09 September 2011

Kerana kita kawan...

salam ziarah di sini lagi ~

aku teringat detik-detik itu pada zaman silam ku . memberi memori putih yang disemat dalam peti emas yang dibalut dengan sutera halus . terkenang waktu itu aku tersimpan kenangan yang tanpa sengaja ditakdirkan untuk aku menjadi watak tambahan dalam peristiwa silam . aku tersenyum tenang .

tepat pukul 12 tengah malam atau lebih , kami seluruh pelajar asrama putera dipanggil oleh warden asrama untuk dijemput ke sesi panggilan 'malang' . kami diseru berkumpul di dataran asrama putera atas tuduhan kes berkenaan dengan masalah disiplin antara kami .

seperti biasa tiada siapa yang mahu mengaku kebodohan diri sendiri mereka di hadapan khalayak ramai . mungkin dia seorang yang pemalu , bermindakan jasad yang tidak suka menarik perhatian tetapi masih mahu menunjukkan lagak ngerinya dalam tiupan angin yang pendiam .

mungkin juga dia pesalah yang insaf dan bertaubat tidak akan mengulanginya kembali dan telah pun menyerah diri kepada tuhan . tetapi , malangnya dia tidak akan terlepas hukuman dunia . dia terperangkap dengan ilmunya sendiri sama ada mahu menyerahkan diri buat kali kedua atau berlagak tenang pasrah dengan ketentuan tuhan .

namun , apa yang buat aku rasa tidak senang duduk ialah warden asrama tidak membenarkan kami pulang ke dorm masing-masing sehinggalah tertangkap si bodoh itu . bukan aku seorang sahaja yang berperasaan kritikal pada malam hitam itu . malah , ratusan dibelakang barisan aku berdoa supaya si bodoh itu mengaku jenayahnya . alahai dunia ~

aku menunggu . kami menunggu . kita menunggu . sehinggalah tiba waktu kelopak mata ku betul-betul bersentuhan dengan kulit bawah mata . aku berbaring separuh di atas dataran rumput hijau melihat pemandangan atas . mata ku sempat meneroka paksi warna gelap bercumbuan dengan paksi warna hitam yang lain yang aku fikir sama kadar warnanya .

warden asrama menutup semua lampu asrama . kami kehilangan arah dengan semangat sepi yang ditelenggami bayu malam .

aku terkedu . iris mata ku bangun aktif melapangkan ruangnya memakan ruang fenomena ciptaan tuhan yang maha baik .

hati aku juga terpegun ,















' kita nampak bintang-bintang yang cantik  .... '



aku kagum . aku berbaring sambil jari jemari ku cuba mencuit cahaya bintang-bintang itu . cuba menarik-narik cahaya putih itu berpusar mengikut kemahuan ku . berusaha menghiburkan hati ku yang sepi dengan memicit bintang itu menari-nari di permukaan gelap . tersenyum perlahan .

malangnya , itu cuma dongengan . terlalu jauh ingin aku petikkan untuk disimpan dalam almari asrama . aku tidak ada sayap mahupun beg roket untuk terbang ke langit . aku hanya si kalah yang lemah .

**************************************************


beberapa bulan berlalu sehingga kini , aku melihat langit hitam yang sama . namun , penglihatan ku tewas untuk menatap butir-butir bintang yang bergemerlapan pada malam itu . mungkin di sini aku terperosok dalam bandar yang sangat bercahaya sehingga memadamkan cahaya bintang-bintang itu .













aku terduduk . aku mengerti dengan nostalgia . gembira dan duka kita bersama-sama menggapai impian . berceloteh tanpa henti tentang kemanisan berukhwah . berkongsi dengan nikmat tuhan yang manis dan duri yang bercabang-cabang .

berjalan dan meneroka di jalan yang sama . tidur di lantai tanah yang sama . menghirup rezeki tuhan di ruang molekul udara yang sama . saling ingat mengingati dan bersujud di tempat yang sama . aku sebak .

mungkin malam itu , aku dapat melihat banyak bintang-bintang yang menari di sekeliling jari jemari ku . namun , hari ini mereka sudah pun hilang daripada tatapan mata yang tersayang . mereka melompat dan terus melompat ke aras yang lebih tinggi . bersayap dan terus terbang jauh memalapkan cahaya mereka . aku bangun daripada tempat duduk .



jari jemariku masih lagi cuba menekan malam yang hitam memuntahkan cahaya-cahaya mereka . namun , itu hanya sia-sia . mereka sudah pun terbang tinggi dan semakin tinggi . aku tersenyum pahit .

' mungkin hari ini aku sudah tiada daya untuk menatap mata mu lagi , namun apa yang ingin aku khabarkan semoga kita berjumpa lagi di dimensi masa yang seterusnya . kerana kita adalah kawan ~ '













selamat berlabuh wahai bintang-bintang ku . terbang dan terus terbang ke alam yang lebih tinggi . sebarkan cahaya mu menerangi alam yang dingin dan gemakan suara kita di paksi yang lagi satu . insyaALLAH ...

"Tidak seorang mukmin berdoa bagi saudara melainkan malaikat berdoa bagimu seperti itu."

(Hadis Riwayat Muslim)


~ istimewa untuk kawan-kawan yang aku sayang ~

18 comments:

uwmaisarah said...

a good friend of theirs here,
memori silam bersama bintang2 itu terlalu indah, kan?

hmmm, tak pandai nak bermadah bicara yang indah2 seperti encik, harap maaf :P

NaRuFiQ said...

tak perlu bermadah dalam berbicara....sekadar mimik muka pon cukup memadai~

Chik Nur Az said...

waa.. indahnye kenangan tu..

myra abdullah said...

sangat tersentuh..
mendalam maksud ni.huhu

amii afandi said...

aku suka dongak melihat langit malam. kadang-kadang timbulnya bintang-bintang yang bercahaya dan bulan yang malu-malu keluar dibalik awan.

lihat bulan. lihat bintang. baru kurasa tenang. seolah-olah berada dalam dimensi lain yang aman.

bila jalan malam2. aku dan kawan akan mendongak. melihat awan. bintang2 berkelipan.bulan yang terang.

melihat itu. aku merasai kewujudan kawan disebelah. yang sentiasa ada bersama.

bagaimana bulan memerlukan bintang, begitulah kita memerlukan kawan:)

NaRuFiQ said...

chik : terima kasih hee~

NaRuFiQ said...

myra : memang mendalam~ hee

NaRuFiQ said...

bulan memerlukan bintang...matahari memerlukan apa plak?? kih3

fatin syahirah :) said...

wait. kau puncak alam eh ? satu dewan exam ke tadii ? -__________-'

uwmaisarah said...

aiyo, mimik muka? lagi laaa xde bakat --'

NaRuFiQ said...

fatin : ye r....aku dak palam,satu dewan exam dan dewan kuliah...hohoho

NaRuFiQ said...

sarah : pi masuk kelas latihan mimik muka...serius best kua3

fatin syahirah :) said...

kfine -.-' kau kelas apa ? malu aku ngan semua budak dalam dewan. erghhh =.='

NaRuFiQ said...

errr maaf maklumat ini dirahsiakan~ hahaha

uwmaisarah said...

rahsia? ceh syafiq. haha

btw ade eh kelas mimik muka? menarik!
aku nk try lah, nk blaja buat mimik muka annoying. aku tak pandai, serius! *innocent.

NaRuFiQ said...

err diam r ko...

asal nk buat muka annoying plak? =_="

Zaid Huda said...

basah mata baca :|

NaRuFiQ said...

meh saya lapkan :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...