12 March 2014

Ais dan bunga.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani



#YOLO

you only live once.




manusia hidup cuma sekali di dunia. dan umat islam percaya yang kita akan bangkit semula sesudah kematian di dunia. kita akan bangun daripada mati dan hidup semula di akhirat.

bila jasad dah mati, nama kita pun akan mati sekali. berhenti jalan jalan di sekeliling dunia ini lagi dek kerana sisa hidup kita sudah tamat.

namun, apa yang akan terus hidup walaupun sesudah kita dijemput malaikat izrail ialah tiga perkara. 

sedekah jariah.
ilmu yang bermanfaat.
doa anak anak soleh.

dulu aku selalu berharap yang negara ini ditimpa empat musim. 

ada musim bunga.
ada musim panas.
ada musim luruh.
ada musim sejuk.

sebab bila ada musim bunga, aku akan dapat berlari lari dalam lautan bunga yang berwarna warni dan seluruh pollen grain ( aku tak ingat dalam bahasa melayu apa ) berterbangan bila ditiup angin.

sebab bila ada musim panas, aku akan dapat cuti 3 bulan. ( aku suka cuti waktu sekolah rendah )

sebab bila ada musim luruh, aku dapat baring dalam timbunan daun daun cekelat dan baling daun daun ke udara sehingga ia turun seperti hujan. ( macam budak budak )

sebab bila ada musim sejuk, aku dapat buat orang salji dan perang bola salji. ( impian budak budak negaraku )

itu harapan budak kecil.

empat musim ini mati. kemudian, ia hidup semula. atas asbab, sesudah pulang, ia kembali.

kerna, mati setiap musim itu menghidupkan setiap musim yang lain.

orang salji cair tak jadi air.
tapi, jadi musim bunga.

bunga bunga dan daun daun jadi layu.
keperang perangan, bukan mati begitu sahaja.
bunga dan daun yang luruh menyemai nutrien kepada bumi.

dan kitaran musim terus hidup walaupun mati datang berulang ulang kali.

walaupun agama ini dibawa orang yang bakal mati
namun mereka yang mati dalam membawa agama ini
dihidupkan oleh orang yang mahu hidup untuk membawa agama ini

“Behind this mask there is more than just flesh. Beneath this mask there is an idea... and ideas are bulletproof.” 

 Alan MooreV for Vendetta



“Apakah kamu tidak memperhatikan, bahawa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit maka diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi kemudian ditumbuhkanNya dengan air itu tanaman-tanaman yang bermacam-macam warnanya, lalu ia menjadi kering lalu kamu melihatnya kekuning-kuningan, kemudian dijadikannya hancur berderai-derai. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal.”  

Az-Zumar : 21






Bunga

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

aku nampak bunga
tapi aku tak petik

satu, sebab masih putik
dua, sebab aku tiada gunting

hari ini kau nampak bunga yang cantik
esok dan lusa kau akan nampak bunga yang lebih cantik

dan bunga itu layu
sehingga kaki kau biru

bila dah pandai petik bunga
jangan lupa jaga



10 March 2014

Tak kenal, maka tak cinta.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani





bersangka sangka. kerna kebanyakkan sangkaan itu ialah sangkaan yang buruk.


aku ada kawan, yang tak banyak cakap. muka bengis. garang + tak suka senyum. senang cerita, memang seram rasanya bila mahu bergaul dengannya. bila mahu buka mulut sahaja, terus ditenung tajam sehingga mengeletar kepala lutut.


senang cerita, memang tak ramai lah orang nak tegur dia. tak ramai yang mahu bergaul dengan dia. dan tak ramai yang mahu berkawan dengan dia.


kenapa jadi macam ini? ramai tak nak kawan dengan dia? sebab first impression. pandangan pertama kita itu ialah sangkaan kita kepada empunya badan.


teringat lagu hijjaz yang pandangan mata itu selalu menipu. boleh cari di youtube jika mahu mendengar dan menjiwainya.


hakikatnya, bila kau mula berani berani buka mulut, rupa rupanya dia seorang yang lemah lembut. sopan santun. baik hati. dan penyayang. amboi, banyaknya. nak kata yang sangkaan pertama itu salah, kita belum betul betul kenal dia, terus kita judge dia. terus jadi hakim. menghukum dia melalui luaran.


aku pernah bersangka buruk dengan seorang lelaki yang ku kira usianya tua 10 tahun beza daripada umur ku, rasanyalah. pakai baju T hitam yang depannya tertera logo metalicca dan memakai gelang tangan rockers. berseluar lusuh dan koyak sedikit di bahagian hujung seluar. rambut serabai jatuh ke muka tapi di bahagian belakang rambutnya kemas diikat kuda.


jumpa di surau, aku fikir dia mahu main flappy bird di smart phone nya ataupun tidur kuak lentang tetapi kau tahu apa dia buat? 


dia pergi azan masuk waktu zohor.


terperanjat aku, terus insaf. benarlah Allah berfirman,



Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. 
al hujurat : 12


kita ini terlalu gopoh menjadi hakim tanpa kita sedari kita telah menjatuhkan hukuman kepada mereka yang kita belum kenal.


punya banyak masalah manusia dalam dunia, semuanya berpunca kepada kurangnya taaruf. kurangnya kenal mengenali antara satu sama lain. 


bayangkan si penduduk kampung A ini pergi ke kampung B untuk mengambil sedikit air untuk buat bekalan mandi dan minum di rumah sebab bekalan air kampung A terputus. si penduduk kampung B yang ternampak si penduduk kampung A ini yang sedang mengambil mengambil air, menggunakan tong tongnya, terus menyerang si penduduk kampung A. si A yang terperanjat lalu bertempik marah, memukul balas kembali. si B ini memang emosional terus memarahi sambil mencaci muka si A ini macam penyangak dan pencuri. siapalah yang tak marah kalau ada orang kata muka kita seburuk begitu, terus bergaduh sampai ke tak sudah. sedangkan si A itu dah dapat keizinan ambil air di kampung B. terus mereka lupa untuk kenal mengenali . untuk taaruf . dan akhirnya pergaduhan mereka tersebar sehingga satu kampung bergaduh.


panjang pula. tak apalah.


rukun usrah.


ada tiga.


taaruf. kenal mengenali.

tafahum. faham memahami.
takaful. bantu membantu.

kepada mereka yang sertai usrah ini, memang dah boleh hadam rukun yang tiga ini. tapi, susah nak diserap dalam otak.


dalam seni persahabatan. nak menjamin ukhuwah yang berpanjangan sesama member member. bro dan bro. kawan kawan.


memang kalau tak kenal, belum rasmi jadi kawanlah. itu yang mula guna saya dan awak. kalau dah mula rasmi jadi kawan, mulalah guna aku dan kau. lu dan wa. ana dan anta ke. taaruf ini kita kenal nama, tempat tinggal, umur, bilangan adik beradik dan studi apa. dan sebenarnya bukan takat itu sahaja, itu cuma permukaan sahaja.


contohlah,


ada seorang kawan ini, muka masam sahaja. kita terus bersangka sangka, oh ada masalah dengan teman wanita dia rasanya sebab hari itu nampak dia bersama dengan perempuan.


kesilapan di atas ialah, tidak bertanya. taaruf ialah proses bertanya. tanyalah apa masalah dia. kenapa muka masam? kenapa sedih? kenapa emo emo ini?


never assume. ask.


kalau dia tak nak jawab, kita perlahan lahanlah dekat dengan dia. duduk dan lepak dengan dia. kena tahu apa kesukaan dia dan benda benda yang dia tak suka. oklah, dia suka tengok bola maka kita kena ambil usaha lah untuk sembang berkenaan bola. barulah sedikit sedikit ukhuwah itu dekat.


barulah ada tsiqah, kepercayaan kepada kita untuk berkongsi. ini kita boleh panggil kaedah mua'yashah, bermesra mesraan ( err lain macam bunyinya ). belanja dia makan ke, sebab manusia ini salah satu cara mahu kuasa hatinya ialah kita perlu menguasai perutnya dahulu.


lepas dia dah cerita masalah dia, barulah kita boleh naik ke peringkat tafahum, memahami. dengan kita faham masalah sebenar. punca punca. histori dan latar belakang dia. kita tidak akan prejudis dan bersangka buruk. kita akan ada rasa empati dan kasihan, dan membayangkan kita berada di tempat dia. hari itu adik perempuan dia datang jumpa dia yang ibunya sakit tenat di hospital. ini sambungan daripada contoh tadi.


dan tika kita sudah memahami situasi sebenar, kita mampu takaful, bantu apa yang kita mampu dan apa yang perlu kepada dia. proses tafahum tadi itu meletakkan diri kita seperti membayangkan kita juga berada dalam situasi ibu kita tenat, maka kita akan lebih prihatin dan bersungguh sungguh mahu membantu, menyelesaikan masalah.


itu yang aku belajar daripada usrah.


kami saling taaruf. saling tafahum. dan saling takaful.


walaupun berlainan sejarah dan gaya hidup.

kami dilatih menggunakan 3 rukun ini untuk mengetatkan ukhuwah yang ada.

usrah itu keluarga.
keluarga lahir daripada kasih sayang.
kami percaya kasih sayanglah yang akan dapat menyelamatkan manusia daripada terus menumpahkan darah.
semoga kita benar benar tsabat di jalan ini.

ukhuwah fillah abadan abada.

p/s : siapa yang belum usrah, maka pergilah cari ya.  ^_^




09 March 2014

Petua Studi. Aku tak pandai sangat.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani



ada orang minta petua belajar daripada aku. terus aku malu malu, mahu bilang aku pelajar cemerlang, tidak juga. dulu dulu masa sekolah sehingga sekarang konsisten sahaja. nak kata cemerlang, tak juga. nak kata teruk, tak pula. seimbang lah agaknya. keputusan peperiksaan memang selama ini semua jenis jenis selamat, alhamdulillah.

nak kata aku rajin, semua orang kata aku rajin.

dulu aku duduk di asrama, ada beberapa orang budak batch aku yang suka singgah dorm aku. suka intai intai apa yang aku buat dalam dorm. kalau nampak aku lipat baju itu, mulalah berbasi basi, kau bila nak studi? kau dah cover topik dah sampai mana?

aku yang tadi fokus melipat baju dan kain pelekat, terus kurang bersemangat lalu ku terus sumbat sahaja pakaian ku ke dalam locker besi. ( jangan tiru aksi orang pemalas )

kalau nampak aku studi, mula mula melancarkan perang psikologi.

fuyoo studi. rajin bak hang.

perghh rilek dulu exam lambat lagi.

aku yang tadi mula menyampah. tutup lampu dalam dorm. buat buat tidur. dah aman. aku sambung balik, sambil suruh junior form 1 aku tolong tengok tengok kalau ada para 'stalker' yang datang dalam radius 10 meter daripada dorm aku.

sampailah aku masuk univerisiti, memang hidup tak ada privasi. ada sahaja yang masuk bilik datang bertandang, buat perang psikologi. aku yang dah mula menyampah, cuma diam dan tunggu mereka habis berpsiko sehingga lebam.

anehnya, mereka pula yang lebih dahsyat.

selepas keluar daripada bilik aku, terus bersemangat.

studi sampai pukul 3 pagi.

duduk berteleku fokus sehingga boleh tembus lecture note.

( aku tak stalk, ter je )

nak kata petua di sini ialah fastabiqul khairat.

maksudnya, ialah berlumba lumba dalam melakukan kebaikan.

aku selalu ingat pesan daripada seseorang, aku tak ingat siapa tapi bunyi dia macam ini, kalau kita nak berubah.

berubah nak jadi rajin.
berubah nak jadi lebih bersemangat.
berubah nak jadi lebih baik.

kita kena ada pesaing. bila ada pesaing, kita akan ada persaingan ( competition ).

macam saidina abu bakar radiallahuanhu dan saidina umar radiallahuanhu.

dulu sampai sekarang, keluarga belah ayah aku suka banding membandingkan anak siapa yang paling hebat daripada segi akademik. sukan. dan apa apa sahajalah yang boleh dibuat bangga. jadi johan pertandingan mewarna ke melukis ke, tak kisahlah.

aku selalu kena banding dengan sepupu aku yang hebat.

sepupu aku ini orang kaya, jadi kelas tambahan memang ada. buku buku latihan memang cukup. rujukan rujukan memang mantap.

sejak daripada kecil, aku memang selalu kalah dengan dia hatta daripada segi kekacakkan pun. memang ramai orang puji dia paling tampan dan bergaya. nak kata yang aku ini memang selalu dipandang rendah.

dan yang pasti, sejak dulu aku memang paling benci orang yang pandang rendah kepada manusia lain. mungkin sebab aku dilahirkan dalam keluarga yang status ekonomi yang rendah. untuk dapatkan sesuatu itu, aku kena berpeluh. aku kena bermasam. aku kena bersabar.

aku ingat lagi yang aku belanja seringgit sehari masa sekolah rendah. nak beli buku rujukan, nak minta dekat ayah ialah pilihan yang paling terakhir. sebab takut nak minta duit. sebab ayah ialah manusia yang paling garang dalam dunia. ummi pula surirumah, maka tidaklah berduit sangat.

jadi, aku tahan duit belanja daripada membeli makan di kantin sehinggalah usia aku masuk sekolah menengah yang duit belanja sehari aku hanya naik 50 sen. seringgit lima puluh sen lah kiranya. dengan berbekalkan duit itu aku tahan selama seminggu, aku dapat beli buku rujukan biologi. buku rujukan sejarah. buku rujukan kimia. buku rujukan fizik. matematik tambahan dan lain lain.

aku pernah menangis bila ayah bilang aku ini membazir. membazir, sungguh memang berderai air mata jantan. aku minta duit saku lebih disebabkan aku terlebih bajet dalam beli buku buku rujukan dan latihan. aku tahan emosi untuk terus bersabar. tapi, ummi faham. dia hulur 20 ringgit, rasanya. tak ingat pula untuk buat belanja waktu aku duduk asrama.

sungguh, aku rasa kesedikitan wang menyukarkan aku hidup untuk mengais ilmu. jadi, hargailah wang saku anda itu daripada dibelanjai yang bukan bukan. itu juga petua.

dan lagi petua aku, berkawanlah dengan manusia yang boleh buat kau rasa lebih rajin. lebih bersemangat. dan lebih baik.

boleh sahaja dikaitkan sekali lagi dengan fastabiqul khairat tadi, berlumba lumba. bersaing saing. kalau kita tengok kawan kita dapat A, takkan tak rasa tercabar kan? mestilah, kita juga mahu yang serupa. mahu yang sama dengan mereka.

jadi berkawan lah dengan orang orang yang pandai dalam urusan yang kita mahu.contoh, kalau nak pandai kimia, kawanlah dengan orang yang pandai dalam subjek kimia.

kalau nak rajin pergi solat jemaah di masjid, pergilah kawan dengan orang yang selalu pergi solat jemaah di masjid.

bukan ke hidup dalam berjemaah itu lebih indah? bergaul dengan orang orang yang alim dan soleh dalam urusan dunia mahupun akhirat. insyaAllah, wangian itu akan terkena kita juga.

dan yang paling penting habluminallah dan habluminannas.

hubungan Allah kena jaga, hubungan manusia pun sekali kena jaga.

solatnya, baca al qurannya, puasa sunatnya dan ibadah ibadah lain. mintalah kepada Allah, nescaya dia akan perkenankannya. Allah malu kalau kita menadah tangan tapi Dia pula tidak beri sesuatu dekat kita, sampai macam itu sekali betapa kasihnya Dia sehinggakan tak nak beri hambaNya dengan tangan yang kosong.

hormat cikgu dan ustaz, janganlah emo tak tentu hala dengan cikgu sebab selalu malukan kita di dalam kelas. janganlah kutuk kutuk ustaz sebab bosan cara pengajaran dia. bersedekah di masjid ke, beri derma kepada anak yatim, homeless dan orang yang kurang bernasib baik. belanja kawan makan roti gardenia cicah tuna ke, jadilah kan.

insyaAllah, kejayaan itu milik Allah. kejayaan di sini tidak semestinya kita berjaya di dunia.

ada sahaja rakan rakan aku yang kurang bernasib baik, tapi usaha dia masytaAllah memang sungguh hebat. kita yang dah rasa berjaya ini, kena beringat ingatlah setiap apa yang Allah beri ini bersifat sementara, pasti akan ditarik semula.

kita ini peminjam sahaja.
kejayaan pada hari ini pun kita pinjam.
hanya sementara.
bila bila masa sahaja Allah boleh ambil.

kita kita ini kena bersedialah.
kalau belum baca dan dengar ayat ini, silalah baca.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

sekian daripada senior mu.
kepada mereka yang sedang menunggu keputusan spm. bittaufiq wannajah.

p/s : aku dulu A lurus. kbai.