 soalan .

- sebut satu pengalaman paling indah sepanjang hidup di dunia ini .

- jika anda sedang dikuarantinkan dalam pejabat ayah anda tempat bekerja disebabkan wabak penyakit pembunuh yang bertebaran di udara , apakah ikhtiar anda untuk meneruskan hidup ?

- sebut satu pujian yang sangat anda gemari sepanjang hidup di dunia ini .

- antara kek dan coklat , yang mana boleh buat anda kecur lidah?

- andai kata anda telah dianugerahkan sebagai olahragawan/olahragawati terbaik di dunia , sebutkan satu perkataan yang paling ringkas ketika diminta membuat ucapan ?

- jika terdapat pembunuh bayi bersiri di luar sana , apakah tindakan anda sebagai rakyat yang bertanggungjawab walaupun anda belum ada pengalaman untuk bersalin ?

- jika anda berjaya menjumpai harta karun bernilai bilion dolar , apakah bidang yang ingin anda ceburi selain perniagaan ?

- andai kata anda seorang penyanyi lagu yang berpotensi menjadi bintang di peringkat antarabangsa , apakah bahasa yang digunakan jika membalas surat peminat daripada zimbabwe ?

- jika anda ternampak seorang lelaki , rambutnya lurus seperti baru pergi salun dan memakai kasut berwarna merah jambu yang sedang menari di tepi jalan raya , sebut satu perkataan memberi deskripsi situasi itu?

- hari ini cerah , warna baju apa yang anda pakai ?

- mimpi tak selalunya indah , bagaimana sebuah mimpi buruk itu memberi kesan kepada kita selepas bangun daripada tidur ?

ok , sudah menepati syarat dan akhir sekali ,

amii afandi
mr glee
amalina azlan
fasya
zubect
fatin syahirah
maisarah
syikin
cik fyza
ujie
ryryns

baiklah , sudah tamat . jarang aku buat semua ini . kalau ada orang tag pun , aku senyap saja lah .

26 October 2011

Apabila awan baik bercinta...

salam ziarah....

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia

surah An-Nuur[26]




aku berjalan kaki . berjalan di atas tanah yang dihiasi dedaun kering . hampir semua dedaun kering itu menjerit kesakitan apabila dipijak walaupun cuma tekanan daya yang perlahan . berjalan dengan muka kosong dan pening kepala . mungkin aku tersalah tidur sekali lagi .




aku duduk di bangku kayu bersama teman imaginasi aku yang sukakan awan . hairan . entah kenapa sudah berumur lapan belas tahun tetapi masih lagi ada teman imaginasi .

hairan juga sebab dia betul-betul sukakan awan . aku masih lagi belum berani persoalkan kegemarannya berkenaan awan .

ketika itu , mata teman imaginasi aku semakin liar menangkap awan di langit biru . tangannya diregang ke atas , memicit langit untuk meraba awan yang laju bergerak . gembira .




namun , saat awan yang berbintik merah berlari laju ke telinga aku , terasa satu aura keberanian yang menyelaputi jasad . muka yang kosong menjadi bernombor . itu tandanya aku mahukan bicara .



***** awan itu lelaki baik ? *****



aku terdiam . muka yang bernombor daripada nilai tempat belasan menjadi nilai tempat puluhan ; persoalan semakin berganda dan aku mahu dengar bicaranya .

*******************************************************************

ketika berusia kanak-kanak , aku bermain satu permainan perempuan yang dikenali sebagai 'masak-masak' . walaupun sekarang aku rasa yang nama permainan 'masak-masak' itu memang tak ada kaitan dan hanya sedikit sahaja bahagian memasak itu dalam permainan ini .

misalnya , seorang isteri hanya akan memasak sarapan kepada si suami dan anak-anaknya pada waktu pagi sebelum keluar daripada rumah .  apabila si suami pulang ke rumah , si isteri hanya berbasi  ' sudah pulang ? ' atau ' abang , penat ya ? '




aku cadangkan bahagian memasak itu perlu dijalankan lima kali sehari dalam permainan ini demi meneruskan warisan permainan yang kian pudar kepopularannya .

permainan ini lebih kepada kehidupan seorang suami bersama isteri dan anak-anaknya . yang pasti ini cuma olok-olok .

tanpa skrip yang hebat pun , aku dapat rasa yang aku telah berjaya menjiwai watak seorang suami yang betul-betul bertanggungjawab kepada isteri palsu dan anak-anak yang palsu . erk dan juga watak lelaki yang menyayangi kucing peliharaan jadian yang tak bermisai .




persoalan mula terpancar mencari identiti diri . bagaimana aku boleh fikir yang aku rasa telah berjaya menjiwai watak seorang suami yang baik dalam permainan masak-masak ini ?

adakah disebabkan pujian daripada adinda aisyah syahirah yang mengatakan aku ini seorang suami palsunya yang bertanggungjawab ? namun , yang penting tika itu hati aku betul-betul berbunga . senyum .

aku sudah menjadi lelaki baik ketika berusia kanak-kanak . patutlah ramai mahukan aku sebagai suami palsu mereka . wah , beruntunglah kepada sesiapa yang diam-diam dipanah arjuna aku .

********************************************************

dan masa mula berjalan dengan cemburunya . meningkatkan garisan kedut dunia . aku semakin dewasa . melihat awan-awan yang hanya simbolik ketenangan . aku hairan dengan istilah lelaki baik disamakan dengan awan .

sudahlah teman imaginasi aku menayangkan wayang memori tentang zaman dulukala , aku pula kebingungan dengan awannya tetapi aku masih lagi tersenyum .



***** aku masih dalam acara perseorangan . *****







aku masih sendiri . tiada pasangan . gelaran lelaki baik aku sudah jelas luput ditelan zaman . cinta aku hanya bertepuk sebelah tangan kepada si perempuan . falsafah lelaki baik zaman kanak-kanak hilang ditiup angin moden . aku bukan lagi lelaki baik . muka dingin .

teman imaginasi aku tersenyum comel . senyuman yang menenangkan persis awan putih di tapak tangannya yang jinak . dengan basmalah , dia mengatur kata-kata baik . 



***** lelaki baik itu seperti awan . *****



lelaki baik itu sudah tentu seorang yang tenang . walaupun lajunya dia bertindak , dia tetap tenang . dan juga perlahannya dia beraksi , ketenangan tetap terpamer di setiap inci jasadnya .




ketenangan itu simbolik awan . mereka yang melihat awan pastinya akan turut tenang . apabila lelaki baik itu berjalan , atmosfera ketenangan akan hadir menyelimuti manusia-manusia sekelilingnya .

aku tidak hairan dengan falsafah ini . malah , aku sudah jangkakan sedikit kata-kata baik daripada teman imaginasi aku . awan dan lelaki baik ialah simbol ketenangan .



***** apabila awan bercinta . *****






apabila seseorang lelaki baik itu bercinta , tak ubah seperti awan yang bercinta . aku hairan yang bukan sedikit . kening aku naik perlahan . dia sambung kembali .

awan itu isipadunya ialah wap air yang ketumpatannya rendah . isipadunya sangat besar . dengan izin tuhan , dia terapung-apung dan sangat ringan terbang di langit . kagumnya ciptaan tuhan ini , sifatnya yang sangat cintakan bumi .

cinta si awan kepada si bumi ialah dengan melepaskan isipadunya yang sarat dengan wap air yang tidak terkira banyak nilainya kecuali dengan pengiraan yang maha bijaksana yang serba tepat . cintanya dicurahkan dengan membasahi bumi ; menyucikan jasad kotor .




namun , cinta si awan kepada si bumi sangat mahal nilainya . sifatnya yang gemar terapung-apung ; melarikan diri daripada bumi yang di bawah . hadirnya cinta si awan itu hanya apabila isipadu airnya sudah mula berat ; berteriak menyahut panggilan graviti untuk bercumbu dengan cinta si bumi .

apabila nilai isipadu wap air hujan itu telah disahkan oleh piawaian tuhan yang satu , jasad awan jatuh ke bumi dalam bentuk sejuta manfaat kepada si bumi untuk menyelimutkan ketenangannya di atas langit . itu cinta awan kepada si bumi yang cukup indah hikayatnya .


***** lelaki baik itu gemar larikan diri . ***** 






sama seperti awan dan apabila seorang lelaki baik itu bercinta . datangnya cinta itu berbisik ke hatinya , lelaki baik itu lari . lari dengan wajah yang tenang , menjarakkan diri daripada cinta seorang perempuan .

lelaki baik itu terapung-apung dengan rendah diri , mengumpul ilmu untuk meningkatkan isipadu imannya ; tidak mahu menyentuh kulit halus si perempuan dan tidak akan sama sekali menghidupkan rindu yang lama kelamaannya berputik kepada zina hati .


***** lelaki baik mendekatkan diri kepada cintanya dengan akad nikah .*****






 datangnya seorang lelaki baik itu kepada cinta seorang perempuan . membawa harapan yang isipadunya cukup sarat untuk dicurahkan fitrah yang dicipta tuhan yang maha esa .

kontrak persetujuan tuhan ditandatangani untuk mendapat keizinan daripadaNya maka tersulamlah cinta yang diberkati tuhan antara lelaki baik dan pasangan fitrahnya .

aku kagum . kagum dengan falsafah awan putih yang berada di tangannya .

bukan sedikit kagum itu sehinggakan hati ku mula membesar dengan semangat mahu memenuhi isipadu iman dengan wap-wap ilmu pengetahuan dan mencipta ketumpatan rendah diri agar aku bisa melarikan diri daripada cinta seorang perempuan .

ingat aku , awan tidak selalu serupa dan suka terbang jauh , mungkin malu dengan cinta , ia akan berani dekati cinta apabila tiba satu saat yang dia sudah bersedia kongsikan air hujannya .

lelaki baik itu pemalu ? yang pastinya dia lelaki yang tahu malu dengan tuhannya .



dan apabila lelaki baik itu bercinta......aku bersalam dengan awan . masih lagi senyum sampai sekarang . :)

15 October 2011

Lelaki yang tidak lagi berwajah dingin...







p/s : mainkan lagunya baru baca~



Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
al-Baqarah , ayat 216

Salam ziarah….

Doa itu senjata orang mukmin . jika menceritakan deskripsi tentang senjata , bayangan senjata nuklear , bom  atom , senjata kimia sehinggakan pisau Rambo menerpa dalam minda .

tetapi doa bukanlah senjata yang bisa meragut nyawa manusia , ia hanya satu amalan yang belas kasihan yang diciptakan untuk kita , hamba tuhan yang beriman . oh , doa itu juga hadiah . pemberian tuhan yang maha penyayang kepada umat manusia . paling penting doa itu percuma .




Hikayat ini bukan sesiapa , hikayat seorang lelaki yang dingin . apabila dia berhajatkan sesuatu , dia berdoa . kadangkala juga , dia lupa pada sesuatu saat , dia tidak berdoa . tidak janggal bunyinya . mungkin itu sudah perkara rutin . kebiasaan yang sudah dianggap biasa dalam harian .

Hari ini dia berbaju putih berlengan panjang  , berkasut hitam berkilat dan rambutnya tersisir rapi . dia berdoa selepas solat subuhnya , mengangkat tangan , membisik kalimah puji-pujian ke atasNYA dan tidak lupa juga selawat ke atas utusan tuhan tercinta .
‘ wahai tuhanku , permudahkanlah segala urusanku pada hari ini dan hari yang akan datang . jadikanlah aku hamba yang bersyukur yang tidak menolak rezeki pada hari ini dan juga hari yang akan datang . kurniakanlah aku kejayaan hidup di dunia dan di akhirat . dekatlah rezeki daku yang tersembunyi jauh daripadaku . semoga engkau perkenankan doaku ini kerna sesungguhnya engkaulah tuhan yang memakbulkan doa orang yang beriman dan beramal soleh , ‘ 



Usai merapikan diri , dia berjalan ke kelas pertamanya . berjalan perlahan tetapi hati-hati . berwajah dingin sepanjang perjalanan . mukanya tidak memberikan imej lelaki kosong tetapi dari wajahnya tersimpan kedinginan yang mencengkam suasana . ‘ ketat’ dan ‘ keras ‘ sahaja raut wajahnya .

Tiba di kelas pertama , dia mendapat khabar duka . keputusan peperiksaannya kurang memuaskan . mukanya yang ‘ketat’ bertambah lingkaran seni . mahu tidak mahu dia juga terpaksa menatap keputusannya yang hambar . jauh sekali usahanya yang kuat dengan hasil yang diperoleh . mengetap bibir .

Melihat manusia lain girang dan ada juga yang menangis . ya , perempuan itu menangis . sedih kerana gagal . dia hairan . keputusan peperiksaannya tidak bagus tetapi dia tidak menangis . mungkin dia memegang falsafah yang hanya perempuan sahaja yang akan menangis jika keputusan peperiksaannya buruk .




Dia cuma patah hati . kecewa kerna tuhan tidak mendengarkan permintaannya usai solat subuh tadi . membentak dalam hati saat melihat teman-temannya yang suka tidur dalam kelas lebih berjaya daripadanya . tersinggung hatinya dalam diam walaupun wajah dinginnya masih lagi menjadi kalis kulit mukanya .

Saat zohor berkumandang , dia menunaikan solat dan di akhir solat dia menyimpan luahan hati pagi tadi ,  berdoa dengan harapan , tuhan mendengar rintihannya .
‘ wahai tuhanku , berikanlah aku kekuatan dalam setiap perhubungan dan persaudaraan  . jadikanlah hamba ini kuat dalam sekelompok orang yang paling disayang engkau . berikanlah aku usaha yang kuat untuk melatih diri hamba menjadi yang terbaik di sisi engkau . semoga engkau perkenankan doaku ini kerna sesungguhnya engkaulah tuhan yang memakbulkan doa orang yang beriman dan beramal soleh , ‘


Berjalan keseorangan diri  . namun , tika itu datanglah seorang kenalannya . datangnya bukan sapaan salam seorang sahabat tetapi dengan makian dan carutan . berderau darah mendengar bait-bait buruk itu . berwajah dingin sahaja , kelu lidahnya meresap perkataan haram daripada kenalan rapatnya .

Kenalannya memutuskan tali persahabatan yang kian lama disimpulkan  hanya kerna sebuah cerita palsu ; rasukan si tanduk merah durjana . mukanya tegang menahan pahit . merasakan urusan dirinya tidak dipermudahkan .

namun , wajahnya tetap dingin . tidak menunjukkan kesedihan , tidak memberi mimik muka kecewa malah tidak menangis . urat mukanya tetap dingin . membentak sekali lagi dalam diam .

‘ wahai tuhanku , berikanlah aku kesungguhan dalam mencari nikmatmu , jadikanlah aku hamba yang paling bertakwa di sisimu . kurniakanlah aku darjat yang tinggi di samping mu . semoga engkau perkenankan doaku ini kerna sesungguhnya engkaulah tuhan yang memakbulkan doa orang yang beriman dan beramal soleh , ‘




Sebelum menunaikan solat asar lagi , dia mendapat khabar duka . dia mendapat kata putus daripada tunangnya . tunangnya bertekad mahu memutuskan tali pertunangan yang baru dicipta beberapa bulan yang lepas .

hatinya panas , jiwanya tercabar , dadanya seperti dikoyak dan kakinya seakan-akan tidak mampu teguh berdiri lagi . mulut orang yang disayanginya terbang laju meninggalkannya . hairannya , wajahnya tetap dingin . hatinya sudah lumat tetapi urat mukanya masih lagi tersusun rapi . ya , masih lagi bermuka dingin .

Jari jemari kakinya perlahan mendarat ke tanah . lebih perlahan daripada pagi tadi . dan juga lebih perlahan daripada tengah hari tadi . membawa persoalan yang tidak pasti dalam benak hatinya . mencari-cari kata kunci yang jelas meneroka jawapan yang samar .
Melintasi ruang cermin . uratnya kelihatan . hidungnya merah . pipinya mulai kecut . tetapi wajahnya masih dingin . tangannya mengesat mata , mata yang sudah berair . hangat dan cair . air mata ?



Dia berjalan perlahan di atas tanah yang tumbuhnya rumput secara rawak . perlahan dan terus perlahan . seperti ada tekanan yang terus menekan matanya . dia cuba berlari laju . laju dan terus laju . tekanan yang sama juga menekan matanya . cecair itu seperti sudah mula berteriak perlahan , jatuh ke atas rumput kuning .

Dia keras . dia lelaki yang memegang falsafah . tidak boleh begitu . dia cuba pula berjalan perlahan memandang langit . langit yang biru . mengharapkan kuasa graviti menekan cecair itu jatuh kembali ke dasar biji mata .

namun , hakikatnya cecair itu mula bertakung ingin melimpah keluar . seperti air yang bertakung berisi penuh apabila ditambah air lagi .
Mendengar laungan azan maghrib , meluru ke tempat wudhu . membersihkan takungan hangat di matanya . matanya suci . bergegas solat tepat pada waktunya . seperti kebiasaannya dia akan menggunakan senjatanya , namun tika itu kebiasaan dirinya mengubah menjadi perkara yang tidak biasa .




‘ wahai tuhanku , jadikanlah hamba yang banyak dosa ini , satu kekuatan yang sangat luar biasa . aku cuma mahukan satu sahaja kekuatan yang bisa buatkan engkau tidak menolaknya . bukan kesenangan dan bukan juga nikmat . jauh sekali anugerah istimewa .
nikmat yang aku bersyukur selama ini dan kesenangan yang aku sanjung dengan nama engkau belum cukup menjadikan aku seorang hamba . hamba yang disayang tuhan . aku alpa dan lalai . aku terlupa fitrah seorang hamba .
aku lupa meminta kekuatan itu . cukuplah aku pintakan sepasang mata yang suka menangis . bukan menangis kerna cintakan dunia engkau tetapi menangis kerna menjadi hamba yang jahil , cukuplah dengan mata yang suka menangis ‘



' Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali '

Haba mula melingkari sepasang matanya . cecair mata yang ditahan meluncur perlahan , membasahi pipinya yang kecut . aliran cecair hangat itu membentuk alur yang licin menuruni kulit mukanya . lelaki itu tidak lagi berwajah dingin .

muka hamba yang disayang tuhan ditemani dengan sepasang mata yang suka menangis menanti waktu isya’ mencipta perkara yang bukan kebiasaan pada masa kini .

Tanyakan kepada orang yang soleh mengapa mereka tidak berhibur , ‘Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu dibelakang kami , kubur di hadapan , kiamat itu janjian kami , neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH , ‘

13 October 2011

Rindu kepada Permata...

salam ziarah....

sekali lagi ingin aku berkongsi halwa telinga dengan kalian~
lagu ini khusus kepada sang perindu yang sering merindukan seseorang yang disayang..
bukankah tuhan memerintahkan kita saling menyayangi semua makhlukNya...

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit”.

Riwayat at-Tabrani







p/s: lagu ini ialah lagu cinta aku~ lagu yang meyuburkan akal aku mengakui perasaan cinta itu ada di bumi ini...subhanaALLAH

10 October 2011

Hikayat Pelangi yang Tersenyum...

salam ziarah...

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Musa bin Imran as pernah berkata, “Wahai Tuhanku, siapakah orang yang paling mulia pada pandanganMu? Allah swt menjawab: Barangsiapa yang memberi maaf meskipun dia memiliki kemampuan untuk membalas dendam.”(HR Baihaqi)

al kisah seorang lelaki yang berkaca mata hitam , jalannya mundar-mandir sahaja . lagak bahasa tubuhnya rancak . pori-pori kulitnya rajin merembeskan air peluh yang hangat . bulu-bulu halus di lengan turun menyembah kulit . kakinya melangkah laju setelah dipinta akal untuk melarikan daripada terikan tajam .




lelaki berkaca mata hitam mendengus . petanda kurangnya kesabaran . enggan memandang ke langit . jasadnya menyerap segala pancaran haba . kulitnya kian terbakar setelah lama dibalut dengan atmosfera zalim .

malangnya tiada tempat bagi dia untuk berlabuh . mengelak sinaran kejam yang dicipta maha satu . tanah yang gersang umpama dataran yang lapang dan tiada penghujungnya .

dia masih lagi enggan memandang ke langit . marah dengan suhu yang membahang dalam hatinya . masih lagi hilang sabar tetapi sudah naik ke tahap kritikal .




dendam kesumatnya membara . mengepal kepala penumbuknya . menumbuk tanah yang tidak berdosa . encik udara dan encik wap air kehairanan melihat encik tanah yang menangis . udara berbisik ke telinga lelaki berkaca mata hitam , menyoalkan perilaku biadab kepada tanah .

si lelaki itu memberi jawapan yang enak didengar oleh si tanduk merah keparat . dia mengulang kali menyebut jawapan yang sama .

dia enggan memandang langit . enggan memandang matahari .

meskipun dia memakai kaca mata hitam . dia benci melihat ciptaan tuhan itu terapung-apung di atas kepalanya . dia dendam dan dendam itu diserta-mertakan ditujahkan kepada encik tanah yang gersang .

encik udara yang sebentar tadi kehairanan , kembali tenang . mula berbisik kepada encik wap air . encik wap air tersenyum . mungkin ini senyuman abadi .




encik udara mula meniup dirinya , berevolusi menjadi encik angin yang taat . bergerak laju . meniup awan-awan yang dahulunya jauh ke paksi timur , kini tiba menutup langit yang biru . sedikit gelap tetapi menenangkan . angin bergerak bersama awan-awan bergeser antara satu sama lain .




menghantar sebaris cahaya cas-cas negatif untuk dineutralkan oleh encik tanah yang positif yang sebentar tadi lemah , kembali tersenyum .




encik wap air yang tadi tersenyum girang dihirup sepenuhnya oleh awan-awan . memuntahkan segala rezeki , memandikan tanah yang kering .

si lelaki berkaca mata hitam itu terangkat sedikit mukanya ke langit usai melihat tanah yang tersenyum , titis-titis air hujan yang tersenyum dan tiupan angin yang juga ikut tersenyum .




si lelaki itu hairan . matahari yang kejam itu sudah tiada . hilang daripada pemandangan . hairannya masih lagi tidak terhenti melihat senyuman mereka .

sudah dizalimi tetapi masih lagi mampu tersenyum . bukankah selepas fenomena nyaman ini bakal berakhir dan kemudian mereka akan diperangi dengan teriakan si matahari yang kejam  ?




lelaki berkaca mata hitam menggeleng . ingin menanti si matahari yang bakal memusnahkan senyuman mereka . mahu mereka merasakan apa yang si lelaki ini rasakan selama ini .

tamatnya limpahan hikmah , matahari yang tidak diundang terapung-apung di kanvas langit . menzalimi makhluk yang di bawahnya .

lelaki itu sekali lagi enggan memandang ke langit . sekali lagi enggan memandang ke matahari .

namun , apa yang menghairankan lelaki itu . encik udara , encik wap air dan encik tanah masih lagi tersenyum . ya , itu senyuman abadi .

perlahan-lahan lelaki itu memandang mereka ke arah paksi yang cantik .




encik pelangi sedang melambai-lambai tersenyum . mengucapkan terima kasih kepada si matahari yang zalim kerna membenarkan spektrum cahayanya mencipta jalur warna-warni yang indah , memerintahkan sekalian makhluk membesarkan penciptaan tuhan sekalian alam .




pandangannya terpukau . menangis . gembira menemui jawapan yang dia terokai selama ini . jawapan kepada persoalan kenapa dia enggan memandang matahari .sekaligus enggan memandang langit .

si lelaki berkaca mata gelap teresak-esak . dendamnya hanya palsu . jahil kerna terperangkap dengan si tanduk merah . pendusta hakiki .

perlahan-lahan kakinya melangkah ke arah encik pelangi . mengambil wap air yang tersenyum dan dibentuk beberapa perkataan ke atas permukaan udara yang tersenyum . meniup ke arah encik pelangi dan berharap surat yang ditulis itu mampu menghasilkan senyuman abadi .

' aku fikir pelangi itu terhasil selepas turunnya hujan . tetapi ia dicipta oleh tuhan yang satu ketika timbulnya kamu di langit . maafkan aku kerna jarang mengukir senyuman . bukan sahaja aku tidak tersenyum memandang kamu . aku juga lupa tersenyum kepada tuhan . mungkin hikayat ini mengajar aku mencipta senyuman yang abadi . senyuman kerna aku dikasihi oleh tuhan , rasul dan makhluk lain , insyaALLAH . '


encik pelangi ikut tersenyum~

Dari Atta bin Abdullah Khurasani r.a meriwayatkan bahawa, Rasulullah saw bersabda: “Berjabat tanganlah di antara kamu kerana ia akan menghapuskan kebencian, dan berilah hadiah antara satu sama lain kerana ia akan menimbulkan kasih sayang dan menjauhi permusuhan.” (HR Muwatta Imam Malik)

09 October 2011

Menjadi Encik Introvert yang disayang tuhan....

salam ziarah....


selepas aku mengamalkan teknik ' selongkarlah personaliti diri mu dengan mata akal fikiran ' , aku dapat mengupas sedikit rahsia di sebalik peribadi aku yang gelap . ya , gelapnya seperti lautan dalam yang sukar aku temukan cahaya . gelap dan dingin .

teknik ini aku cipta ketika aku sedang berjalan kaki keseorangan di lembah tanah berwarna kemerah-merahan . oh , mungkin tanah berwarna kehitaman , jika aku tak silap .

memicit molekul udara untuk dihadam paru-paru membekalkan manfaat kepada sel darah yang rajin bekerja dalam lorong halus sunyi badan .

keputusannya , aku positif ,  introvert .




' Definisi :  Bertentangan dengan apa yang kebanyakan orang berfikir, pendiam tidak semata-mata orang yang malu. Malah, yang malu mempunyai sedikit kaitan dengan yang pendiam! Malu mempunyai unsur gemuruh kebimbangan dan ragu-ragu, dan manakala pendiam juga boleh malu, introversi sendiri tidak malu. Pada dasarnya, pendiam adalah orang yang bertenaga dengan bersendirian dan di mana tenaga yang disaliri oleh berada di sekitar orang lain.

Introverts lebih prihatin dengan dunia dalam minda. Mereka gemar berfikir, meneroka pemikiran dan perasaan mereka. Mereka sering mengelakkan situasi sosial kerana berada di sekitar orang parit tenaga mereka. Ini adalah benar walaupun mereka mempunyai kemahiran sosial yang baik. Setelah dengan orang-orang apa-apa untuk tempoh masa, seperti pada suatu pihak, mereka memerlukan masa lagi untuk "mengisi ulang."
 
Apabila introverts ingin bersendirian, tidak, dengan sendirinya, tanda-tanda kemurungan. Ini bermakna bahawa mereka sama ada perlu untuk mendapatkan semula tenaga mereka dari berada di sekitar orang-orang atau bahawa mereka hanya ingin masa untuk bersama-sama dengan pemikiran mereka sendiri. Berada dengan orang, walaupun orang-orang yang mereka suka dan selesa, boleh menghalang mereka dari keinginan mereka secara senyap-senyap introspektif.

Sebagai mawas diri, walaupun, tidak bermakna bahawa pendiam tidak mempunyai perbualan. Walau bagaimanapun, orang-orang perbualan tentang idea dan konsep, tidak tentang apa yang mereka anggap perkara-perkara yang remeh ceramah kecil sosial. '

mungkin ada manusia yang tidak pernah dengar kewujudan golongan ini atau mungkin juga mereka tidak sedar mereka tergolong dalam golongan ini . mungkin pencarian identiti diri aku semakin mula memberi impak , mencantum cebisan kertas koyak untuk membentuk kertas warna-warni yang asal .

bukankah tuhan memerintahkan kita mencari diri kita ?

introvert , pemalu atau pendiam .

tiga definisi yang berbeza dari segi beberapa ciri-ciri identiti tetapi mempunyai sedikit unsur persamaan . aku mendapat dua gelaran sejak di bangku sekolah , pemalu dan pendiam . ternyata aku sedar yang itu bukanlah identiti diri aku yang sebenar . itu palsu . dusta dunia .




aku terasa diri aku kekosongan .

berpura-pura bermain watak yang dicipta oleh masyarakat sekeliling . ya , orang-orang di sebelah timur , barat , utara dan selatan adalah hakim yang tidak bertauliah . menjatuhkan hukuman yakni memberi watak palsu kepada manusia lain , bongkak dengan ilmu mereka .

mereka menilai kulit depan buku tanpa melihat kulit belakang buku .

selama beberapa tahun , aku sengsara . sadis ditipu manusia disekeliling , menjatuhkan hukuman palsu kepada aku . aku bukan seorang pemalu . aku bukan seorang pendiam . aku cuma introvert .




ketika di bangku sekolah , aku mula dikelirukan manusia bertopeng . aku enggan membuat tenungan mata ke mata , kurang gemar bergaul dengan lelaki mahupun perempuan , tidak banyak berkata-kata dan kurang bijak dalam berkomunikasi .

mereka yang bertopeng menuduh aku dengan kata-kata dusta yang mempengaruhi masayrakat lain . masing-masing melabelkan aku pemalu dan aku pendiam . 

aku bukan begitu . ketahuilah , aku bukan manusia itu .

hobi kegemaran ku ialah berjalan berseorangan , duduk di dalam bilik yang gelap dan bermain dengan imaginasi di dalam kotak akal .

- adakah itu satu masalah yang besar sehingga aku digelar manusia yang tiada sahabat ?  
- adakah manusia yang mempunyai ramai sahabat , hidupnya cukup indah ?
- adakah menjadi manusia introvert itu satu kesalahan ?




mereka masih belum selami lagi lautan dalam yang dingin...

aku bukan manusia sombong yang dingin . aku cuma ingin kehidupan ku diisi dengan sejuta kotak ketenangan . sepi dan sunyi . hanya angin dan cahaya yang berkata-kata . 

aku cuma insan introvert .




aku berjaya memegang cebisan identiti yang hilang . kini , masa untuk memainkan watak yang sempurna .

aku manusia yang mencari manuskrip diri yang hilang di mata dunia . meruntuhkan tembok-tembok ghaib yang memagar kebenaran siapa kita kepada tuhan . meneroka jalan ke arah yang lebih dekat dengan tuhan .

dengan mengenali potensi diri kita yang sebenar . kita sedang berusaha mendekati kehadiran tuhan dalam kehidupan kita . berfikir tentang betapa kompleksnya personaliti yang diselimuti jiwa kita .


' oh tuhan , jauhkanlah daku daripada mereka yang pendusta , berlagak seolah-olah penulis skrip , melabelkan watak palsu mempengaruhi daku memainkan peranan dusta . aku mohon engkau hulurkan sehelai kertas dialog yang memimpin daku ke arah jalan taman indah mu dan jadikanlah aku hamba yang sentiasa merendah diri , '




aku cuba melompat ke puncak itu , terasa angin mendukungku menolak jasad terbang ke arah destinasi baik . perasaan itu cukup menenangkan , dibelai manja dengan embun basah yang berterbangan di mentari timur .

merasai kehadiran Mu yang sudah tinggal beberapa langkah lagi . nadiku bergetar kagum , encik hati teresak-esak terharu , ruang rindu mula mengembang dan akal ingin memeluk cinta .

jasadku berwarna-warni . mata yang suka merajuk bercumbu dengan molekul udara , menitiskan air hangat .


' terima kasih tuhan kerna tidak pernah menipu daku :) '




“ Wahai anak Adam, jika engkau mengingatiKu di dalam dirimu, Aku akan mengingatimu di dalam diriKu. Dan jika engkau mengingatiKu di dalam perhimpunan, Aku akan mengingatimu di dalam perhimpunan para malaikat. Dan jika engkau mendekatiKu dengan sejengkal, Aku akan mendekati engkau dengan satu hasta. Dan jika engkau mendekatiKu dengan satu hasta, Aku akan mendekati engkau dengan satu depa. Dan jika engkau datang kepadaKu berjalan kaki, Aku datang kepadamu berlari ”.

p/s : jangan jadi manusia yang suka menghukum manusia daripada luaran , kita sambut tangannya dahulu dan terokailah kemanisan ukhwah itu . bukankah tuhan menyuruh kita bersaudara dengan manusia lain ?

06 October 2011

Genggam hati ini , memburu impian kita....

salam ziarah...


hari ini sengaja mahu berkongsi hobi baru..
mendengar lagu-lagu anime yang bermanfaat kepada kita . erk rasanya itu hobi yang aneh . tidak mengapalah . sekadar sebagai salah satu penyumbang yang baik untuk dijadikan halwa telinga .

lagu ini merupakan lagu tema pembukaan yang ke 14 siri animasi One Piece . terdapat dua versi , lelaki dan perempuan . penyanyi asalnya merupakan seorang perempuan . aku lebih gemar mendengar versi perempuan . mungkin kerna ketulenannya mengatasi segalanya . erk lain macam pula bunyinya .
















aku akan sediakan terjemahannya dalam bahasa inggeris . sebab lebih kurang dua minggu lagi aku bakal menduduki MUET . oh , satu inisiatif baru . mendengar lagu bukan bahasa inggeris untuk diterjemahkan dalam bahasa inggeris . ermm rajinnya .

deskripsi tentang lagu ini , seperti biasa orang jepun sangat gemar menyebarkan mesej positif , tentang persahabatan , cita-cita dan kasih sayang . bagi mereka yang sedang memburu impian di luar sana , amalkan semangat ummah yakni bekerjasama antara satu sama lain demi menggapai impian . persahabatan antara saudara-saudara perlu diutamakan untuk memantapkan lagi iman kita . insyaALLAH .

pertama sekali ini bukan lagu nasyid ~ baca lirik dan hayatinya .


versi lelaki ( rendah diri )






versi perempuan ( kuasa veto )




terjemahan :



Let's leave before the dawn shows
Let's go meet a tomorrow we haven't seen yet
There's no regret about this decision
(Oh I know what I'm supposed to do)






What kind of trial awaits ahead?
My heart just can't stop beating fast
The place I want to reach is just one
(Fly to the light)






The bonds I got at the end of the fight
I won't let anyone broke them
If I just open the fists I grasped
I find my strength lying there






So let's start
A new world is calling
Hey, look there
No matter how many seas will separate us
I'll always be there for you
Without any fear, heading straight
Don't ever forget
We fight together




I never compromised
On that day, wherever I looked up
I saw an high endless sky






I came this far
And the several oaths in my heart
Are not hesitating now
I'm carrying them on my back




The sun rises
and lightens my sadness up






I do believe it
One day we'll go find together
The future that connect us as one
There's no one who can substitute you
Don't ever forget
We fight together


p/s : errk aku sebak dengar lagu ini~ sob sob sob....

05 October 2011

Migrain dan Cinta Novel...

salam ziarah...

agak janggal . aneh . hampir lima minit aku memutarkan akal mencari kata yang sesuai untuk memberi deskripsi tentang ketiadaan pena aku bertapak di sini . cukuplah dengan alasan yang aku telah dijerut dengan encik masa yang kejam . oh , entah kenapa selepas habis peperiksaan akhir semestar pertama , aku dapat rasakan kaki aku semakin panjang . err mungkin encik migrain sedang mencipta ilusi mata . T_T ~migrain~


aku pulang ke rumah . bersama encik migrain =_=" . tidur sehingga lebih kurang 9 jam untuk membiarkan perasaan sakit itu terbang melayang keluar ditiup angin kipas bilik . ternyata memberi sedikit keselesaan yang baik untuk aku kerjakan tanggungjawab orang yang lemah .


oh , sejak akhir-akhir ini aku diserang dengan demam novel . aku pun tak pasti bagaimana angin bisa meniupkan virus cinta novel menendang kepala ku , jatuh tersungkur , tercium dengan kulit buku hlovate . ok agak melampau penggunaan bahasa di atas .


lima tahun lima bulan , erkk . jangan sekali fikir aku lelaki jenis itu . memang aku tak sangka akan beli karya hlovate . apa pun , karyanya sangat ringan dan mudah difahami walaupun ada istilah-istilah sainstifik yang perlu fahami . penulisannya banyak digarap dengan permasalahan semasa yang berjaya disampai dengan baik . aku kagum .


dan seterusnya , aku berjaya membeli karya bahruddin bekri 'dunia ini sederhana kecil ' dan 'lelaki berkasut merah ' . walaupun aku dah rasa pernah baca dua buku ini , ermm mungkin deja vu . ianya seperti pernah bersua tetapi kurang pasti kehadirannya di medan masa . yang paling penting pelaburan aku tidak akan memberi erti sia-sia dalam mendalami ilmu penulisan .


p/s : aku tak larat nak tulis panjang-panjang . encik migrain sedang menguasai ibu pejabat encik penyayang . sila beri tips untuk menghalang kesakitan ini daripada berleluasa . =_="