06 April 2012

Lelaki sombong sepuluh megabyte

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani




ada seorang perempuan yang cantik + comel yang menghampiri saya . ibaratnya missil yang sedang perlahan menggempur hati . namun , lelaki ini cuma perisai kepada mortar sahaja tidaklah kepada missil . dia menghidupkan perbualan , selalunya perempuan yang cantik + comel dalam hidup ini , bukanlah seorang pemalu dan pendiam sangat . mereka jugalah yang punya semangat berani untuk mulakan kata-kata .


oh , tidaklah semua perempuan cantik + comel ini seorang yang peramah , tapi ini perempuan-perempuan yang selalu wujud dalam hidup saya . perempuan yang pakejnya tinggi , bukan setakat cantik + comel , ada juga yang boleh membuatkan saya rasa kerdil yang terlalu .

mereka kaya . mereka bijak dalam akademik . mereka aktif dalam bersukan . segalanya sempurna di mata saya .




mereka itulah golongan yang saya paling geruni sehinggalah usia sekarang . golongan yang tidak boleh ditulis dalam senarai calon-calon isteri . tidak sekufu dengan saya yang bersederhana sahaja . malah , mereka inilah musuh saya . tetapi tidaklah menjadi satu perasaan yang mana saya sehingga ada rasa benci yang banyak kepada mereka . cuma , saya sangat tidak suka melihat mereka .

namun , dalam banyak perkara yang menjalar hidup dalam dunia ini , perkara-perkara yang tidak disukai oleh manusia juga yang selalu mendampingi kita . mereka inilah yang selalu zahir dalam hidup ini . menghampiri dan memulakan bicara . rasa tidak selesa mula datang .

selalunya yang hadir berbual , bertanyakan khabar adalah gas bagi menghidupkan api perbualan . dan untuk menghasilkan api , perlu ada percikan dan geseran haba topik utama .

dan topiknya ialah buat saya rasa tidak senang . bukan tidak senang begitu , tetapi tidak senang begini iaitu rasa kecewa dan hati yang kecil .

' kenapa awak pendiam ? '


' kenapa awak jarang senyum ? '


' kenapa awak tidak menjadi seorang yang peramah ? '

soalan mudah sahaja buatkan hati ini menggerutu . maklumlah lelaki seperti ini jiwanya sederhana sahaja , tidaklah mahu dihambur dengan soalan daripada perempuan sempurna . itu yang buat hati ini kecil selalu .




lelaki pendiam + pemalu + dingin = lelaki mega sombong

ramai rakan lelaki saya , jiwa mereka rendah dan tidaklah meninggi . sederhana daripada segi luaran hinggalah dalaman . tapi apa bezanya mereka dengan saya ialah mereka ini lebih terbuka . mereka tidak kisah berbual dengan sesiapa sahaja . dan ditekan di sini mereka ini terbuka untuk berbual dengan perempuan .

dan inilah kontra . wujud lelaki yang tidak banyak bicara dalam kalangan lelaki-lelaki yang peramah . itulah saya , seorang lelaki yang pendiam dan tidak suka bergaul .

tetapi , tidaklah saya ini seorang yang malu-malu setiap masa dan jarang memberi senyuman . apabila perempuan yang memberi nasihat , saya tersenyum tawar . senyum kerna saya menyimpan rahsia dan memilih untuk terus memendamkannya . bukannya rahsia tentang saya tidak suka perempuan yang 'sempurna' . itu bukan sudah menjadi rahsia , dah tertulis di atas sana .

dan rahsia itulah saya akan pegang sampai saya mati .

bagi untuk menghormati nasihat mereka , saya cuba berubah menjadi lelaki seperti yang mereka mahukan . saya cuba menjadi peramah dengan perempuan , saya cuba lebih banyak tersenyum kepada perempuan , saya cuba berbual sambil melihat mata ke mata dengan perempuan dan saya cuba menjadi lelaki yang terbuka kepada perempuan .

dan itulah menjadi silap yang besar . niat itu sudah terpesong dengan rahsia saya . namun , syukur yang segala percubaan itu tidaklah cukup berjaya kerna benih iman itu masih lagi subur bersemai di dalam jiwa yang bercambah menjadi bunga malu-malu . itu jugalah perisai terakhir yang dapat melindungi serangan missil mereka .




lelaki ini diam-diam bukanlah bermakna mereka sombong dan tidaklah mahu mengusir ' ukhuwah fillah ' itu . cuma , mereka sudah faham akan fitrah mereka itu sendiri tidak mampu menolak kehadiran perempuan dalam hati mereka . tidaklah bermakna anti perempuan ataupun syndrom takut perempuan .

mereka ini lelaki yang mudah jatuh hati . dan esok atau minggu hadapan , tiada lagi hati untuk perempuan itu . jijik , bukan ? namun , ada yang cakap , tidak salah jatuh hati . itu cuma perasaan suka-suka .

dengar . ini zaman baru yang teknologinya canggih . jangan berpura-pura dengan ayat basi begini . perasaan suka-suka ? syaitan itu usianya lama . pakejnya pengalaman yang berjuta . dan usia kita ini mentah dan muda . nafsu itu luas sehinggakan tiada tempat di langit dan di bumi dan jiwa manusia itulah tempat tinggal mereka yang utama . aneh , bukan ? nafsu itu hanya muat dalam jiwa manusia sedangkan langit dan bumi itu luasnya masih lagi tidak dapat diukur oleh manusia yang bijak sekalipun .

dan saya berkata-kata kepada diri saya sendiri , mengapa perlu mendedahkan diri dalam kalangan perempuan , cuba bercakap mata ke mata , berbual perkara-perkara yang tiada kepentingan khususnya perkara peribadi yang tidak mahu saya sebutkan .

banyak kali nasihat berputar dalam minda ; jangan jadi lelaki yang mudah memberi hati dan jangan jadi lelaki yang suka buatkan perempuan itu memberi hati . dan larangan ini dilanggar dan tidak dipatuhi jika lelaki itu tidak punya sifat pendiam dan sifat pemalu .

diam lelaki mampu mengawal mulut manisnya berbicara dan malu lelaki itu mampu mengekangnya daripada berbual perkara-perkara yang sia-sia .

tidak suka melihat mata mereka , mata itu ada aura yang menarik dan memujuk hati lelaki . oleh itu , tuhan mengajarkan kami menundukkan pandangan .




janganlah berkata yang kami tidak mahu memandang kalian . kalian memang cantik dan comel , sebab itulah tuhan memerintahkan kami memalingkan mata kami ke tanah . bimbang jika dipandang kali kedua , yang kali ketiga akan meyusul dan lebih lama . hati ini pula disulam dengan nafsu .

 kamu tidak akan tahu rasa memandang perempuan itu bagaimana , jika anda sendiri bukanlah seorang lelaki .

dan sombong dalam diri lelaki itu bukanlah mahu tiada langsung interaksi dengan kalian . sombong lelaki pendiam + pemalu + dingin itu mahu menjaga hati mereka yang rapuh .

bagi kami , hanya lelaki yang punya iman yang kuat sahaja mampu mendampingi kalian dan berbual-bual dengan kalian . memandang mata kalian , bergelak sakan dan rajin memberi senyuman kepada kalian . 


maaf , kami tidak sekuat itu .



Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."



oh , ada juga yang bertanyakan kepada saya tentang bila agaknya saya mahu berhentikan rasa malu + diam + dingin + garang ini .




saya cuma sombong aka pemalu,pendiam dan dingin kepada perempuan yang bukan mahram

26 comments:

Zubaidah said...

sweet r pic tu:)

Anonymous said...

saya lebih suka melihat lelaki yang pendiam dan sombong daripada lelaki yang banyak berbicara tetapi melukakan hati saya.diam itu lebih indahkan?:)

Anonymous said...

teruskan je dgn gaye kau tuu..x payah pikir pasal org..dosa bukn org lain yg tanggung..B-)

d-na said...

eh syafiq , kite dah reti buat pop-up window yang macam ni untuk comment ! :B fufufu . bangganye . alhamdulillah . thank you so muchie muchie syafiq ! btw , hero dalam drama korea pun sombong . x pe . sombong itu cool ! ;)

L.I said...

zubect : sweet yg terlalu ^_^

L.I said...

anon 1 : erk mungkin , rasanya lelaki yg peramah lebih menghiburkan...hehe lain orang lain pendapat

L.I said...

anon 2 : eh rilek r...dah jadi immune dah pong....chill3 ^_^

L.I said...

nadia : tahniah ! buat pop up window agi senang~ no hal laaa sis....hero korea pon boleh~ kekekeke >_<

Anonymous said...

pendiam tu boleh..tp jgn la sampi..org bertanye..tetapi dia diam terpaku membisu tanpe memberi jwpn...:)

L.I said...

oh , itu memang lelaki pemalu yang sejati...kekeke

Anonymous said...

ya..lelaki itu boleh digelar sebagai lelaki pemalu yang sejati...kadangkala...sifat pendiam itu boleh menyebabkan org lain terasa hati...:)

L.I said...

oh ok , sensitif ek

Filwi said...

Pandangan pertama = Lampu Hijau
Pandangan kedua = Lampu Kuning
Pandangan ketiga = Lampu Merah

agak2 fhm ke?

hehe ;)


Ya Allah, betapa bagusnya dapat jadi macam akhi :)

Sangat2 suka dengan orang yang mcam ni, just like my ustaz b4...


Awesome boy here =) Any tips how to be like u?

Yeah, i know im a girl, u know, its hard to lower the gaze.
Its hard to push myself not to talk to the non-muhrims,
its hard to be a girl that will only talk when there's a need of doing it.

i always pray to god to help me. sometime it works and smtme not.

ok, any tips to be as introvert as you?

L.I said...

haha....faham dengan lampu isyarat tu ^_^

saya masih belum cukup bagus lagi . jujur saya kata , mata saya juga sukar nak dibendung . maklumlah , usia muda-muda ini , mata selalu gatal-gatal =_="

jika mahu meminta tips daripada sayalah , saya pun masih cuba berusaha mengekangnya lagi .

apa yang guru-guru saya ajar , perbanyakkan membaca al-quran , puasa sunat dan solat sunat . praktiskan walaupun adakalanya saya sangatlah malas +_+"

it's nice when u always pray to Allah but still it can't solve your problem . be positive , Allah do best for you , always .

anggap sahaja yang perkara yang tidak dimakbulkan Allah itu , Allah gantikan dengan perkara yang lebih baik ; sediakan event yang best2 pada hari esok atau cuci dosa2 lepas .

introvert ? nah , that's what do we call natural talent .kekekeke....just kidding , actually i don't have any specific details....

bercakap bila perlu dan diam biar selalu , ringkas tetapi susah nak buat.....^_^ memang x membantu sangat tapi semoga menjadi batu yang bergolek kepada cik....sekian~

Filwi said...

Thanx in advance for the advice ;)

L.I said...

no problemo sis~

Anonymous said...

sebnrnyer care ko niyh namenye..jihad nafsu...lelaki apabila melihat perempuan yg lawa..nafsunya akan nak tgk perempuan yg lawa itu...tetapi jihad kepada nafsu..lelaki tersebut memilih utk tidak melihat walaupun dia mahu melihatnya...
ini kire slah satu cth jihad nafsu...hehehhe

L.I said...

jihad nafsu tu jihad adalah yg paling besar berbanding dgn jihad di medan perang....woha semoga kita peroleh kemenangan....may Allah bless

Anonymous said...

insyaAllah...:)

L.I said...

^_^

Anonymous said...

Salam...sya jgk brsifat brgitu...tpi its ok to be yourself rather then try hard to be like others...thats hiprocrite try to be others...hnya kta yg tahu hitam putih kta...klau dh pndiam dn x ske layan prmpuan x kn nk pksa jgk jdi peramah romantik bnyk ayat mnis laa ayat power laa...I are what I am...and guy like in this topic are stronge powerfull and can stand alone on their feet...no need to show off in front of girls/ladies like scumbag right...

Anonymous said...

Ok ini aku.... walaupun ramai awek suka usya pelik kat aq... aq buat x tau je.... ada awek ni termenung ke arah aq... sampai cikgu tego dia..haha... ade awek ni merayu nk jadi kawan aku... aq mmg pendiam,pemalu,sombong.etc.. tapi ada sebabnya.. "hikmah"

Anonymous said...

Siapa awk...sy br kenal seorg lelaki sbijik mcm awk. Betul ker pmalu???? Atau tu adalah alasn utk mnolak...????

Anonymous said...

Salam. . .itu tanda nya kita ada maruah dan harga diri. . .lelaki pn ada harga diri yg mahal. . .apa yg kebanyakan masyarakat muslim ikut skrang adalah cara barat. .lelaki cari wanita,,lelaki ada rmai pasangan. .smua ini tiada masa zaman para rasul. . .
Sekian
Real single fighter

Anonymous said...

Menjadi lumrah digelar penyombong terutama oleh golongan wanita. .

Anonymous said...

Hidup harus jujur wlupn dgn diri sndiri. Knapa harus malu kpd pkara yg baik.
Lelaki yg mgaku Umat Nabi Muhammad sharusnya berani. Sbb tu dlm Islam ada 4bilik dlm hati lelaki. Kena ada sifat berani utk tampil mmbantu prempuan.