18 November 2011

Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan ?

salam ziarah....




disebabkan terlalu sejuk beku di sini , maka hasrat untuk menulis sesuatu agak kurang sedikit daripada segi kuota semangat . ( alasan semata-mata ) 

maka , sedikit buah tangan yang ingin dikongsi , sebuah cerita , entah benar atau tidak , terpulang kepada si pembaca untuk mengambil kebaikannya . insyaALLAH .

kredit kepada laman web ini



*******************************************************

Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”. Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”. Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”. Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”

Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”. Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”. Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .

Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.

Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang.

 
Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu. Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.


Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. 

Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.

Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, “Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, “Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, “ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, “Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini."

Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. 


Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat.

Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya. Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. 


Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. “Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.
 
Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.

Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.

Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAHHU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk.

Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya. Inilah satu peristiwa..

Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini.

Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.

Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3;

“…pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"

17 November 2011

Malaikat kecil di jalanan....

salam ziarah....





ringkasnya hari-hari ku , apabila sedang berjalan . bersua muka dengan seorang kanak-kanak lelaki . kanak-kanak yang comel mukanya sambil memegang sesuatu . sesuatu yang seperti risalah . dihulurkan kepada aku sambil tersenyum manis hingga gebu pipinya bagai dipam angin oleh pam basikal .

ya , memang itu sebuah risalah . dan risalah itu hanya lah biasa dilihat aku di laman-laman web lain . namun , apa yang aku ingin katakan risalah yang biasa itu memaparkan maklumat yang luar biasa yang kita sering anggap itu perkara biasa .

tidak perlu dibaca kerna terlalu biasa . apabila tidak dibaca , beramal pun pasti TIDAK . jika kita diberi peluang membuat kajian , risalah yang biasa yang memaparkan maklumat luar biasa itulah amaran dan peringatan daripada tuhan yang maha esa .

namun , apa yang ungkit sebelum tadi , ialah perkara yang sudah dianggap biasa . kebiasaan itu lah memberi kita mudarat kepada diri sendiri . semoga kita sentiasa dalam lingkungan rahmat tuhan yang maha agung .





Firman Allah bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isterimu dan anak perempuanmu serta wanita yang beriman, supaya melabuhkan jilbab mereka bagi menutup seluruh tubuh mereka (semasa mereka keluar). Cara yang demikian lebih mudah untuk mereka dikenali (sebagai wanita yang baik), maka dengan itu mereka tidak diganggu. (Ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah al-Ahzab, ayat 59)


encik penyayang....

p/s (1): aku mahu meminta maaf kepada kaum perempuan kerna menghasilkan penulisan yang tertera risalah begini , bukan sebab aku berperasaan tidak senang dengan kalian , cuma aku terlalu sangat menyayangi kalian >_< 

lelaki pemalu....

p/s (2): ermm...harap fikir-fikir kembali dan renungkan . supaya ALLAH beri kita kekuatan untuk membuang foto-foto yang diberi tatapan percuma kepada tontonan awam . * terus lari dengan perasaan malu  =_="

13 November 2011

Lelaki pemalu yang mudah memberi hati...

Jangan kamu ikuti pandangan pertamamu dengan pandangan kedua dan selanjutnya. Milik kamu adalah pandangan yang pertama, tapi yang kedua bukan”.

salam ziarah....

kemeja hitam berkolar putih menyaluti badannya . seorang lelaki membetulkan rambut hitamnya yang kusut masai . merapikan muka si pemalu di hadapan cermin lokar . hajat hatinya memberi kelulusan bertemu dengan si gadis menggusarkan hatinya . cicak atau ayam yang membuang najis kapur menjadi agenda hari ini . segan dan malu .






hampir-hampir memutuskan untuk membatalkan pertemuan empat mata dengan si gadis . mungkin , sel-sel malu yang tidak pernah lupa memberi peringatan . namun , daripada paksi selatan hatinya bertegas janji perlu diperkotakan . disokong oleh paksi barat dengan hujahnya , hanya diskusi ilmu di kafeteria sahaja bukan beraktivis nafsu .

paksi utara hanya termenung melongo . entah apa difikir . paksi timur hendak berhujah membangkang namun jelas kuasa majoriti pasti menang . akur dengan keputusan . sepi tidak menolak walaupun cuba juga menyuarakan . gagal .




lelaki yang pemalu itu keluar daripada rumahnya . menerima niat paksi selatan dan barat . ya , hanya untuk kebaikan sejagat . sel-sel malu yang tersipu-sipu menyelimuti pipinya yang sedikit berisi . pasti senyum seorang lelaki yang pemalu ini memberi lesung pipit yang comel .

namun , lelaki pemalu ini seakan sudah mati fungsi untuk memberi senyum di saat terpandang si gadis yang duduk ibarat puteri kayangan yang bersantap di atas kerusi kafeteria bersama buku-buku tebalnya di atas meja .





sel-sel malu mula berlumba merembes ke liang roma kulit lelaki pemalu . peluh dingin meratai dahi dan jatuh ke pipi . mungkin , peluh di dahi itu yang membantut senyuman comel lelaki pemalu itu .

renungan matanya merudum sehingga tersungkur ke lantai marmar . langkah perlahan demi langkah perlahan menuju ke kayangan . retina matanya memutar ligat melalui ekor mata kiri dan kanan , takut berlanggar dengan manusia lain dek kerna matanya tidak fokus ke hadapan .memberi salam dengan getaran jiwa si pemalu yang tidak dibuat-buat . asli daripada atma lelaki itu .






kemudian , terdengar sapaan bait-bait lemah lembut si gadis ; satu persoalan si gadis kepada lelaki itu yang memberi transformasi sel-sel malu itu bercambah pada kadar maksima . darah seakan laju berlumba ingin keluar daripada liang roma kulit muka si pemalu . hangat dan merah pipinya seperti mahu meletuskan sesuatu yang terpendam .


sel-sel malu bertindak seperti ekstrimis yang tidak pernah gentar tetapi tersipu-sipu gerakannya .paksi timur khuatir . kasihan dengan perubahan drastik lelaki pemalu . mungkin , sudah mati akal untuk memberi kata jawapan kepada soalan si gadis tadi .

di saat kabut yang sedang melanda hati lelaki itu , paksi selatan dan barat kecut mendiamkan diri , tak kurang juga memberi bisikan nakal . bisikan nakal yang sudah lari daripada niat asalnya berjumpa si gadis . paksi utara pula , jangan ditanya sudah lama terkubur dengan mimpi indahnya selepas melongo ketika perbincangan .





paksi timur yang kasihan juga mati akal . bimbang dengan ilmu yang sedikit . khuatir dengan si lelaki pemalu itu bertindak luar daripada rasional fikirannya . namun , atas dasar perasaan kasihan , paksi timur membisik naluri lelaki pemalu itu . memberi jawapan kepada si gadis yang sudah lama bertanyakan soalan yang menggusarkan lelaki pemalu .

lelaki yang malu itu cuba menguatkan atmanya . kotak suaranya cuba mengumpulkan udara memberi paduan mampat gelombang yang ingin diletuskan . bersedia memberi jawapan kepada persoalan si gadis itu . suara bercantum dengan akal , suara si pemalu itu terbang liar ke cuping si gadis .


' aku lelaki yang mudah jatuh cinta kepada perempuan . hasrat engkau mahukan mataku memandang matamu  bukanlah pilihan tepat untuk lelaki persis aku . jadi , aku pohon izinkan mataku sentiasa menyembah bumi selepas memberi pandangan pertama kerna aku bimbang pandangan kedua ku mampu memberi hati kepada kamu , si gadis yang bertudung cantik , '







lelaki pemalu itu bangun . sel-sel malu mula stabil . merah mukanya memberi kembali warna asal . keluar daripada istana si gadis kayangan . kelihatan lesung pipit yang comel berjalan masuk ke atmosfera ketenangan . senyum . ^_^



Dalam musnad Ahmad, disebutkan, Rasulullah Shallahu Alaihi Wa Sallam, bersabda :
Pandangan adalah panah beracun dari panah-pandah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman sampai hari kiamat”.


p/s : agak-agaknya kan , apa soalan ditanya oleh si gadis itu kepada lelaki yang pemalu ? >_<

11 November 2011

Autisme yang berzikir...

“The best of people are those that bring most benefit to the rest of mankind.”
(Daraqutni, Hasan)


salam ziarah...

ukiran senyuman masih lagi tersisa saban beberapa minit yang lepas di kala memutarkan retina , menangkap figur seorang budak lelaki berbaju biru tua yang kemas . potret jari-jemarinya halus menembusi hatiku yang sepi dibuai angin siang yang nyaman . not-not muzik seakan menari dengan alunan lantai merdu . memberi bisikan ghaib yang melunakkan jiwa .




tenang sahaja budak lelaki autisme itu meleraikan matanya kepada papan bunyi itu . papan bunyi yang menjadi mercu tanda bagi sebuah restoran milik warga jepun yang fasih berbahasa melayu .

hamburan pujian tidak kira sesiapa yang mendengarnya , itu sudah pasti . pantas sahaja itu adalah anugerah ilahi yang memberi erti takjub dan pengajaran kepada mereka yang berfikir . duduknya aku di atas kerusi kayu putih itu tidak berkecuali mengucapkan tasbih . hebatnya lukisan arkitek yang agung memberi pesona kepada kanvasNya .

sementara menghirup secawan teh hijau yang hangat , aku berbisik ghaib dengan hati . di manakah terletaknya sebuah kelebihan kepada diri sendiri ? spesifikasi yang dicipta oleh tuhan yang adil .

kelemahan yang ku jumpa dalam diri tetapi kekuatan yang ada dalam diri masih samar-samar wujudnya . kegagalan bersiri yang ku hadapi memberi penjelasan yang aku tidak cukup petah untuk memberi deskripsi kekuatan diri sendiri .




adakah diri ini bijak seperti pakar orientalis yang giat mencari ilmu kekuatan sebuah tamadun dan memberi buah fikiran untuk solusi kehancuran . memberi akal tanpa sedikit argumentasi oleh manusia tamadun agung itu , membentang kertas kerja merobohkan ritual dan intelektual keagungan dengan ideologi dan falsafah jahil . ya , itu bijak yang memberi derita kepada kebenaran . hakikatnya , realiti begitu memedihkan .

 hak manusiawi yang direka untuk menghasilkan mortar halus . sehalus jarum yang memberi corak kepada kain afrika yang sudah lama dijerut kemiskinan . media berhelah sepanjang masa , penafian itu dan ini terus memberi perlindungan kepada si tangan ghaib yang bermaharajalela .

hairannya , tugas media memberi bintang kepada watak-watak boneka dunia dan pada masa yang sama memberi topeng kepada tangan ghaib itu yang disimbolkan masih lagi dirantai . media memberi istana kepada si penipu agung .




oh , adakah aku sudah terlewat bangun daripada realiti yang memedihkan ? tentu sahaja benar kerna ramai pejuang yang sudah menyahut seruan tuhan berdekad malah berabad dulu . jenazah mereka sudah lama memberi wangi , meneutralkan sedikit aroma peluh keji missionaris yang giat meluaskan hedonisme . menjadikan ideologi mereka sebagai invasi hebat di bumi Asia . impaknya tidak perlu dijelaskan . khayal .

mata ku masih tertangkap kepada imej kanak-kanak istimewa itu . berhalusinasi dengan dunianya sendiri . itulah kekuatan yang tersisa dalam dirinya , memberi manfaat kepada telinga pendengar . not-not muzik tenang memberi warna lembut atmosfera .

sedarnya aku , merdu alunan itu bercantum dengan perbualan hati . tenang sahaja . hujan mula memberi rintik kepada permukaan lantai . matahari mula segan , meratai wajahnya dengan awan yang segak berpakaian serba hitam kelabu .




aroma berubah daripada sehangat teh hijau menjadi dingin lagu hujan . namun , bunyi papan merdu itu masih lagi belum tergugat kualitinya . rasanya sungguh memberi metafora kepada akal yang sedang berfikir tentang indahnya alunan anugerah ilahi .

bermanfaatkah aku kepada masyarakat seagamaku ? itulah tekanan berat yang cuba aku alihkan . ilmu ku masih biasa . belum mampu membina infantri yang terkuat sebagaimana tamadun ku terdahulu . taktikalkah aku menyusun sistem yang berpandukan sumber warisan para anbia ? itu belum mampu ku biasakan .

yakin aku , budak istimewa itu menggalas amanah memberi halwa telinga kepada tenaga yang letih , mengecas kembali aturan cas-cas tidak seimbang dalam jasad . saraf istimewa itu bertungkus lumus mengirim mesej kepada neuron memberi pintar kepada otot jari jemari , bermain sebuah lagu manusiawi . aku tidak lalai . bunyi ini harus .

aku menyahut seruan panggilanNya . yakin aku , si bilal itu memberi manfaat kepada masyarakat lain untuk bersama-sama mengerjakan kewajiban seorang manusia .




manfaat untuk orang lain ? yakin juga aku , yang si kanak-kanak autisme yang pintar bermain piano itu memberi manfaat kepada manusia si pendengar memberi zikir kepada tuhan yang teragung .


"Sebaik-baik insan adalah insan-insan yang membawa paling manfaat kepada seluruh umat manusia."