29 December 2014

Kenapa aku tak suka dengar cerita kahwin?

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani


sebenarnya, aku tak berapa sedia untuk menulis post yang cukup panjang dek kerana masa aku banyak dihambakan dengan jadual akademik yang penuh padat. makanya, aku hilang masa untuk membaca dan membeli buku buku non akademik yang boleh dibuat idea untuk menulis campur dengan mengasah teknik penceritaan yang bagus. apapun, curi curi masa juga untuk membaca sisa sisa buku yang lupa untuk dihadam.

beberapa bulan yang lepas, aku telah menghadapi satu situasi yang bersiri yakni macam idea itu ada dalam beberapa siri keadaan yang buatkan aku rasa gatal gatal nak tulis. satu temptation yang aku tak boleh tahan, memandangkan banyak perkara berlaku dalam beberapa bulan yang lepas buat aku rasa trigger nak tulis dalam post ini walaupun aku dah beri warning awal awal, kalau boleh aku tak nak tulis apa apa berkenaan ini sebab aku masih mentah. tak matang. dan masih lagi belum bersedia nak tulis.

dan sekarang, aku rasa masih lagi ragu ragu nak tulis tapi apapun ini cuma dua puluh sen artikel yang tidak mengikut format artikel sebenar.

beberapa tahun yang lepas, ( sangat lama, ingat tapi tak nak beritahu bila ) aku ada ter'minat' kepada seseorang. dia hampir memenuhi segala requirement dalam list cinta hatiku ( amboi ). aku muda masa itu. nakal sedikit. aku dapati dia sangat menarik. dia buatkan aku malu malu. kalau berselisih pun, aku cuba berlalu dengan laju. sebab malu. dan perasaan itu tak pernah terbalas sebab aku malu. sangat.

dan aku rasa perasaan itu semakin lama berevolusi menjadi sesuatu yang mahu ke peringkat seterusnya. to be acknowledge. macam, dalam kelas sebelum sebelum ini, aku tak banyak cakap. tapi bila dia ada, aku cuba buat lawak dengan member. dan member aku ketawa. aku bangga. achievement unlocked. member aku buat lawak. aku ketawa balik. ketawa yang orang lain rasa cute ( amboi ).

dan banyak lagi. tapi, dalam skala yang memadai bagi seorang lelaki pemalu lah.

selepas beberapa siri penaklukan, aku rasa ada lah sedikit perubahan. dapat respons. tapi, tak banyak mana pun, kerna bajet rendah. bajet penaklukan orang yang malu malu. berapa lah sangat. jadi, selepas beberapa lama. beberapa tempoh. aku fikir ada yang lebih penting daripada siri penaklukan ini. sebab masa itu, nak dekat exam. makanya, yang utama ialah buatkan keluarga gembira. itu aku yang muda. prinsip aku.

dan sekarang, usia yang masih juga mentah. untuk beberapa tahun yang lepas, tapi tak lama daripada situasi perenggan di atas, aku sebagai lelaki yang kaya dengan testosterone pernah juga mengalami siri ter'minat' kepada seseorang yang random. ter'minat' . tak apa. dimaafkan. bak kata member aku. it's healthy.

tapi seperti biasa, aku tak dapat pun respons yang banyak disebabkan pakai bajet pakej lelaki pemalu. dan aku yakin. seyakin yakinnya aku tidak lah begitu serius dalam relationship. aku hanya ter'minat'. aku ada minat. aku ada suka. tapi, ia datang. kemudiannya, pergi. aku rasa tak normal. sebab aku memang cepat jemu dengan perkara perkara begini.

bak kata ustaz nouman ali khan, lelaki ini selalu tersilap menduga tentang perasaan mereka kepada perempuan. dalam hal ini spesifik kepada sama ada suka atau pun hormonal. lelaki bila tengok perempuan boleh jadi dia serius dengan perasaan dia. dan boleh juga jadi suka itu hanya tindak balas hormon. lelaki itu masih belum matang dalam hal mengawal temptation dia kepada opposite gender. jenis jenis yang susah nak kawal mata pandang perempuan. salah satu sign and symptom untuk lelaki yang susah nak resist temptation. lelaki hormonal. lelaki yang selalu tertipu dengan biologinya sendiri.

tapi, itu normal. yang sebaliknya, yang tak normal. ia tanda lelaki itu sihat. bagus, tapi lebih bagus kita kawal. tapi, cinta dalam media buatkan ia tak menyihatkan. banyak, aku malas nak cerita.



selepas beberapa tahun berlalu. sekarang, aku rasa macam perasaan aku mati. aku rasa tiada emosi. mungkin sebab banyak perkara baru berlaku yang datang dan pergi, telah menjadikan aku 'kering'. aku tak kisah. aku tak nak fikir berkenaan perasaan. tak nak tahu berkenaan jodoh. atau tulang rusuk sebelah kiri atau pun apa apa sahajalah. aku cuma request segala perkara baru yang aku pasti bakal lagi mendatang, aku dapat jalani hidup aku dengan smooth dan steady. aku mahukan kehidupan yang tenang. kehidupan yang 'sopan santun'. supaya aku lebih bernafas dengan oksigen yang cukup.

dan aku rasa penat jika ada perkara perkara baru yang akan datang lagi. cukuplah, dengan perkara perkara baru yang aku jangka akan datang kemudiannya. aku tidak mahu lagi menambah persoalan persoalan perasaan. pertanyaan dan diskusi berkenaan jodoh dalam konversasi member. memang aku tak minat nak dengar. kalau lepak dengan member usrah, semua sembang baitul muslim. oh tuhan, berhenti. masing masing kata 'ana tak qowiy macam sheikh'. 'ana pun sama juga'. tapi ana tengok mutabaah amal anta, masyaAllah.'

aku rasa nak sepak seekor ekor. ( literally )

masalah aku ialah aku tak nak ada komitmen. aku punya ideologi. aku rasa perkahwinan menjejaskan kehidupan seorang lelaki. aku ada seorang abang sepupu, aku memang rapat dengan dia. tapi bila dia dah kahwin, aku dan dia, agak janggal. dulu dia lah yang paling tough, sekarang segala pack dah hilang. main futsal tak mahu. hubungan agak terjejas. dan dia jadi lain. daripada segi aspek fizikal ( baru cerita tadi ) , emosi , mental , psikologi , sosiologi. berubah, walaupun bukan secara total. tapi, komitmen buatkan dia berubah. aku tak kata perubahannya membuatkan dia nampak kurang baik tapi dia berbeza. mungkin daripada bebola mata aku, perubahannya buatkan aku rasa kehilangan tapi bagi persepsi seorang lelaki yang sudah berkahwin, itu normal. itu menyihatkan.

daripada situasi itu, faktor utama yang aku rasa berat ialah tanggungjawab. tanggungjawab buatkan rambut aku gugur dengan banyak. dan ini membuatkan aku kurang comel. dan ini membuatkan aku lagi bertambah depresi. kesimpulannya, semakin banyak tanggungjawab, semakin banyak tenaga mengalir laju keluar. segala sel darah merah yang memberi nutrisi kepada rambut, semua lari ke otak sebab banyak sangat demand minta oksigen dan nutrient.

walau apapun, manusia tetap manusia. kita tak boleh lari daripada tanggungjawab. sama ada kita suka atau tidak. ia tetap perlu digalas. tetap perlu dipikul dan dilaksanakan. amanah kita, untuk mengembangkan populasi yang sihat. meramaikan anak anak yang ada kalimah iman. kita tak boleh lari daripada sunnah. dan itu menyihatkan.

aku selalu rasa inferior. rendah diri. takut takut. sama ada aku betul betul boleh pikul atau tidak. tanggungjawab sebagai seorang lelaki kepada pasangannya, ia berat. bukan senang. ayah aku sebagai rujukan, dah banyak rambut yang gugur aku lihat sepanjang aku membesar. memandangkan aku hadiah pertama daripada hasil perkongsian ibu dan ayah aku, makanya aku lebih dekat dengan mereka. aku sangat takut. adakah aku betul betul mampu penuhi tanggungjawab?

beberapa bulan yang lepas, aku ada pergi satu program multaqa', ada satu slot yang menarik yang buatkan aku initiate nak tulis post ini. dah berapa perenggan dah ini, aku masih lagi tidak mampu melelapkan mata. lelaki itu berbicara hak dan tanggungjawal dalam baitul muslim.

kita suka berbicara tentang hak. kalau kita selidiki hak hak dalam rumah tangga banyak menangnya di pihak suami. ( buat homework sedikit cari hak hak suami dan isteri ) isteri kena taat suami. kena utamakan suami lebih daripada segala urusan. dan lain lain. ini satu perkara yang berat sebelah dan kurang adil bagi side perempuan atau isteri.

tapi, bila kita berbicara tentang tanggungjawab. tanggungjawab lelaki bukan perkara yang boleh dibuat ringan. kalau kita tengok kondisi sekarang, ada sesetengah suami zaman sekarang selalu demand dan request hak isteri kepada suami perlu dipenuhi. isteri perlu taat seratus peratus kepada suami. syurga di bawak tapak kaki suami. tapi, kita lupa kalau kita tak tunaikan tanggungjawab dengan bagus, kita tak layak untuk demand dan request hak.

benar. tanggungjawab suami kepada isteri begitu banyak. kalau tak boleh nak accomplish segala tugas, apa yang kita expect? kalau nak membeli barang yang bernilai, kita mesti ada wangnya. ini yang kita panggil give and take.

komitmen. bukan boleh buat perkara main main. boleh buat homework cari tanggungjawab suami kepada isteri.

dan hari itu aku ada pergi satu event berkenaan pengurusan anak muda mudi. dan dia ada tayangkan beberapa video ustaz nouman ali khan, berkenaan menjadi ayah yang sebenar benarnya. hasil daripada perkongsian itu betul betul buatkan aku rasa, aku rasa lain. aku rasa ada sesuatu yang bertambah. tapi, aku tak pasti apa yang bertambah.


menjadi ayah.

sebagai seorang anak, sudah tentulah aku menjalani kehidupan sebagai seorang anak dan juga melihat kehidupan anak anak yang lain. dan masing masingnya berbeza. setiap kehidupan anak anak, berbeza ujian. berbeza halangan. berbeza masalah.

berbeza daripada segi pendidikan.
berbeza daripada segi duit dalam akauan bank.
bebeza daripada segi pergaulan dan relationship.

semuanya berbeza walaupun kita claim yang kita lahir daripada satu sistem.
anak anak yang dulu lain.
anak anak yang sekarang lebih lain.

ibu dan ayah zaman sekarang kena lebih faham dan lebih bijak. memenuhi tanggungjawab suami kepada isteri dan sebaliknya tidak cukup jika daripada segi ilmu menguruskan anak anak agak kurang.

ilmu pengurusan anak anak ini macam ilmu menguruskan pemain pemain bola sepak. ayah adalah coach. ibu pun boleh juga. setiap anak ada potensi, kelebihan dan kekuatan. kelemahan dan masalah. halangan dan rintangan. ada anak yang jenis verbally, pandai bergaul dan bercakap. jadi, si ayah kena treat anak ini dengan cara sekian sekian. dan anak jenis yang suka mengasingkan diri, tidak suka bergaul dan suka menyendiri. jadi, si ayah perlu menggunakan pendekatan yang berbeza.

ada pemain bola yang boleh main full game dalam satu masa dan ada yang tidak. ada yang kena duduk di bangku simpanan, tapi bukan bermakna tidak pandai bermain dan tidak berskil. pemain ini akan lebh stimulated daripada segi psikologi kalau game tersebut menunjukkan pasukan lawan sedang mendahului. coach yang bijak bukan sahaja berilmu daripada segi membeli dan mengambil pemain yang berskil tinggi tetapi mengambil pemain yang hebat daripada segi mental dan psikologinya. inilah ilmu pengurusan sumber manusia. ilmu yang perlu ada bagi setiap pemimpin.

ada anak yang kurang perform dalam usianya yang mentah. beri peluang. beri maaf. galakan. pujian. ada sesetengah anak yang perlu dikritik dengan keras, baru dia boleh berjaya. ilmu dalam kaedah untuk mendekati anak anak dengan cara yang beza, ini yang kita perlu belajar sebelum menjadi ayah.

sebagai seorang anak, segala distraction dan halangan yang datang dalam bentuk media membuatkan aku risau. internet adalah musuh aku yang paling utama bila aku bergelar ayah. aku takut. aku sangat takut dengan apa yang berlaku di internet sekarang, di media lain lain. semakin advance. semakin menggerunkan. ia semakin laju dan efektif dalam meracuni. aku yang sudah tercemar ini, takut melahirkan benih yang tercemar juga. mampukah mereka harungi saat saat gelap yang bakal mendatang? * ost arjuna beta (tetiba)

untuk menjadi ayah, aku tak boleh matikan 'anak' sebagai role aku. aku tak boleh matikan ' kehidupan anak' sebagai kehidupan yang bakal datang. aku percaya 'kehidupan anak' mampu membuatkan aku menjadi ayah yang baik. ' kehidupan anak ' , kehidupan yang liar. penuh dengan ingin tahu. dan inilah, dengan izinNya, kita dapat melalui jalan yang sama dengan anak anak yang lain. kita dapat menjadi 'anak' kepada anak anak kita.




ini definisi baru aku.

kalau kamu masih lelaki hormonal, definisi cinta kita agak beda. cinta bukan datang sekali dengan adrenalin dan testosterone, ia juga datang dengan hormon cortisol. berhati hatilah. jangan biarkan anda diselubungi dengan ubat ubatan dan terapi hyper tensi.

untuk aku, emosinya yang sudah mati, puas aku pujuk untuk menerima perkara perkara baru yang datang lagi menyusahkan. tidak mahu aku tambah dengan tanggungjawab yang lebih menyusahkan ini. tapi, tanggungjawab inilah sebahagian kerja kerja untuk membina syurga di dunia. sebagai manusia hina, membina syurga dengan batu bata dunia adalah satu penghinaan kepada tuhan yang maha esa, syurga yang asli dibina dengan material yang datangnya bukan daripada dunia.

tapi inilah kegembiraan yang tuhan nak kongsi. sedikit kegembiraan. supaya kita merasa. indahnya syurga.

baca lagi banyak buku. belajar dan terus belajar. membesar, menjadi lelaki yang penyayang walaupun banyak kali azam tapi tak pernah buat buat ( ampunkan daku tuhan ) . penuhkan mutabaah amal. rajin dengar majlis ilmu. walaupun dengar ceramah di youtube sahaja. jangan asyik dengar ed sheeran, buat kajian dalam lirik lagu dia ( ouch ).

dan jadilah lelaki yang berusaha. walaupun tak dapat buat semua, tapi janganlah tinggalkan semua. 

sedikit sebanyak daripada post ini, aku tahu lagi dan lagi apa yang perempuan mahu daripada seorang lelaki.

rujukan:
Be friend with your children

so you think you're in love




25 December 2014

Oasis

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

satu hari, aku jumpa seorang pesakit. seorang perempuan yang berusia atas daripada 50 tahun, aku dah lupa umurnya. sebaik sahaja dia masuk ke klinik, kau boleh lihat cerahnya masuk menyilau mata, ia tak menyakitkan, ia menyinarkan. sepertinya cahaya yang sedang kau tunggu tunggu selepas mendaki bukit di waktu subuh, ternanti nanti matahari terbit.

sampai dia mendekat, sinarannya semakin kuat, buat aku rasa tidak selesa. dia ucap selamat pagi yang pasti buat orang lain rasa hangat. dan aku semakin cair dengan senyuman sejuta gigabyte nya. dan dia membuatkan aku teringatkan kepada seseorang yang telah lama pergi meninggalkan aku. sepanjang procedure klinikal, dia akan tersenyum. senyum yang tidak mampu aku ukir, kerna isinya penuh ikhlas dan ia membuatkan aku rasa nak muntah. aku rasa. aku rasa ini tidak realistik.

jika sudah siap satu procedure, dia akan puji. dia berterima kasih. sehinggalah habis untuk setiap procedure. jika aku buat silap, dia tepuk tepuk bahu aku. tidak mengapa. dia pandang mata aku. dia senyum. dan aku rasa aku semakin loya. kehangatan. kehangatan ini buat aku mengalami withdrawal symptom. mungkin aku sudah lama tidak merasa, jadi rasa ini buatkan aku rasa aneh.

bila tamat sudah procedure pemeriksaan, aku lepaskan dia untuk pulang. dia senyum lagi. bertambah tenaga dan arus dia lontarkan, dan ini membuatkan aku rasa tidak selesa. aku cuba senyum, tapi palsu. dan aku percaya, dia tak nampak senyum penuh plastik itu sebab aku pakai mask. dia meninggalkan kami dengan ucap selamat tinggal. semoga hari ini, hari yang bagus. jumpa lagi.

aku kepal tangan aku. kedua duanya.

celaka.

selepas kau beritahu cerita sedih aku, kau masih tersenyum. kau cakap perkara baik baik. kau maafkan aku. kau tepuk bahu aku. dan kau boleh wish semoga hari ini hari yang bagus?

celaka.
padan muka aku.

28 November 2014

Jalan

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

Satu, diet bagi seseorang yang mahu jadi penulis yang baik ialah tuhan timpakan lambakan ujian dan susah yang banyak supaya dia dapat tulis klimaks dan masalah yang banyak dalam sebuah buku. tetapi, apa yang menjadi buku itu nampak hebat bukan setakat berapa kilo masalah dan klimaks dalam sesebuah jalan penceritaan, jalan jalan penyelesaian yang menjadikan penulis itu baik. hidup penulis itu lebih bermakna jika masalah yang banyak itu seratus peratus dapat ditemukan dengan penyelesaian. segala klimaks selesai, masalah ditamatkan dengan solusi.

peleraian dan ending menjadikan cerita itu masterpiece.

dua, menumpang hidup dalam hidup orang lain. bila kita rasa hidup kita sudah semakin pudar, kita turun. jadi parasit, cari mereka mereka yang lebih banyak warna. cari nyawa nyawa yang kehidupannya buat kita rasa mahu mewarna. dan daripada situ erti hidup kita akan lebih beda daripada sebelumnya.

seni mewarna kita semakin lupus, cari set warna baru. dan mula mewarna dalam kanvas putih kita.

tiga, menulis.


14 November 2014

Hidup yang lebih life

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

kawan kawan aku kata aku lifeless.

jadi, aku pun buat ice bucket challenge. pergi ke random places. pergi ke tempat tempat yang aku tak pernah pergi seumur hidup aku. agenda menyesatkan diri.

sampai satu tempat, ada mall. aku singgah. dalam beberapa jam lepas itu, aku mahu pulang sebab hari mahu hujan. sampai tempat parking, aku dengar seorang lelaki yang berwajah jambu, menyapa aku.

aku tak layan.

takut takut dia suruh aku join MLM. aku hirau sampai dia berhenti panggil aku kali ketiga. dia senyap. aku undur motorsikal. nampak ada kertas putih terselit. celaka.

aku kena saman. aku pandang lelaki tadi. dia kata dia pun kena saman. dia senyum. aku pun beri senyum. kita sama. senasib. tapi, lepas itu dia jadi galau dan risau. air mukanya sudah memasang tahu yang dia tidak mampu.

rm 40 bang, banyak.

aku terus sahaja cepat cepat kata, kalau tak bayar memang dapat surat mahkamah. tiba tiba, aku menyesal. sebab berkata begitu. aku terus menghukum dengan ayat begitu. aku lupa yang dia rasa berat hati dan bimbang dengan wang sakunya.

dan aku berlalu pergi, meninggalkannya. bersalah. perkara aneh akan berlaku jika aku keluar. aku tak kata, aku menyesal aku keluar hari ini. cuma, aku penat. tapi, dengan aku keluar, aku tahu apa erti hidup. walaupun aku rasa aku 'macam' dah erti hidup aku, tapi aku masih lagi tak tahu apa erti hidup orang lain. hidup orang lain yang lebih 'life' daripada aku.

21 October 2014

Aku lelaki introvert

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

 



kadangkala, aku pernah cakap dengan diri sendiri yang aku teringin nak jadi ekstrovert. 

tak pendiam.
bersosial ( jenis yang boleh bercakap dengan semua orang hatta berbeza peringkat umur sekali pun )
paling menyerlah dan popular dalam batch.
peramah dan hebat berkomunikasi. 

bila aku jumpa orang orang macam ini, aku rasa malu malu dengan diri sendiri. rasa inferior. rasa diri sendiri macam tak bernilai. macam ada perasaan loser. sebab selalunya orang orang begini lah yang selalu disanjung dan dihormati. kalau masuk dalam perbincangan, orang orang macam inilah yang hebat beri pandangan yang bernas dengan lancar. yang lain akan tepuk tangan dan memberi puji.
lecturer kagum dan sayang. kawan kawan semua hormat dan seronok lepak dengan mereka. 

tapi, aku....tak. 

aku lain. 

aku opposite dengan mereka. 

ada seorang kawan aku pernah kata dalam discussion ketika sesi ice breaking bila lecturer suruh describe tentang diri sendiri.

i love being in the center of attraction.

aku pula tanya diri aku sendiri, salah ke kalau aku suka duduk di tepi tepi jalan? dalam semak samun lagi.

masa aku sekolah dulu, budak perempuan batch aku semua tak suka aku. *gelak. sebab aku tak banyak cakap. aku malu. tapi, bila dah besar dan berusia ini, aku rasa lebih kepada, 'memang kalau boleh limit kan percakapan dengan perempuan melainkan urusan urusan penting sahaja' 

kalau perempuan yang rapat dengan aku pun atas kepentingan sendiri seperti budak dalam kelas sendiri sebab tiap tiap hari menghadap muka yang sama dan memang ada urusan yang penting setiap hari. jadi, kenalah bercakap banyak sedikit. 

budak perempuan yang membenci aku sejak daripada zaman sekolah dan hinggalah sekarang ( jika ada ), ketahuilah aku bukannya bajet macho dan sengaja mahu menyakitkan hati kalian. aku cuma seorang lelaki yang sedang menjaga hati. ( amboi ) 

hakikatnya, dengan kawan lelaki juga sama. aku juga tidak banyak bercakap dengan jantina sendiri. jadi, tiada komplikasi di mana aku hanya bias kepada jantina sendiri, memilih berbual dan bercakap dengan lelaki sahaja. 

tidak.

aku juga jarang bercakap dengan lelaki.

dan ketika zaman sekolah aku dulu dulu pun, aku juga dicop pendiam di kalangan budak budak lelaki. memang tak banyak bercakap. hanya dengan beberapa kawan aku yang rapat sahaja memahami kepala aku. mereka faham yang aku sebenarnya bukan pendiam mana jika sudah habis taaruf. 

kawan baik aku dulu, satu kepala dengan aku. jika cerita bola dan anime. sampai subuh pun aku masih bercerita. antara quote daripada kawan kawan aku, kalau orang hanya tengok aku daripada jauh, mereka mesti tak percaya yang kau adalah orang seperti ini. seperti sekarang.

tapi, bila aku dapat tahu. yang ramai tak puas hati dengan aku. sebab terlalu diam dan susah nak dibawa berbual bual. aku rasa sedih pula. sebab aku rasa tak gembira bila dapat tahu orang lain tak puas hati dengan aku. mungkin sebab, aku ini agak memilih.

aku ini memang jenis yang jaga privasi. aku tak suka menyampuk dalam perbualan orang. aku takut orang terasa. 

aku tak suka singgah dorm atau bilik orang lain. lepas itu, sembang menyembang. aku takut aku ganggu privasi orang.

aku tak pandai initiate conversation dalam kumpulan yang ramai lebih daripada tiga orang. maka, aku lebih banyak diam dalam kumpulan yang ramai. 

bak kata kawan aku yang rapat, kau ini macam dinding, jika baling bola ke arah dinding. barulah dapat lantunan bola itu balik. jika banyak bola aku baling ke dinding, banyaklah lantunan itu kembali.

aku memang memilih orang orang yang aku nak cakap. aku akan cakap dengan orang yang satu kepala dengan aku. kurang berisiko. kadang kala, aku rasa tuhan seperti sengaja menduga aku, meletak aku dalam situasi ( orang sekeliling ) yang berbeza dengan situasi aku. contohnya, aku minat bola sepak tapi aku duduk dalam satu atmosfera yang budak budak situ semua main ragbi, badminton dan hoki. aku minat anime tapi aku dapat jumpa orang yang tak tengok anime, semua tengok drama korea. 

jadi, aku macam tak banyak topik nak cucuk cucuk. aku cuba lah juga nak masuk tapi semuanya tamat dengan kejanggalan. bunyi cengkerik. mungkin sebab aku kurang menjiwai. seperti tidak ikhlas dan hipokrit.

aku memang tak suka berjalan jalan keluar daripada bilik. bagi aku bilik adalah tempat pengecas terbaik. tapi, seperti tadi, tuhan menduga aku dengan berjumpa dengan manusia sekeliling yang suka berjalan jalan, jika menolak, takut terguris hati pula. jadi, untuk menjaga perasaan mereka, aku keluar juga. 

aku tak suka keluar berjalan jalan hatta walaupun untuk pergi ke dapur sekali pun, tapi perkara yang aku lebih tak suka ialah tengok manusia sekeliling aku terguris hati apabila aku tolak ajakan mereka.

kadangkala, aku rasa malu dengan diri sendiri.
rasa inferior. rasa rendah diri. 

aku harap aku dapat jadi ekstrovert.
orang tak marah dengan orang ekstrovert.
peramah. pandai bergurau. pandai bergaul. 

tapi, bila aku rasa malu menjadi introvert.
aku akan ingat pesanan daripada kawan baik aku. 

tapi, sebenarnya dia ambil quote daripada satu cerita,

“I... There was a time when I stopped talking. Just like you. My reasons were a little bit different, but I think the feelings of being ashamed of myself and hating myself are the same. Here, it says to "like yourself." What does that mean? Good things- how are you supposed to find them? I only know things that I hate about myself. Because that's all I know, I hate myself. But even if you force yourself to find good things, it feels so empty. It doesn't work that way. People like your teacher just don't get it. I think when you hear someone say they like you, for the first time, then you can begin to like yourself. I think when someone accepts you, for the first time, you feel like you can forgive yourself a little. You can begin to face your fears with courage.”
          Natsuki Takaya, Fruit Basket


yup, apa yang aku perlukan ialah biah. suasana orang yang faham akan aku. orang orang yang faham beginilah yang buat hidup aku gembira. aku tak rasa dengki dan cemburu dengan ekstrovert. aku lebih appreciate dengan diri sendiri. bersyukur dengan apa yang ada. bila aku rasa cukup, aku akan lebih berterima kasih kepada tuhan.

tapi, tak bermakna pula aku meninggalkan orang yang tidak faham dengan diri aku. aku masih lagi cuba untuk memahami orang orang yang berbeza dengan aku dan aku masih lagi cuba untuk beri mereka faham yang aku juga berbeza dengan mereka.

bila aku berbeza dengan anda, tidak bermakna kita perlu bermusuh, bukan?
mungkin kita belum cukup taaruf. kita masih lagi belum cukup bersuai kenal.

kalau setakat tahu nama penuh. umur dan asal mana. lupakan sahaja.
saidina Umar pernah berkata jika kita mahu mengenali seseorang pergilah bermusafir dengannya selama tiga hari.

kenapa Umar tak kata duduk satu bumbung dengannya tiga hari sahaja, kenapa perlu bermusafir? ha dalam permusafiran lah banyak cabarannya. sesat. belanja duit. kos makan. minum. tempat tidur. di situlah timbulnya kepercayaan dan kerjasama. daripada situ jugalah sesi taaruf secara semulajadi terhasil. maka rajin rajin lah turun rehlah, tetiba. kalau duduk satu bumbung tapi bilik asing asing, tak masuk juga, kan?

pertama kali dengar cikgu kaunselor kata aku seorang introvert. aku menggelabah. aku ingat aku menghidap penyakit mental sudah.

nah, bacalah sedikit info tentang kami, golongan introvert.

10 myths about introverts

How to understand an introvert


19 October 2014

Anjing dan aku.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani

tiga kali.

tiga kali, aku pernah kena kejar dengan anjing. satu, ketika aku sedang menuntun basikal aku yang hancur digelek kereta. tayar depan yang bulat itu dah jadi bentuk rhombus. accident waktu pagi pula, dalam perjalanan ke sekolah. alhamdulillah kaki masih belum bercerai daripada badan. dan waktu petang usai habis sekolah, aku tolak basikal perlahan lahan. hujan pun turun. dengan penuh gagah dan pasang muka macho, gigih juga tolak basikal yang separuh hancur itu pulang ke rumah. tiba-tiba dengar bunyi tapak kaki kecil yang sedang laju daripada arah belakang campur sekali bunyi salakan anjing. habis, basikal aku campak kena kepala anjing hitam. aku lari. dia pun lari. mungkin sebab aku lalu sebelah bas yang jadi tempat teduhan anjing itu. aku. jadi ancaman dia mungkin.

dua, aku naik basikal. pulang daripada kedai runcit. beli barang. ada anjing lalu sebelah, aku provoke. aku cuba buat suara anjing secomel yang mungkin. dia kejar. tak tahulah sama ada aku telah mencarut dengan bahasa anjing ataupun aku telah menggodanya dengan bahasa anjing. apapun, lepas kejadian itu, majlis bandaraya shah alam datang tembak dengan peluru pelali. tangkap semua anjing anjing liar di kawasan itu.

tiga, aku dah tak ingat.

aku tak takut anjing sangat berbanding aku rasa takut dengan ular. ular dengan aku memang tak ada kimia. ketakutan ia sukar untuk dijelaskan dalam kata kata.

kalau anjing mungkin sebab aku takut dia gigit, bukan atas asbab sakit tapi aku takut penyakit yang ada dalam anjing itu berjangkit masuk dalam badan aku. itu lagi tragis. sakit boleh bubuh painkiller.

kalau takut kena kejar itu, bagus juga sekurang kurangnya menguatkan lagi dan menambahkan six pack di betis ku ini. ha tak adalah, mana ada orang yang suka dikejar. lagi lagi binatang yang bergigi tajam. lipas terbang pun kita lari walaupun lipas bukanlah speisis yang menggigit. masa aku sekolah rendah, banyak anjing berkeliaran, kejar budak budak.

ustaz aku pun suruh kami hafal surah al masad. surah berkenaan abu lahab dan isterinya. bagi aku surah itu memang efektif lah untuk mengelakkan anjing anjing kejar kami pada masa itu. ustaz kata bila baca surah itu, anjing jadi blur. sumber surah ini dapat menjadikan binatang ini blur sampai sekarang aku tak jumpa lagi. kalau nak halau monyet monyet ganas yang menghalang lalu lintas pun boleh.

lagi satu, takut tersentuh anjing. ya lah, leceh nak sucikan nanti. nak solat susah. walaupun, anjing itu dalam kondisi badannya kering ( kalau badan anjing itu kering, bebas daripada kebasahan masih lagi boleh pegang, tidak perlu disucikan dengan 1 air mutlak + tanah dan 6 air mutlak ), sungguh meletihkan hendak cari tanah di kawasan bandar ini.

baru baru ini, ada program yang ada aktiviti utamanya ialah memegang anjing. sasaran utamanya ialah muslim lah. objektifnya untuk memberi pencerahan yang tiada masalah pun sebenarnya nak sentuh anjing bagi muslim. bagi aku, satu perkara yang bermanfaat. lagi pun, masa aku kecil dulu aku takut nak pegang anjing walaupun anjing itu tubuhnya kering. takut berdosa sebab haram. sedangkan, kita boleh sahaja pegang anjing itu asalkan tubuhnya betul betul kering. ( free daripada air liur anjing + apa sahaja air yang melekat di tubuh anjing yang menyebabkan basah )

dan dapatlah ilmu baru daripada situ.

kalau ada isu berkenaan nak bela anjing dalam rumah, ini melibatkan hukum fiqh.

boleh tanya lebih details kepada yang lebih pakar jika aku terlalu simple.

mudahnya, muslim tidak boleh membela anjing sebagai binatang seperti kucing dalam rumah. ha, binatang pe-li-ha-ra-an. yang membolehkan kita membela anjing adalah berdasarkan asbab menjaga keselamatan rumah dan tanam tanaman. lebih kepada sekuriti lah . pak guard.

tapi, bukan bermakna kita tidak ihsan kepada anjing sebagaimana kita ihsan dengan kucing. tidak, cuma status anjing lain. status kucing pun lain.

bagi kes mereka membela anjing yang bersebab nak jaga keselamatan yang betul betul darurat dan anjing adalah pilihan yang terbaik pada masa itu berbandingkan dengan pak guard manusia, anjing dilayan sebagai golongan pekerja. bukannya golongan pet ( binatang peliharaan ) yang hanya makan dan tidur. tapi, anjing adalah golongan yang bekerja untuk mereka dan punya hak yang sama dengan golongan manusia yang bekerja.

jadi, bagi mereka yang membela anjing atas asbab itu layan lah pekerja itu dengan hak haknya. dan tak semestinya, bagi kita yang tidak membela anjing tidak menunaikan hak haknya. anjing juga punyai hak hak sebagai ciptaan tuhan yang kita perlu hormati.

sebagaimana dalam hadis popular yang bercerita berkenaan wanita pelacur yang ihsan, memberi minuman kepada anjing yang dahaga dan ada seorang sahabat yang dahaga turun ke dalam perigi untuk minum dan apabila naik semula, dia ternampak anjing yang terjelir lidahnya. kemudian, dia turun semula untuk mengambil air dan memberi air kepada anjing itu sehingga hilang hausnya.

anjing pun ada memegang watak penting dalam cerita hebat ashabul kahfi ( rujuk surah al kahfi )

“Pada setiap yang mempunyai hati yang basah (haiwan) terdapat pahala (dalam berbuat baik kepadanya).” 

Hadith Riwayat Bukhari, Ahmad dan Ibnu Majah.




18 October 2014

Syurga

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

kehidupan penuh dengan muslihat.
jika kita hidup dengan ber mind set kan hidup itu ujian.
kita tidak akan selalu sedih.

motor tak boleh start. 
kasut pergi lecture hall koyak.
kena marah dengan lecturer.

bila hidup itu ujian. kita tidak akan mudah merasa apa apa. yang ada hanyalah berlapang dada. 

ujian ujian aneh itu datang, untuk tolak kita ke atas. bagi kita, syurga adalah tempat yang paling atas. semakin kita daki, semakin dekat dengan tempat yang paling atas.

tapi, syurga adalah tempat yang ghaib. tempat yang tak dapat dilihat. walaupun kita kata bukit dan gunung adalah tempat yang tinggi, sekurang kurangnya daripada kejauhan kita nampak puncaknya. tapaknya. banjarannya. kehijauan dan kebiruannya. 

syurga is unseen. ultimately. 

ia tak dapat dilihat dengan akal. ia dapat dilihat dengan percaya. 

kadangkala, bila kita selalu mendongak, kita terlepas apa yang di bumi. kerna apa yang ada di bawah itulah yang menolak kita ke atas.

bila kita percaya cerun syurga itu meletihkan, kita akan tidak mudah terpedaya untuk lemah. dan titis titisNya itu sentiasa turun ke bawah. seperlahan mana ia turun, ia tetap singgah ke bawah.

kita kita yang asalnya hidup di bawah. ambil dan pergi.

dengan kepercayaan ini, aku yakin aku hidup bukan untuk hidup keseorangan.

01 September 2014

Lelaki yang cuba berperisai.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


bila kau seorang lelaki
yang suka internet surfing
kau akan sentiasa ada rasa selalu mahu tenggelam

kenapa?
sebab bila aku buka facebook, iklan sebelah kanan aku sungguh buat aku rasa nak terjatuh
buka youtube, tengah tengok video parodi one direction hijab make you beautiful ( promote sekejap ), iklan sebelah kanan itu

memang lah. memang deep and disturbing ( mendalam dan menganggu. menggangu naluri )


mata lelaki kalau di bawa ke luar rumah. tak selamat.

kalau di bawa ke dalam internet bertambah lagi tak selamat. 

kasihan kepada lelaki yang sedang cuba nak jaga pandangan kena begini

sepanjang menjadi seorang lelaki. memang betul betul faham mereka. mereka mereka yang betul mahu menjaga diri mereka daripada berbuat perkara yang tidak baik. 

aku faham. faham sangat. sebab aku pun lelaki.

 Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya); 

al balad:4

29 August 2014

Walkthrough: ex SPM

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani



memandangkan exam SPM semakin dekat. adik aku pun dah menggelabah. panas badan, berpeluh peluh walaupun hampir setiap hari hujan. aku tahu nak sembang apa. aku psiko dia sampai lebam. sampai dia tak lalu makan dan tidur. tapi, sebagai abang yang baik, aku tak lupa nak nasihat bagi setiap subjek. ini cara aku, cara budak yang cukup cukup makan masa jawab SPM beberapa tahun yang lepas.

tiada niat riak dan menunjuk nunjuk di sini. perkongsian ringkas dan padu. aku sibuk, tak ada masa nak menulis panjang.

bahasa melayu/english

aku tak ada petua. aku baca segala cerpen dan novel atas katil. kalau ada prosa dan sajak itu, baca sekali dengan maksudnya setiap rangkap. beli buku rujukan, lebih senang beli yang boleh hafal plot, sinopsis, pengajaran dan nilai nilai murni ( ada ke? ) esei, baca contoh esei. beli atau baca di internet. pilihlah yang mana ikut kehendak hati. penting baca esei ini sebab kita boleh tahu vocabulary yang bombastik dan idea yang banyak. bab kata cikgu aku, grammar penting, vocabulary pun penting juga dan idea boleh tahan penting. 

sejarah

baca sampai lebam. jangan baca atas katil. jangan.

matematik/ matematik tambahan

latihan. buat banyak latihan. buku rujukan yang paling banyak aku beli ialah dua subjek ini. bukan sebab aku punya gred teruk sangat pun ( sedang sedang ) , tapi sebab aku minat. sangat minat dengan dua subjek ini. sebelum tidur aku buat satu latihan yang aku rasa susah dan tak boleh buat. esok pagi, insyaAllah boleh jawab. 

satu petua yang tak boleh tahan, bila aku buat soalan susah, aku akan tidur sekejap. lepas bangun daripada tidur sahaja, alhamdulillah. settle. insyaAllah dapat tahu jalan kira. entah kenapa. tapi, aku pernah baca dalam satu buku, bila minda aktif bergerak menyelesaikan masalah tika waktu minda sedar tapi masih lagi tidak mampu selesaikan masalah itu. minda separuh sedar akan bekerja di waktu minda sedar sedang berehat. wallahu alam.

tapi, jangan buat masa exam. bahaya. 

fizik

aku tak suka fizik. tapi, aku nak jadi jurutera. tapi, masa asasi aku suka balik fizik. fizik SPM sangat menjengkelkan. aku tak tahu kenapa. tapi, bila ada orang minta petua bagaimana nak studi fizik. aku blur. aku tak ingat macam mana aku belajar subjek ini dulu. ada satu kajian kata memori manusia boleh automatik dihapuskan atas asbab peristiwa yang dahsyat telah berlaku, menyebabkan memori terhadap sesuatu itu hilang. macam defense mechanism untuk halang manusia itu daripada ingat peristiwa itu. aku rasa, mesti kenangan yang malang. aku rasa. 

aku tak nak ingat. aku rasa macam dah nak mula ingat.

biologi

sedang sedang. aku tak suka sangat biologi dan tak benci sangat biologi. tapi, apapun ia tetap subjek membaca yang aku tak suka. sekali lagi, jangan baca atas katil. jangan. 

seingat aku, kertas 2 dan kertas 3 aku selalu dapat rendah. sebab, satu short term memory. aku kalau scan buku biology memang banyak error. tak dapat nak ingat semua. buku sejarah boleh lagi takat dapat separuh satu halaman kertas itu, boleh lagi. tapi, biologi ini memang tak sampai separuh. 

tapi, aku tak pernah frust walaupun gred biologi aku paling rendah bagi semua subjek yang aku ambil. sebab, aku tak berapa target dan aku hanya pasrah. apapun, kelemahan ketara yang kedua ialah aku suka menulis yang bukan soalan itu mahu. jawapan aku panjang, tapi selalunya diakhiri dengan telur ayam. cikgu aku kata, jawapan panjang tapi langsung tak ada isi. 

jadi, apa yang aku buat beli satu buku rujukan yang ada jawapan untuk kertas 2 dan kertas 3. highlight point penting dan hafal. hafal sampai lebam. hafallah walaupun ada berada di mana mana sahaja kecuali atas katil.


kimia


subjek paling aku suka. ramai orang tak suka kimia, tapi aku sangat suka. sebab aku ada buku keramat yang paling hebat. aku ada beli buku rujukan ( aku tak ingat publisher ), buku itu kalau aku selak selak, memang lekat. masuk dalam kepala. entah kenapa. 

ramai orang lemah masuk bab equation, tapi kalau kita faham. insyaAllah tak payah nak hafal pun. kalau nak hafal pun, hafal setiap element dan compound yang terkenal. yang selalu masuk exam. tak payah nak hafal element dan compund yang indie lagi hipster. baca,hafal dan fahamkan eksperimen. ini penting, bila kita faham praktikal, kita akan dapat faham teori.

aku blur sedikit kalau belajar teori dulu. tapi, bila buat eksperimen baru faham teori. jadi, sekali lagi aku tekankan baca,hafal dan fahamkan eksperimen.

prinsip perakaunan.

aku budak sains tapi aku ambil akaun. budak hipster lagi indie. tak, aku bukan nak bangga diri di sini. sama sahaja macam subjek kira kira. buat latihan. buat latihan sampai lebam. aku rasa latihan akaun boleh dikategorikan sama banyak dengan latihan subjek kira kira yang aku buat. mungkin sebab aku mengira. jadi aku banyak usaha dekat sini. jadi rajin, jangan malas. 

waktu sekolah dulu dulu, aku tak ada buku rujukan akaun. aku tak beli. sebab buku teks dah cukup sebenarnya. lagipun hampir setiap minggu, cikgu akaun aku selalu bagi hand out. jadi, memang tiap tiap hari buat latihan akaun. 


ekstra petua

kawan kawan

cari kawan yang pro untuk setiap subjek. ya, untuk setiap subjek. suruh mereka ajar. jangan kita stick kepada satu orang sahaja untuk ajar kita. pelbagaikan kawan kawan kita yang pro. kalau kita stick kepada satu orang sahaja walaupun dia pro untuk setiap subjek, kemungkinan besar gaya dia studi tak sesuai dengan kita. maka, variasikan pakar dikalangan kita. carilah speacialist dan expertist bagi setiap subjek. jangan malu. 

jadi rajin

mak aku kata orang lelaki malas. betu, aku memang malas. tapi, bila ingat lagi beberapa minggu nak exam. aku jadi rajin. ataupun buat buat rajin. selak sahaja buku. asalkan cukup syarat. jangan stress, kalau stress, pergi solat dan baca al Quran. tidurlah sekejap. jangan lama. suruh adik kejut. member kejut. kalau malas juga walaupun dua minggu lagi nak exam, cuba cakap dengan mak. ' mak, adik malas.' jawapan daripada mak selalunya menghiburkan hati abang dan kakak yang dah lepas SPM.

jaga diri

kesihatan. tipikal. hati. jaga hati. biar bersih. hati ada satu rongga. dan biarlah rongga itu diisi dengan cahaya. ilmu itu cahaya, jadi belajarlah sampai lebam. jangan biarkan maksiat masuk pula. bila maksiat masuk dalam hati, ilmu tak boleh masuk. sebab, hati ada satu entrance sahaja. jadi jaga mata,hidung,mulut,telinga dan segala anggota badan lain. 

taubat

orang mandi untuk bersihkan diri. orang taubat untuk bersihkan hati. banyakkan istighfar. hati akan lebih tenang. hati kena selalu defragment. barulah hard disk laju. baru lah cepat tangkap ilmu. 

niat. 

sepatutnya letak ini di tempat pertama. tapi, terbabas di bawah. jadikan studi sebagai alat untuk capai matlamat. matlamat apa? bila dah berjaya nanti, boleh lah tolong orang yang belum lepas SPM. bagi motivasi ke, petua ke dan kata kata semangat. insyaAllah, kita tolong ummah. jangan lupa hadaf dan jangan biarkan alat melupakan kita. 

kalau ada apa apa lagi, tanyalah kalau tak puas hati.

28 August 2014

Tutor peribadi.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

aku kerja.

jadi personal tutor untuk seorang budak yang nak dekat SPM.

budak lelaki lah.
kalau budak perempuan, memang aku tolak. sebab aku kan pemalu.

tapi dengan budak lelaki ini pun aku malu juga.
badan macam pemain ragbi.
tegap.
lengan dia tiga kali ganda besar daripada lengan aku.
tinggi, jangan cerita. 

lepas beberapa sesi. aku dapat tahu yang matematik dan subjek membaca yang lain, memang dia tak boleh ikut. aku tanya kenapa dia tak boleh.

sebab dia kata, dia tak pandai. 
aku kata, dalam dunia ini ada orang rajin dan orang malas sahaja. aku ulang nasihat cikgu aku, bila ada kawan sekelas aku kata dia tak pandai.

dia geleng. dia memang tak boleh ikut.
aku tanya, dia nak jadi apa.

dia nak jadi tukang masak.
aku suruh dia masuk kulinari. 

dia angguk. 

lepas itu, terus dia berhenti ambil aku jadi tutor dia.

aku harap aku jadi channel kebahagiaan dia. 
aku haraplah.

manalah tahu, satu hari nanti nama aku ada dalam buku dia.
aku harap harap juga.

manusia hidup penuh dengan harapan.

 

Garam.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

tadi, ada kawan aku bercerita

ada seorang lelaki ini, dia mahukan garam. 
dia pergi. berjalan.
dia mohon kepada tuhan.
dia betul betul berhajatkan garam.

sampai waktu, ada yang mahu minta tolong.
menyenangkan urusan mereka.
lelaki itu, sudi menolong.  
dan akhirnya, mereka yang susah itu pula menjadi senang.

sudah menjadi adat manusia yang sudah menerima, perlu membalas kembali
mereka miskin harta
yang ada hanyalah,
garam.

p/s: aku pernah dengar cerita ini, tapi aku lupa wataknya dan sumbernya. kelabu.

ada persamaan dengan satu bahagian daripada hidup aku.
aku nak hundred plus. nak sangat sangat. 
lepas itu, ada cikgu aku tengah bawa kotak kotak. boleh tahan besarlah juga. disebabkan aku mula kasihan, aku cubalah jalan dekat dekat dengan cikgu. tapi, aku malu nak cakap ' boleh saya tolong? ' jadi, aku buat diam. diam yang lama, tapi masih lagi berjalan. disebabkan aku sudah dekat, cikgu dengan muka mengahnya, minta aku menolongnya, mengangkat kotak kotak ke dalam keretanya. 

aku yang sudah bersedia terus jadi biru tangan lepas dapat tahu betapa dasyatnya berat kotak kotak itu. buku buku lama yang mahu dikitar semula nampaknya. aku mengagahkan diri walaupun otot biceps ku sudah mahu malu malu. cikgu senyum. aku pun senyum. senyum penuh makna. 

lepas habis urusan, cikgu berterima kasih kepada aku. aku yang tadi mengah terus mahu berlalu pergi, sepertinya lelaki yang dingin selesai memberi bantuan kepada orang awam. selepas sesaat berlalu pergi, jangkaan aku tepat. cikgu panggil aku. aku gembira. aku tahu. aku dah menang.

dan aku dapat satu key chain 'jom melawat terengganu' yang telah selamat digantung bersama beg adik bongsu aku sekarang. 

hidup ini kejam bila orang yang kata itu dia sepatutnya dapat sebegini daripada apa yang dia usahakan begini.
tapi, bagi manusia yang kata hidup ini indah, mereka ini ialah orang yang tak menyempitkan rahmat tuhan dengan hanya satu nikmat.

rahmat tuhan, bukan hanya sekadar wang.
rahmat tuhan, bukan hanya sekadar tanah pusaka.
rahmat tuhan, bukan hanya sekadar rumah besar.

tapi rahmat tuhan meliputi seluruh yang ada dalam diri kita.
sekeliling kita. 

hidup tak seperti apa yang kita mahukan, akan dapat terus, tapi hiduplah dengan ramalan yang di luar jangkaan. hiduplah dengan mengharapkan sesuatu yang lebih luas.


27 August 2014

Perasaan.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

perasaan.

semakin berusia, semakin berperasaan.

err semakin sensitif. 

hiraukan mukaddimah. 
aku terasa melankolik pula.

orang kata, kita kena sayangi diri kita dahulu, baharulah mencari manusia yang dapat menyayangi kita. tapikan, sangat susah untuk menyayangi diri kita pada tempat yang pertama. untuk menyayangi diri kita sebagai pemula, kita perlukan sebab untuk menyayangi diri sendiri. manusia sayangkan manusia lain disebabkan adanya sebab. dan apa sebab yang kita perlu sayangi diri kita?

dan lagi, kenapa kita perlu sayangi diri kita?

kenapa, adakah selama ini kita lihat manusia lain telah mula tidak menyayangi diri sendiri?

ada sebahagian kecil manusia yang secara sedar, mereka tak dapat menyayangi diri mereka sendiri, mereka ini, mereka mereka yang rasa tak ada banyak kelebihan dan kekuatan dalam hidup mereka. jadi, itulah sebab mereka tidak punya sebab untuk menyayangi diri mereka sendiri. ditindas. ditindas dengan perasaan sendiri.

mereka ini lemah keyakinan, kurang potensi di mata manusia lain dan di mata mereka sendiri. rasa dipandang rendah. mereka tak mampu untuk ada rasa sedikit bangga dalam diri mereka. 

jadi, mereka memilih untuk tidak menyayangi diri sendiri. menyalahkan takdir dan nasib. mereka lemas dalam laut bebanan yang menghempas jiwa. longlai dan hilang. 

mereka mati.

fikirnya, ada saat waktu, ada yang datang menghulur sayang. datang berkata suka mereka. buat pertama kalinya. mereka rasa, mereka dapat berkata suka kepada diri sendiri. sebab ada satu bahagian dalam diri mereka yang tidak mereka tahu, yang lain masih berkata suka kepada mereka. 

dan mereka mula memaafkan diri sendiri. mereka mula suka dengan diri sendiri. dengan apa yang lain suka akan mereka. 

dengan sayang inilah, manusia dapat hidup terus.


"Dan tetapkanlah untuk Kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu". Allah berfirman: "AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami.
           al a'raf : 156

p/s: jangan baca lagi. sangat deep dan tak faham.

25 August 2014

Maut dan encik kopi.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

maaf.

ada sampai satu tahap, aku rasa dah burn out. pancit, orang melayu kata. memang dah peringkat kau tak boleh lari laju dah lepas ini, yang ada hanyalah berjalan perlahan atau pun terus duduk dan berhenti. satu tahap kehidupan yang aku rasa, aku paling benci. aku paling tak suka. aku rasa, aku dah habis guna segala kelebihan dan tenaga aku. arghh, aku rasa marah sebab aku dah tak berfungsi. aku rasa letih. aku penat. aku mahu berehat.

aku nak duduk. berhenti di sini.

tetapi.

aku lupa, bila kita mahu berhenti dalam satu tahap kehidupan, kita telah berjumpa dengan maut kedua. maut pertama berlaku bila tarikh luput kita dah tiba, tetapi maut kedua ialah bila kita berhenti dalam salah satu tahap kehidupan.

aku betul betul dah rasa berhenti.
aku betul betul dah rasa berehat.
aku betul betul dah rasa relaks.

tapi, sebenarnya aku sedang duduk sambil mengetap gigi.
aku sedang berehat sambil mengelap mata.
aku sedang berbaring sambil menutup muka.

tuhanku, di manakah maut ini membawa hidup ku pergi?

kopi.

aku lihat lelaki itu.
damai hatinya. tenang bicaranya. lembut pekertinya.
kopi, dia penggemar kopi tegar.

aku tidak tahu sama ada biji kopi itu puncanya begitu,
tetapi, adrenalinnya tetap lancar berlari,
berlari ke pipinya, yang suka tersenyum selalu.

aku tidaklah kaget, cuma tersipu bila dia senyum malu,
disebabkan dia sangatlah aku fikir seorang positif,
aku mahu minta nasihat daripadanya.

dalam rawatan memulihkan aliran tujuh titik chakra dalam tubuh badan manusia, kita perlu buang segala perkara yang menyumbatkan aliran bagi setiap titik chakra. salah satu titik chakra dalam tubuh manusia yang membawa kebahagian ini selalu disumbat dengan satu perkara.

satu perkara, iaitu penyesalan. kita selalu sebut, ' kalaulah aku buat sekian sekian, mesti tak kena begini dan begitu'

kita selalu menyesal. dan penyesalan itu memberi beban kepada kita. beban itu membesar, memberat menjatuhkan kita. kita terlupa satu perkara yang penting selepas berlakunya penyesalan.

satu perkara yang kita selalu lupa.

kemaafan.

maafkan diri sendiri.
orang kata, susah nak maafkan kesalahan orang lain kepada kita.
tapi, kita lupa kesusahan boleh datang juga dalam bentuk memaafkan kesalahan diri diri.

tak apa, kalau kau bodoh.
tak apa, kalau kau gagal.
tak apa, kalau kau jatuh.

semua itu, tidak mengapa. aku maafkan. aku maafkan.

aku maafkan aku.

aku maafkan aku yang selalu lembab.
aku maafkan aku yang selalu perlahan.
aku maafkan aku yang selalu lambat.

selagi aku hidup, jangan sekali sekali berjumpa dengan maut kedua. maut kedua akan buatkan kau lebih sakit. lebih menderita.

dan ia dipanggil putus asa.

tuhan dalam coretanNya, pinta kita selalu jangan putus asa. jangan putus asa. jangan putus asa.

sabar. sabar. sabar.

dan syukur. aku selalu ingat syukur ini, maksudnya berterima kasih.
tetapi, ada juga maksud lain.
iaitu bersyukur dengan apa yang kita ada.
terima apa yang kita kurang.
belajar memaafkan diri sendiri walaupun kita seribu kali kurang.
sebab tuhan kasih kita lebih daripada kasih seorang hambaNya.

tuhanku, maafkan aku.

aku harap orang lain gembira melihat aku.
aku harap aku lebih gembira melihat aku.

aku.

30 May 2014

Untuk ikhwah, ana minta tolong

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani





aku mengeluh.


baiklah. 


memandangkan ramai sudah mahu melanjutkan pelajarannya ke sarjana mahupun di institusi pengajian tinggi, aku tidak mahu lakukan promosi apa yang sedang aku buat dan promosi kursus kursus kawan aku daripada fakulti lain. aku tak minat mahu bercerita seperti orang orang dewasa. jadi, aku tidak mahu beri provakasi sama ada kau mahu terjun ke dalam kos itu ataupun tidak. tanyalah sama diri sendiri. kau lebih bijak. aku juga tidak mahu beri pro dan kons untuk setiap kos. sebab aku cepat letih. maka, buatlah keputusan sedaya apa yang kau usahakan. 


apa yang aku mahu kongsi, pendapat aku tentang tarbiyah dan dakwah yang agak lama juga aku join. oh, kalau nak tahu tarbiyah dan dakwah itu aktivitinya seperti usrah dan ermm ada lah lagi. kalau nak tahu, maka kenalah join. disebabkan aku baru terbaca salah satu post encik APG tuan doktor jangan futur


aku terus. terus jadi bisu. dan bukan sebab post encik APG sahaja yang buat aku jadi bisu. aku baru habis baca buku sekolah bukan penjara universiti bukan kilang. tambah lagi, aku baca koleksi buku robert t kiyosaki. tambah pula dengan pengaruh orang join usrah ini mahu drop out ( nak keluar daripada universiti ) sebab nak commit seratus peratus dalam usrah dan aktiviti aktiviti lain dalam tarbiyah dan dakwah. fuh.

p/s : kalau rasanya macam tak faham rujukan atau buku di atas ini, semua sumber di atas itu mengajak aku keluar daripada universiti. senang bahasa, berhenti belajar dan seratus peratus pergi buat tarbiyah dan dakwah.

disebabkan aku jadi bisu, aku rasa ada betulnya juga apa yang mereka kata. ( kalau mahu tahu selanjutnya sila baca buku buku mereka ) walaupun dalam hati yang berada di surface, cuba menidak nidakkan tapi hati yang dalam memilih ya. aku dilema.

terus terang, aku kata futur = tak komited dalam tarbiyah dan dakwah ini boleh berlaku dalam mana mana kos di ipt di negara ini. tarbiyah dan dakwah ini bukan sesuatu yang boleh buat main main. main main? teringat pula ada seorang kawan ini pernah complain, kenapa ek ikhwah ini macam slow, pergi usrah, makan, gelak tawa lepas itu balik. kosong. macam tak ada apa apa. aku tak cakap. aku dengar sahaja.

dan ramainya adalah mereka yang ambil kos perubatan lah khususnya sebab mereka tak cukup masa untuk diseimbangkan dengan tarbiyah dan dakwah. aku tukar usrahlah senang. panjangnya nak menulis tarbiyah dan dakwah ini. lagi pula, dalam post APG kata, ikhwah ramai tak komited sebab mula mula berapi padu dan kemudiannya umpama buih buih di lautan. akhawat power, memang haibat dalam usrah. akhawat perubatanlah kalau dalam hal ini, sibuk macam mana pun tapi masih lagi ada masa.

jujur aku kata, betul akhawat memang hebat. even dalam fakulti sendiri pun, yang ke depan dalam usrah ini ialah akhawat. perempuan lah. dan memang kena puji lah kan dan kagum yang terlalu.

kelemahan yang ketara kepada ikhwah ini yang secara peribadinya aku nampak ialah,

support system yang kurang. aku tak tahulah perempuan memang diciptakan untuk hebat dalam bermesra mesraan dengan orang sekelilingnya. mungkin itulah sebab tuhan letak perempuan sebagai ibu bukannya lelaki. support system ikhwah agak kurang. kalau ikut pengalaman peribadi, ikhwah ini kalau di kalangan murobbi, pergi jaulah ke rehlah, mesti nak berkepit dengan geng murobbi. mutarobbi yang join rehlah dan jaulah ini sebenarnya nak ber'manja' dengan murobbi mereka, hakikatnya lah. tulus daripada hati kau ha. ( manja manja tak boleh tahan perut aku ) kalau nak contact dan mesej pun sekali dua sahaja, kalau akhawat dalam seminggu itu mereka mesej 8 hari. mesej mesej pun benda kosong tapi penuh isi.

usrah itu sendiri. mula mula, sebelum aku masuk usrah ini. aku ingat usrah ini ala ala muslimah punya sleeping party. jadi, bila lelaki pun mengada ngada nak buat usrah, terus tercabar ke macho an aku. berdiri bulu kaki gastronemius. tapi lepas dapat tahu, baca buku hassan al bana. barulah lega. barulah sedar, oh join usrah sepatutnya lebih macho daripada orang yang join mr universe. tapi, macam kawan aku cakap usrah ini kita makan makan, gelak gelak lepas itu balik. kemudian, kita masih buat kerja seperti biasa sehinggalah kita ke temu sesi usrah yang seterusnya. seolah olahnya macam tak buat apa. dan apa yang kita dapat daripada usrah sebenarnya? dan aku akui daripada segi tarbiyah diri sendiri betul betul membantu. tapi disebabkan aku dikellilingi oleh pemikiran pemikiran radikal ( rujuk sumber yang aku beri di atas ), seolah olahnya macam ada sesuatu yang kurang.

dalam hal ini, yang menjadi batu penghalangnya aktiviti usrah ialah ketiadaan masa. tak ada masa untuk usrah sehingga futur. tiada komited untuk teruskan. ketiadaan masa dalam hal ini sebab masa yang ada banyak dibelanjakan untuk studi dan kerja. di sini ditekankan kepada mereka yang berada di fakulti perubatan lah.

ikhwah.




aku tak pernah bermimpi untuk join fakulti ini. tak. aku tak pernah terfikir daripada sekolah rendah sampailah asasi. tak pernah pun rasanya teringin nask isi borang upu untuk join fakulti ini. nahi.  geleng kepala.

namun, atas belas dan rasa berbudi kepada ummi dan ya. aku terpanggil untuk menyahut. orang kata ' cinta boleh dipupuk' . betul. memang aku tak minat nak sambung belajar dalam kos ini. tapi, apa yang aku mahu ialah, aku nak tolong mak ayah aku. sebab lepas spm, aku gagal dapat biasiswa, dan biasiswa itu yang selama ini aku target dalam dalam tika waktu sekolah untuk aku gapai, sebab aku tak nak bebankan mak ayah aku taja lagi dan lagi untuk kos pengajian.

jadi, apa yang aku fikir tika itu dan rasa ianya betul ialah pilih kos ini dan memang akan dijanjikan dengan biasiswa penuh. aku ambil. dan aku berjalan sampai sekarang. impian aku macam aku ada sebut tadi, aku nak lihat mak ayah aku bahagia. jadi, aku beri mereka segulung ijazah insyaAllah dalam beberapa tahun dan kemudiannya aku nak sambung apa yang minat dan bahagiakan aku pula.

aku betul betul minat nak jadi guru. sebab ter inspirasi dengan taare zameen par ( movie hindustan, sila layan. no jiwang dan banyak nangis. awas ). aku dulu pernah buat tuisyen sendiri. upsr, pmr dan spm. tapi tak ramailah yang join sebab buat kecil kecilan. aku ada seorang anak jiran yang aku ajar yang matematik dia memang result dia boleh campak ke laut, tapi dengan berkat kami berusaha atas izinNya, dia dapat keputusan yang cemerlang. adik aku pun tuisyen sekali dengan aku, dan dia pun alhamdulillah, Allah beri improvasi yang baik. mereka gembira. aku lagi dan lagi gembira.





kepuasan mengajar itu, tiada tolok bandingnya. aku bermimpi, aku jadi guru dan buat sekolah sendiri dan guna sistem pendidikan sendiri. ada kedai buku dan rumah pencetak buku. kahwin dengan perempuan yang ada mini library di rumah. 5 orang anak. main saham. bina rumah di kawasan tepi sungai dan bukit bakau tapi masih lagi dekat dengan bandar. buka foundation sendiri untuk anak anak yatim piatu dan anak anak terbiar. banyak. banyak yang aku nak.

dan bila berada di fakulti ini, aku agak struggle untuk memenuhi hadaf atau matlamat sebab 'alat' nya yakni medium untuk tarbiyah dan dakwah itu seperti terencat. betul, memang sibuk super hectic. nak studi. nak buat assignment. jadual penuh pagi ke petang. bukan setakat physically tortured, campur sekali penderaan mental. haha memang nak pergi usrah itu memang banyak kali fikir. ini masalah ikhwah lah kan. akhawat tak ada masalah la kot. sebab akhawat memang manusia yang power.

aku tak ada idea nak beri cadangan apa yang terbaik kepada ikhwah untuk terus tsabat atas jalan ini. aku berani mengaku. aku memang banyak kali futur. aku tak nak salahkan kos aku yang selalu memenatkan aku. aku juga tak nak salahkan kelemahan yang ada pada dalam manusia manusia yang join tarbiyah dan dakwah.

ini semua terletak kepada diri sendiri. kesalahan aku. khilaf aku. aku yang memilih untuk menyempitkan masa hingga tiada masa untuk ke usrah. teringat ada satu syeikh ini, tak ingat nama dia. lebih kurang begini dia cakap. kalau mereka yang terus tsabat dalam jalan ini, segala masa yang tidak sesuai untuk kita, kita perlu jadikan ia sesuai untuk kita.

dan kepada ikhwah ikhwah yang disayangi, yang muda daripada aku. maksud aku, muda daripada segi umur dan tua daripada segi penglibatan tarbiyah dan dakwah. kepada antum yang punya harapan yang tinggi. bercita cita besar untuk terus tsabat. fikir fikirlah. rancanglah mengikut ukuran baju sendiri. kalau mampu tahan dengan stress masa yang tidak pernah cukup, silakan. anda di alu alukan ambil kos ini. kalau tidak mampu, tak mampu handle stress dan rasa kos ini kool, silalah ambil kos lain ataupun buatlah seperti akhi afiq sazlan ( google lah sendiri ).

ada satu buku ini ( tak ingat tajuk apa ), salah satu sebab orang itu keciciran dalam tarbiyah, sebab dia dalam tempat yang salah. lebih kurang begitulah. jadi, fikir fikirlah. kalau kita dulu tarbiyah bukan ke main tinggi berapinya tapi bila merasai futur. rasa mahu koyak dan siat sahaja kulit seluruh badan. 

jadi, berjalanlah di atas jalan yang betul. aku tak takutkan. aku cuma ingatkan. 

kepada ikhwah ikhwah yang dicintai, doakanlah ana supaya tsabat dengan apa yang ana buat. buatkan ana bangga hidup dalam jalan ini walaupun tak banyak ana dapat tolong antum semua. ana merayu, ana teringin nak tengok Islam menang sekali lagi. ana rasa malu. ana tak dapat jadi qudwah yang baik. jadi, doa ana sentiasa kepada antum semua.

jazakumullah khairan kathiro.

murobbi.
ikhwah seperjuangan.

terus tsabat ek.

nah, doa nabi yusuf yang sangat sweet.


"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh". 
surah Yusuf : 101